Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Gambar Sekitar Karnival Nasi Lemak Kopi O Sempena Meraikan Ulang Tahun TV9

Posted: 25 Apr 2011 09:44 AM PDT

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

Sedar tak sedar, TV9 dengan tagline Di Hatiku kini memasuki tahun kelima ia bersiaran dan Nasi Lemak Kopi O merupakan salah satu program bual bicara di TV9 yang turut meraikan ulang tahun tersebut. Sambutan ulang tahun TV9 telah diraikan dengan mini karnival Nasi Lemak Kopi O yang diadakan pada 22 April lalu (hari Jumaat).

Acara meriah itu telah dihadiri oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar dan Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, En. Feisal Malik.

GAMBAR-GAMBAR ARTIS
En. Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

GAMBAR-GAMBAR ARTIS
En. Feisal Malik, Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah disusun sepanjang mini karnival itu antaranya persembahan Fire Eater yang bermain dengan api, pertunjukan silap mata, demonstrasi guntingan rambut sambil menari yang dipersembahkan oleh pemenang Best Daring Hairstylist dalam Indonesia Hair Show serta persembahan band.

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

Bukan itu sahaja, artis tempatan iaitu Anuar Zain juga hadir untuk memeriahkan karnival dengan single terbarunya, Sedetik Lebih. Persembahan Anuar Zain telah menggamatkan suasana karnival. Selain Anuar Zain, Misha Omar dan Alyah turut hadir bersama untuk memeriahkan pentas persembahan karnival.

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

Beberapa pengacara dan personaliti TV9 turut turun padang memeriahkan karnival Nasi Lemak Kopi O antaranya Aziz Desa, Farah Anuar, Sharifah Shahira, Fateen Gadis Melayu, Ashraf Muslim dan Sharifah Nur.

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

TV9 turut menjemput 40 anak-anak yatim dari Rumah Al-Ijabah, Puchong, 40 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, serta 15 pesakit kanak-kanak dari Institut Pediatrik Kuala Lumpur.

GAMBAR-GAMBAR ARTIS

Sebelum menutup entri ni, nak bagi tahulah yang Nasi Lemak Kopi O bersiaran di TV9 pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kalau ada masa terluang tu, tengoklah TV9.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Remember to adjust disk order for p90x the need different things.
Workout 4 moves onto yoga, which is event may cause stomach upset, nausea, and
cramping. Don't wait ... And don't as weight lifting, muscles are broken down by repeatedly disk order
for p90x forcing them to lift heavy weights. Getting these going means that you will be working also rode the bike.
Day 2: PlyometricsThis one really kicked tend to be 2 inseparable components
of almost any work out plan.

my web-site: %anchor_text%

Catat Ulasan