Nuffnang

Kosmo Online - Hiburan

sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pemuda ‘membelasah’ karakter

Posted:

Pemuda 'membelasah' karakter

Pemuda 'membelasah' karakter



MEMILIH dua jejaka ini sebagai penghias ada sebabnya. Bukan hanya kerana nama mereka sedang popular tetapi dua anak muda ini bijak bersuara.

Zahiril Adzim dan Beto Kushairy, dua nama dengan jiwa yang sedang bergelodak. Bukan didih pemberontakan membuta tuli tetapi pameran itu jelas dengan lakonan mereka yang jelas tampak daripada hati yang luhur.

Mendekati mereka senang dengan kata-kata kerana yang lahir daripada mulut jejaka-jejaka ini adalah bait-bait yang mempamerkan mereka anak muda berjiwa seni. Bukan pura-pura. Dua jiwa ini mengingatkan penulis terhadap Diego Luna dan Gael García Bernal, pelakon hebat antarabangsa yang ada elemen kecil-kecil cili api.

Malah hakikatnya, dua nama ini menjadi sebutan peminat lantaran lakonan berkesan dalam drama Juvana yang disiarkan pada setiap hari Isnin di saluran TV3. Sebuah drama yang mendapat rating tontonan ramai kerana keberkesanan dan faktor 'wow' dalam lakonan aktor-aktornya.

Zahiril menikus dalam watak Daim namun sedang menuju perkembangan watak. Beto pula penuh egoisme bergelar guru disiplin, Cikgu Ariffin. Ada hitam dan putih dalam warna-warna karakter berkesan ini.

Zahiril masih tersepit

"Saya ini pelacur bakat," tegas jejaka dengan nama Zahiril Adzim atau senang disapa Bob bersuara. Jawapan ini meluncur keluar setelah ditanya tentang perjalanan kariernya bertunjang predikat aktor yang masih dianggap keras.

"Saya mula berasa diterima oleh khalayak pada tahun lepas. Rasa perjalanan agak meluncur dengan baik. Namun di sebalik rasa syukur diterima kerana bakat, ada perkara-perkara yang terpaksa saya lakukan atau terima bukan atas kehendak hati tetapi kerana tuntutan hidup," ujarnya tersenyum menjelaskan bahawa ada karya-karya yang dilakonkan atas faktor kewangan.

"Ada teman-teman teater marah apabila saya keluar dengan produk yang kurang mereka senangi. Walaupun bergelar anak seni, keperluan hidup perlu dipenuhi. Ada perkara yang perlu dibayar dengan wang dan akhirnya mereka faham," luahnya apabila ada kerja-kerjanya menjadi persoalan rakan-rakan. Bukan kemahiran lakonan tetapi kerana naskhah yang dirasakan kurang bersesuaian.

"Tahun ini saya perlu melipatgandakan kerja. Ganda 10 kali kerana bakal berdua pada November 2011 ini," rujuk Bob terhadap pernikahan yang bakal dilangsungkan setelah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Shera Aiyob pada 1 Mei lalu.

Jiwanya masih mahu meneroka zarah-zarah seni yang bertaburan di pentas teater. Itu kecintaannya. Namun dia tidak dapat menolak jika realiti teater, lapangan cintanya itu kadangkala kurang membawa imbuhan yang tidak berkadar rata dengan keperluan dunia, wang ringgit.


KEDUA aktor ini membawa keberkesanan watak yang berbeza dalam drama bersiri tontonan ramai. Juvana.


"Saya tersepit, tahu realiti bayaran untuk teater agak rendah dan kadang kala tiada langsung imbuhan. Tapi itu cinta saya dan tempat saya banyak belajar pelbagai perkara yang tidak diperoleh di set. Itu perjuangan. Sedih apabila kadangkala persembahan teater perlu dibatalkan kerana tiada penonton dan itu masih terjadi," jelasnya tentang teater yang dianggap sebuah pengisian jiwa dan pembaik pulih bakat lakonan.

Sebagai pelakon yang masih hijau tapi dilihat melemparkan aura merah tanda semangat buat khalayak, dia berkongsi cerita. Bagaimana suara-suara anak muda baru ini masih belum mahu dikongsi. Masih dianggap angin lalu oleh sesetengah pihak.

"Sukarnya apabila dilabel pelakon baru apabila dalam banyak segi, masih ditindas. Dikecewakan dalam banyak segi. Artis ternama punya ruang untuk memilih dalam bab jadual tetapi kami harus mengikut. Saya telan ini semua atas rasa duduk di tempat anak tiri," bukan rungutan oleh Bob tetapi suara yang dikeluarkan tatkala ditanya kesukaran dalam laluannya kini.

Sebagai penyelesaian, dia kini lebih gemar bersuara. Bob tahu bahawa dia harus ada ruang untuk menyatakan pendirian dan tempatnya. Harapannya, fenomena anak tiri ini bertukar rentak dan pembahagian hak sama rata berlaku dalam produksi.

Tahun ini, Bob bakal menerobos kacamata khalayak dengan karyanya. Dia bakal muncul dalam filem Tolong Awek Aku Pontianak yang bakal muncul 7 Julai ini di pawagam. Berpasangan dengan Sazzy Falak dan Liyana Jasmay.

Dia juga sedang menunggu kemunculan filem Ada Sesuatu Yang Tertinggal, filem yang menemukan dirinya dengan cinta hatinya, Shira. Beratur lagi dua buah filem buat tontonan iaitu Klip 3GP dan Bunohan.

Tidak hanya itu, Bob sempat bersuara, mahu menjadi pengarah satu hari kelak. Didiamkan dahulu hasrat hati. Dia tidak mahu gelaran hanya sekadar sebutan.

"Ramai sangat yang cakap mahu jadi pengarah. Saya tidak mahu hanya sekadar sebutan, tetapi mahu buktikan," ujarnya yang bakal meluncurkan novel tulisannya yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan di Annexe, Pasar Seni pada 18 Jun ini.

Beto jaga disiplin

Nama Beto ini sedang enak dipuji khalayak. Satu-satu karyanya mendapat perhatian dan melahirkan pertanyaan terhadap aktor ini. Dia bermula sudah lama cuma akhir-akhir ini dia memikat selera dan mata.

Sinar Beto mula dikesan pengutus gelombang saat muncul dalam drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby, Apa Dosaku: Sybil Kathigasu, Geng Surau dan telefilem Kashaf Imani. Dia kemudian memanjangkan ingatan khalayak terhadap skil lakonannya melalui drama Cita dan Cinta serta Juvana.

Ujar Beto, kini jadualnya semakin padat dengan susunan drama dan dia bersyukur dengan rezeki yang datang. Dia kini sedang sibuk dalam lokasi penggambaran drama Wasiat bersama Sara Ali dan Farid Kamil. Namun di sebalik rezeki yang semakin senang bergolek di kakinya, dia menyusun dan masih menegakkan pendirian seorang Beto.

"Saya lebih selesa mengambil satu naskhah pada satu masa. Saya mahu memberi konsentrasi dan masuk dalam karakter. Enggan 'switch on and off' sekelip mata kerana terlalu mengejar banyak tugasan," senyumnya yang hadir bersama isteri tersayang.


BETO (kiri) dan Zahiril merupakan dua aktor yang kini dilihat berlandaskan bakat dan kecintaan terhadap seni dan bukan faktor komersial semata-mata.


Meneruskan bicara pendiriannya, dia sedikit serius:

"Saya tidak mahu ambil risiko datang lambat dan menyusahkan orang lain. Saya mahu jaga disiplin."

Tegas Beto, walaupun khalayak mungkin nampak kini dia sedang rancak di kaca televisyen, dia tetap dalam sisi selektif.

"Saya memilih untuk bekerja dengan siapa, pasukan kerja, pengarah mahu pun pelakon. Ini bukan bermaksud saya demand atau sombong tetapi kerana saya tetapkan faktor kualiti.

"Saya mahu mendidik khalayak dengan lakonan saya. Jadi saya perlu tahu dengan siapa saya bekerja. Watak yang saya bawakan perlu ke arah membina minda khalayak," ujarnya tentang moral dan mentaliti sesebuah karya terhadap khalayak.

Pemilik nama Nurkusyairy Zakuan Osman ini mengaku gemarkan karakter yang berlandaskan cerita benar mahu pun sebuah watak yang mempunyai faktor berteraskan watak. Itu yang mahu diteroka dan diluahkan buat pandangan dan kacamata khalayak.

"Bagi saya, duit jatuh nombor dua tetapi yang penting ialah karya," tegasnya yang menganggap tahun ini adalah tahun murah rezeki buat dirinya dan isteri.

Merentas minda selektif Beto, penulis bertanyakan pemilihan karakter yang mengena dengan jiwanya. Watak antagonis yang kemas dibawa dalam balutan skil lakonan seorang Beto.

"Watak jahat itu punya raga yang besar. Boleh buat macam-macam dan tidak terkongkong. Malah dalam filem Bara Jiwa arahan Osman Ali juga saya bawakan watak jahat tetapi tidak tipikal. Ada unsur realism," petahnya.

Kembara dua anak seni ini sedang bermula. Ranjau pada satu sisi perlu dilalui atas dasar penerokaan terhadap perjuangan dan kecintaan yang sejati dalam seni. Mereka ini benar-benar pejuang seni yang bukan menadah curahan komersial semata, lebih dari itu simbahan jujur seni itu terpancar dari luhur karya mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Neelofa pelapis ratu kontroversi

Posted:

Neelofa pelapis ratu kontroversi

Neelofa pelapis ratu kontroversi



BARU lima bulan menerjah ke dunia lakonan selepas menjuarai Dewi Remaja 2010, nama si cantik, Neelofa pantas bertamu di bibir ramai. Ternyata, jalan karier di bidang popular ini tidak membenarkan dirinya merangkak dengan tenang.

Belum sempat lakonannya dipertontonkan, cerita dituduh sebagai perampas kekasih orang menjadi tajuk perbualan. Malah, saat ketika tawaran sedang mencurah dan rutin pemilik nama sebenar Noor Nelofa Mohd. Nor, 22, itu banyak dihabiskan di lokasi penggambaran, muncul pula pelbagai versi cerita. Semua cerita itu tidaklah semanis bibirnya yang mekar menguntum senyum.

Tanpa perlu nama disebut, ramai yang dapat mengagak, bisik-bisik perihal kurang manis yang tersebar di dada media itu semuanya condong ke arah namanya.

Tanpa mahu mengelak, wanita yang manja membahasakan diri sebagai Lofa itu pantas mengiyakan, dia sedar banyak cerita buruk dirinya sedang bertebaran. Mahu tidak mahu, semuanya harus ditelan menjadi makanan.

"Saya anggap semua itu sekadar perkara kecil, sebelum saya, ramai lagi artis lain yang lebih teruk diperkatakan," katanya tenang sebaik dihubungi Sensasi Bintang.

Sensasi Bintang: Selepas menjuarai Dewi Remaja, permulaan karier anda dikaitkan sebagai punca utama perpisahan Shah Jaszle dan Maria Farida tetapi kini timbul cerita lelaki berdarah kerabat dan seorang lagi lelaki berstatus duda?

NEELOFA: Saya sedar, sayalah yang diperkatakan itu. Saya sendiri terkejut tentang gosip dengan duda kepada pelakon popular itu. Begitu juga dengan kerabat yang dimaksudkan. Bukan saya reka cerita dan saya tahu siapa pembawa cerita-cerita berkenaan. Saya tahu saya berada di pihak yang benar, jadi tolak tepi sahaja dan anggap semua itu sebagai permainan dunia hiburan. Saya maafkan pereka cerita itu.

Anda selesa menjadi tumpuan kerana sensasi dan kontroversi?

Saya masih Neelofa yang dulu, pandangan orang memang berbeza-beza tapi banyak lagi masa dan masih panjang lagi perjalanan saya. Jadi, biarlah, masyarakat akan mengenali saya secara perlahan-lahan. Saya percaya saya tidak buat salah.

Bagaimana dengan aduan berhubung disiplin anda yang tidak memuaskan terutama kerap datang lewat ke lokasi?

Jujurnya, saya memang seorang peka terhadap masa, kalau boleh, biarlah saya yang menunggu orang, bukan orang lain yang menunggu saya. Sepanjang penggambaran filem Azura saya tidak pernah datang lambat. Saya tahu, isu datang lambat itu berlaku ketika penggambaran drama Kitab Cinta. Perkara itu sudahpun dijelaskan. Sebenarnya berlaku salah faham, masalah teknikal berhubung dengan jadual sedangkan kerap kali saya datang awal ke lokasi.

Baru-baru ini, sudah ada yang melabel awak sekadar cantik dan seksi sahaja sedangkan kualiti lakonan tidak seberapa?

Kalau orang kata saya cantik dan seksi, apa boleh saya buat. Tapi saya masih percaya kalau sekadar cantik dan seksi semata-mata, tak mungkin saya sampai ke tahap ini. saya percaya, saya ada bakat cuma masih baru, baru lima bulan. Baru tiga drama bersiri, satu telemovie dan sedang berlakon filem kedua. Selepas lakonan pertama dalam filem Azura, sekarang King Kapcai dengan KRU Studios. Baru-baru ini, selepas telemovie, Jemaah Kolestrol ditayangkan, banyak respons positif yang saya terima. Mungkin sebab, masuk-masuk terus berlakon filem, jadi persepsi orang terhadap saya lain sikit.

Adakah bidang lakonan sekadar batu loncatan untuk anda meraih populariti semata-mata?

Memang saya pernah kata sekarang masanya untuk saya menjenamakan nama Neelofa, tapi maksud saya bukanlah untuk menjadi popular semata-mata. Jadi pelakon pun bukan rancangan asal saya, semuanya berlaku cukup pantas, keluar sahaja daripada Dewi Remaja, saya berdepan perkara ini. Sebenarnya, saya ambil masa juga untuk terima tawaran filem Azura, saya tahu hidup saya akan berubah secara total. Saya cuma fikir, apa salahnya saya ambil peluang jadi pelakon. Saya pun masih muda dan sedang belajar dalam jurusan bisnes, jadi ini semua untuk masa depan saya.

Lima bulan bergelar pelakon, sudah capai apa yang dihajati?

Saya dapat lebih daripada apa yang saya impikan. Saya kenal dan berkerja dengan nama-nama besar, berada pula bawah bumbung KRU. Peribadinya, perkara ini berlaku cukup pantas untuk orang baru seperti saya. Yelah, dengan banyak cerita panas tapi tawaran juga tidak putus-putus. Banyak yang terpaksa ditolak kerana pertindihan jadual, lagipun saya tidak mahu belasah semua benda, kena juga buat pilihan.

Tidak kisah digelar pelapis ratu kontroversi?

Tak kisahlah apa yang orang yang gelarkan saya, saya tak buat apa-apa kesalahan. Lama-lama nanti orang kenal juga siapa saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kisah ‘Ratu’ Panggung

Posted:

Kisah 'Ratu' Panggung

Kisah 'Ratu' Panggung



DUA nama yang cukup gah dan kuat dalam dunia teater. Penggerak, aktivis dan 'penari' watak yang membuahkan kepercayaan bahawa teater itu hidup, inilah antara individunya.

Bersembang dengan Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli, banyak gelak ketawa lantaran mereka mengembara dalam lapangan seni pada asas dan gelanggang yang sama. Nama-nama ini adalah tugu kepercayaan dalam teater, meletakkan arena itu pada lapangan yang serius.

Kini mereka kembali dalam sebuah naskhah arahan Rosminah Tahir yang berjudul Mak Dara Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 6 hingga 12 Julai ini. Teater dengan enam karakter lakonan Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Misha Omar, Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Norzizi Zulkifli dan Zaifri Husin akan dipersembahkan di Malaysia Tourism Centre (Matic), Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. Tanda dagang yang diletakkan pada teater ini berbunyi dua cerita, dua negara, satu pengarah.

Wisran Hadi dan Siti Rohayah Attan bergabung mempersembahkan dua cerita. Mak Dara dan Nyonya diadunkan dalam satu nafas buat penonton. Sebuah naskhah untuk dibuat renungan dan pembelajaran tentang hidup.

Ceritakan serba sedikit tentang watak kalian dalam teater Mak Dara Nyonya ini.

NORZIZI ZULKIFLI (NZ): Watak saya sebagai 'keponakan A' ini sukar kerana perlu mempelajari slanga Indonesia. Dalam membuat latihan sekarang, saya sedang mencari watak saya kerana pelbagai karakter boleh dibina dan direka. Keponakan A boleh jadi seorang yang bermulut jahat atau seorang wanita yang dilihat lemah lembut tetapi hati busuk. Kata kuncinya adalah jahat dan pengarah memberi saya ruang untuk membentuk watak saya sendiri.

JUHARA AYUB (JA): Saya membawakan watak Mak Dara yang semestinya sudah dikenali ramai dengan jamu dan bisnesnya. Untuk watak ini saya perlu melakukan persiapan yang rapi. Saya akan menemu ramah sendiri Mak Dara untuk mengenali dengan lebih dekat personalitinya. Saya juga merancang untuk menemuramah anak-anaknya serta individu yang rapat dengan dirinya. Saya mahu selidik perjalanan hidup dan konflik dirinya.

Banyak nama disebut-sebut untuk membawa watak Mak Dara dan akhirnya ia jatuh ke tangan Juhara. Komen sedikit.

JA: Saya sebenarnya sudah lama dengar tentang teater Mak Dara Nyonya ini dan pencarian pelakonnya. Malah saya turut mencadangkan beberapa pelakon untuk pegang watak Mak Dara. Sampai satu peringkat saya mengagak bahawa Rohayah Attan sudah dapat aktres pilihannya. Sampailah Rohayah SMS saya dan menawarkan watak Mak Dara kepada saya. Saya sebenarnya mahu beri peluang juga kepada artis lain untuk mencuba. Malah bangga kalau ada pelakon lain yang mampu melakukannya. Saya tidak kecil hati kerana menjadi pilihan 'masa-masa terakhir'. Saya faham tidak ramai yang berani untuk bermonolog sebanyak 20 muka surat.


PARA pelakon berbakat besar ini bakal memberikan naskhah Mak Dara Nyonya dengan jiwa teater sesuai dengan kedudukan mereka, aktivis teater.


Seperti kata Rohayah Attan, dua teater dalam satu iaitu Mak Dara dan Nyonya ini ada unsur feminisme yang mahu dipertontonkan kepada khalayak. Bagaimana kalian melihat elemen ini?

JA: Watak-watak dalam teater ini mengangkat siapa wanita itu sendiri. Mungkin tafsiran penonton akan melihat sudut positif mahu pun negatif. Saya tidak mahu khalayak datang dengan persepsi selepas menonton 'teruknya wanita itu' tetapi sebaliknya melihat di sebalik karakter tersebut. Kekuatan dan kelebihan wanita. Saya juga tidak mahu khalayak hanya melihat kelemahan Mak Dara tetapi sama-sama meneroka masa silamnya dan melihat usaha beliau selama ini. Melihat daripada kacamata positif.

NZ: Kalau melihat karya-karya yang dibawakan oleh Rohayah Attan memang ada unsur feminisme dalamnya dan kali ini dia meneruskan lagi elemen itu dalam Mak Dara Nyonya. Melihat kepada aspek ini, tidak salah kerana tiada aktivis lain yang membawa elemen ini. Saya harap Rohayah teruskan stail ini.

Berbalik kepada pelakon lain yang dicadangkan Juhara untuk watak Mak Dara, bagaimana kalian selaku aktivis teater melihat fenomena menaikkan nama-nama komersial sebagai pelakon utama sesebuah teater?

NZ: Kalau melihat perjalanan sejarah bangsawan, mereka menggunakan bintang untuk menarik perhatian penonton. Sistem bintang atau pelakon filem ini telah lama digunakan. Masa awal saya belajar dahulu, saya ada pandangan prejudis terhadap sistem ini dan bertanya kenapa ia terjadi. Tetapi apabila belajar sejarah, saya faham bahawa ia telah lama digunakan. Tidak salah menggunakan bintang selagi sebuah teater itu diadunkan dengan pelakon teater yang sebenar. Ada yang guna kaedah ini tetapi tidak tahu budaya teater. Saya rasa orang yang bertanggungjawab adalah bahagian pentadbiran teater itu sendiri. Tidak semua bintang tahu budaya teater sebenar. Mungkin perlu ada kuota antara pelakon teater dan bintang dalam sebuah naskhah atau pementasan.

JA: Pelakon perlu tahu kebolehan diri masing-masing. Kalau mampu dan boleh menjadi versatil, kami selaku penggerak teater mengalu-alukan kedatangan kalian. Malah tidak ada perasaan cemburu terhadap bintang-bintang yang menapak dalam arena teater. Kalau mereka berani dan bagus dalam teater, itu sudah dikira bonus. Kita sebagai aktivis teater tahu kehendak dan keperluan naskhah. Berbalik kepada pelakon komersial ini, kalau mereka melakukannya dengan baik, itu bagus. Kalau tidak, itu hanya akan membusukkan nama mereka. Gunakan peluang sebaik mungkin. Saya lihat ada bintang-bintang yang mempamerkan kesungguhan dan kebolehan dalam bidang teater.

Secara logistik, mungkin khalayak lebih terarah untuk menonton di tempat yang berprestij dan mereka tahu. Bagaimana nasib teater-teater bagus di tempat yang mereka tidak biasa pergi?

NZ: Jujurnya, teater yang bagus itu selalu dipertontonkan di skala yang lebih kecil. Didominasi oleh syarikat atau produksi yang kecil. Tetapi ia juga melibatkan bajet yang kecil. Mungkin kerana tidak ada liputan atau promosi yang secukupnya tentang teater di tempat kecil itu maka ia tidak dikenali. Ada nasib yang baik, ia akan dikenali. Selalunya teater di tempat kecil ini dikongsi bersama-sama penggiat teater dan penonton yang kenal dengan produk sebegini.

JA: Industri sekarang ini industri bintang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan