Adsense

Selasa, 26 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Dunia perubatan Ashraf, Dayana

Posted:

Dunia perubatan Ashraf, Dayana

Dunia perubatan Ashraf, Dayana


ASHRAF dan Dayana merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Mekah.


BERMULA daripada teman sekerja, akhirnya perkenalan selama setahun lebih membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih jauh iaitu pertunangan. Semuanya gara-gara minat dalam bidang perubatan yang menyatukan aktor Ashraf Muslim, 30, dan bakal doktor, Noor Dayana Lokman, 24.

Dayana yang kini merupakan pelajar tahun akhir jurusan klinikal di Kolej Perubatan Manipal, Melaka, manakala Ashraf pula semakin aktif mendalami bidang perubatan alternatif menggunakan ayat al-Quran di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bersama rakan kongsinya yang merupakan bapa kepada Dayana.

"Saya kenal dia sejak setahun lebih. Sebelum itu saya terlebih dahulu mengenali keluarganya kerana bekerjasama dengan bapanya dalam perniagaan.

"Selepas dia pulang dari India dan meneruskan pengajian di Melaka, kami mula rapat kerana sering bekerja bersama-sama.

"Kami juga sering bertukar pendapat mengenai bidang perubatan kerana cabang kami berbeza, dia dengan perubatan moden, manakala saya pula dengan perubatan alternatif," kata Ashraf yang ditemui sejurus majlis pertunangannya selesai di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Kata Ashraf lagi, dalam tempoh masa setahun setengah itu perasaan cinta mula berputik secara perlahan-lahan apabila dia melihat Dayana memiliki ciri-ciri calon isteri yang dicarinya.

"Cinta saya kepadanya bukan cinta pandang pertama sebaliknya cinta pandang berkali-kali (ketawa). Perlahan-lahan perasaan itu timbul disebabkan kekerapan kami bekerja bersama.

"Dia juga sering membantu saya merawat pesakit di Melaka, malah apabila saya bawa dia jumpa keluarga saya di Melaka, dia senang serasi dengan adik-beradik saya yang lain.

"Apa yang saya suka padanya adalah dia seorang wanita yang solehah, pandai memasak dan serasi dengan saya selain kami mempunyai minat yang sama," jawab Ashraf lagi.

Sambung anak sulung daripada lapan adik-beradik itu lagi, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyuarakan hasrat hatinya itu kepada bapa Dayana, Lokman Abdul Hamid dan terus merancang pertunangan pada awal tahun ini.

"Saya yang mula-mula buka mulut untuk bertunang kepada keluarga saya, mereka setuju kerana sudah kenal dengan Dayana.

"Kalau ikutkan ceritanya, sebenarnya pada peringkat permulaan saya bagi kiasan kepada bapanya yang saya menyukai Dayana dan kemudian baru saya beritahu Dayana yang mahu bertunang dengannya. Tetapi bapanya dapat menghidu hasrat saya tanpa saya memberitahunya.

"Tanpa banyak soal, dia yang menyuruh saya menyegerakan pertunangan kalau benar saya sudah sukakan anaknya. Jadi, benda yang elok buat apa nak tunggu lama-lama," luah Ashraf.

Dayana kagumi Ashraf

Dayana yang tersipu malu di sebelah Ashraf ketika temu bual dijalankan mengaku tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi tunangan dan kemudian isteri kepada seorang aktor popular.

"Memang tidak sangka saya akan bertunang dengannya hari ini kerana pada mulanya hubungannya dengan keluarga saya adalah adik angkat kepada bapa saya dan sama-sama menjalankan perniagaan.

"Disebabkan kami sering bekerja bersama-sama, daripada mengundang fitnah lebih baik disegera perkara yang baik," balasnya.

Sambung Dayana, dia terpikat dengan Ashraf kerana kagum dengan perubahan diri Ashraf dan menyifatkan Ashraf sebagai lelaki yang baik.

Malah, dia juga telah bersedia mengharungi segala cabaran selepas bergelar isteri kepada Ashraf kelak.

"Dia baik, saya kagum dengan perubahannya. Saya menerimanya seadanya dan sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri serta mengharung cabaran bersamanya," tutur Dayana dalam nada suara yang lembut.

Nikah dii Mekah

Majlis pernikahan mereka pula dijadualkan bakal berlangsung pada 30 Ogos depan bersama dengan 1 Syawal di Mekah.

Tegas Ashraf, dia telah lama menyimpan impian untuk bernikah di Mekah apabila bertemu dengan wanita yang benar-benar menambat hatinya.

"Tidak kisahlah jodoh saya dengan siapa pun, tetapi saya memang ada menyimpan hasrat untuk bernikah di Mekah. Alhamdulillah, rezeki dan jalan untuk bernikah di sana sudah terbuka.

"Saya akan pergi pada 17 Ogos iaitu dua minggu terakhir bulan Ramadan. Saya ke sana untuk menunaikan umrah, melawat pesakit di sana bersama bakal bapa mertua saya dan juga bernikah. Kira dua dalam satu, semuanya dilakukan serentak," katanya yang juga menjalankan perniagaan pakej melakukan umrah di sana.

Bukan mahu menunjuk tetapi terang Ashraf, selain sudah lama menyimpan niat, dia mempunyai sebab untuk bernikah di Mekah.

"Kalau ikut zaman khalifah dan sahabat Nabi Muhammad, bernikah di Mekah sudah menjadi amalan, jadi apa salahnya saya mahu mengikut amalan mereka. Niat saya ikhlas dan berharap pernikahan itu akan lebih berkat," katanya yang popular dengan drama Ustaz Amirul.

Majlis resepsi perkahwinan mereka pula dijangka bakal berlangsung di dua lokasi iaitu Shah Alam dan Melaka, bagaimanapun semuanya masih di dalam peringkat perbincangan.

"Kami akan adakan kenduri selepas pulang dari Mekah, tetapi masih terlalu awal untuk saya memberikan butirannya kerana semuanya masih dalam peringkat perbincangan," jawab Ashraf sambil tersenyum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jamal kini lebih eksklusif

Posted:

Jamal kini lebih eksklusif

Jamal kini lebih eksklusif

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


JAMAL pada sidang pengumuman dirinya sebagai penyanyi undangan untuk Sambutan Hari Ibu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan PWTC, Sukhidir Kemat (kanan).


BUKAN niat Jamal Abdillah ingin mendabik dada meminta bayaran yang tinggi setelah dirinya sering menjadi pilihan penganjur mahupun penerbit. Penyanyi bersuara emas yang tidak pernah putus dengan undangan persembahan Minggu Setiausaha dan sambutan Hari Ibu pada setiap tahun itu mengaku, tidak dapat memenuhi permintaan Aziz M. Osman untuk tampil membawakan watak Zack ketika tua menerusi filem Azura 2011.

Apa yang diharapkan Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali adalah sekadar dirinya menjadi eksklusif untuk tatapan mahupun halwa telinga peminatnya.

"Saya kini akan lebih berhati-hati menerima tawaran nyanyian mahupun lakonan. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti filem Azura dahulu. Saya menerima bayaran yang sedikit malah tidak menerima apa-apa walaupun filem itu diulang tayang beberapa kali di kaca TV.

"Memang saya ada menerima tawaran berlakon watak Zack ketika tua dalam filem Azura 2011, tetapi saya tolak kerana bayaran yang diberikan tidak setimpal," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Sambutan Hari Ibu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Menurut pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu, tujuannya berbuat demikian bukan disebabkan demand tetapi sekadar ingin menjaga nilai eksklusif diri.

Bagaimanapun Jamal memberitahu, tidak semua tawaran nyanyian mahupun lakonan akan diletakkan harga yang tinggi. Dia masih memenuhi undangan ke majlis membabitkan kerjasama dengan kerajaan mahupun persembahan amal.

Mengenai persembahan sempena Hari Ibu di PWTC pada 17 Mei nanti, Jamal memberitahu, dia sangat teruja apabila buat tahun kedua diundang sekali lagi membuat persembahan buat ibu-ibu.

Merancang membuat kejutan memilih tetamu bertuah menyanyi karaoke bersamanya di atas pentas pada Hari Ibu nanti, Jamal turut menyediakan cenderahati istimewa untuk teman duetnya yang paling serasi membawakan lagu Sandarkan Pada Kenangan dan Kehebatan Cinta.

"Pada persembahan selama satu jam setengah itu, saya akan menyanyikan 15 buah lagu popular termasuk sebuah lagu ciptaan Fauzi Marzuki, Bonda yang tidak pernah dinyanyikan di mana-mana persembahan saya," katanya mengenai majlis yang juga dikendalikan oleh pengacara komedi, Dee.

Selain Jamal dan Dee, persembahan pada Hari Ibu itu nanti turut diserikan dengan alunan trompet daripada peniup trompet muda, Alif Nasir.

Bagi yang mahu membuat tempahan boleh hubungi talian 03-26146701 atau 03-26146702.

Jualan meja dengan harga RM5,000, RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 untuk sepuluh orang sudah mula dijual. Pihak PWTC juga menerima tempahan secara individu.

Menyentuh soal hati pula, Jamal mengaku masih ingin berkahwin dan memerlukan teman hidup tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin lagi setelah hidup sunyi tanpa teman di sisi. Cuma biarlah ia datang sendiri. Lagipun ketiga-tiga perkahwinan saya sebelum ini bekas isteri-isteri saya yang memulakan langkah dahulu," akuinya jujur.

Setelah menitip tiga pengalaman dalam tiga perkahwinannya sebelum ini, Jamal kini ingin memberi sepenuh perhatian terhadap kedua orang puteranya, Osama Yamani, 11 dan Ahmad Zaki Yamani, 5.

Ujarnya, selain anak-anak perhatiannya juga tertumpu pada syarikat miliknya, Trading, Supply and Services.

"Sekarang ini tumpuan saya lebih kepada anak-anak, persembahan nyanyian dan syarikat yang baru hendak berkembang. Memang jadual saya sangat sibuk sehinggakan anak-anak sering bertanya kenapa saya sering pulang lewat ke rumah," katanya juga yang masih tidak serik berlakon lagi.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini pula, Jamal memberitahu, bakal menghasilkan album baharu berjudul Raja Pop 2 yang bakal dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.

Katanya, album yang dihasilkan menerusi bajet syarikat miliknya sendiri itu bakal memuatkan lagu-lagu popular sekitar tahun 50-an dan 60-an termasuk dua lagu baharu yang dirakamkan.

"Semua lagu-lagu lama itu akan diberi nafas baharu menerusi susunan semula irama untuk disesuaikan dengan rentak masa kini. Hampir setahun proses pembikinan lagu cuma tinggal satu lagu sahaja yang bakal diringi Orkestra RTM belum dirakamkan," katanya mengenai album baharunya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Imran tolak wanita bogel Imran tolak wanita bogel

Posted:

Imran tolak wanita bogel Imran tolak wanita bogel

Imran tolak wanita bogel Imran tolak wanita bogel


SELEPAS bergelar suami, Imran kini lebih berhati-hati dalam setiap sikap pembawaan dirinya.


SEBUAH majalah ternama dunia versi India yang tidak disebutkan namanya baru-baru ini telah membuat undian tentang kualiti paling utama pada lelaki yang diingini wanita, dan kualiti tersebut ialah kesetiaan.

Sehubungan itu, disebabkan kesetiaan jugalah yang menjadi penyebab utama buat aktor muda, Imran Khan menolak tawaran majalah tersebut untuk menghiasi muka depan bagi keluaran yang menampilkan isu tersebut.

Ini kerana Imran dikehendaki bergambar dengan seorang perempuan gemuk yang berbogel tanpa seurat benang. Namun khabarnya Imran yang mengahwini Avantika Januari tahun ini menolak dengan baik tawaran tersebut.

Seorang rakan kepada keluarga Imran memberitahu agensi berita India, IANS: "Sebuah majalah wanita ternama dunia versi India hanya menjadikan wanita sebagai penghias muka depannya."

Namun kali ini, majalah tersebut mahu mendapatkan khidmat Imran bersesuaian dengan artikel tentang kualiti pada diri lelaki yang dikehendaki oleh golongan wanita yang ditampilkannya.

Tambahnya: "Wakil majalah tersebut melihat Imran sebagai model sempurna bagi mewakili kesetiaan disebabkan hubungan cintanya yang kukuh bersama Avantika sehingga membawa mereka ke gerbang perkahwinan."

"Imran hanya bersetuju untuk menimbangkan semula tawaran tersebut jika model yang akan bergambar bersamanya itu memakai pakaian."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.