OHBULAN! |
Anuar Zain Di Mini Karnival Nasi Lemak Kopi O. Posted: 24 Apr 2011 11:26 PM PDT Anuar Zain Di Mini Karnival Nasi Lemak Kopi O. Ops, mak-mak jangan merembes tengok Anuar Zain ye! Nasi Lemak Kopi O yang memasuki tahun ke-empat bersiaran di TV9 dengan pengacara dan personaliti TV9 telah turun padang memeriahkan karnival Nasi Lemak Kopi O antaranya Aziz Desa, Farah Anuar, Sharifah Shahira, Fateen Gadis Melayu, Ashraf Muslim dan Sharifah Nur. Krew dan pihak penerbitan berbesar hati berpeluang bersama-sama menyambut ulang tahun ke-lima TV9 atas sokongan daripada penonton setia TV9 dan Nasi Lemak Kopi O meraikan ulang tahun ini dengan penuh kemeriahan. TV9 turut menjemput 40 anak-anak yatim dari Rumah Al-Ijabah, Puchong, 40 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, serta 15 pesakit kanak-kanak dari Institut Pediatrik Kuala Lumpur. Sambutan ulang tahun TV9 diraikan dengan mini karnival Nasi Lemak Kopi O yang diadakan pada 22 April 2011, hari Jumaat bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bersiaran secara langsung di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. |
Drama Cita & Cinta: Sharifah Amani Diarah Oleh Azma Aizal Yusoof Posted: 24 Apr 2011 10:34 PM PDT Sebuah drama berjudul Cita dan Cinta arahan Azma Aizal Yusoof bakal ditayangkan pada setiap Khamis, jam 8.30 malam yang sudah bermula 21 April lepas. Bermula dengan pertemuan Azlan lakonan Izzue Islam berasa tertekan kerana penyanyi utama kumpulannya iaitu Indah (Chomel Fana) telah menarik diri dan sekaligus memutuskan hubungan dengan Azlan. Azlan pula bercita-cita untuk mempunyai kumpulan muzik terkenal suatu hari kelak. Ini membuatkan Azlan berada di dalam situasi yang sangat tertekan. Apatah lagi Azlan sememangnya mempunyai sikap baran telah memarahi sesiapa sahaja yang berada dekat dengannya termasuklah sahabat baiknya iaitu Fiq (lakonan Beto Khusyairi). Sharifah Amani yang melakonkan watak kembar kepada Azlan iaitu Zalia berasa amat rimas dengan kelakuan Azlan. Fiq amat memahami sikap Azlan, apatah lagi masalah keluarga yang dihadapi oleh Azlan dan Zalia. Pada masa yang sama, Zalia pula telah lama menaruh hati kepada Fiq tetapi hanya memendamkan sahaja hasrat tersebut. Suatu hari, muncul Diya anak saudara kepada pemilik café dan bekerja di situ. Diya yang dilakonkan oleh Nadia Aqilah, mempunyai sikap yang pendiam dan suka membawa diri. Fiq pula sering melihat Diya menangis seorang diri dan ini menimbulkan perasaan kasihan terhadap Diya. Fiq cuba merapatkan diri dengan Diya dan kebetulan pula Diya amat menyenangi Fiq yang senitasa mengambil berat tentang dirinya. Azlan pula masih kebingungan mencari penyanyi bagi kumpulannya. Tanpa disangka, Diya mempunyai kebolehan menyanyi dan mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Diya mula menyanyi lagu-lagu yang digubah oleh Azlan sementara lirik pula ditulis sendiri oleh Fiq. Diya amat menyukai lirik-lirik yang dihasilkan oleh Fiq. Ini membuatkan mereka semakin akrab. Keadan ini tidak disenangi oleh Zalia yang menaruh hati terhadap Fiq dan berasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kini Zalia lebih rapat dengan Jimmy (lakonan Keifli Idir ) yang sentiasa menjadi sahabat setia untuk meluahkan masalah. Suatu hari berlaku pertelingkahan antara Azlan dan Diya. Tanpa disangka, Azlan juga turut menaruh hati kepada Diya. Fiq terpaksa memberi laluan kepada Azlan kerana Azlan merupakan sahabat baiknya, Diya pula terpaksa berterus-terang dengan semua sahabat barunya yang dia baru sahaja bercerai dan kini sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya. Ketika mereka sedang bertelagah itu, Zalia tiba-tiba menerpa mereka dan memberitahu yang Jimmy telah dimasukkan ke hospital. Jimmy sebenarnya menghidapi penyakit kronik dan tidak pernah berkongsi dengan sesiapa masalah penyakitnya. Apatah lagi Jimmy menghadapi masalah kewangan kerana tidak dapat menampung perbelanjaan pembedahannya. Apakah kesudahan hubungan cinta tiga segi Azlan, Diya dan Fiq? Berjayakah Azlan memujuk Diya untuk menjadi penyanyi utama kumpulannya? Bagaimana pula dengan Zalia yang menaruh hati dan perasaan terhadap Fiq dan perasaan kasihannya terhadap Jimmy yang kini terlantar sakit? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |