Adsense

Rabu, 6 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Disney On Ice Dunia Fantasi

Posted:

Disney On Ice Dunia Fantasi

Disney On Ice Dunia Fantasi

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


Tinker Bell sedang beraksi.


SEBUT saja karakter kartun Mickey, Minnie, Donald Duck, Goofy dan Pinocchio pasti ramai yang teringat pada zaman kanak-kanak.

Ini kerana sejak dulu sehingga sekarang, karakter kartun yang dicipta oleh Walt Disney sentiasa menjadi bualan ramai.

Sejak 100 tahun lalu, orang ramai baik yang muda atau tua telah didedahkan dengan siri kartun yang menghiburkan hati itu.

Bagi merealisasikan impian peminat-peminat Disney, Feld Entertainment dengan kerja sama PR Worldwide mempersembahkan Disney On Ice Worlds Of Fantasy.

Selama tiga malam berturut-turut, bermula 1 April lalu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, orang ramai berpeluang melihat secara langsung karakter popular ciptaan Walt Disney seperti The Little Mermaid, The Lion King, Cars dan Tinker Bell.

Mungkin cerita-cerita itu pernah muncul di layar perak tapi ia bukanlah sesuatu yang membosankan apabila ia dipersembahkan dengan gaya lain.

Kepakaran para peluncur profesional meluncur laju, berputar ligat sambil beraksi sudah mampu membuat penonton yang terdiri daripada kalangan dewasa dan kanak-kanak itu terpegun.

Selain jalan cerita menarik dan diserikan dengan lagu-lagu merdu, penonton juga terpegun melihat keindahan kostum para peluncur yang disesuaikan mengikut karakter.

Malah ketika persembahan penutup tirai, Tinker Bell, penonton seolah-olah berada di taman yang dipenuhi dengan pelbagai bunga warna warni yang mekar di kiri kanan pentas.

Kepakaran teknikal pihak Feld Entertainment menampilkan set pementasan mengikut jalan cerita dengan penataan cahaya yang menarik membuatkan persembahan itu tampak fantastik.

Sebaik sahaja persembahan selesai, penonton berasak di luar stadium untuk membeli barangan cenderamata karakter Walt Disney yang dijual pada harga termurah RM15.

Persembahan yang sudah menjelajah beberapa buah negara itu bermula pada pukul 8.30 malam dengan tiket-tiket berharga antara RM61.50 sehingga RM223.50

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MKB kupas isu Kampung Baru

Posted:

MKB kupas isu Kampung Baru

MKB kupas isu Kampung Baru

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ

KAMPUNG Baru yang telah wujud sejak 111 tahun lalu di Kuala Lumpur merupakan kawasan penempatan Melayu yang belum dibangunkan sepenuhnya sehingga kini.

Biarpun negara telah merdeka sejak 54 tahun lalu tetapi isu pembangunan kampung yang terletak di tengah ibu kota itu terus diperkatakan banyak pihak termasuklah menerusi persembahan teater.

Teater Muzikal Kampung Baru (MKB) yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 dan 10 April ini tidak terkecuali memperkatakan isu itu.

Pementasan anjuran para pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor itu misalnya, cuba mengetengahkan isu yang mungkin banyak berlaku di situ.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri FACT, Dr. Mahadi J. Murat berkata, pementasan itu tepat pada masanya kerana ia secara tidak langsung boleh menarik para penghuni Kampung Baru berfikir tentang masa depan mereka.

"Kebetulan tahun ini Kampung Baru meraikan ulang tahunnya yang ke-111. Pementasan ini tepat pada masanya kerana ia boleh dianggap transisi penting masyarakat Melayu di situ sama ada mahu berubah ataupun tidak.

"Kedudukan orang Melayu itu digambarkan secara kreatif. Kita mahu sampaikan apakah yang mungkin akan berlaku di Kampung Baru 100 tahun akan datang.

"Cuma pementasan ini akan menjadi lebih bermakna kalau ia dipentaskan di Kampung Baru," katanya sewaktu merasmikan pementasan MKB di Kompleks Rakan Muda, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pementasan dengan kerjasama Fakulti Muzik UiTM itu merupakan projek sembilan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Pengurusan Industri Kreatif dan Teater yang keseluruhannya membabitkan 76 tenaga kerja termasuklah pelakon teater tersebut.

Skrip pementasan itu yang diambil daripada karya Prof. Dr. Hatta Azad Khan yang memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas sempena Perayaan Juli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka beberapa tahun lalu sarat dengan pelbagai kritikan.

Sebagai pengarah MKB, Madzlan Abet berkata, pementasan itu bukan mahu memihak kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, ia bertujuan memberi ruang berfikir dan mencetuskan idea bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kampung yang majoritinya orang Melayu itu.

"Ia bergantung kepada penerimaan para penonton sama ada mereka menyokong atau tidak pembangunan di Kampung Baru. Apabila membaca naskhah ini, saya lihat isu utamanya ialah soal pembangunan ditakuk lama.

"Naskhah ini cuba menggambarkan wujudnya golongan generasi baru yang cuba membawa perubahan di situ. Kekuatan skrip ini ialah, ia cuba melontarkan idea-idea generasi baru. Saya hanya mengambil skrip asal tanpa mengubah atau menokok tambahnya," ujarnya.

MKB yang mengenakan tiket berharga RM10 dengan pembelian buku program pementasan itu jelas Madzlan, turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement Kampung Baru.

Selain itu, pementasan tersebut juga tidak berniat mencetuskan isu-isu sensitif membabitkan para penduduk Kampung Baru seperti soal keengganan segelintir penduduknya berpindah atau terbabit dalam usaha membangunkannya.

"Saya tidak melihat daripada aspek isu-isu yang hangat diperkatakan itu. Ini kerana, sewaktu kami membuat keputusan untuk mengetengahkan karya ini, isu itu belum hangat diperkatakan. Saya cuma mahu memberi tahu akan kewujudan generasi baru dalam karya ini," jelasnya.

Sesuai dengan konsep teater muzikal, tambah Madzlan, MKB akan menampilkan 14 lagu baru yang dihasilkan dengan kerjasama Fakulti Muzik UiTM.

Para pelakon yang akan membintangi teater muzikal itu antaranya Mohd. Azim Sharim yang akan melakonkan watak Haji Pahlawan, M. Shafik Ridzuan Jailani (Gulam Russel), Nina Nadira Naharudin (Ratnasari), Mohd. Shazrin Ghazali (Tulus), Nurul Hakkim Abd. Halim (Joshua Ong) dan Shahrul Anwar (Nathan).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.