Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam

Posted: 08 May 2011 09:08 PM PDT

Pada petang ini, akan berlangsung Malam Gala SimplySiti di Tingkat 7, Bangunan Canselor, UiTM Shah Alam. Dato' Siti Nurhaliza dan beberapa orang artis ternama akan menghiburkan hadirin pada petang ini.

Pejam celik-pejam celik, SimplySiti kini telah setahun berada di pasaran. Wah, cepatnya masa berlalu. Jadi, sebagai tanda penghargaan kepada para penggunanya, kempen mengumpulkan Wajah-Wajah SimplySiti telahpun berlangsung bermula sejak dari Januari lepas, di mana ramai yang telah menyokongnya dengan menghantar gambar-gambar mereka melalui Facebook ataupun emel, dan turut menyertai Roadshow SimplySiti di seluruh negara. Majlis petang ini akan dihadiri juga dengan peminat dan pemenang penyanyi popular ini.

Tibalah kemuncaknya di mana SimplySiti akan turut meraikan mereka, para pengguna setia yang terpilih serta pihak-pihak lain yang telah banyak membantu SimplySiti seperti rakan-rakan media dan rakan-rakan kongsi perniagaannya dengan mengadakan sebuah Majlis Malam Gala Simplysiti.

Malam Gala SimplySiti ini menjadi lebih istimewa dengan kerana ia akan turut menyaksikan suatu kolaborasi unik di antara SimplySiti dan sebuah institusi pengajian tinggi yang ulung tanahair kita. Buat julung-julung kalinya, Dato' Siti Nurhaliza bersama-sama dengan beberapa lagi artis ternama tempatan bakal menghiburkan para tetamunya pada malam itu nanti.

Tetamu Kehormat :
Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UITM, Y.Bhg Dato' Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti dan Y.Bhg Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Selamat ulangtahun pertama SIMPLYSITI. Tahniah buat semua warga kerja, staff dan juga peminat yang menjayakannya. Tahniah Dato' Siti Nurhaliza. Semoga SimplySiti terus berkembang maju untuk tahun yang mendatang.

Siti Nurhaliza

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia
  • Siti Nurhaliza Buat Rawatan Akupunktur Untuk Dapat Anak
  • Dato' Siti Nurhaliza Lancar Kempen Wajah-Wajah SimplySiti
  • Video Peminat Siti Nurhaliza Joget di Teratak Siti Nurhaliza
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3
  • Tayangan Filem Dua Hati 1 Jiwa Dan Pisau Cukur
  • Poster Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dynas Mokhtar Derita HIV dalam Jalan Terakhir Mama

    Posted: 08 May 2011 08:50 PM PDT

    Naluri Seorang Ibu : Dynaz Mokhtar Derita HIV di TV1 : Drama Khas Hari Ibu RTM

    Realitinya di luar set penggambaran pun model, pengacara dan pelakon jelita, Dynaz Mokhtar seorang ibu kepada anak perempuan bernama Khyra Khalyssa. Justeru naluri keibuan yang mengalir dalam dirinya pastinya berguna untuk 'menghidupkan' watak seorang ibu kepada tiga anak yang teraniaya dalam drama khas Hari Ibu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Jalan Terakhir Mama pada 20 Mei 2011, jam 10.30 pagi di TV1.

    Menerusi drama sarat pengajaran ini watak Dynaz diangkat sebagai watak utama wanita dikenali sebagai Ima yang menjadi mangsa penganiayaan lelaki yang tidak bertanggungjawab hingga disahkan menghidap HIV. Hidupnya gelandangan apabila rahsianya menghidapi penyakit yang sehingga kini belum lagi menemui penawarnya itu sehingga suaminya sanggup memisahkannya dengan anak-anak. Malah dia dilabel sebagai isteri curang dan ibu yang jahat.

    Dynas

    Jalan Terakhir Mama mengisahkan Ima, seorang ibu tunggal iaitu ibu kepada Haikal dan Hanim yang merana kerana kehilangan hak penjagaan terhadap anak-anaknya itu sebaik sahaja Ima disahkan sebagai pembawa virus HIV Positif. Ima menjadi tidak keruan dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah kehilangan hak penjagaan anak-anaknya kepada bekas suaminya, Hairul lakonan Arash Mohamad. Ima tidak dibenarkan berjumpa dengan Haikal dan Hanim oleh bekas suaminya yang sering menuduh Ima sebagai seorang isteri curang dan tidak patut didampingi kerana menghidap virus HIV positif.

    Ima yang selalu merindui anak-anaknya itu tekad melanggar keputusan mahkamah mengenai hak penjagaan lalu menculik Haikal dan Hanim. Mengimbau sejarah silam, Ima sebenarnya seorang isteri dan ibu yang periang sehinggalah satu kejadian hitam menimpa dirinya. Ima telah menjadi mangsa rogol adik iparnya sendiri iaitu Haris yang pulang bercuti dari Amerika syarikat. Harislah pembawa virus maut itu dan menjangkitan penyakit berbahaya itu kepada Ima. Ini disebabkan dendam Haris kepada abangnya yang tidak pernah memberikan sokongan dan bantuan dalam kerjayanya. Walau bagaimanapun, Haris telah meninggal dunia di perantauan.

    Dynas

    Di sebabkan naluri keibuan yang kuat dan rindunya terhadap anak-anak, Ima bertekad melarikan diri dari pusat tahanan yang dibantu oleh Michelle (Elaine Daly). Ima tidak berniat jahat dan berdendam kepada sesiapa, hanya ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama anak-anaknya tercinta sebelum menghembuskan nafasnya ynag terakhir.

    Kehilangan mereka telah menjadi buruan pihak berkuasa. Hairul tidak berputus asa mencari anak-anaknya dengan bantuan pihak berkuasa. Ima Dan Michelle kini menjadi orang buruan polis. Pelbagai insiden suspen berlaku dalam perlarian tersebut, Michelle dapat diberkas polis. Sementara Ima berjaya melepaskan diri dengan anak-anaknya.

    Perlarian Ima akhirnya sampai ke penghujungnya apabila Ima menuju ke kampungnya dan bertekad ingin menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Pihak polis dan Hairul berjaya menjejakinya.

    Dynas

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Dynas Mokhtar di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Avon Lantik Dynas Mokhtar Jadi Duta Avon Fashions
  • Dynas Hamil Anak Kedua
  • Dynaz Keguguran
  • The Search For Avon Style Make Up Queen
  • Filem Haru Biru: Sinopsis
  • Mr Mama Musim Baru Kembali Lagi
  • Drama Taj Mahal Untuk Mama Khas Hari Ibu
  • Profile Rina Akademi Fantasia 6
  • Gambar Diana Danielle @ Sidang Media Lelong Amal Suria FM
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Komen