Adsense

Ahad, 6 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Justin Bieber dalam

Posted:

Justin Bieber dalam <i>CSI</i>

Justin Bieber dalam CSI


Antara aksi lakonan Justin Bieber dalam CSI yang bersiaran setiap Selasa hingga Khamis di AXN pukul 10 malam.


MUDA dan berbakat barangkali menjadi faktor utama penyanyi antarabangsa, Justin Bieber begitu cepat melebarkan pengaruhnya di gelanggang seni.

Terbukti menerusi nyanyian sebelum ini, Bieber yang berjaya mengumpul jutaan peminat di seluruh dunia kali ini muncul sebagai pelakon rantaian popular, CSI musim ke 11. Musim terbaru siri yang fokus kepada pelbagai kejadian jenayah itu memulakan siarannya pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis di saluran AXN mulai 1 Mac lalu pukul 10 malam. Di Amerika Syarikat, kemunculan pertama Bieber telah menarik perhatian lebih 15 juta penonton setia rancangan itu sekali gus memberi gambaran betapa kuatnya pengaruh artis berbakat besar itu.

Melakonkan watak Jason McCann, Bieber bukan hanya mempertaruhkan rupa parasnya yang menawan malah, bakat lakonan sebagai remaja bermasalah disampaikan dengan penuh emosi oleh penyanyi yang cukup popular dengan lagu Baby itu. Saksikan bagaimana lakonan berkesan Bieber sebagai remaja yang terpaksa berdepan pelbagai masalah dalam hidup dengan membuat pilihan dalam kes berkaitan abangnya yang melibatkan diri dengan pasukan CSI. Demi menghayati watak Jason McCann, Bieber mendapatkan khidmat jurulatih lakonan agar persembahannya dalam siri tersebut tidak mengecewakan penonton. George Eads yang melakonkan watak Nick Stones dalam siri yang sama memberitahu: "Jika Bieber boleh menyanyi dan menari di depan orang ramai, dia tentu mampu menutur dialog dengan baik ketika berlakon. "Dia seorang remaja yang amat berbakat." Terdapat beberapa kejutan yang akan menanti penonton setia rancangan itu. Ini termasuklah kisah percintaan antara Catherine Willows lakonan Marg Helgenberger dengan Detektif Vartann yang dilakonkan oleh Alex Carter. Kepada peminat setiap Bieber, jangan ketinggalan menyaksikan lakonannya menerusi CSI.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rock serlahkan vokal Tom

Posted:

Rock serlahkan vokal Tom

Rock serlahkan vokal Tom

Judul Album: Redha
Artis: Tom
Konsep Muzik: Pop, Rock
Terbitan: Warner Music Malaysia
KOMEN: Album mini yang memuatkan lima lagu ini cuba mengetengahkan dua konsep muzik utama iaitu pop dan rock. Lagu berjudul Lagu Untuk Kuala Lumpur misalnya berentak rock, manakala lagu Redha pula berteraskan pop bercampur slow rock.

Tom boleh menyanyikan lagu-lagu dalam dua konsep muzik itu. Namun, kesesuaian Tom lebih ke arah rock kerana suaranya yang tebal dan serak-serak basah. Jeritan dan nada suaranya yang lantang menguatkan lagi kesesuaian itu. Ia dapat didengari menerusi lagu Nokhtah Sandiwara yang lebih ke arah muzik rock. Ternyata Tom mempunyai gaya suaranya yang tersendiri. Dia mewakili penyanyi rock wanita generasi baru yang paling menonjol ketika ini. Selain itu, pertembungan dan kombinasi antara muzik rock dan pop dalam album ini jelas memperlihatkan haluan Tom untuk memilih satu daripadanya. Malah, kombinasi lagu ciptaan bersama komposer LY dan Noh Hujan yang mencipta Lagu Untuk Kuala Lumpur memperlihatkan pertembungan dua genre iaitu pop dan rock yang masing-masing mewakili dua komposer terbabit. Dua lagi lagu dalam album ini berjudul Cinta (Firdausi) dan Harus Akhiri.

Bintang: *****

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.