macam macam hiburan terkini |
Penonton Marah AC Mizal ‘Sokong’ Amir (Raja Lawak) Posted: 07 May 2011 09:14 PM PDT PETALING JAYA: Pengacara AC Mizal mengakui ada segelintir penonton Maharaja Lawak kurang bersetuju dengan caranya yang seolah-olah menyokong Amir (Raja Lawak). AC sering kali menyebut nama Amir sebagai peserta kegemarannya ketika mengendalikan program tersebut pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132). Menjelaskan perkara tersebut, AC berpendapat Amir merupakan peserta underdog dan cuba memberi semangat kepada pemuda itu yang sering memberikan persembahan kurang memuaskan. Ironinya, AC tidak menyokong sesiapa sebaliknya dia berbangga dengan keberanian Amir. "Saya tahu ada juga yang marahkan saya tetapi ada yang faham maksud tersirat kenapa saya berbuat begitu. Saya kasihankan Amir. Pada saya, komedi memerlukan elemen yang abnormal. Dari segi penyampaian peserta, kebanyakannya memberikan komedi yang abnormal tetapi Amir pula mempunyai sifat atau perwatakan yang abnormal. "Walaupun dia jenis yang 'main belasah' sahaja, tetapi dia tetap berani untuk bertanding dengan nama-nama besar seperti Jozan, Nabil dan Sepah. Jika saya berada di tempatnya, mungkin tidak berani masuk pertandingan ini," kata AC kepada mStar Online. Jelasnya, dia ada menerima komen di laman sesawang Facebook daripada peminat yang memarahinya kerana memberitahu Amir sebagai peserta kegemarannya. "Ramai yang cakap saya tolong underdog dan mengata saya menjadi penyebab Amir masih kekal dalam Maharaja Lawak. "Saya hanya beri sokongan moral bukan sahaja kepada Amir tetapi juga kepada peserta lain. Misalnya saya ada juga memberikan pendapat tentang persembahan mereka selaku salah seorang penonton. Tetapi, saya tidak benarkan diri saya mengundi setiap peserta," ujarnya. Tambah AC: "Apabila mengendalikan program ini, saya anggap kami sebagai satu pasukan. Kalau boleh saya nak semua peserta bagus supaya ramai penonton mahu menonton Maharaja Lawak." Menjangkakan tentang peserta yang dirasakan layak ke peringkat akhir, AC melihat kumpulan Jozan, Nabil dan kumpulan Jambu mempunyai peluang berdasarkan kekuatan masing-masing. "Jambu sentiasa memberikan persembahan yang bagus setiap minggu, Jozan dan Nabil juga mempunyai kekuatan tersendiri," katanya. Pada minggu hadapan, peserta diberikan tugasan dengan tema silent comedy. Mereka juga diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk disingkirkan. Bagaimanapun, sekiranya peserta yang diundi keluar itu mempunyai markah keseluruhan (markah juri dan SMS) tertinggi, mereka tidak akan disingkirkan, melainkan peserta tersebut mendapat kedudukan di tempat kedua dan ke bawah. google: amir rajalawak, amir rajalawak facebook, amir rajalawak blog, amir rajalawak twitter, amir rajalawak profil, amir rajalawak profile, amir rajalawak terkini terbaru, berita amir rajalawak, amir rajalawak 2011, amir rajalawak fan club, amir rajalawak biodata |
Zed-Nelly Bulan Madu Di Dublin, Ireland Posted: 07 May 2011 09:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan pelakon Zed Zaidi dan Nelly Natalia berlangsung dengan penuh protokol apabila 20 pengawal mengawal ketat setiap upacara melibatkan pengantin. Keadaan tersebut menyebabkan pengamal media sukar merakamkan gambar mempelai sehingga timbulnya banyak rungutan di kalangan mereka. Pengawal mengawal ketat sepanjang majlis berlangsung. Majlis berkonsepkan moden dan tradisional itu berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, di sini, malam Sabtu. Ia dihadiri lebih 800 tetamu termasuk kedua-dua ibu bapa pengantin iaitu Abd Jamil Talib (bapa Zed), Fauziah Hassan (ibu Zed), Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein (bapa Nelly) dan Norijah Datuk Seri Mohd Bahri (ibu Nelly). Turut hadir, rakan artis seperti Iqram Dinzly, Misha Omar, Ahmad Idham, Julia Ziegler, Aril (AF7), Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Zehra Zamri, Adib (Fabulous Cat), Zizi (Fabulous Cat), Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Singah. Bagaimanapun, Zed menjelaskan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada pengantin dan melancarkan perjalanan majlis. Upacara persandingan di atas pelamin. "Dua puluh pengawal yang bertugas ditaja oleh Epanco bermula dari majlis pernikahan hingga majlis resepsi pada malam ini. Tugas mereka adalah untuk memberikan laluan kepada kami dan melancarkan majlis. "Tetapi dalam masa yang sama, saya turut risau dengan perjalanan majlis ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama ramai pihak dan seperti biasa mungkin ada sedikit kesilapan," kata Zed dalam satu sidang media ditemani isterinya. Selepas seminggu bergelar suami, Zed akui banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memikirkan untuk bekerja lebih kuat. Ibu Zed menepung tawar mempelai. "Kalau dulu, saya hidup seorang diri tetapi apabila sudah berkahwin, saya rasa lain. Kami masih cuba menyesuaikan diri masing-masing dan saya juga belum sempat merasai masakan 'air tangan' isteri. "Tentang bulan madu, kami memilih untuk ke Dublin, Ireland sekaligus melawat adik perempuan saya, Rozleen yang bekerja di sana. Lagipun, dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan saya. Kami belum tahu bila akan ke sana kerana saya bukan jenis suka merancang," ujar Zed lagi yang menggayakan sut hitam. Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya pada masa akan datang. Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini. Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Zed menganggarkan keseluruhan kos perkahwinannya melibatkan lebih RM100,000 termasuk belanja hantaran. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |