Harian Metro: Rap |
Posted: 29 Apr 2011 08:43 AM PDT INDUSTRI muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K-pop sememangnya menjadi perhatian penggemar muzik di seluruh dunia ketika ini. Namun, berbanding penyanyi solo, artis berkumpulan di sana dikatakan lebih sukses dan popular sebagaimana populariti diraih Beast dan Super Junior. Seperkara yang menarik mengenai kebanyakan kumpulan K-pop, mereka bagaikan produk kecantikan yang tampil dengan pakej mempesona. Tidak hanya rupawan, mereka didatangkan dengan penghasilan muzik yang hebat serta koreografi mendebarkan. Begitu juga fesyen unik dan berani sehingga menjadi ikutan ramai.
Mengulas kejayaan itu, Seulong berkata, pengumuman itu satu penghargaan besar buat mereka kerana berpendapat industri muzik K-pop begitu kompetitif dengan terdapatnya pelbagai kumpulan yang hebat. Justeru, sesiapapun boleh dianggap yang terbaik. "Nasib mungkin menyebelahi 2AM kerana kami adalah kumpulan harmoni di mana kami lebih memberi penekanan dari segi nyanyian vokal berbanding tarian," katanya. Jinwoon yang meminati kumpulan Hoobastank mencelah untuk terus kekal dan diingati, menuntut pengorbanan yang sangat tinggi daripada mereka. Tambahan pula industri K-pop sentiasa berganti wajah. "Nampak seperti kami menempa populariti dengan mudah akan tetapi proses "Tetapi kerana persaingan yang begitu sengit membuatkan kami perlu menjadi orang yang kreatif bukan saja dari segi penghasilan lagu, tetapi secara keseluruhannya," katanya. Memetik kenyataan dalam satu temubual eksklusif antara 2AM dan majalah tempatan, kumpulan berasal dari Korea Selatan ini sempat bercerita mengenai album Saint o'Clock yang membawa perubahan besar dari segi muzik, sekali gus berbeza dengan konsep album sebelum ini. "Kami suka album ini jika mengambil kira dari segi lagunya. Pun begitu, menyentuh soal imej kami lebih sukakan imej sekarang kerana ia mempamerkan kematangan kami," katanya. Dalam temu bual itu turut disingkap rahsia siapa yang mempunyai keperibadian yang paling berbeza di depan dan belakang kamera. Ternyata mereka sepakat memilih Seulong. Kata Jinwoon, kalau peminat lihat Seulong di televisyen, dia kelihatan sangat tenang dan tampan. Bagaimanapun, kenyataan sebenar di luar, dia seorang yang sangat lucu, kata Jinwoon. Ditubuhkan hampir empat tahun lalu, semua pemuda ini bertuah kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga. Sinonim dengan genre balada, 2AM yang juga duta Samsung, Pepsi dan BHC Chicken, bakal membuktikan kehebatan mereka kepada peminat dan penggemar muzik tempatan pada 21 Mei sempena DiGi Live K-pop 2AM Showcase. Konsert anjuran DiGi Telecommunications Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu akan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, jam 6 petang. Popular dengan lagu Can't Let You Go Even If I Die dan This Song, 2AM yang sememangnya terkenal dengan kemantapan vokal mereka, khabarnya sibuk mengadakan konsert jelajah seluruh Asia. Konsert bertujuan menghargai pelanggan setia DiGi Telecommunications dan Universal Music turut dimanfaatkan 2AM untuk mempromosikan album studio mereka, Saint o'Clock. Sementara itu, Ketua Segmen Pemasaran DiGi, Moharmustaqeem Mohamad mengakui terkejut dengan sambutan peminat K-pop di Malaysia. "Kami memberikan cabaran kepada peminat DiGi Youths sekiranya mereka membantu kami mencapai sasaran 147,000 peminat untuk akaun Facebook kami, kami akan membawa 2AM datang ke Malaysia. Tidak sangka dalam masa empat hari, kami sudah mencapai sasaran itu. "Tiket untuk menyaksikan 2AM dibuka untuk pratempahan pada 17 April lalu di 1Utama. Sebanyak 434 tiket ditempah dalam masa empat jam. Malah, kepada siapa yang sudah membuat tempahan tiket, boleh menebusnya bermula 21 April hingga "Bagi peminat yang belum membuat tempahan, anda juga boleh membeli terus dari kedai DiGi di dua premis itu bermula 21 April hingga 20 Mei," katanya. Bagi yang ingin berinteraksi secara peribadi dengan 2AM, pelanggan prabayar dan pasca bayar perlu menambah nilai sebanyak RM50 melalui flexi e-load dan mengaktifkan DiGiMusic Pluz hanya RM5 untuk mendapatkan satu tiket menyaksikan showcase itu. Sementara untuk sesi autograf pada 20 Mei, peminat hanya perlu menambah nilai RM30 serta memenangi dua tiket bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan 2AM pada 21 Mei. Bagi yang menambah nilai RM50, mereka berpeluang bertemu dan berinteraksi secara peribadi dengan 2AM. Untuk mengetahui secara lanjut mengenai DiGi Live K-pop 2AM Showcase, layari www.facebook.com/DiGiYouths dan www.universalmusic.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 29 Apr 2011 08:28 AM PDT HANYA linangan air mata yang bergenang di kelopak mata Datin Orkid Abdullah menandakan perasaan terharunya menyambut kehadiran Persatuan Karyawan Malaysia yang melawat di rumahnya di Dataran Ukay, petang Rabu lalu. Rombongan diketuai presidennya, Datuk Freddie Fernandez dan rakan artis, Datuk Sarimah Ahmad, Datin Paduka Julie Sudiro, Aspalela Abdullah, MY Shamsuddin dan Shamsuddin Lamin meluangkan masa melawat penyanyi suara gemersik popular dengan lagu Penawar Rindu yang hanya mampu terbaring di katil akibat penyakit ketumbuhan atau paraganglioma yang dideritai sejak tiga tahun lalu.
Penyanyi berusia 64 tahun itu pernah menjalani dua pembedahan iaitu pada 2008 dan terbaru pada Februari tahun lalu bagi membuang ketumbuhan berkenaan. Namun selepas pembedahan di perut ini, keadaannya menjadi semakin kritikal apabila mula sukar bergerak selepas beberapa bulan berikutnya sehingga terpaksa meminta bantuan anak-anak. Bahkan dia hanya mampu berbaring saja di rumah.
"Selera makannya juga berubah-ubah kerana ada ketikanya kesihatannya baik dan ibu mempunyai selera. Biasanya pada sebelah petang keadaan kesihatannya merosot. Jika sakitnya datang, ibu akan berasa panas dan kuat berpeluh, pedih ulu hati, sakit belakang dan muntah. Ibu enggan ke hospital walaupun sakitnya bertambah teruk. "Dia hanya bergantung kepada perubatan alternatif. Kata doktor pula, rawatan untuk penyakit seperti ini hanya terdapat di Hospital Putrajaya," katanya dengan nada sebak. Eenaz yang bergilir-gilir menjaga ibunya bersama-sama dua abang dan seorang kakaknya menambah, doktor menasihatkan ibunya dibawa ke hospital di Amerika Syarikat atau Belanda untuk mendapatkan rawatan, namun cadangan itu sukar diikuti dengan keadaan kesihatan ibunya yang sukar menempuh perjalanan jauh yang memakan masa berbelas jam penerbangan. "Kami hendak bawa dia ambil angin di luar rumah pun dia sudah tak boleh, apalagi nak bawa naik kapal terbang. Jadi apa yang boleh dilakukan ialah kami buat rawatan tradisional terhadapnya," katanya. Freddie yang pernah menganjurkan skim pencen Karyawan untuk artis veteran sebelum ini, turut mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan wang tunai buat Orkid. "Skim pencen Karyawan sebanyak RM500 sebulan untuk artis veteran terpaksa dihentikan sementara sejak enam bulan lalu kerana kami mengalami masalah kewangan. Kami masih mencari semula dana menerusi penganjuran aktiviti antaranya pesta lawak 'The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu' pada Jun ini untuk mengumpul dana skim," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |