Adsense

Selasa, 21 Jun 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Amy buat kejutan

Posted: 20 Jun 2011 06:01 PM PDT

Hip

pix_gal0
Peminat berasa sangat intim dengan cara persembahan vokalis Search

TERBIAS perbezaan pada penampilan Amy Search ketika menjayakan majlis makan malam sempena Hari Bapa anjuran Palm Garden Hotel & Putrajaya Marriott Hotel & Spa.

Selalunya dia bergaya ringkas bersama jeans dan kemeja T, setiap kali membuat persembahan.

Bagaimanapun kali ini bagi menyesuaikan diri dengan majlis, Amy tampil cukup segak dengan sepasang sut merah lengkap bersama sepatu kulit juga dari rona yang sama. Majlis bagaimanapun bermula agak lewat. Amy muncul kira-kira jam 9.50 malam iaitu selepas perut peminat yang hadir, kenyang dengan hidangan makan malam cita rasa Barat. Sementara menantikan kemunculan Amy, tetamu terlebih dulu dihiburkan dengan celoteh daripada pelakon komedi Dee yang memikul tugas sebagai pengacara pada malam itu.

Manakala penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH), Ad Azhar pula diberi kesempatan membuka tirai persembahan pada malam itu.

Jejaka itu menghiburkan penonton dengan empat buah lagu iaitu Sedetik Lebih, Sampai Syurga, Dealova dan Bunga Pujaan.

Tidak muncul dari belakang pentas, penyanyi berusia 53 tahun itu memilih kelainan apabila muncul dari pintu masuk Grand Putrajaya Ballroom. Kehadirannya di tengah-tengah dewan membuatkan tetamu yang hadir terkejut dan menjadi tidak tentu arah.
Mereka tidak menduga Amy akan hadir sebegitu dekat, justeru peluang berkenaan digunakan untuk merakamkan gambar bapa kepada lima cahaya mata dan seorang cucu itu.

Persembahan sedemikian adalah yang pertama buat Amy, sebelum ini dia pernah menjayakan persembahan untuk majlis korporat tetapi tidak membabitkan penjualan tiket. Ini adalah yang pertama buatnya dan apa yang membuatkan dia berasa janggal apabila terpaksa muncul sendirian mendendangkan kira-kira 15 buah lagu di dalam sebuah majlis yang formal.

Bangga berstatus datuk

Apa yang membezakan persembahannya pada malam itu dengan majlis korporat yang pernah dijayakan, kata Amy untuk majlis korporat dia selalunya menyanyi antara tiga hingga empat lagu yang disampaikan dengan muzik minus one.

Tetapi pada acara itu pula, dia diiringi pemuzik iringan yang terdiri daripada Edry Hashim (gitar), Kelly (bass), Ujang (dram), Ujang (Bass) dan Roza (Keyboard), disamping tiga penyanyi latar.

Pada usia yang sudah mencecah setengah abad itu, Amy jelas masih bertenaga. Liuk lentok tubuhnya menari mengikut sesuka hatinya adalah antara tarikan yang menghidupkan persembahannya. Dia seakan-akan naik 'syeh' pada rembang malam Jumaat itu.

Amy juga menyatukan peminat dari pelbagai peringkat umur dan pangkat. Pada malam itu, Amy memperkenalkan kepada penonton, peminat setianya yang sentiasa menyokong walau ke mana saja dia pergi.

Peminat itu akan berada di mana saja Amy berada tidak kira ketika dia membuat persembahan di United Kingdom, malah ketika menunaikan umrah, peminatnya itu juga turut serta.

Pada malam itu, Amy kelihatan cukup bangga dengan statusnya sebagai seorang datuk. Kehadiran cucunya Keisha Laila yang sudah pun berusia setahun cukup memberi makna kepada Amy. Jika tidak, masakan berkali-kali dia asyik menyebut statusnya yang kini berpangkat datuk.

"Rahsia saya tidak tua sebab saya tidak suka marah-marah. Isteri juga tahu saya seorang yang 'cool'. Kadang kala dia selalu bertanya, saya tidak sayangkan dia ke kerana saya tidak pernah menunjukkan rasa cemburu. Mungkin sebab itu saya nampak tidak tua walaupun sudah bercucu," kata Amy berseloroh.

Amy membuka tirai persembahan pada malam itu dengan mendendangkan sedikit bait lagu Teguh, dia juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu Saatku Idamkan, Aku Dah Bosan, Rozana, Tiada lagi, Apa Saja, Gelora, Fantasia Bulan Madu, Kerja Gila, Isabella, Laila Majnun, Kejora dan banyak lagi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usop Wilcha mantapkan Hot FM

Posted: 20 Jun 2011 05:57 PM PDT

Hip

Usop bersama Fara Fauzana, Faizal dan AG akan menggamatkan segmen
Hot FM AM Krew.

Usop bersama Fara Fauzana, Faizal dan AG akan menggamatkan segmen Hot FM AM Krew.

Ungkapan 'kita bako' memeriahkan lagi segmen AM Krew

PENAMPILAN Usop Wilcha atau Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail memantapkan lagi segmen Hot FM AM Krew yang ketika ini membariskan Faizal Ismail, Fara Fauzana dan AG.

Bahkan kemunculan Usop yang mula dikenali dengan kemunculannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan gimiknya ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) pada April lalu, akan menambahkan sengatan bisa segmen radio Lebih Hangat Daripada Biasa.

Usop bersama-sama Faizal, Fara dan AG sudah mula bersiaran di Hot FM sejak 16 Jun lalu. Ini kerana sebelum kehadiran Usop, Hot FM digegarkan dengan spekulasi yang mengatakan Fara atau Fafau bakal meninggalkan stesen radio itu. Apa pun, sememangnya populariti pelakon komedi berusia 46 tahun ini tidak dapat disangkal lagi. Malahan tidak keterlaluan Usop sudah pun mengumpul peminat sendiri dari usia kecil hingga dewasa dek telatahnya yang cukup menggamit hati untuk terus ketawa.

Ketika sesi sidang media yang berlangsung secara santai di Sanctuary, The Curve baru-baru ini Usop dan trio Hot FM itu ditampilkan dalam keadaan gimik apabila pelakon itu diarak menaiki kerusi roda sebelum acara berlangsung.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul yang hadir memeriahkan majlis itu berkata, Hot FM sentiasa mencari peluang untuk terus memberikan yang terbaik kepada pendengar radio ini.

"Kehadiran Usop akan memberikan dimensi kepada trio am krew dan juga satu kelainan untuk segmen ini. FBI, Fara, Usop dan AG mempunyai personaliti yang berbeza dan kami yakin kombinasi ini akan membuatkan pagi anda "terbako", katanya.
Beliau berkata, apa jua perubahan yang dilakukan Hot FM, ia adalah semata-mata mahu memenuhi serta menghargai pendengar stesen radio ini dengan memberikan yang terbaik, segar dan kreatif.

Bagaimanapun, Seelan menjelaskan kehadiran empat penyampai tidak akan menjadikan konti sesak dan perbualan mereka berkecamuk.

"Saya tidak rasa ia menjadi masalah . Kehadiran semua penyampai ini pada setiap hari ibarat drama pagi kerana masing-masing mempunyai karakter yang berbeza setiap hari.

"Pihak kita juga akan mencari formula bagi menangani keadaan ini bagi penambahbaikan dan mungkin kita akan bersiaran di tempat yang lebih luas," katanya.

Semengara itu, Faizal atau dikenali juga dengan jolokan FBI pula secara berseloroh, berkata kehadiran Usop seakan-akan 'makhluk asing' bagi menjadikan dunia Hot FM AM Krew tampil lebih ganjil dan berbeza.

"Kehadiran Usop menjadikan dunia AM Krew lebih ganjil lagi. Karakter kami selama ini sudah menyerlah, jadi kehadiran Usop adalah satu suntikan segar," katanya ceria.

Fara pula yang diapit tiga kumbang pula, berpendapat untuk mengendalikan program siaran bersama tiga lelaki dalam satu masa tidak memberi masalah kepadanya.

"Tidak ada masalah untuk bersiaran bersama mereka dalam satu masa kerana kesemuanya profesional. Walaupun kenal Usop dalam masa tiga minggu, setakat ini kami tiada masalah," katanya yang sempat mengusik rakan-rakan seperjuangannya itu.

AG pula menganggap penyatuan mereka dalam mengendalikan program pagi itu adalah sebagai satau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. "Satu peluang untuk kami bekerjasama," katanya ringkas.

Usop yang sentiasa ramah berjenaka bersama para wartawan dan krew Hot FM yang hadir berkata, dia mahu membuktikan umur bukan penghalang untuk dirinya menambat hati remaja dan umur lanjut ada aura tersendiri.

Katanya, dia juga akan terus menggunakan loghat Perak sebagai bahasa komunikasi ketika bersiaran kerana sudah pakar dalam bahasa itu berbanding bahasa negeri lain.

"Saya perlu jaga sensitiviti masyarakat. Jika saya guna bahasa negeri lain dan salah, ia akan menyakitkan hati mereka. Jadi bagi saya yang mempunyai kepakaran dalam bahasa Perak, saya selesa menggunakan loghat negeri ini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.