Adsense

Rabu, 16 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


KepuasanFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkahwinan tidak halang karier

Posted:

Perkahwinan tidak halang karier

Perkahwinan tidak halang karier

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR dan ihsan JAG ENTERTAINMENT & DESIGN


SERASI... Michael Buble bersama bakal isterinya, Luisana Lopilato.



BIARPUN sibuk dengan konsert jelajah dunianya ketika ini, Michael Steven Buble atau lebih dikenali dengan nama pentas, Michael Buble tidak melupakan persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Luisana Loreley Lopilato de la Torre atau Luisana Lopilato dalam satu majlis sederhana pada 2 April ini di Buenos Aires, Argentina, Buble mengakui dia memang teruja menantikan hari bersejarah itu dan mahu menghabiskan seumur hidupnya bersama belahan jiwanya itu.Malah, penghibur kacak kelahiran British Columbia, Kanada ini memberitahu, dia juga sudah bersedia untuk menjadi seorang bapa dan mahu memiliki ramai anak. "Memang sudah lama saya menantikan saat bahagia ini untuk menjadi seorang suami dan bapa kepada anak-anak saya."Apabila sudah bertemu dengan orang yang sesuai, maka tiada alasan lagi untuk saya menunggu bagi menyempurnakan hasrat saya itu," ujar Buble dalam nada yang cukup ceria tentang perkahwinan yang dijangka dihadiri seramai 350 orang itu. Penghibur berusia 35 tahun itu berkata demikian dalam sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur minggu lalu.Kehadiran Buble ke negara ini merupakan kali kedua selepas tahun 2003 dan kali ini, kehadiran Buble di Malaysia sempena konsert jelajah Crazy Love Tour yang bermula sejak Mac tahun lalu.Buble dan Lopilato bertemu pada tahun 2008 dalam satu parti di Buenos Aires anjuran syarikat rakamannya. Bermula detik itu, mereka mula berkenalan selama setahun sebelum mengikat tali pertunangan dengan wanita kelahiran Buenos Aires itu pada November 2009.Bukan itu sahaja, tunangnya itu juga pernah muncul dalam muzik videonya, Haven't Met You Yet yang merupakan salah sebuah lagu popular dari album keempat Buble, Crazy Love.Sebelum ini, Buble pernah menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Emily Blunt pada tahun 2005 sebelum masing-masing mengumumkan perpisahan selepas tiga tahun berpacaran. Dalam sidang akhbar itu juga, Buble mengumumkan akan mengadakan sebuah lagi majlis resepsi di kampung halamannya pada 20 Mei ini yang akan dihadiri keluarga dan teman-teman rapatnya.Buble menjelaskan, biarpun sudah berkahwin dan akan memiliki keluarga sendiri, dia tidak melihat itu sebagai satu halangan untuknya meneruskan karier sebagai seorang penghibur.Bagi anak kepada pasangan Lewis Buble dan Amber Santaga ini lagi, soal populariti juga bukan satu perkara yang serius buatnya. Ini kerana dia cukup sedar, apa sahaja yang dilakukan adalah tentang bakat dan hasil kerja yang dinilai oleh peminat dan bukan kerana soal status."Terus-terang saya katakan, saya cukup berpuas hati dengan perjalanan seni saya setakat ini. Saya akan menjadi lebih bimbang seandainya saya tersungkur dalam waktu ini. "Malah, saya pernah mengalami depresi kerana perpisahan saya dahulu dan bingkas bangkit meneruskan perjalanan."Saya telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran sebelum mencapai impian untuk menjadi seorang penyanyi seperti mana hari ini. "Apa yang saya miliki hari ini adalah berkat usaha saya sendiri dengan bantuan pihak dan individu yang percaya dengan kebolehan saya."Menceburi bidang seni merupakan kehendak saya sejak kecil dan apabila sudah mendapat peluang itu, saya harus serius dan tidak boleh main-main. Selagi terdaya, selagi itulah saya akan terus menyanyi dan menghibur khalayak. "Saya juga akan tetap menghasilkan album yang berkualiti demi peminat yang banyak menyokong selama ini," ikrarnya yang juga sempat mencuri masa untuk melunaskan rakaman album Krismas bersama mentornya, David Foster.

Perang melawan klise

Posted:

Perang melawan klise

Perang melawan klise

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my


BATTLE: L.A merupakan sebuah lagi produk Hollywood yang bercerita tentang peperangan menentang makhluk asing.


WORLD Invasion: Battle Los Angeles (Battle L.A) bermula dengan memberitahu penonton bahawa Staff Sgt. Michael Nantz bakal berkhidmat untuk hari-hari terakhirnya sebagai pegawai marin.

Penonton kemudian dibawa mengikuti pasukannya melunaskan satu operasi tentang kejatuhan meteor di pesisir pantai di Los Angeles. Semasa misi berjalan, barulah mereka menyedari bumi cuba ditawan makhluk asing demi sumber air.

Battle L.A merupakan sebuah lagi produk Hollywood yang bercerita tentang peperangan menentang makhluk asing. Sekali imbas, inti patinya serupa seperti lambakan filem lain; sebagai contoh Independence Day (1996), War of the Worlds (2005) dan District 9 (2009).

Bagaimanapun, filem ini tiada babak Presiden Amerika yang membuat keputusan untuk melancarkan perang. Tiada juga adegan sekumpulan menteri atau saintis yang menasihati Presiden apa yang perlu dilakukan.

Fokus Battle L.A hanyalah kepada sekumpulan skuad marin dalam menewaskan makhluk asing. Apa yang berlaku sepanjang filem ini adalah dari kaca mata mereka, golongan minoriti yang cuba menewaskan penaklukan yang besar.

Justeru, sebagai naskhah perang, pengarah Jonathan Liebesman dan penulis lakon layar Christopher Bertollini meminjam semangat filem-filem askar seperti Saving Private Ryan (1998) dan Black Hawk Down (2001) sebagai 'modus operandi', terutamanya dari sudut visual dan aksi.

Apatah lagi ada yang menyifatkan pembikinan filem ini diinspirasikan dari peristiwa sebenar di Los Angeles pada tahun 1942.

Insiden yang dinamakan Battle Los Angeles atau The Great Los Angeles Air Raid itu dikatakan berhubung kait dengan kedatangan objek asing di angkasa, kurang tiga bulan selepas Amerika terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Filem Battle L.A menggunakan teknik kamera ala hand-held, di mana letak duduk gambarnya agak bergegar. Walaupun teknik ini tidaklah baru atau unik, ia membawa sedikit 'perasaan' terganggu kepada penonton. Ia boleh ditafsirkan sebagai gambaran kucar-kacir atau haru-birunya keadaan.

Bagaimanapun, teknik saja tidak cukup untuk melekatkan penonton di kerusi selama dua jam. Intensiti terhadap kesan khas dan imej janaan komputer (CGI) segera merudum tanpa disokong perjalanan cerita. Walaupun aksinya agak padat, namun pembinaan karakter amat klise dan tidak mendalam.

Biar saya senaraikan beberapa watak dari filem ini. Seorang pemimpin senior yang dicampakkan dalam pasukan baru sebagai hukuman akibat kegagalan misi lalu.

Seorang pegawai muda yang kurang pengalaman dan tidak betah mengawal keadaan, yang terpaksa meninggalkan isteri yang sarat mengandung.

Seorang tentera wanita cantik yang tangkas. Seorang tentera kulit hitam yang bakal berkahwin dan amat mencintai tunangnya. Tidak ketinggalan, seorang doktor wanita, lelaki Latin, dua kanak-kanak serta seekor anjing yang berjaya menyelamatkan diri dari runtuhan bangunan dan ledakan bom.

Tidakkah karakter-karakter ini seperti anda pernah 'kenal' dari filem-filem lain?

Pengarah beruntung kerana mendapat Aaron Eckhart sebagai Staff Sgt. Michael Nantz. Dalam kelemahan cerita, dia 'memandu' filem ini sebaik mungkin dan melengkapi pelakon lain. Raut wajah, gerak tubuh dan nada suara maskulinnya amat cocok untuk hero yang berjiwa rapuh dan dipinggirkan.

Manakala barisan bintang lain sekadar mengisi ruang layar dan masa tayangan, melakukan apa yang disuruh pengarah tanpa meninggalkan kesan kekal kepada penonton. Bukan salah pelakon, tetapi memang lakon layarnya ditulis sebegitu.

Battle L.A adalah sebuah filem perang standard; mengulangi adegan-adegan lazim. Antaranya, pasukan yang terperangkap dalam situasi hampir kalah mati, karakter yang terpaksa membuat pilihan atau pengorbanan dan akhirnya berjaya meloloskan diri. Penamat yang boleh dijangka dan menggembirakan.

Jika anda ke tandas pun, anda tidak akan tertinggal apa-apa, kecuali anda memang berminat untuk menyaksikan pertempuran dan kemusnahan. Penggunaan kesan khas yang terkawal dan kesan bunyi yang realistik tidak cukup untuk menyelamatkan keseluruhan filem.

Battle L.A mungkin tidak sedramatik blockbuster Hollywood yang lain. Ia lebih mendekati sifat kemanusiaan, keberanian dan harapan.

Namun, 'peperangan' Liebesman dan Bertollini untuk melawan arus klise tewas kerana filem ini tetap dilihat sebagai filem aksi biasa yang bakal dilupakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.