Zon Artis |
Siti Sarah Sudah Mengandung Dua Bulan Posted: 26 Apr 2011 08:06 PM PDT Nampaknya pasangan suami isteri, Shuib (Sepah) dan Siti Sarah tidak menunggu lama untuk bergelar ayah dan ibu kerana kini Siti Sarah sudah disahkan mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu. Walaupun masih terlalu awal, tapi kami tetap nak ucapkan tahniah kepada Shuib dan Siti Sarah kerana bakal bergelar ayah dan ibu pada bulan November nanti. InsyaAllah. Kepada Siti Sarah, jaga kesihatan dan kurangkanlah aktiviti seni tu. Berita penuh di mStar Online: Shuib Menangis Siti Sarah Mengandung Dua Bulan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Anne Ngasri Hanya Demam Biasa, Bukan Diserang Strok Posted: 26 Apr 2011 06:21 AM PDT Baru-baru ini timbul berita mengatakan yang Anne Ngasri telah dibawa ke sebuah hospital kerana diserang strok. Kami agak terkejut dengan berita tersebut dan hampir menghebahkannya kat Zon Artis ni. Tapi bila kami cuba mendapatkan info sahih, tiada apa yang kami perolehi maka kami mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. Hari ini, melalui mStar Online, Anne Ngasri telah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak pernah diserang strok malah agak terkejut dengan penyebaran berita tersebut. Namun Anne Ngasri mengakui yang dia ada pergi ke hospital tapi bukan kerana strok sebaliknya hanya untuk menerima rawatan kerana mengalami demam dan batuk. Jadi, terjawablah sudah yang Anne Ngasri tidak diserang strok seperti yang tersebar di sebuah laman forum popular kat Malaysia ni. Forum apa? Biarlah rahsia. Sebaliknya Anne Ngasri pergi ke hospital sebab nak dapatkan rawatan kerana demam dan batuk. Itu sahaja. KLIK: iPad 2, Blackberry Bold 3 dan iPod Touch untuk dimenangi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |