Sensasi |
- Raja Lawak minggu ke-4 banyak peningkatan
- Keluarga,pengurus,kekasih dan rakan-rakan Justin Bieber
- Gambar-Gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana
Raja Lawak minggu ke-4 banyak peningkatan Posted: 24 Apr 2011 10:49 AM PDT Minggu ke-4 nie lawak Jozan semakin mantap..hahah memang kelakar tengok aksi dan gelagat Johan dan Zizan...Semakin lama,Jozan sudah menunjukkan taring...go Jozan,sensasi yakin ramai yang meminati mereka berdua nie... Kumpulan Jambu pulak yang kelakaynya ialah aksi mereka...hahaha..tengok je aksi dan lakonan mereka pun dah rasa nak gelak,Sensasi rasa kelakar part dier cakap "dont touch me"...memula dia nyanyi lagu doraemon,tp agak ke laut...ape pun lawak derang best,bak kata Saiful Apek,terbaekk.. Nabil tetap konsisten,memang kreatif dengan lawak yang baru dan bijak....Pasal Mesin Masa..haha Minggu ke-empat nie Lawak amir mendapat pujian juri,Amir nampak lebih konfiden kali nie dan ada org yang gelak,drpd sebelum2 nie lawak amir sunyi je...huhu.. Minggu kali nie bottom 3 adalah,Jihan,Man dan Alex,..dan anmpaknya Alex telahpun terkeluar.. Apepun,sensasi harap minggu ke-5 lebih best dan kelakar daripada para peserta Maharaja Lawak. | ||||
Keluarga,pengurus,kekasih dan rakan-rakan Justin Bieber Posted: 24 Apr 2011 10:27 AM PDT Bakat nyanyian Justin Drew Bieber atau lebih dikenali sebagai Justin Bieber telah ditemui oleh Scooter Braun yang kini merangkap pengurus beliau pada sekitar tahun 2008 menerusi video di laman YouTube yang dimuat turun oleh ibunya. Sejak itu, Braun tidak pernah berhenti untuk mengetengahkan dirinya dan memperkenalkan kepada orang kuat industri muzik Hollywood termasuklah penyanyi R&B, Usher dan juga pengerusi syarikat rakaman Island Def Jam, L.A Reid. Single pertamanya, "One Time" telah mendapat sambutan hebat dan menduduki tempat teratas di carta-carta muzik. Bieber juga menjadi artis pertama yang mempunyai tujuh buah lagu dalam album pertama yang menduduki dalam carta Billboard Hot 100. Pattie Mallette (Ibu) Patricia Lynn 'Pattie' Mallette berusia 18 tahun ketika mengandungkan anak lelakinya itu. Bieber dilahirkan pada 1 Mac 1994 di London, Ontario, Kanada dan Malette telah membesarkannya sebagai seorang ibu tunggal. Bieber telah membesar bersama ibunya selepas ibu bapa mereka berpisah saat masih kecil. Sebelum Bieber dilahirkan, Mallette ketika berusia 17 tahun pernah cuba membunuh diri setelah didera secara seksual dan beralih ke dadah dan alkohol. Kini Mallette sudah berubah dan Bieber pernah mengkredit ibunya sebagai "orang yang bertanggungjawab atas kejayaannya". Jeremy Bieber (Ayah) Walaupun sudah berpisah dengan Mallette ketika Justin masih kecil, Jeremy masih lagi mengekalkan hubungan dan berkomunikasi dengan anak lelakinya itu sehingga sekarang. Kini Jeremy sudah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Scooter Braun (Pengurus)Secara tidak sengaja menonton video yang dimuat turun oleh Mallette, Braun telah bertindak berjumpa dengannya dan berjanji untuk mendapatkan perjanjian rakaman untuk Bieber. Braun sentiasa berada di sisi Bieber apabila karier nyanyiannya bermula sehinggalah sekarang. Braun pernah ditahan polis apabila satu sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah tidak terkawal. Usher
Selena Gomez Ramai sedia maklum bahawa Bieber dan pelakon Disney ini memang bercinta setelah pasangan ini mengakui hubungan mereka. Walaupun baru-baru ini timbul khabar angin bahawa pasangan ini telah berpisah apabila Gomez mengetahui Bieber masih lagi menghantar pesanan ringkas kepada Jasmine Villegas, gadis yang pernah digosip bercinta dengannya, ianya adalah khabar angin yang tidak berasas. Michael Jackson Merupakan seorang peminat Michael Jackson, Bieber sentiasa menganggap raja pop tersebut sebagai sumber inspirasi dalam hidupnya. Beyonce Knowles Bieber adalah peminat nombor satu Beyonce Knowles! Bieber seringkali memberitahu dalam temu ramah bahawa dia sangat menyukai bekas penyanyi kumpulan Destiny's Child dan bagaimana wanita tersebut menghancurkan hatinya apabila berkahwin dengan Jay-Z. Bieber dan Knowles bertemu buat pertama kali ketika Anugerah Grammy pada tahun 2010. Jaden & Willow Smith
Hubungan rapat Bieber dengan anak-anak kepada pelakon Will dan Jada Smith sememangnya diketahui ramai. Malah Jaden pernah membuat persembahan untuk filem Bieber, "Never Say Never". | ||||
Gambar-Gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana Posted: 24 Apr 2011 10:09 AM PDT Tahniah diucapkan kepada pasangan tunang nie iaitu Ashraf Muslim dan Noor Dayana,.. Sensasi pasti ramai yang cemburukan Noor Dayana,dapat plak tunang hensem,beriman plak tue..cisss..Tapi inilah yang dinamakan jodoh.Semoga jodoh mereka berpanjangan dan ke jinjang pelamin.Tunang Ashraf Muslim ialah anak kepada Haji Lokman, yang merupakan tuan punya pusat perubatan Syifa Al Hidayah. Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana telah berlangsung di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pada jam 9.45 pagi 23 April 2011. Stesen televisyen TV9 turut mengadakan lintas langsung bagi memberi peluang kepada peminat melihat bakal isteri pelakon itu. Majlis pada 23 April itu dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan acara menyarung cincin. Ibu saudara Ashraf, Fatimah Azil menjadi wakil pihak lelaki bagi menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dayana. Ini kerana ibu kepada pelakon ini sudah meninggal dunia. Sebanyak tujuh dulang hantaran telah dihadiahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pemberian ini dibalas dengan tujuh dulang. Antara barangan yang disertakan ialah set alat mekap, persalinan, sireh junjung, kek (dari Dayana) dan buah-buahan (dari Ashraf). Pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan di Tanah Suci Mekah pada 1 Syawal hadapan. Ashraf, Dayana dan sanak saudara akan berlepas ke Mekah pada 17 Ogos dan akan menghabiskan masa kira-kira dua minggu di sana. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |