Maya Karin Bertudung, Dilacurkan Bapa Saudara. Posted: 25 Apr 2011 10:39 PM PDT Filem Ombak Rindu terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures merupakan hasil adaptasi daripada novel popular nukilan Fauziah Ashari. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu? Dalam temubual bersama Gua, Maya Karin berkongsikan pengalamannya membawa watak Izzah yang bertudung. "Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya. "Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan 'feel'. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung," ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem 'Ombak Rindu' di Bukit Kiara baru-baru ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
(Video) Heliza Helmi Berikan Motivasi Mengenai Exam! Posted: 25 Apr 2011 10:18 PM PDT Tiada salahnya sekali sekala kami berkongsikan video bersifat motivasi untuk tatapan pembaca OHBULAN! Kalau kita terapkan nilai positif dalam diri ini, secara automatik pemikiran kita pun jadi positif. Untuk adik-adik yang sedang dalam persediaan, apa kata ambil semua tips peperiksaan daripada Heliza Helmi yang comel-lote ini. FOC! Antara tips-tips yang Heliza berkongsi ialah : - Bawa bertenang, jangan cepat mengelabah. Fokus terus kepada topik yang nak belajar, berdoa atau solat hajat.
- Terus tumpukan pada pelajaran, jangan buang masa.
- Yakin diri. Tulis atau jerit kuat-kuat,"Saya Boleh!"
- Ambil masa untuk rehat sebentar, take five!
- Jangan ambil ubat sebarangan. Kurangkan minum kafein. Minum lobak merah atau makan kismis.
- Tumpukan mana yang penting, dan kena semangat!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |