Adsense

Sabtu, 30 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Rezeki anak baru

Posted:

Rezeki anak baru

Rezeki anak baru


AIRIT Rafqa Arjuna anak kedua pasangan Rita dan Aidil.


SERONOK betul bila dapat berita gembira mengenai artis-artis kita yang dah selamat menimang cahayamata. Pada kesempatan ini, Joyah nak ucapkan

tahniah kepada Rita Rudaini dan suaminya, Aidil sebab akhirnya putera yang dinanti hadir jua. Rita selamat bersalin seorang putera yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna pada pukul 1.30 tengahari Jumaat kelmarin.

Selain Rita, bekas isteri penyanyi Akhil Hayy, Maizawati Zainal juga telah melahirkan bayi lelaki comel bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy. Amboi nama anak dia, kalah hero hindustan tau.

Begitu juga dengan Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus. Joyah dengar nama anak kembar perempuan mereka pun comel. Iman Lily dan Tiara Rose nama diberi. Ringkas dan mudah disebut. Tak macam sesetengah orang, letak nama anak panjang-panjang, sampai tergeliat lidah kita nak menyebut.

Nasihat Joyah kepada artis-artis yang baru dapat anak ni, nanti buat majlis kesyukuran janganlah terlebih-lebih pula ya. Buat sekadar berpada-pada sajalah, supaya orang tak kata menunjuk-nunjuk sangat macam sesetengah artis lain yang sanggup ke sana-sini mencari tajaan. Bukan Joyah nak menghina, tapi macam tak kena saja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak Rozita dibuli, komen cikgu....

Posted:

Anak Rozita dibuli, komen cikgu....

Anak Rozita dibuli, komen cikgu....

Katarsis Kualong

ISU membabitkan anak Rozita Che Wan dibuli di sekolah seperti yang disiarkan Pancaindera minggu lepas mendapat maklum balas pelbagai daripada anggota masyarakat.

Ada yang marah-marah dengan artis cantik itu kerana kononnya sengaja membesar-besarkan cerita yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik. Ada juga yang menyokong pelakon berkenaan atas tindakannya yang membuat laporan polis apabila merasakan anak sulungnya wajar diberi perlindungan.

Saya secara peribadi, bukan menyebelahi Rozita, tetapi kalau saya berada dalam kedudukan dia sekalipun, saya akan melakukan hal yang sama.

Sebagai ibu, Rozita mempunyai hak untuk mempertahankan anaknya dan tidak salah untuk dia bercerita kepada media yang bertanya. Kebetulan kes itu wujud dan dia tidak kisah untuk berkongsi dengan orang ramai kerana mahu dijadikan sebagai iktibar supaya kes yang berlaku kepada anaknya itu tidak berulang kepada anak-anak kita yang lain.

Pancaindera juga turut dikritik kononnya menyebelahi Rozita kerana menyiarkan kenyataannya sebanyak dua halaman minggu lepas. Saya turut menerima kiriman e-mel daripada pembaca yang mencadangkan supaya membaca sebuah blog yang diwujudkan bagi 'membalas' semula kenyataan Rozita.

Dalam blog berkenaan, si penulis yang dikatakan seorang guru telah membetulkan beberapa fakta yang disifatkannya sebagai perlu diberitahu kepada masyarakat supaya pihak sekolah tidak terus disalah anggap.

Saya siarkan sebahagian kenyataan yang dipetik melalui blog berkenaan.

"Ada beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat. Apa yang berlaku kepada anak Rozita bukan dikategorikan sebagai kes buli. Pelajar yang dikatakan 'membuli' Ammar Effendi putera sulung kesayangan Cik Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden 'buli' sebagaimana yang difahami oleh umum.

Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada, perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,

"MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun. Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapa pun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana. Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka. Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan.

"Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom. Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi 'mangsa buli' sebuah MRSM!

Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families...

Untuk membaca kenyataan selanjutnya layari http://mrsm-kuantan.

blogspot.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.