Adsense

Isnin, 4 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Karya jujur Osman Ali

Posted:

Karya jujur Osman Ali

Karya jujur Osman Ali

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH dan ihsan NUANSA


KARYAWAN filem Cun! yang menghadiri majlis tayangan di GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pengarah filem terkenal, Osman Ali pasti cukup kenal dengan sentuhan dalam setiap karyanya.

Genre drama berat dengan pelbagai isu sering kali menjadi pilihan utama Osman untuk karya-karyanya kecuali Puaka Tebing Biru yang dikategorikan dalam genre seram.

Sentuhan Osman untuk setiap filem-filemnya bermula dengan Bukak Api, Malaikat Di Jendela dan Anak Halal semuanya mendapat kritikan yang positif serta diterima dengan baik.

Lalu, apabila Osman mengumumkan dia akan mengarahkan sebuah filem komedi romantik, keputusan itu dilihat sedikit 'mengejutkan'.

Pelbagai persoalan mula timbul sama ada Osman mampu memberikan impak menerusi karya terbarunya yang diberi judul Cun! itu.

Apatah lagi, Osman memiliki trek rekod yang tidak begitu memberangsangkan sewaktu mengarahkan filem cereka pertamanya, Puaka Tebing Biru.

Bimbang juga seandainya Cun! akan mengalami nasib yang serupa seperti Puaka Tebing Biru.

Bukan mudah untuk Osman keluar dari kepompong untuk menarik perhatian pencinta filem tempatan dengan mengarahkan filem komedi romantik.

Namun, pandangan itu berubah serta-merta sewaktu menyaksikan Cun! pada majlis tayangannya di GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Mac lalu.

Ternyata selama satu setengah jam menonton filem tersebut, tanpa ragu lagi, Cun! merupakan sebuah karya yang cukup menghiburkan tanpa timbul sedikit rasa bosan sewaktu menontonnya.

Pada hemat penulis, Cun! merupakan sebuah karya yang cukup jujur dan paling utama, ia sarat dengan nilai kasih sayang serta kekeluargaan yang cukup tinggi.

Cun! cukup segala rencah. Sepanjang menontonnya, terbit pelbagai rasa yang membuatkan kita senyum, ketawa sehingga air mata mengalir di pipi pun tidak disedari.

Pujian juga harus diberikan kepada kecemerlangan sinematografi yang berlatar belakangkan kehidupan kampung dan sawah padi di Kedah yang menghijau membuatkan mata begitu sejuk menonton filem ini.

Kecemerlangan Cun! bukan sahaja terletak kepada naskhah yang ringkas namun, berisi tetapi juga kepada keberkesanan setiap pelakon yang berjaya mewarnakan karakter masing-masing.

Setiap karakter dibentuk dengan seimbang sehingga tiada seorang pun yang ketinggalan dan dilupakan dalam filem ini. Percaya atau tidak, sang kerbau bernama Kembang juga memberikan impaknya.

Dua tonggak utamanya, Maya Karin dan Remy Ishak berjaya mencipta keserasian dan mereka layak untuk digelar pasangan ideal layar perak alaf baru.

Pelakon lain seperti Faezah Elai, Nadia Nissa, Kartina Aziz, Ning Baizura, Jehan Miskin, Mislina Mustaffa, Marsha Londoh serta bakat baru, Siti Nor Faridah telah membuktikan kemampuan masing-masing kepada Osman yang ternyata tidak silap percaturan memilih mereka.

Bayangan Osman

Menyentuh aspek pemilihan pelakon, Osman tidak menafikan sewaktu menulis naskhah Cun! dia telah membayangkan setiap pelakon yang akan membawakan watak yang diciptanya.

Kata Osman, watak-watak seperti Luna Latisya, Tom dan Manis sememangnya dicipta khusus untuk Maya, Faezah dan Nadia kerana dia memiliki kepercayaan yang tinggi kepada tiga aktres itu.

Namun, untuk watak Atan, Osman mengakui dia memiliki kesukaran memilih aktor yang mampu membawakan watak berkenaan.

"Sebelum Remy dipilih, saya telah membuat uji bakat kepada tiga orang aktor untuk digandingkan bersama Maya. Saya tidak nafikan mereka memang bagus tetapi ciri-ciri pemuda kampung tiada pada diri mereka.

"Sehinggalah, saya terfikirkan Remy tetapi, saya masih ada sedikit keraguan kerana bimbang dia tidak dapat mencipta keserasian itu bersama Maya.

"Apabila Remy dipanggil uji bakat untuk digandingkan dengan Maya, mereka memang kelihatan kekok dan janggal untuk bersama.

"Selepas menjalani bengkel lakonan selama sebulan, barulah mereka dapat menyesuaikan diri sehinggalah tamat penggambaran," jelas Osman dalam sidang media selepas tayangan filem Cun! terbitan bersama Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Nuansa Sdn. Bhd.

Turut hadir pada majlis tayangan itu ialah Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai dan Penerbit Eksekutif Nuansa, Julian Jayaseelan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amy mahu lahirkan bintang

Posted:

Amy mahu lahirkan bintang

Amy mahu lahirkan bintang

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN


AMY... Pengetua AF9.


SELAMA ini ramai peminat dan pengkritik muzik tempatan memandang sinis terhadap program realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia (AF) kerana program terbitan Astro Ria itu dikatakan belum benar-benar melahirkan penyanyi berkaliber.

Paling memedihkan apabila ada yang melabelkan bintang-bintang kelahiran AF seperti artis mee segera yang pada dasarnya popular tetapi kurang berkualiti.

Maka itu, bukan sahaja artis keluaran AF menjadi tumpuan sebaliknya perhatian turut terarah kepada pengetua dan tenaga pengajarnya sehinggalah ke musim terakhir program tersebut.

Selaku pengetua AF9, penyanyi rock tersohor Amy Search menyedari dia juga tidak dapat lari daripada semua kritikan yang bakal menjelma dan cabaran.

Biarpun dia yakin dengan bakat 12 pelajar yang memasuki akademi tersebut, vokalis kumpulan Search itu berazam untuk membimbing para peserta terbabit.

"Saya boleh mengubah mereka. Saya yakin mereka mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang nyanyian.

"Mereka juga nanti akan belajar lebih mendalam bagaimana untuk menjadi orang seni. Ada di antara mereka yang sudahpun 'memukau' saya.

"Kita kena beri ruang dan peluang kepada mereka. Saya dapati mereka mempunyai sikap tersendiri.

"Tanggungjawab saya adalah untuk mencurahkan pengalaman yang ada kepada mereka. Ini kerana, perjalanan seni mereka akan bermula selepas berakhirnya AF9 nanti.

"Kalaulah saya sudah dapat melihat 'bintang' itu nanti, maka saya akan terus berada di belakang mereka," kata Amy pada sidang akhbar seusainya Konsert Tirai AF9 di sebuha pusat membeli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada konsert selama dua jam 30 minit dan disiarkan menerusi Astro Ria itu, 12 pelajar AF9 iaitu Azri, Aida, Laika, Afif, Amir, Nera, Raqib, Miza, Kay, Eka, Lena dan Erul masing-masing menyampaikan dua buah lagu secara medley di hadapan hampir 5,000 penonton.

Menurut Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, selain mengambil kira suara dan bakat persembahan, dia turut mengambil kira soal penampilan serta kesungguhan para peserta AF musim terakhir itu sebagai antara kriteria penting sebelum bergelar bintang.

"Saya melihat seseorang pelajar AF9 itu daripada gaya dan persembahannya yang menonjol sewaktu berada di atas pentas.

"Walaupun saya dapati ada yang gemuruh tetapi mereka begitu bersemangat untuk melihat diri masing-masing. Malah, mereka juga seronok.

Banyak tekanan

"Bagi saya AF lebih mencabar berbanding program realiti TV lain. Saya pernah menjadi mentor dalam program Mentor tetapi saya dapati AF lebih banyak tekanan. Kita mengajar pelajar AF dan bersedia untuk melihat mereka hampa selepas tersingkir kelak," ujarnya.

Amy merupakan pengetua AF selepas Datuk Freddie Fernandez (AF1), Datuk Ramli MS (AF2, AF6), Datuk M. Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Roslan Aziz (AF5), Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7) dan Norman Abdul Halim (AF8).

Sewaktu ditanya bagaimanakah perasaannya apabila menjadi pengetua AF9 biarpun sebelum ini desas-desus bertiup kencang mengatakan Ahmad Dhani, gitaris dan vokalis kumpulan rock Indonesia, Dewa 19 disebut-sebut sebagai calon tersebut, Amy berkata, dia berserah kepada takdir.

"Syukur kerana saya diberi peluang menjadi pengetua AF9. Saya percaya kalau sudah rezeki ia tidak akan ke mana.

"Semoga saya dapat curahkan jiwa dan raga saya untuk adik-adik kita ini yang mahu menjadi bintang.

"Saya menerima tawaran ini pun beberapa bulan lalu. Mulanya isteri saya (Nourish) tanya sama ada saya mahu terima tawaran itu ataupun tidak.

"Pada mulanya saya tidak mahu terima tetapi apabila fikir semula, saya rasa saya mahu beri sesuatu kepada AF9 ini," komennya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.