Adsense

Rabu, 16 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Tiara Jacquelina Nafi Suami Bercinta Dengan Maya Karin

Posted: 16 Mar 2011 06:46 PM PDT

Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan Maya Karin

Datin Seri Tiara mengulas mengenai gosip antara Maya bersama Mohd. Effendi yang heboh diperkatakan sejurus selepas pengumuman teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara semalam.

PETALING JAYA: Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30. Gosip liar mengenai hubungan suaminya dengan aktres Maya Karin tidak sedikit pun menjejaskan kehidupan beliau. Sebaliknya, aktres dan penerbit terkenal ini menyifatkan dia wanita yang paling bertuah kerana mempunyai seorang suami sebaik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.

Tiara Jacquelina ketika mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora, di Kota Damansara, Rabu.

"Apa yang boleh saya katakan, saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya. Malah, tiada seorang isteri yang dapat memiliki cinta seperti mana yang dicurahkan oleh suami saya." katanya.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara di sini, Rabu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani. Teater muzikal tersebut bakal diadakan pada akhir bulan September di Istana Budaya.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.

Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.

Dalam pada itu, Tiara turut menegaskan, sebagai seorang yang sudah lama dalam industri ini beliau sudah lali menghadapi cerita-cerita seperti itu.

"Saya sudah lali dengan gosip seperti ini, ini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan artis," katanya.

Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya. – Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Maya Karin di Ulangtahun Ke-2 Portal GUA
  • Gossip Maya Karin Akan Kahwin British Guy Bernama Steve?
  • Skodeng Maya Karin di Shout! Awards 2010
  • Video Lagu Katakan Datin Seri Tiara Jacquelina
  • Gambar Maya Karin @ Tag Heuer Event
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • Maya Karin Teruja Jadi Hos Program Gossip
  • Suami Maya Karin Umum Mahu Bercerai
  • P. Ramlee The Musical @ Esplanade & Istana Budaya
  • Maya Karin & Muhammad Ali Kahwin 9 Ogos Ini
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Konsert D’lloyd Semalam di Malaysia Bakal Gegarkan Istana Budaya

    Posted: 16 Mar 2011 06:04 PM PDT

    SEKITAR SIDANG MEDIA KONSERT D'LLOYD – SEMALAM DI MALAYSIA

    BERDIRI ampuh sejak era 70-an, D'lloyd, kumpulan Indonesia yang turut menempa nama di Malaysia dan Singapura bakal kembali lagi ke negara ini membawa momen indah menerusi Konsert D'LLOYD Semalam di Malaysia. Istimewanya, sekian lama tidak bertemu peminat tempatan, buat julung kali kumpulan yang popular dengan lebih 100 album hits itu bakal beraksi di Istana Budaya selama tiga hari, bermula 6 hingga 8 Mei ini.

    Pentas berprestij itu akan menjadi gelanggang betapa kuasa muzik dan dendangan D'lloyd masih unggul untuk terus memancing perhatian peminat tegar serta kelompok pengikut baru. D'lloyd kini dianggotai Bartje Van Houten (pemain gitar/ketua kumpulan), Yuhanny Fatmarida Susilo (Yuyun/flute), Syamsuar Hashim (Sam/Vokalis), Chairul Daud (Khairul/dram), Candra Chasmala (keyboard) dan Uce F Tekol (Tooto/bass).

    Dlloyd

    Persembahan gah ini juga menjadi menifestasi perjuangan tanpa henti D'lloyd selepas lebih lima dekad mengabdikan diri dalam arena muzik sekali gus dianggap sebagai lagenda hidup yang menjadi ikon kepada band lain.

    Menyingkap semula kebangkitan kumpulan berasal dari Jakarta itu, mereka asalnya hanya sekumpulan kelasi kapal yang bercita-cita tinggi bergelar anak seni.

    Berbekalkan bakat disuntik semangat, bersama seorang lagi anggota yang sudah kembali ke rahmatullah, S Paggabean, mereka merealisasikan penubuhan D'lloyd, nama yang diambil sempena nama kapal tempat ditugaskan ketika itu.

    Sekali pun berhadapan onak duri sepanjang perjalanan penuh berliku, mereka akhirnya mampu menggapai impian yang awalnya dianggap sekadar mimpi indah.
    Bagai ditakdirkan, keserasian mereka membuahkan ganjaran ditambah kebolehan Bartie selaku pencipta lagu dengan garapan vokal lunak Sam hingga sampai suatu tahap setiap dendangan mereka menjadi kegilaan ramai!

    Siapa mampu melupakan lagu malar hijau yang masih menjadi siulan hingga kini seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Cinta Hampa dan Mengapa Harus Jumpa.

    Sebuah lagu lagi yang dikatakan punya sejarah peribadi buat vokalisnya, Semalam Di Malaysia juga pernah mendominasi carta dan popularitinya membolehkan ia diangkat ke layar perak pada 1975.

    Walau semua anggotanya sudah melepasi separuh abad, ia bukan pengukur tahap persembahan kerana apa yang pasti kumpulan itu sudah sedia beraksi dengan momentum barisan lagu-lagu hangat.

    Justeru, KONSERT D'LLOYD "Semalam di Malaysia" yang dijadualkan berlangsung hampir dua setengah jam itu pastinya penuh dengan nostalgia manis dan menjadi kenangan terindah buat semua yang pernah membesar dengan lagu mereka.

    Lebih istimewa, mereka juga bakal berkongsi pentas dengan teman seperjuangan yang juga penyanyi yang tidak asing lagi dikalangan peminat muzik Malaysia, Datuk Ahmad Jais. Konsert ini akan dipimpin oleh En. S.Atan, pengarah muzik. KONSERT D'LLOYD "Semalam di Malaysia" dibawakan khas oleh Massa Frequency. Tiket menyaksikan konsert ini hanya pada kadar RM68, RM98, RM128, RM168, RM208, RM258, RM308 dan RM458 dan boleh dilayari www.ticket2u.biz atau hubungi talian hotline +603 41478600.

    Massa Frequency akan menjual Album Kompilasi terhad Dlloyd pada harga yang istimewa. Tawaran ekslusif ini akan dikeluarkan oleh Life Record, hanya boleh dimiliki di Istana Budaya pada hari hari Konsert tersebut

    Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web khas www.konsertdlloyd2011.com yang akan beroperasi sepenuhnya bermula 10 Mac ini. Peminat yang ingin mengetahui setiap perkembangan berkaitan konsert juga boleh ke laman sosial Facebook: Konsert Dlloyd 2011 atau twitter: http://twitter.com/KonsertDlloyd.

    Dlloyd

    Dlloyd

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Poster Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Konsert D'Lloyd Semalam di Malaysia
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Jom Nonton Teater Musical Peter Pan di Istana Budaya
  • Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.