borak kosong |
- Anak Hamili Ibu Kandungnya sendiri
- Cari nahas..lelaki sengaja pandu kereta bawah lori
- Ayah rasa bertuah selepas anak lelaki terselamat setelah disedut puting beliung
- Pelik..budak boleh makan 5 hingga 6 pinggan sekaligus tapi badan semakin melidi
- Jawapan saya tentang sumpah laknat Eskay: Dr Dzul
- Di Ghana hanya perempuan yang boleh naik motor
- Senjata sebenar yang berbentuk seperti mainan
- Kisah Nenek 70 Tahun Dikucilkan di Hutan
- L.T. Ariyawathi, Seorang Ibu Yang Tubuhnya Disiksa Dengan Puluhan Paku
- Hotel Mewah di Tengah Air terjun
- Rachel Dowley, Gadis Yang Hampir Mati Gara-gara Warnakan Rambut
- Skate Horse, Olahraga Baru yang unik dan extreme
- Panasonic Ciptakan Robot Berlengan Yang Dapat Mencuci Rambut
- The Real Supporter
- Inilah wanita yang semua organ dalamnya kepunyaan orang lain
- Dieter Dengler Satu-satunya Tentera Amerika Yang Berjaya Lari Dari Penjara Vietnam
- Cicak berkepala Burung
- Gila ..Copy Paste Di anggap Agama di Sweden
- Web untuk orang cantik cari pekerjaan
- Pemasangan Saluran Getah Dari Otak Ke Perut, Menyelamatkannya Dari Kebutaan
Anak Hamili Ibu Kandungnya sendiri Posted: 30 Apr 2011 09:35 PM PDT Khabar yang menghebohkan terdengar dari sebuah desa di Polewali Mandar, Sulawesi Barat. Seorang ibu dengan lapan anak kini tengah hamil tujuh bulan. Dikhabarkan, ayah dari bayi di dalam kandungannya itu adalah anak sulungnya sendiri. Sang bapak yang merantau ke Malaysia sudah lima tahun tak memberi nafkah bagi isteri dan lapan anaknya. Diduga, keadaan itu yang menjadi penyebab timbulnya perilaku seks menyimpang dari adat dan agama ini. Rani (40) membantah kecurigaan para tetangganya. Namun, perut Rani yang terus bertambah buncit membuatnya tak boleh menyembunyikan aib keluarga. Rani semula beralasan dirinya diperkosa seorang pemuda desa. Kerana telah membuat aib terhadap diri dan keluarganya, Rani mengaku membunuh lelaki itu dan menanamnya di tengah sawah. Namun, alasan Rani tak meredakan kecurigaan warga dan para tetangganya. Takut diseret ke balai polis kerana alasan membunuh seseorang, ibu lapan anak ini kembali membuat alasan baru. Rani mengaku dirinya telah dihamili seorang lelaki yang berasal Kabupaten Endrekang, Sulawesi Selatan. Saat itu Rani pun mengaku diperkosa saat bekerja sebagai buruh di Enrekang. Warga dan pihak berkuasa pemerintah desa setempat pun mendesak Rani menunjukkan lelaki yang telah menghamili dirinya bertanggung jawab atas janin dalam kandugannya. Beberapa minggu kemudian Rani datang bersama seorang lelaki yang dikatakan sebagai ayah dari anak di dalam kandungannya. Ini ditunjukkan dengan surat nikah dari KUA Enrekang lengkap dengan foto keduanya. Kecurigaan warga pun redah ketika itu. Setelah reda lebih dari lima bulan, warga dan para tetangga Rani kembali menaruh curiga. Ini bermula dari pengakuan salah seorang anaknya yang masih berumur empat tahun. Anaknya bercerita kepada jiran tetangga jika ibunya dan Emang, abang sulungnya, sudah lama tidur sebilik. Cerita ini kembali menjadi gossip para tetangga dan warga sekampungnya. Sejumlah warga pun mendesak ketua dusun dan desa setempat untuk mengetahui cerita sebenar khabar tak sedap itu. Setelah lama didesak, Rani akhinrya mengakui jika janin berumur tujuh bulan dalam kandungannya adalah perbuatan Emang, anak sulungnya. Pengakuan itu tak hanya membuat gegar para tetangga. Ketua desa setempat pun seolah disambar petir mendengar pengakuan Rani. Cerita ini dikatakan oleh ketua desa dusun setempat, Sulaeman, Rabu (28/4/2011), yang mengaku sempat panik lantaran membayangkan risiko perbuatan ibu dan anak ini kelak setelah cerita pengakuan ini tersebar luas. "Saya dan ketua desa lainnya pun bingung mencari penyelesainya. Ini bukan persoalan anak muda menghamili kekasihya, tapi ini anak menghamili sang ibu," ujar Sulaeman. Pengakuan mengejutkan juga diakui Emang, anak sulung yang selama ini bekerja sebagai buruh bangunan yang menampung kehidupan keluarganya. Saat ketua desa sedang bermusyawarah mencari penyelesaian untuk pasangan tak rasmi ini, tiba-tiba Rani dan Emang menghilang dari rumah dan kampung halamannya. Rani menghilang Jumaat petang lalu, sedangkan Emang meninggalkan rumah dan adik-adiknya sejak Sabtu pagi. Tujuh anak Rani yang rata-rata masih kecil kini tinggal di sejumlah sanak keluarganya yang bersedia menampungnya. Kepala desa menduga Rani dan Emang panik dan cemas lantaran takut jadi sasaran amuk warga dan jiran tetangga yang merasa kelakuan keduanya telah mencemari kampung halaman mereka. Meski demikian, pengakuan Rani ini belum tentu benar. Sekalipun anak sulungnya telah mengaku, bukan tidak mungkin penyangkalan itu dilakukan Rani sama seperti dua kes sebelumnya. |
Cari nahas..lelaki sengaja pandu kereta bawah lori Posted: 30 Apr 2011 08:46 PM PDT Sahaja mengundang padah... saya petik dari kosmo online MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Ini bukan adegan filem tetapi satu realiti. Seorang pemandu mengundang padah dengan memandu kereta sportnya di bawah sebuah treler yang sedang bergerak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta sport Mazda MX-5 yang dipandu lelaki tersebut menyelinap di bawah treler 18 tayar itu yang bergerak selaju 64 kilometer di sebatang jalan yang sibuk di negeri Florida. Dia kemudian bergerak keluar dari bawah treler itu dan terus memandu pergi. "Saya tidak percaya melihat aksinya. Dia mengundang bahaya kepada semua pemandu lain. Kadangkala kebodohan manusia tidak mengenal batasan," kata seorang saksi Ben Ellis yang merakam kejadian itu baru-baru ini. - Agensi |
Ayah rasa bertuah selepas anak lelaki terselamat setelah disedut puting beliung Posted: 30 Apr 2011 07:30 PM PDT Budak ini sungguh bernasib baik.. saya petik dari kosmo online TUSCALOOSA, Amerika Syarikat (AS) - Rumahnya ranap dan dia pula telantar di hospital tetapi seorang ayah di negeri Alabama, Reginald Eppes menganggap dirinya bertuah selepas anak lelakinya yang berusia 8 tahun terselamat walaupun setelah disedut ke dalam puting beliung. Kejadian ngeri itu berlaku pada malam Rabu lepas apabila pusaran angin beliung menjulang budak lelaki tersebut, Reginald Jr dari katilnya dan menyedutnya ke dalam kegelapan malam. "Saya cuba mencapai tangannya tetapi tidak sempat. Dinding rumah kami runtuh seperti kertas dan angin maut itu turut menyedut anak saya," kata Eppes, 35 kepada akhbar Daily News dari sebuah hospital di sini. Menurutnya, dia segera memeluk anak lelakinya yang berusia 6 tahun, James-Peter manakala isterinya bertindak melindungi anak bongsu mereka yang berusia 4 tahun bagi mengelakkan kedua-duanya turut diragut angin kencang itu. "Kejadian itu bagaikan mimpi ngeri. Saya hanya mampu berdoa agar Tuhan melindungi kami," ujar lelaki tersebut. Namun, menurutnya, dia kemudian berasa lega dan bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan satu keajaiban kepadanya. "Sebaik sahaja angin itu hilang, saya melihat kelibat anak lelaki saya berjalan ke arah kami di atas timbunan runtuhan," jelas Eppes Pemeriksaan lanjut mendapati budak lelaki itu selamat dan cuma mengalami luka kecil pada leher dan kepalanya pula bengkak. Angka kematian dalam bencana puting beliung yang melanda negeri Alabama pada Rabu lepas mencecah 318 orang setakat ini dan angka tersebut dijangka terus meningkat. - Agensi |
Pelik..budak boleh makan 5 hingga 6 pinggan sekaligus tapi badan semakin melidi Posted: 30 Apr 2011 06:48 PM PDT Ini memang penyakit pelik.. saya petik dari kosmo online KUALA LUMPUR – Sakit tapi selera makannya semakin menjadi-jadi.Itu fenomena luar biasa yang berlaku kepada Muhammad Aiqqal Azman, 12, yang menghidapi penyakit misteri sejak bulan Disember lalu. Menurut ibunya, Wan Zuriati Wan Zulkipli, 37, anak keempatnya yang mesra dipanggil Aiqqal itu mampu makan nasi lima hingga enam pinggan besar sekali gus apabila lapar. "Aiqqal tiba-tiba menjadi seorang yang kuat makan dan kadar pemakanannya luar biasa. Apa yang pelik, semakin banyak dia makan tetapi badannya tetap kurus. "Namun, apabila seperiuk nasi, sup atau apa sahaja yang dimasak, dia boleh habiskan seorang diri. Perkara tersebut merisaukan kami sekeluarga," katanya kepada Kosmo! Ahad di kediamannya di Kondo Mentari, Bandar Sri Permaisuri di sini semalam. Wan Zuriati memberitahu, Aiqqal bukan sahaja makan dalam kuantiti yang banyak tapi berulang kali dan tidak kira masa dan tempat. Malah, kata beliau, anaknya itu pernah bangun pukul 3 pagi semata-mata untuk makan. Bagaimanapun, menurut Wan Zuriati, berat badan Muhamad Aiqqal yang dahulu mencecah 35 kilogram kini menyusut sehingga 20 kilogram sejak dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dua minggu lalu. |
Jawapan saya tentang sumpah laknat Eskay: Dr Dzul Posted: 30 Apr 2011 06:00 PM PDT I1. Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat? Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyat Malaysia terbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa si pelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim. Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. 'Sumpah laknat' mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar. 2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam Perkara ini yang kita tunggu-tunggu daripada ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya umat Islam. Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun "sumpah laknat" adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li'an atau prosedur Mula'anah-Surah An-Nur 6-10). Ringkasnya, kenapa Eskay ini pula yang bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya. Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults). 3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr? Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri. Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, sama ada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan 'character assasination' dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan umat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh umat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – 'destructive zero-sum game' yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini. Dipetik daripada blog Dr Dzulkefly Ahmad |
Di Ghana hanya perempuan yang boleh naik motor Posted: 30 Apr 2011 05:36 PM PDT Di Ghana, motor hanya boleh digunakan kaum Hawa saja. Di negara lain, motor boleh bebas dipakai siapa saja asal sudah cukup umur dan punya lesen. Hal ini berbeza dengan yang diterapkan oleh Ghana. Kerana di Ghana hanya wanitalah yang boleh mempergunakan pengangkutan ini. Seperti dilansir motoroids, peraturan itu dibuat di kota Bawku, Ghana sejak tahun lalu. Alasan pelarangan kaum lelaki menggunakan motor pun ternyata cukup simpel yakni tingginya tingkat kejahatan di kota tersebut. Dengan motosikal penjahat dapat dengan mudah melarikan diri kerana motosikal boleh dibawa selaip-selip di antara kerumunan jalan ataupun menelusuri jalan-jalan sempit. Alhasil, banyak penjahat yang lolos dari jeratan petugas berkat kendaraan ini. Untuk mengurangi impak itu, pelarangan menaik motor pun dilakukan. Di tahun lalu, benar-benar total, bukan hanya lelaki melainkan wanita. Nah beberapa bulan kemudian, peraturan itu berubah, hanya kaum lelaki saja yang tidak boleh naik motor, sementara wanita diperbolehkan. Kerananya, ramai lelaki yang tidak senang dengan peraturan ini. Sebab dianggap menghambat terutama bila misalnya si lelaki harus berbelanja atau menghantar keluarga yang sakit untuk pergi ke doktor. Apalagi peraturan itu juga melarang para wanita pemilik motor untuk memberi tumpangan dalam keadaan apa pun. Dan jika ditemukan hal seperti itu, si pengendara wanita akan ditangkap dan polisi akan menyita motosikalnya. |
Senjata sebenar yang berbentuk seperti mainan Posted: 30 Apr 2011 11:01 AM PDT |
Kisah Nenek 70 Tahun Dikucilkan di Hutan Posted: 30 Apr 2011 10:01 AM PDT Tidak semua orang beruntung boleh menikmati sisa hidupnya pada masa tua dengan tenang. Di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Kindo Kali, seorang nenek berumur 70 tahun, harus hidup terkucil di tengah hutan seorang diri lantaran pernah mengidap penyakit kusta. Si Nenek 70 tahun dikucilkan selama 7 tahun lebih di hutan. Kindo Kali memilih mengasingkan diri dari lingkungan sosialnya kerana tidak semua warga di desanya bersedia menerima kehadirannya. Alasannya, penyakitnya boleh berjangkit masyarakat lain. Anak-anak dan cucu yang seharusnya menjadi teman di masa tuanya malah meninggalkan Kindo seorang diri. Sudah lebih dari tujuh tahun Kindo Kali atau yang akrab disapa Sayang hidup menyendiri di sebuah gubuk berukuran tidak lebih dari 1,5 x 2 meter persegi, di tengah hutan dan jauh dari lingkungan sosial masyarakat di sekitarnya. Warga Dusun Tosondeng, Desa Luyo, Kecamatan Luyo, Polewali Mandar, ini kini sudah tak mampu lagi bekerja mencari nafkah. Sejak tiga tahun lalu Kindo tak lagi boleh pergi dari rumahnya. Jangankan bekerja mencari nafkah, berdiri dan meninggalkan gubuk tuanya saja tak mampu lagi. Selain kerana faktor usia tua, juga kerana sebagian sarafnya tak lagi berfungsi normal setelah sembuh dari penyakit kusta yang mendera tubuhnya selama hampir enam tahun. Untuk boleh bertahan hidup di rumahnya, Kindo hanya berharap uluran tangan pemerintah dan warga kampung yang bersimpati dengannya. Kindo mengaku sedih, sejumlah anak dan cucunya yang dulu pernah serumah sebelum Kindo terserang penyakit kusta hingga kini tak kunjung datang menjenguknya. Menurut Kindo, dirinya diasingkan keluarganya di tengah hutan sejak diserang penyakit kusta tujuh tahun yang lalu lantaran tidak semua warga di desanya bersedia menerima kehadirannya. "Saya sedih, Nak, orang menolak saya tinggal di kampung," kata Kindo. Beruntung petugas kesihatan setempat menemukan Kindo dan merawatnya hingga sembuh. Abdul Kasim, petugas pemberantasan penyakit kusta Dinas Kesihatan Polewali, menyebutkan, diperlukan waktu hampir tiga tahun untuk mengubati Kindo secara rutin di tengah hutan hingga sembuh dari penyakit kusta yang dideritanya. Tak jelas asal-usulnya, Kindo tiba-tiba saja ditemukan warga Desa Luyo tinggal di tengah hutan. Kindo yang hanya mahir berbahasa Mandar ini mengaku tak tahu dirinya berasal dari desa apa. Camat Luyo Andi Bebas Manggazali dan Kepala Desa Luyo Darmawati mengaku hairan, Kindo tiba-tiba ditemukan warga tinggal di tengah hutan dalam keadaan sakit. Meski telah sembuh, Kindo kini malu bergaul dengan masyarakat sekitarnya. Cacat fizik yang diderita akibat badannya digerogoti penyakit kusta bertahun-tahun membuat Kindo kehilangan percaya diri untuk bergaul dengan masyarakat sekitarnya. Pemerintah setempat kini berupaya mengembalikan Kindo ke tengah lingkungan sosialnya agar boleh berbaur kembali di tengah masyarakat sekitarnya. Semoga, si nenek mendapatkan apa yang semestinya dia dapatkan dalam sisa umurnya. Dan semoga kisah nyata ini menjadi perenungan kita semua. |
L.T. Ariyawathi, Seorang Ibu Yang Tubuhnya Disiksa Dengan Puluhan Paku Posted: 30 Apr 2011 09:47 AM PDT Pasangan suami-isteri Arab Saudi menyiksa pembantu rumah tangga mereka berasal Sri Lanka setelah ia mengeluhkan beban kerja yang terlalu berat. Pasangan itu menyiksa PRT tersebut dengan memakukan 24 paku di tangan, kaki dan dahi wanita itu, kata mereka. Hampir dua juta orang Sri Lanka mencari pekerjaan di luar negeri tahun lalu dan sekitar 1,4 juta orang, sebahagian besar pembantu, dipekerjakan di Timur Tengah. Banyak dari mereka mengeluhkan pelecehan atau penyiksaan fisik. L.T. Ariyawathi, seorang ibu tiga anak yang berusia 49 tahun, pulang kembali setelah lima bulan berada di Arab Saudi. Keluarganya baru menyadari apa yang terjadi padanya ketika ia mengeluhkan rasa sakit dan mereka membawanya ke doktor, kata sejumlah juru cakap Biro Tenaga Kerja Luar Negeri. "Majikan dan isterinya memaku 24 paku ke tubuhnya ketika ia mengeluhkan beban pekerjaan yang berat," kata Kalyana Priya Ramanayake, sekretaris media di biro tersebut, kepada Reuters. Ariyawathi dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan pengeluaran paku dari tubuhnya, yang kata pembantu itu ditancapkan ke tubuhnya ketika benda-benda itu dalam keadaan panas. Pemeriksaan dengan sinar X menunjukkan bahawa paku-paku dengan panjang satu hingga dua inci berada di tangan dan kakinya, dan satu paku di dahinya. Biro Tenaga Kerja Luar Negeri membahas masalah itu dengan Jaksa Agung, sementara Kementerian Luar Negeri Sri Lanka akan membahas masalah itu dengan pemerintah Arab Saudi. |
Hotel Mewah di Tengah Air terjun Posted: 30 Apr 2011 08:35 AM PDT Apa jadinya bila ada istana di balik air terjun ? ini memang sesuatu hal yang sepertinya hanya ada dalam dongeng-dongeng saja, namun kini China sedang berusaha mewujudkan hal tersebut. Memang bukan Istana di balik air terjun yang sedang dibangun China, melainkan sebuah hotel yang sangat mewah. China ingin memberikan sesuatu yang tidak boleh diberikan hotel lain di dunia. Sudah banyak pilihan jika anda ingin tidur di hotel mewah, atau di puncak-puncak gedung tertinggi, atau bahkan di bawah laut. Namun tidur hotel yang berada di balik air terjun sepertinya baru hanya ada di China. Hotel ini dibangun di daerah Songjiang yang terletak dekat dengan Shanghai, China. Rancagannya hotel ini akan memiliki 400 bilik hotel dan ruang konferensi yang mampu menampung 1000 orang. Selain itu, di dalam hotel ini juga akan terdapat beberapa restoran, café, fasiliti olahraga, dan juga ruang publik yang berada di bawah permukaan air. Apabila anda memiliki cukup wang, senang dengan olahraga air dan rock climbing, serta ingin menginap di hotel mewah, mungkin hotel ini akan menjadi pilihan yang sangat tepat untuk anda. |
Rachel Dowley, Gadis Yang Hampir Mati Gara-gara Warnakan Rambut Posted: 30 Apr 2011 07:00 AM PDT Benarkah mewarnakan rambut itu aman? Bahkan yang berlabel mahal, atau yang mengaku herbal sekalipun? Selain kesan kerosakan rambut (apalagi jika pemakainya malas memberi perawatan ekstra), adakah kerugian lainnya? Kerosakan otak atau kematian, mungkinkah itu? Kisah nyata yang dialami Rachel Dowley (19), kita semua jadi tahu bahawa segala kemungkinan buruk di atas mungkin boleh berlaku. Gadis muda asal Essex, Inggris, ini hampir saja kehilangan nyawanya setelah menggunakan sebuah produk ternama pewarna rambut . Selang sehari setelah mengaplikasikan produk tersebut, wajah Rachel tiba-tiba bengkak, salah satu matanya juga melorot, dan pada pipinya timbul kemerahan mirip luka bakar. Tak lama setelah mendapati wajahnya berubah menjadi 'balon', Rachel mengalami rasa sakit yang luar biasa. Doktor yang menanganinya di Southend Hospital mengatakan, kejadian yang menimpa Rachel merupakan "reaksi terburuk yang pernah dia lihat". Selain itu, dari hasil pemeriksaan, doktor juga menegaskan bahawa Rachel boleh kehilangan nyawanya bila ia mewarnakan rambutnya lagi, sebab reaksi produk tersebut cukup dapat membuat sistem imunnya terkejut. Meski reaksi alergi ini bukan pertama kalinya bagi Rachel, dan daya tahan tubuh setiap orang berbeza, namun jangan abaikan peringatan yang selalu tercantum dalam tiap produk pewarna. Biasanya tiap produk yang bertanggung jawab selalu mewajibkan penggunanya untuk melakukan ujian alergi lebih dulu pada bahagian-bahagian tubuh tertentu selama 24 jam sebelum proses pewarnaan. |
Skate Horse, Olahraga Baru yang unik dan extreme Posted: 30 Apr 2011 06:00 AM PDT Selama in kita mengenal ski air, iaitu bermain ski sambil ditarik oleh boat yang laju , sehingga si pemain ski air boleh meluncur dengan kencang sambil menikmati sensasi adrenalin saat melaju. Tapi kini adalah olahraga baru yang hampir serupa dengan ski air, iaitu Skate kuda. Prinsipnya sebenarnya sama, iaitu pemain skate ditarik, namun yang membedakan adalah penariknya, jika pada ski air penariknya adalah boat, maka dalam olahraga unik ini, si penarik adalah kuda yang berlari kencang dengan kecepatan mencapai 50 km per jam. |
Panasonic Ciptakan Robot Berlengan Yang Dapat Mencuci Rambut Posted: 30 Apr 2011 05:00 AM PDT Ilmuwan Jepun melancarkan robot unik yang boleh melakukan tugas sebagai pencuci rambut. Robot ini memiliki 16 jari dan dua lengan. Robot ini diciptakan oleh ilmuwan di perusahaan Panasonic. Mereka ingin meniru tangan seorang penata rambut manusia. Produk ini diharapkan dapat membantu manusia sebagai awal meluasnya generasi perak di negara itu. Kedua lengan robot ini, pertama memindai kepala pengguna dalam wujud tiga dimensi sebagai cara mengatur pergerakan, pengukur dan mencatat bentuk. Tindakan ini juga untuk menentukan tekanan pada kepala dalam posisi yang benar. Robot ini dikembangkan untuk memenuhi kebutuhan para pekerja di hospital dan fasiliti kesihatan lainnya, kata juru cakap Panasonic.Robot ini diperkenalkan pada Pameran Rehabilitasi dan Perawatan Rumah Internasional ke 37 di Tokyo. Kajian menunjukkan bahawa pegawai di sana menghadapi dilema mereka seringkali tidak dapat memenuhi permintaan pesakit untuk mencuci rambut. Ini akan menambah pekerjaan mereka, ujarnya lagi. |
Posted: 30 Apr 2011 04:00 AM PDT Jangan kata penyokong yang kuat jika tidak seperti orang ini... |
Inilah wanita yang semua organ dalamnya kepunyaan orang lain Posted: 30 Apr 2011 03:00 AM PDT Ini adalah kisah perjuangan hidup luar biasa dari seorang gadis, yang sejak lahir sudah didiagnosis memiliki penyakit "cystic fibrosis", dimana cairan tubuhnya lebih kental dari manusia normal. Dengan Hati, ginjal, jantung dan paru-paru yang dimilikinya tidak ada yang asli, semua dari hasil transplant atau pemindahan . Jatuh bangun kerana sakit pada hampir semua organ vitalnya malah membuatnya sukses jadi doktor. Allison John, wanita asal Inggris itu kembali masuk hospital, bukan kerana sakit melainkan untuk menjalankan praktikal sebagai doktor. Allison yang kini berusia 32 tahun tercatat sebagai manusia pertama yang menjalani transplant hati, ginjal, hati sekaligus paru-paru. Semua itu ia jalani dalam 18 tahun terakhir, untuk mengatasi berbagai masalah kesihatan yang menimpanya. Dimulai sejak berusia 6 minggu, John sudah didiagnosis mengalami cystic fibrosis. Kelainan ini ditandakan dengan cairan tubuh yang kental dan lengket, terutama di pankreas dan paru-paru sehingga dapat mengakibatkan sesak nafas. Keadaan itu masih boleh ditangani hingga dia menjadi seorang gadis remaja. Pada usia 14 tahun, barulah muncul masalah berikutnya yakni kegagalan fungsi hati. Kelainan ini agak terlambat diketahui, kerana harapan hidup John tinggal 3 hari ketika doktor menyarankan untuk melakukan transplant. Kerana keadaanya darurat dan tidak ada pilihan lain, John akhirnya menjalani operasi tersebut. Setahun berikutnya, kelainan cystic fibrosis yang diderita sejak bayi mulai menimbulkan komplikasi. Akibatnya, pada tahun tersebut ia harus menjalani operasi pemindahan jantung dan paru-paru sekaligus. Operasi tersebut akhirnya berjalan sukses, bertepatan dengan selesainya 1 tahap pendidikan di tingkat college. Pada saat yang sama, ia diterima di fakulti kedoktoran Cardiff University, Wales. Belum cukup 3 organ yang ditransplantasi, ia kembali mengalami masalah dengan ginjal. Ubat-ubatan yang sebenarnya berfungsi untuk mencegah tubuhnya menolak organ baru ternyata memicu kegagalan ginjal yang serius. Kali ini, ayah John yang sangat menghargai perjuangan hidup anaknya rela mendermakan salah satu ginjalnya. Operasi pemindahan paling baru bagi John itu akhirnya dilakukan sekitar 3 tahun yang lalu. "Hidup saya seperti roller coaster, rasanya sangat lama waktu yang diperlukan hingga sekarang saya boleh ada di sini," ungkap John dikutip dari Dailymail.). John menjalani pratikal dan pelantikan sebagai doktor pada bulan Julai 2010. Selanjutnya, dia akan menjalankan praktik sebagai doktor junior di Neville Hall Hospital di Abergavenny, Inggris. |
Dieter Dengler Satu-satunya Tentera Amerika Yang Berjaya Lari Dari Penjara Vietnam Posted: 30 Apr 2011 02:30 AM PDT Dieter Dengler adalah seorang berdarah Jerman-Amerika, seorang pilot Angkatan Laut Amerika yang menjadi terkenal kerana berhasil melarikan diri dari penjara yang berlokasi di tengah hutan ketika berlangsungnya perang Vietnam Pada awal 1966, pesawat yang dikemudikan Dengler ditembak jatuh oleh anti pesawat di Laos. Meski selamat, ia tertangkap dan dikirim ke penjara yang dikelola oleh Pathet Lao, sekelompok simpatisan Vietnam Utara. Berbagai siksaan diterimanya selama di penjara, membuatnya memutuskan untuk melarikan diri dari penjara ia bergabung dengan para tahanan lain membuat perancangan yang cermat untuk melarikan diri Pada 29 Jun 1966, ia dan enam tahanan lainnya berhasil melarikan diri. Ketika para penjaga sedang makan dan lengah. Setelah membunuh tiga penjaga, Dengler dan pelarian lainnya melarikan diri ke hutan tebal. Ia harus menghabiskan waktu selama 23 hari di hutan tebal yang dipenuhi dengan binatang buas, serangga, lintah, dan parasit. Ia didera kelaparan yang luar biasa sebelum akhirnya ditemukan dan diselamatkan oleh helikopter Amerika. Dalam pelarian tersebut selain Dengler, hanya ada satu pelarian lain yang selamat, iaitu seorang kontraktor asal Thailand. Yang lainnya tewas dalam pelarian atau hilang di tengah hutan. Sekembalinya ke Amerika dan setelah pulih dan kembali ke pekerjaannya, Dengler menjadi pilot penguji yang sukses. Hingga hari ini ia tercatat sebagai satu-satunya tentara Amerika yang berhasil melarikan diri dari penjara selama Perang Vietnam. |
Posted: 30 Apr 2011 01:00 AM PDT Mojokerto - Cicak milik Sulaiman (32) warga Desa Penompo tak seperti cicak pada biasa. Ukuran kepala cicak ini lebih besar sehingga lebih mirip dengan kepala burung. Pemilik cicak, Sulaiman mengatakan, dia menemukan cicak secara tidak sengaja. Cicak berkepala mirip burung itu ia temukan di pinggir almari. 'Sekali pandang, seperti cicak biasa tapi jika diperhatikan dengan teliti maka akan terlihat perbezaanya,' ungkapnya. Sulaiman menjelaskan, jika dilihat lebih teliti dan mendekat maka akan ada perbezaannya.Kepala cicak milik Sulaiman ini lebih mirip kepala burung. 'Kepala cicak lebih besar dan bentuknya menonjol, sehingga mirip dengan kepala burung. Selain itu, ekor cicak memiliki dua warna, bahagian belakang berwarna putih sedang ekor sambungannya berwarna merah. Tak hanya itu, hidungnya lebih mirip hidung buaya, mulutnya lebih menonjol,' jelasnya. Meski ada yang menawar dengan harga tinggi, ia mengaku tak berminat menjualnya. |
Gila ..Copy Paste Di anggap Agama di Sweden Posted: 30 Apr 2011 12:00 AM PDT Sekelompok orang di Sweden mengakui simbol Copy Paste (Ctrl+C dan Ctrl+V) sebagai sesuatu yang suci. Mereka pun ingin kepercayaannya disahkan sebagai ajaran agama. Dalam sebuah khabar yang mirip lawak April Fool, sekelompok penganut kopimisme di Sweden berharap kepercayaan mereka boleh diakui secara sah oleh negara. Penganut Kopimisme tergabung dalam Missionerande Kopimistsamfundet (Misionaris Kopimisme). Kelompok ini menganggap tindakan menyalin kandungan sebagai hal suci. Seperti dikutip dari TorrentFreak,, kelompok ini juga memiliki simbol-simbol suci. Termasuk Ctrl+C dan Ctrl+V. Agak sulit memang mengganggap berita ini serius. Namun para pendiri Kopimisme dikhabarkan memang sungguh-sungguh berharap ajaran mereka boleh diakui oleh pemerintahan setempat. Langkah terbaru mereka adalah mengajak bertemu pihak berwajib di Swedien untuk mengetahui apa saja syarat sah sebuah agama agar boleh diakui negara. Kopimisme didirikan oleh Isaac Gerson, seorang mahasiswa falsafah. Ajaran mereka menyebutkan bahawa menyalin dan berbagi informasi dalah hal paling indah di dunia. Beberapa rukun Kopimisme adalah: All kunskap ?t alla (semua pengetahuan untuk semua) S?kandet efter kunskap ?r heligt (pencarian pengetahuan adalah suci) Spridandet av kunskap ?r heligt (penyebarluasan pengetahuan adalah suci) Skyddande av kopieringsakten (tindakan meng-copy adalah suci) Hal-hal yang ditentang penganut Kopimisme termasuk software anti pembajakan ala Digital Rights Management (DRM). Praktek DRM dianggap setara dengan pembulian dan harus dihapuskan. Untuk bergabung dengan ajaran ini, calon penganut pertama-tama harus setuju bahawa segalanya boleh di-copy dan informasi seharusnya bebas. Lalu, ia cukup membuka web http://kopimistsamfundet.se/ hingga logo Kopimi muncul. Pengajuan Kopimisme sebagai agama rasmi di Sweden telah dilakukan sejak 2010. Namun hingga kini belum dikabulkan kerana komunitas Kopimisme dianggap hanya berkumpul dan tidak melakukan pernembahan rohani. |
Web untuk orang cantik cari pekerjaan Posted: 29 Apr 2011 11:35 PM PDT Di tengah tingginya angka pencari kerja, perusahaan biasanya memperketat persyarat bagi para calon pekerjanya. Demikian pula yang dilakukan situs pencari kerja BeautifulJobSeekers.com. Sayang, bukan keahlian atau pengalaman yang utama, melainkan daya tarik seksualnya. Situs pencari kerja ini dikhususkan bagi mereka yang memiliki penampilan menarik, cantik atau tampan. Melalui foto dan data diri yang diunggah, masing-masing pelamar akan berlumba untuk meraih suara atau dukungan dari para pengunjung web tersebut. Seperti dikutip dari laman Shine, konsep yang dipilih web ini dilatari berbagai kajian yang menunjukkan hubungan antara penampilan seorang karyawan dan status pekerjaan. Seperti kajian yang baru-baru ini dilakukan pasukan dari Universiti Florida. "Kami menemukan bahawa mereka yang berpernampilan menarik dibayar lebih tinggi," kata Timothy Hakim, penulis kajian tersebut. "Orang-orang yang dinilai tampan boleh menghasilkan lebih banyak wang, lebih terdidik dan lebih percaya diri." Sebuah jejak pendapat yang dilakukan di Inggris terhadap lebih dari 2000 perusahaan juga menemukan bahawa seorang manager cenderung memberikan jabatan atau promosi pekerjaan kepada pekerja yang cantik atau tampan. Sebanyak 88 peratus responden yang diwawancara mengakui bahawa mereka memiliki beberapa tahapan seleksi pekerja berdasarkan daya tariknya, bukan keahlian dan pengalaman. Sedangkan 92 peratus responden mengatakan bahawa penampilan calon pekerja mempengaruhi keputusan penerimaan pekerjaan. |
Pemasangan Saluran Getah Dari Otak Ke Perut, Menyelamatkannya Dari Kebutaan Posted: 29 Apr 2011 10:00 PM PDT Seorang gadis berusia 17 tahun nyaris buta akibat tekanan berlebih di kepalanya. Penglihatannya terselamatkan setelah doktor membuatkan saluran di kepala, yang mengalirkan cairan otak langsung ke perutnya. Melissa Peacock, gadis asal Bradford Inggris ini mengalami keadaan langka yang disebut intracranial hypertension. Tekanan tinggi akibat kelebihan cairan otak itu memberi impak pada salah satu saraf mata. Keadaan itu awalnya diketahui dari penglihatannya yang mulai kabur di usia 9 tahun. Selanjutnya dia mengeluhkan pusing dan sakit kepala, sehingga ibunya, Carolynne membawanya ke doktor untuk berubat. Mendapati tekanan yang tinggi di otak, doktor sempat mengatakan Melissa menderita tumor mematikan di otak. Namun setelah hasil scan keluar, bukan jaringan tumor yang teramati di kepalanya melainkan kelebihan cairan otak. Keadaan itu kemudian diatasi dengan prosedur standard yakni menyedut cairan dari dalam kepala. Sayangnya, tak lama setelah disedut cairan itu muncul lagi sehingga penyedutan harus dilakukan sampai 8 kali. Tak tega melihat Melissa yang kesakitan setiap kali cairan kepalanya disedut, doktor berfikir untuk melakukan prosedur yang sifatnya permanen. Dokter akan memasangkan saluran getah penghubung untuk mengalirkan cairan itu ke perut. Salah satu ujung saluran itu ditanam di otak, sedangkan ujung yang lain berada di lambung Melissa. Dengan adanya saluran yang dipasang menyusuri tulang belakang itu, kelebihan cairan di kepala langsung dialirkan ke perut untuk dicerna. "Teman-temanku merasa aneh mendengar aku mencerna cairan otakku sendiri. Tapi aku tidak peduli, sebab kualiti hidupku membaik sejak ada alat itu di kepalaku," ungkap Melissa seperti dikutip Dailymail, Kini remaja yang mempelajari fotografi itu boleh menjalani hidupnya secara normal seperti pelajar yang lain. Gangguan penglihatan dan sakit kepala yang dulu dialaminya, kini tinggal kenangan berkat idea cemerlang para doktor yang menanganinya. |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |