Kosmo Online - Hiburan |
Posted: SAM transkripsi bapaNAKAL dan manja tetapi di rumah dia menjadi anak yang mengikut sahaja kata abang serta kakak dalam sebarang keputusan berhubung kekeluargaan. KASIH ibu membawa ke syurga tetapi kasih bapa sepanjang masa. Kata pujangga, seorang ibu itu akan lebih merasa gembira jika anak-anaknya bahagia. Seorang ibu juga akan lebih pilu hatinya jika anak-anak berdepan jalan berliku. Cerita dua beranak, Khaty Fauziah dan Shaheizy Sam ini pula hanyalah secebis daripada selaut ceritera kasih ibu dan anak di dunia ini. Cuma santai dan rutin seni Khaty Fauziah yang mesra disapa mummy manakala anak bongsunya, Sam yang sedang menjadi sebutan ini barangkali berbeza dengan rutin ibu dan anak yang jauh daripada bidang seni. Dalam hal kekeluargaan, mereka juga ada tradisi sambutan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu yang jatuh pada hari ini. "Sambut Hari Ibu atau hari lahir sudah menjadi tradisi dalam keluarga saya. Biasanya Zizie dan seorang lagi anak lelaki saya, Samzy yang akan merancang itu dan ini. "Kalau tidak dibuat pada tarikh hari sambutan itu, ia pasti akan ditunda ke hari lain. Biasanya kami akan berkumpul untuk makan-makan. Sam di mata si ibu "Seronoknya, saya akan diberi penghormatan untuk pilih tempat dan jenis menu kegemaran," cerita Khaty mengisi topik Hari Ibu yang sengaja merakamkan momen mereka berdua. Ujar wanita separuh abad itu, sambutan Hari Ibu baginya akan berganda keseronokan kerana ia diraikan serentak dengan hari lahirnya yang jatuh pada 17 April lalu. Dalam pertemuan keluarga itulah, banyak cerita masa kecil diungkit semula. "Untuk raikan hari berkenaan, konon-kononnya anak-anak akan buat kejutan tapi sebenarnya kejutan sudah tidak menjadi sebab selalu sangat dibuat," ujarnya yang segan bercerita lanjut tentang hadiah Hari Ibu yang biasa dihulurkan anak-anak. Sam si teruna yang sedang menantikan filem terbarunya, Kongsi ke pawagam hanya mengiakan kata-kata ibunya. Menurut Khaty, Sam memang 'pak turut' dan tiada skil dalam bab sambutan hari-hari yang dianggap istimewa. "Saya tak pandai sambut hari-hari macam Hari Ibu atau hari lahir. "Hari lahir sendiri pun saya buat tak kisah. Tapi saya lebih seronok dengan momen hari-hari yang saya lalui. "Katakan Hari Ibu disambut 8 Mei, tapi kalau pada 28 Mei, momennya lebih bermakna, saya lebih seronok pada hari yang 28 hari bulan itu. "Bab hadiah pun saya tidak pandai pilih sendiri. Saya akan tanya apa yang mummy berkenan. Saya risau kalau terbeli barang yang dia tak suka atau apa yang sudah banyak di dalam almarinya. "Saya tak suka kecewa kalau barang yang dibeli tidak disukai orang yang tersayang. Mummy pula suka beg tangan, kasut dan baju. Rindu jeritan mummy MACAM kawan baik. Itu gaya percakapan dan keletah dua beranak ini. "Itu semua barang yang tak perlu dihadiahkan sebab dia selalu beli sendiri," cerita Sam. Tambahnya: "Dia (mummy) jenis yang suka beli baju. Rasanya banyak lagi koleksi yang belum dipakai. "Tapi kalau dah keluar membeli-belah bersama dan mummy nak sangat, saya tak sampai hati nak halang. Sebenarnya saya pun macam mummy kalau bab membeli-belah." Pencapaian anak bongsu daripada empat beradik itu sudah terpampang di mata ramai. Melihat Sam sudah ada hala tuju tambah lagi baru bergelar Artis Paling Popular 2010, Khaty berasa lega. "Sejak kecil lagi memang tak susah jaga dia. Kalau dia teruskan pembawaan diri yang begitu, hormat orang, tidak sombong dan tidak berubah, Insya-Allah hala tujunya sudah jelas, saya pun tak risau," katanya yang dapat melihat bayangan arwah suami, Abdul Samad dalam perilaku Sam. "Sam mewarisi sikap dan tabiat arwah bapanya. Cara bertindak, cara bercakap dengan gerak tangan dan mimik mukanya, semuanya sama. "Kalau ikut mata saya, dia 'anak bapa' dan abangnya Samzy yang 'anak emak'," kata Khaty sambil bercerita zaman kanak-kanak dan remaja Sam. Dalam soal anak-anak, bukan Sam sahaja yang diberi perhatian. Jelas Khaty, dia sebenarnya ibu kepada sembilan orang lagi anak yang berbinkan Abdul Samad. "Saya cukup bersyukur kerana dilimpahkan kasih sayang yang banyak. Semua anak arwah suami bersama isteri pertamanya menganggap saya seperti ibu mereka sendiri," ujar mummy terharu. Daripada cerita lisan si ibu, Sam sedar dia dikatakan mewarisi sikap dan personaliti arwah bapanya tetapi dari segi batiniah, Sam tetap merasakan dia anak manja yang tidak mahu berenggang dengan si ibu. "Saya tidur bersama mummy sampai umur 12 tahun. Rasanya kalau sudah berkahwin atau ada kehidupan sendiri nanti, saya tetap akan tinggal bersama dengan mummy. "Rasanya rumah akan sunyi kalau tak ada jeritan mummy, sistem bunyi mummy yang nyaring itu boleh mengejutkan kami semua," ujar Sam yang kadangkala masih makan bersuap jika di rumah. Lagipun tambah Sam, kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang itu juga tidak pernah sunyi. Kakaknya yang sudah berkahwin juga tinggal berdekatan semata-mata kerana tidak mahu berjauhan dengan ibu dan adik-beradik yang lain. "Memanglah ada masanya kami jarang jumpa sebab jadual penggambaran tak tentu masa. Kebelakangan ini, nak cari hari 24 jam penuh bersama mummy pun susah. Dimensi orang muda KHATY (kanan) berasa bertuah kerana sembilan insan memanggilnya mummy termasuk, anak bongsunya, Sam. "Sebab itulah saya seronok bila dapat makan bersama. Masa itulah baru nak berborak dan bercerita macam-macam," katanya. Berkongsi momen lucu anak-beranak, Sam bercerita, dia dan adik-beradik yang lain gemar mengenakan si ibu, pantang ibu mengelamun pasti ada yang akan diusik. "Kami semua nakal, selalu mummy akan jadi bahan ketawa. Kami akan buat-buat ada panggilan telefon tapi yang dihulurkan kepadanya bukan telefon tapi alat kawalan jauh pendingin hawa. "Dia beria-ria menjawab tapi tak ada respons," cerita Sam ketawa terkekeh-kekeh. Masuk ke bab karier, aktor berusia 29 tahun itu tidak pernah merasakan ada kemuncak dalam hierarki pencapaiannya. Gelaran Artis Paling Popular bukan sesuatu yang mengubah hidupnya kepada seseorang yang lain daripada yang dikenali sebelum ini. "Saya tidak pernah merasakan ini kemuncak hidup saya. Itu penghargaan daripada peminat. Kalau bukan saya, mungkin orang lain akan diangkat. "Apa pun, saya tetap akan bekerja sebaik-baiknya," jelas si aktor yang menjadi taruhan tujuh buah filem itu berhati-hati. Menantikan tayangan filem terbarunya, Kongsi arahan Farid Kamil, Sam merasakan ada dimensi baru yang akan disaksikan peminat menerusi filem aksi komedi itu. Sam kini di lokasi filem Adnan Sempit 2 arahan Ismail Bob Hashim. Beberapa filemnya yang masih dalam senarai termasuklah Sekali Lagi, Songlap, Bini-Biniku Gangster dan 8 Jam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Tasha miliki senarai panjang lelaki kaya Posted: Tasha miliki senarai panjang lelaki kaya
PUCUK muda dalam industri hiburan tempatan, Tasha Shilla, 24, masih terlalu hijau untuk dibandingkan dengan nama besar seperti Tiz Zaqyah atau Nanu Baharuddin yang pernah bersekutu dalam drama lakonannya. Namun, dia sedang diperhatikan. Pelakon tinggi lampai yang membawakan watak Cikgu Rohana dalam siri Gemilang itu mudah dikaitkan seperti banyak wanita muda yang dambakan populariti. Lebih tidak manis didengar, sudah ada bisik-bisik mendakwa, niat Tasha yang pernah membintangi filem Ratu The Movie ke persada lakonan itu semata-mata mahu mencari lubuk kemewahan. Lelaki-lelaki kenamaan dikatakan menjadi sasaran Tasha untuk jalan pintas mendapat kesenangan. Dia yang berada di lokasi Sejundai, sebuah drama bersiri 26 episod untuk slot Lagenda di TV3 itu diminta penjelasan. Sensasi Bintang: Bila sudah ada orang mendakwa Tasha masuk dunia lakonan semata-mata untuk popular, apa yang boleh Tasha jelaskan? TASHA SHILLA: Setakat ini saya percaya dengan kemampuan diri sendiri. Bila ke mana-mana, peminat yang menyapa banyak memuji lakonan saya, tak ramai kata saya cantik atau perkara lain. Saya memang minat dengan seni. Sejak zaman sekolah lagi, semua acara berkait bidang seni, lakonan, tarian, nasyid dan nyanyian, semuanya saya masuk. Tasha sudah mencapai apa yang dicita-citakan oleh seorang pelakon? Sejak berlakon sampai ke hari ini, rasanya saya masih belum tersasar. Saya baharu tapi sekarang saya yakin telah berada di landasan yang betul. Tahun ini saya sudah berlakon dua buah filem, Ratu The Movie dan Klip 3GP. Mungkin hujung tahun nanti ada sebuah filem lagi. Saya juga sudah ada watak dan drama yang melekat di fikiran ramai. Semua itu rezeki dan masih jauh lagi perjalanan saya. Ada yang mendakwa Tasha juga sedang menyasarkan lelaki kaya untuk dijadikan lubuk kemewahan atau calon suami? Itu anggapan lapuk, sudah klise sangat apabila aktres baru dikaitkan dengan perkara begitu. Sebelum jadi pelakon, dua tahun saya bekerja di butik jenama eksklusif, Prada. Semua pelanggan di situ orang kaya. Rasanya kalau nak cari lelaki kaya, tak perlu saya jadi pelakon. Kalau nak, dari dulu lagi saya boleh dapat sebab kami ada ratusan senarai pelanggan yang semuanya berduit. Bagaimana penerimaan Tasha terhadap khabar angin berkenaan? Bagi saya itu cakap-cakap orang tidak mengenali saya. Itu perkara biasa yang akan kena kepada pelakon baharu macam saya. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Saya kena terima dan bertindak matang. Tak perlu melatah atau melenting. Asalkan keluarga serta saudara-mara saya tidak termakan oleh dakwaan begitu, saya sudah bersyukur. Kalaulah ada orang kenamaan yang mahu menghimpit Tasha? Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Semua lelaki sama bezanya status dan pangkat sahaja setakat berkawan, saya okey. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Linda cari lelaki pemetik gitar Posted: Linda cari lelaki pemetik gitar
DIA tidak sabar untuk memulakan penggambaran filem terbaru arahan Datuk Paduka Suhaimi Baba berjudul Putera Negara. Itulah perkara pertama yang diluahkan pelakon Linda Hashim. Sedang gigih menjalani kelas lakonan bawah bimbingan Fatimah Abu Bakar dan pengarahnya sendiri selama sebulan, Linda, 29, meneliti jalan cerita dan skrip yang dipersembahkan dengan hati terkuak lebar. Dalam filem Putera Negara, Linda memegang watak sebagai isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman iaitu Allahyarham Toh Puan Norashikin Mohd. Seth. Semestinya, dia harus melakukan banyak rujukan terutamanya dalam menghayati peribadi wanita yang hidupnya penuh protokol. "Watak itu memang mencabar. Saya perlu berhati-hati memandangkan watak yang diberi bukannya sembarangan. Kalau tiada aral, penggambaran filem ini akan bermula Jun nanti," ceritanya bersulam gembira. JULING Juling satu watak menarik lakonan saya dalam drama Fatimah Juling The Series. Sebenarnya agak menyakitkan dan penat menjulingkan mata dalam tempoh yang agak lama. Lagipun saya kena menjulingkan mata tanpa menggunakan kesan khas atau kanta lekap untuk menampakkan mata itu juling. Seksa juga tapi seronok. TAKUT BUTA Secara realiti, saya terharu apabila memikirkan nasib individu yang berdepan kecacatan penglihatan atau buta. Ada orang buta yang masih mampu melaksanakan tugas atau mencari rezeki halal, itu satu perkara yang mengagumkan kerana dunia mereka gelap. Saya sendiri takut gelap. UMRAH Rancangan menunaikan umrah bersama keluarga dah lama dibuat. Pada hari ini saya akan berangkat ke Mekah dan berada di sana selama dua minggu. Keinginan untuk ke Tanah Suci itu sudah lama diimpikan apatah lagi dapat beribadah bersama nenek, ibu dan ayah. KAHWIN Jujurnya saya belum bersedia ke arah itu. Saya masih gagah mencari rezeki dan meraih peluang berlakon. Jika diberi pilihan, saya cepat jatuh hati kepada jejaka yang pandai bermain gitar dan fasih berbahasa asing. POPULAR Nasib baik orang tidak kenal saya dengan kontroversi sebaliknya menerusi bakat. Lebih teruja apabila ada sebilangan peminat yang masih ingat lakonan saya dalam drama Cinta Villa Daddy dan Semarak Naga sekitar tahun 2002. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |