Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Trailer & Sinopsis FIlem KL Gangster

Posted: 17 Apr 2011 09:10 PM PDT

Selepas berjaya dengan kutipan RM6 juta untuk filem Evolusi KL Drift 2, Skop Productions Sdn Bhd kembali dengan sebuah lagi filem aksi, KL Gangster.

KL GANGSTER, sebuah filem padat dengan aksi arahan Syamsul Yusof akan menemui penonton di pawagam mulai 9 Jun 2011 ini. Filem ini dilakon oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sofi Jikan, Sheera Iskandar dan Ridzuan Hashim. Karya terbaru Syamsul bersama sepupunya, Rizal Ashraf dan Datuk Yusof Haslam ini menyelami hati dan kehidupan seorang samseng yang tersepit antara permasalahan keluarga dan dunia gangster.

Trailer FIlem KL Gangster

KL Gangster bakal mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangter.

Syamsul memegang watak antagonis dalam filem ini. Syamsul sanggup membotakkan kepala demi wataknya itu. Ini adalah percubaan pertama Syamsul dalam membawa watak hitam.

KL Gangster menelan belanja sebanyak RM1.8 juta termasuk kos promosi.

Senarai Pelakon:
Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sofi Jikan, Sheera Iskandar dan Ridzuan Hashim

Pengarah:
Syamsul Yusof

Tarikh Tayangan:
9 Jun 2011

SINOPSIS PENUH KL GANGSTER
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER"

POSTER FILEM KL GENGSTER
POSTER KL GANGSTER

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Trailer Filem Histeria Lakonan Scha, Talya, Vanidah Imran
  • Sinopsis Filem Blood Brothers
  • Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Trailer Movie Saus Kacang Lakonan Marsha Milan Londoh
  • Trailer & Sinopsis Sorority Row
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ashraf Muslim Akan Bertunang Sabtu Ini

    Posted: 17 Apr 2011 06:10 PM PDT

    Ashraf Muslim Tunang 23 April, Nikah Tahun Ini

    PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak. Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

    Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti. Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari.

    Ashraf Muslim - Patriot

    Pelakon Ashraf Muslim

    Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

    "Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama. Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu," kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

    Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.

    "Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya."

    Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi.

    Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam. via Mstar Online

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Ashraf Muslim Serba Putih di ABPBH2010
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Putus Cinta
  • Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian
  • Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Zoey Couple Dafi AF5 ?
  • Gambar Ashraf Muslim di Sessi Ramah Mesra Drama Yusuff
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan