Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Nora Danish adalah punca Fasha dan Jejai putus
- Irma Hasmie Nekad Bertudung
- Aizat Temui Pengganti Liyana Jasmay!
- Bekas isteri pengarah Amuk!
- Elyana Menari Aksi Ghairah
- Pengurus Shahir mengasari peminat?
- Saida Tetap Mahu Bercerai
Nora Danish adalah punca Fasha dan Jejai putus Posted: 15 Mar 2011 09:30 PM PDT Nora Danish adalah punca Fasha dan Jejai putus - Hatijah "Terus terang saya katakan, sejak dahulu lagi, saya kurang senang dengan pilihan Fasha. Seperti ada yang tidak kena. Tetapi, Fasha tekad dengan pilihannya," kata ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man berhubung episod cinta duka melanda anak kesayangannya itu. Sebagai ibu dan orang paling rapat dengan Fasha, Hatijah yang membahasakan dirinya sebagai Mama turut bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas anak kesayangannya itu. "Ternyata sangkaan Mama benar. Akhirnya hubungan mereka berakhir. Bukan gembira, tetapi mungkin jalan terbaik untuk Fasha. "Sebagai ibu, Mama hanya boleh beri nasihat dan hanya doa yang terbaik untuk Fasha," katanya. "Mama tahu, sepanjang percintaan mereka, bekas isterinya (Nora Danish) tidak puas hati dengan Fasha. Mama ada terima SMS daripada Jejai sebelum dia berangkat ke Jepun. Sejak awal, Jejai bertegas dia tidak akan ke sana. "Sedih apabila mengenangkan nasib anak sendiri. Tetapi, Mama tahu Fasha kuat semangat. Walaupun suka mengambil sikap berdiam diri, tetapi Fasha tidak mudah patah semangat. "Mama harap apa yang berlaku akan ada hikmah terbaik untuk Fasha. Mama harap Fasha akan dapat seseorang yang boleh memberi didikan agama dan membimbingnya," katanya. Fasha tunjuk bukti! Berang dengan kenyataan Nora di sebuah akhbar tabloid, Fasha tampil mendedahkan bukti menerusi twitternya. Pelakon jelita itu menjelaskan hubungannya dengan Jejai, masih seperti biasa sehingga 18 Januari lalu sekali gus menyangkal dakwaan Nora yang hubungan mereka sudah berakhir dua bulan lalu. Fasha turut mendedahkan beberapa pesanan SMS dan BBM antara mereka berdua ketika Jejai dan keluarganya bercuti ke Jepun. Antara kata-katanya di dalam laman sosial itu berbunyi; "I'm tired. Now I dah prove that kenyataan I that I break up on the 18th. So tak perlu kita bercakap pasal ni lagi. So I juga dah besertakan bukti. Terlalu banyak sangat bukti in my phone, kalau nak lampirkan semua, sebulan pun tak habis. Harap spekulasi ni berhenti di sini." Pada masa sama, Fasha seakan melepas geram terhadap bekas isteri Jejai itu dengan mendakwa Nora membuat kenyataan tanpa usul periksa melalui twitter. Pun begitu, pelakon drama Chinta itu tidak mahu ditemu bual kerana tidak mahu terus tertekan dengan kisah peribadinya. Bukan salah saya: Nora Sementara itu, Nora Danish enggan namanya dikaitkan dalam isu perpisahan antara Fasha dan Jejai. "Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai hal ini kerana ia tidak ada kaitan dengan saya," katanya. Nora berkata, dia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku antara Fasha dan bekas suaminya itu. "Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan mereka berdua. Cukuplah sampai di sini nama saya dikaitkan. Saya tidak mahu dikatakan sebagai punca. "Saya tidak pernah ambil tahu mengenai mereka dan jangan ada pihak membuat tuduhan terhadap saya. "Biar saya dengan kehidupan saya dan mereka dengan hal mereka," katanya yang sebelum ini bercuti dengan keluarga Jejai, di Jepun. Terdahulu, Fasha turut dikatakan menjadi punca penceraian antara Nora dan Jejai. Kini, Nora pula dikatakan menjadi punca perpisahan antara Fasha dan bekas suaminya. -SH |
Posted: 15 Mar 2011 09:23 PM PDT 14 hari berada di Mekah, cukup membuatkan pelakon dan pengacara popular, Irma Hasmie tergerak untuk memakai tudung sekembalinya ke tanah air. Mungkin ia adalah sesuatu yang sukar bagi seseorang lebih-lebih artis yang terlibat dalam dunia yang glamor. Namun, yang nyata ada yang lebih penting di dalam dunia yang sementara ini iaitu akhirat. Biarpun mulanya dia kelihatan sukar memberikan komen mengenai perkara ini, namun akhirnya Irma Hasmie akur kerana pasti suatu hari nanti umum tetap jua akan mengetahui perubahan yang dilakukan dan kini dia mengesahkan akan kekal bertudung biarpun masih berada dalam dunia glamor. "Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini,tetapi ini semua kerja tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima. "Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalah ertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga. "Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural, Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,"jelas Irma. Berdoa di Makkah Mengerjakan Umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin. "Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Makkah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini. "Memang seronok berada disana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta. "Selama 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan, di beri rezeki dan jodoh yang baik,"jelas Irma yang turut memohon di tenangkan hati setiap masa. Kerjaya Lakonan Memilih untuk bertudung, Irma Hasmie yakin biarpun terpaksa memilih watak yang sesuai dengan imejnya sekarang, dia percaya masih ada rezeki untuknya dalam bidang seni ini. "Alhamdulillah, saya percaya kalau kita berubah kepada kebaikkan, Allah akan sentiasa membantu. Selepas pulang ke tanah air, saya sudah selesaikan penggambaran tiga buah telemovie. "Ramai yang faham dengan keputusan saya, jadi apabila ditawarkan sesuatu watak, saya akan melihat dahulu sama ada watak itu sesuai dengan saya ataupun tidak,"katanya lagi. |
Aizat Temui Pengganti Liyana Jasmay! Posted: 15 Mar 2011 09:19 PM PDT Wahh..khabarnya penyanyi popular Aizat Amdan sekarang ini sedang bahagia bermain cinta? betulkah tekaan Mangga ni? ini bukan cerita rekaan yer..Baru-baru ni Mangga dapat berita daripada seorang teman Mangga yang kebetulan terserempak dengan Aizat di sebuah konsert yang baru berlangsung di Kuala Lumpur tempoh hari. Katanya lagi, Aizat datang dengan seorang perempuan cantik, dan mereka kelihatan mesra berdua. Malah, mereka juga dilihat berpimpinan tangan sewaktu memasuki kedalam dewan konsert. Amboi..nampaknya bukan Liyana Jasmay saja yang sudah bertemu kekasih baru, malah teman tapi mesranya dahulu juga sudah ada kekasih hati. Aizat pernah beritahu Mangga dulu, dia sudah bersedia bercinta malah, dia juga dapat menulis lagu-lagu yang baik sekiranya berada dalam hubungan cinta. Hmm..lepas ni pasti lagu-lagu Aizat bertambah meletop! Mangga muda doakan Aizat bahagia dengan cinta barunya, dan lepas ni bolehlah Aizat berkongsi cerita dengan Mangga tentang kekasih baru itu yer... |
Posted: 15 Mar 2011 09:15 PM PDT Kisah seorang pelakon ganggu rumah tangga seorang pengarah semua orang dah tahu. Tapi dengar-dengarnya dalam kenyataan kepada sebuah media, pelakon wanita sensasi itu kononnya nak kahwin dengan orang lain. Apa sudah jadi hubungannya dengan pengarah tu? Hubungan tak menjadi ke? Kesianlah kepada pengarah tu kalau ditinggalkan si pelakon setelah rumah tangga dengan seorang isteri yang cukup cantik itu berantakan. Mangga Muda ada terserempak dengan isteri kepada pengarah tu baru-baru ini. Lama juga tak jumpa dia sejak dia meninggalkan dunia yang merapatkan dia dengan media. Tapi bila dia kembali ke dunia dulu, adalah kembali kelibatnya. Mangga Muda memang kenal dengan isteri pengarah tu. Bukan setakat kenal, malah rumah keluarga dia di kampung juga tak jauh dari rumah keluarga Mangga Muda. Mangga Muda terkejut lihat perubahan pada dia. Badannya susut banyak sebab menanggung beban derita bila rumah tangga punah. Yalah hati siapa yang tak sakit bila terjadi macam tu? Anak-anak pula sedang nak membesar. Senyumnya pun tawar dan kelat walaupun cuba mengukir senyum berjumpa kawan lama. mangga Muda tak mahu tanya pasal kisah jahat pelakon tu, sebab tak mahu menjadikan moodnya yang sedang elok itu spoil. Mangga Muda hanya pendam saja dan buat-buat tak tahu. Dia juga tak pernah menjaja cerita sebab tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Tak ada pula dia memburuk-burukkan suami kerana mahu redha menerima apa yang berlaku. Tapi baru-baru ini meletup juga isteri pengarah tu bila baca kenyataan pelakon pengacau itu dalam usaha membersihkan dirinya. Apabila ditanya media, pelakon berbakat itu mengatakan dia bukanlah punca kepada keretakan rumah tangga si pengarah. Mahu tak naik angin. Ini antara luahan isteri pengarah tu dalam laman sosial miliknya: "Antara jawapan paling bangang 'saya bukan punca... pihak di sana saya harap belajarlah cari kesalahan sendiri daripada menuding jari ke arah orang lain'. Apa awak cuba buat? Mahu uji kesabaranku mari sini nak ajar sikit. Bila kita bersalah jangan sesekali letakkan kesalahan pada pihak lain kerana awak dah cari pasal dengan orang." Manalah isteri pengarah tu tak naik angin. Dahlah rumah tangganya punah, pelakon tu pula suruh dia cari kesalahan sendiri. Amboi sedapnya mulut pelakon tu bercakap. Patutlah sebelum ini kecoh pasal hubungannya dengan seorang lelaki lain yang juga dikenali orang. |
Posted: 15 Mar 2011 09:11 PM PDT |
Pengurus Shahir mengasari peminat? Posted: 15 Mar 2011 09:05 PM PDT Pencarian demi pencarian akhirnya pengurus kepada Shahirlah yang dikatakan tolak dan pukul peminat. Kejadian berlaku ketika siri jelajah Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH) di Village Mall, Sungai Petani, Kedah. Peminat yang terkena itu meluahkan rasa sedih yang tidak terkira kerana diperlakukan begitu. Tapi apakan daya, pengurus Shahir hanya menjalankan tugas nya bagi mengelakkan Shahir ditarik peminat untuk dibawa pulang ke rumah kan. Kalau dia tak jaga Shahir sampai macam tu mau die hard fan Shahir kidnap dia. So maafkan lah ya kalau terkasar tu. Adatlah bila bersesak-sesak ada yang terjatuh, tertolak. Namun semangat anda untuk bertemu dengan artis pujaan anda harus dipuji. Berikutan insiden itu, kami difahamkan undian Shahir untuk ABPBH ini agak terganggu. Kalau anda betul-betul peminat Shahir, teruskan mengundi Shahir untuk Anugerah Artis Baru Popular Sumber: Pengurus Artis Mana yang Tolak dan Pukul Peminat? — LimauAis |
Posted: 15 Mar 2011 08:53 PM PDT Tup-tup semalam keluar di Kosmo yang Saida meminta fasakh di mahkamah. Kiranya Saida tetap mahu meneruskan penceraian. Kemungkinan besar hati Saida dah tawar yang teramat sangat terhadap suaminya. Walaupun suami Saida, Mohd Ghazali cuba untuk berdamai dan tidak mahu penceraian berlaku, nampaknya Saida sudah nekad untuk berpisah. Mungkin inilah langkah yang terbaik. Kata orang kalau dah tak sayang kat seseorang buat apa nak tinggal bersama lagi kan? Adalah sebab-sebab yang kita tidak ketahui sehingga Saida begitu beria memohon penceraian. Saida dan Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa ,14, Anas, 11, Khalid, 7 dan Siti Nurul Mashitah, 5. Mohd Ghazali sudah 3 kali tidak hadir untuk prosiding mahkamah dan perbicaraan kes seterusnya akan berlangsung pada 18 Mac ini. Harap-harap semuanya berjalan lancar. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |