Harian Metro: Rap |
Posted: 03 Apr 2011 09:11 AM PDT SAAT dinantikan penonton setia rancangan realiti TV popular, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) apabila berpeluang menyaksikan sendiri bakat sebenar peserta terpilih yang berlangsung Sabtu lalu, di pekarangan pusat beli-belah Aeon, AU/2 Setiawangsa. Sewaktu sidang akhbar memperkenalkan tenaga pengajar dan pelajar terpilih, kebanyakan wakil media memuji bakat dimiliki mereka. Namun, Sabtu lalu menjadi medan sebenar untuk 12 peserta menunjukkan kemampuan sebenar. Digemari media, belum tentu mampu memenangi hati peminat. Tambah pula, peminat setia AF memilih peserta daripada pelbagai sudut dan faktor. Kemampuan vokal kadang-kadang bukan menjadi pilihan utama. Beberapa elemen lain turut menjadi faktor penentu untuk mereka disukai, sekali gus memancing undi penonton. Bagaimanapun, menerusi maklum balas diterima, kebanyakan penonton berasakan semua peserta dipilih produksi untuk musim akhir ini ada suara, cuma ada beberapa pelajar masih lagi gementar dan kurang daripada sudut penghayatan lagu juga persembahan.
Personaliti juga turut memainkan peranan penting dan ia turut mempengaruhi keputusan penonton untuk memilih siapakah yang layak untuk diumumkan juara. Bagi penonton setia yang mahu mengenali lebih dekat setiap peserta untuk musim ini, berikut disertakan latar belakang setiap peserta. SUHADA Nursuhada Jebat, 19 tahun LAIKA Zulaikha Zahari, 22 tahun MIZA Roshammizah Rosli, 27 tahun NERA Queennera Francine Francis Kitingon, 19 tahun LENA Lenaber Haidir, 21 tahun EKA Nur Atiqah Shariffudin, 22 tahun ERUL Khairul Najmuddin Abu Samah, 19 tahun AMIR Mohamad Amirullah Jahari, 19 Tahun AFIF Ahmad Aliff Afif Tarmizie, 25 tahun AZRI Mohamad Azri Abdullah, 24 tahun KAY Nur Khaidir Muhd, 22 tahun RAQIB Fahrur Raqib Abdul Majid, 21 tahun |
Posted: 03 Apr 2011 08:04 AM PDT JANGKAAN ramai bahawa penyanyi utama kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, 53 tahun, bakal menyandang jawatan pengetua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ternyata benar apabila ia diumumkan sewaktu Konsert Tirai berlangsung di pusat beli-belah AEON, AU2, Setiawangsa, malam kelmarin. Walaupun pengacara rancangan musim terakhir itu, Aznil Nawawi cuba membuat gimik dengan mendendangkan beberapa judul lagu dicipta dan didendangkan pencipta dan penyanyi popular Ahmad Dhani, namun waktu sama, ramai sudah menjangka bahawa Amy akan muncul di atas pentas ketika pengumuman dibuat.
Sebelum itu, timbul isu dan kontroversi membabitkan pemilihan jawatan pengetua. Desas-desus bahawa Ahmad Dhani diberikan peluang mengisi jawatan terbabit pada musim ini timbul apabila penyanyi seberang itu sempat datang dan menjayakan beberapa siri persembahan dianjurkan Astro. Ketika sidang akhbar sebaik konsert tamat, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi cuba mengelak daripada isu kontroversi itu berlanjutan dengan menegaskan apa yang diperkatakan sebelum ini hanyalah khabar angin dan nama Amy turut berada dalam senarai mereka yang mahu dipilih menjadi pengetua.
"Seperti yang dikatakan Azlin sebelum ini pelbagai spekulasi dibuat membabitkan pemilihan jawatan pengetua. Apabila tawaran itu datang kepada saya, tiada perkataan dapat saya ungkapkan. Saya menggunakan peluang ini untuk memberikan yang terbaik," katanya. Tegas Amy lagi, apa yang akan dilakukan sebagai pengetua bukan saja membabitkan pelajar saja, tetapi juga penonton setia yang memang meminati atau mahu menjadi penyanyi untuk berkongsi pengetahuan dan ilmu dalam bidang muzik. Bercerita lanjut mengenai visinya sebagai pengetua, selepas menyaksikan persembahan dilakukan 12 peserta terpilih bagi musim ini, katanya mereka mempunyai masa depan yang cerah berdasarkan bakat ditonjolkan, terutama apabila ada antara peserta ini memberikan gaya persembahan memukau dan penuh semangat. Menyentuh mengenai kriteria peserta mahu dibentuk katanya ia bergantung kepada kesungguhan peserta. Baginya pada malam Konsert Tirai yang turut disiarkan secara langsung Astro Ria perkara itu turut terdapat pada pelajar terbabit. "Sebenarnya ada empat peserta yang saya lihat mempunyai kriteria yang saya mahu tengok. Bagaimanapun, biarlah nama mereka itu saya rahsiakan. Peserta lain pula, masih boleh dibentuk bagi menonjolkan kemampuan mereka," katanya lagi. Mungkin ada yang menimbulkan persoalan apabila ikon muzik rock itu dipilih menjadi pengetua. Ia sama dengan pembabitan penyanyi utama Aerosmith, Steven Tyler menjadi juri untuk rancangan American Idol. Bagaimana seorang penyanyi berjiwa rock dapat mengemudi atau mencungkil bakat anak muda yang kebanyakannya lebih terdedah dengan jalur muzik pop. Apatah lagi, konsep Akademi Fantasia itu sendiri lebih ke arah pop (popular). "Saya sendiri sebenarnya kalau tidak menjadi penyanyi rock, akan menjadi penyanyi pop. Jalur muzik bukan satu masalah sebaliknya mengasah bakat yang dimiliki mereka lebih penting," katanya ringkas. Pada malam Konsert Tirai tiga peserta dilihat mampu memberikan persembahan menghiburkan dan memberikan persembahan meyakinkan dengan vokal menarik. Peserta terbabit Khairul Najmuddin Abu Samah atau Erul yang mendendangkan lagu secara medley, 2PM dan Kasih Tercipta. Dari sudut vokal dua peserta dilihat menyerlah iaitu Mohamad Amirullah Jahari atau Amir mendendangkan lagu Aku Skandal dan Seribu Tahun juga Roshammizah Rosli (Miza) menyanyikan lagu I Am dan Hey Ladies. Dua peserta yang turut mampu memberikan saingan sekiranya dinilai dari corak persembahan, Lenaber Haidir (Lena) menyanyikan lagu Lamunan Terhenti dan Dag Dig Dug dan Nur Khaidir Muhammad (Kay) mendendangkan lagu Ku Berjanji Kerana Cinta dan Kasih Latifah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |