macam macam hiburan terkini |
- Nurul: ‘Maaf, saya tak mahu cerita panjang’
- Lisdawati menang saman fitnah
- Noryn Aziz: Enggan bicara soal perkahwinan
- Diana Danielle Belajar Berlakon Di Los Angeles April Ini
- 'Asmara 2' Rungkai Rahsia Kematian Zaliya
- Fauzi Nawawi Terima Kejutan Hari Jadi Ke-38
Nurul: ‘Maaf, saya tak mahu cerita panjang’ Posted: 05 Mar 2011 07:37 AM PST Ia bukan lagi rahsia, memandangkan ada peminat mahupun wakil media sendiri pernah terserempak dengan mereka berdua di majlis tertentu sekitar ibu negara akhir-akhir ini. Terbaru penyanyi yang kini tampil dengan album mini menggunakan namanya sendiri sebagai judul, dilihat hadir menyaksikan pementasan muzikal Terima Kasih Cinta (TKC) di Istana Budaya (IB), ditemani bukan saja lelaki Inggeris terbabit malah juga ahli keluarganya. Ditemui Rap, Nurul bagaimanapun mengambil tindakan 'kunci mulut' daripada bercerita mengenainya dan penyanyi berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu menegaskan, dia tidak lagi mahu menjaja kisah peribadi. "Cukuplah selepas 16 tahun terbabit dalam bidang seni, pelbagai cerita peribadi sudah saya kongsi dengan rakan media dan peminat. Sebagai artis, saya tak nafikan ia sebahagian daripada tanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar agar tidak timbul salah faham kemudian hari. "Bagaimanapun, apabila niat ikhlas saya yang tak mahu bersikap hipokrit selalu disalahertikan, menyebabkan saya mengambil keputusan bersikap kunci mulut dulu dan bercakap sekadar apa yang perlu," jelasnya. Kata Nurul lagi, niat baiknya itu juga akhirnya makan diri apabila pelbagai cerita kurang menyenangkan timbul. Pelbagai fitnah juga dikaitkan dengan dirinya termasuk ada membuat dakwaan dia mudah menukar teman lelaki laksana menukar baju. Apa yang membuatkan penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Kerana Terluka itu lebih terluka ialah apabila yang membuat dakwaan seperti itu adalah rakan baiknya sendiri. "Rasanya, cukuplah setakat ini. Saya tak mahu lagi bercerita apa-apa selain berkaitan kerjaya. Maaf, saya tak mahu cerita panjang mengenai siapakah lelaki Inggeris yang selalu dilihat bersama saya itu. "Saya bukan berniat hendak berahsia dengan rakan media mengenainya. Tak perlulah ia ditulis atau digembar-gemburkan sehingga kerjaya saya dalam bidang seni tidak mendapat perhatian. "Kalau diberikan perhatian pun, hanyalah perkara yang tidak membina kerjaya. Saya tidak mahu lagi perkara seperti itu dikaitkan dengan diri saya. Cukup-cukuplah," katanya. Kerjaya nyanyian Nurul kembali menampakkan sinarnya apabila single terbaru dalam album mini dihasilkan, Andai Ku Kenali Ku mula berkumandang di radio dan sedang mendaki carta lagu popular. "Hampir empat tahun saya tunggu saat ini. Selepas muncul solo pelbagai perkara berlaku termasuk isu yang timbul antara saya dan syarikat rakaman Metadome sewaktu menghasilkan album Bisikan Cinta. "Bagaimanapun, saya menganggap ia sebagai satu pengalaman yang mematangkan saya. "Walaupun sudah 16 tahun dalam bidang nyanyian, apabila muncul solo saya meletakkan diri seperti penyanyi baru. Tambahan pula penerbitan album ini saya lakukan sendiri, jadi banyak perkara yang perlu dihalusi bagi memastikan ia bukan satu pelaburan sia-sia," katanya. Bercerita lanjut mengenai lagu Andai Ku Kenali Ku yang menjadi perhatian peminat, jelas Nurul sebenarnya ia sudah dirakamkan lebih dua tahun lalu. Bagaimanapun, kerana mahukan kesempurnaan dia mahupun pencipta lagu itu, Eena Houzyama yang juga bekas wartawan hiburan akhbar New Straits Times (NST), banyak melakukan perubahan sehingga kedua-duanya berpuas hati. "Pada mulanya muzik ditampilkan agak berat kerana mahu menunjukkan kekuatan daripada sudut melodi, apatah lagi lirik dihasilkan juga sangat menyentuh perasaan. "Bagaimanapun, selepas melakukan beberapa susunan kami berpendapat baik jika kami hanya menggunakan gitar dan piano sebagai latar muziknya. Ternyata ia serasi dengan lirik didendangkan sekali gus mampu menyentuh hati mereka yang mendengarnya," kata Nurul. Mendengarkan bait lirik Andai Ku Kenali Ku, ada yang membuat andaian ia sebenarnya menggambarkan diri Nurul yang sebenar dan perkara pernah dialami terutama membabitkan perceraiannya serta hubungannya dengan beberapa bekas kekasih sebelum ini. "Sebenarnya ia menggambarkan kekuatan seorang wanita. Saya tak nafikan sebagai komposer dan penulis lirik, Eena sangat pandai membaca apa yang tersirat di dalam hati saya. Sehinggakan apabila menyanyikannya, saya rasakan lagu itu menceritakan mengenai diri saya. "Pada saya secara peribadi, lagu ditulis Eena itu karya cukup indah dan kerana itu juga, ia dapat menambat hati peminat muzik tempatan," katanya. Selain lagu Andai Ku Kenali Ku, Nurul turut memuatkan lagu yang mengangkat namanya dalam industri muzik tempatan, Kerana Terluka dan diberikan susunan muzik baru. Untuk versi album mini ini, muziknya lebih panjang tujuh minit berbanding sebelum ini lima minit saja. Jelas Nurul, ia dilakukan bagi memberi kepuasan kepada peminat setianya yang turut meminta ia ditampilkan dalam album mini dihasilkan. Kata Nurul, bagi memudahkan peminat, jualan album mininya ini turut dibuat menerusi laman sesawang dan sosial. Mereka boleh membuat tempahan dan pembayaran dan album terbabit akan dipos kepada mereka. Selain menumpukan perhatian kepada kerja mempromosikan album mini, Nurul juga tidak sabar menantikan filem terbarunya, Tolong Awek Aku Pontianak ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Lirik Andai Ku Kenali Ku Andai ku rela kau pergi jua Andai ku berdiri tanpa kata Bila kan ku rasa cinta Bila kan ku rasa bahagia Andai ku kenali ku Kini ku kan berdiri Tanpa ragu tanpa sangsi Diri ku, ku temui Ku tahu ku mungkin kan terluka Ku tahu tak akan ada yang sama Kini aku mula kenali .... Diri ku sendiri Lagu/lirik : Eena HUSH Entertainment PROFIL NAMA SEBENAR: Noorulhuda Ab Wahab TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977 USIA: 33 tahun ASAL: Kampung Selamat, Tasik Gelugor, Pulau Pinang KERJAYA: Penyanyi, pelakon, penulis lirik ALBUM: Nurul (1995), Ikhlasnya Cintaku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita dan Cinta (2000), Sehati Sejiwa (2001), Ajai Dan Nurul (2002), Seiring Sejalan (2004), Serasi Bersama (2006), Bisikan Cinta dan Nurul FILEM: Satay, Tolong Awek Aku Pontianak DRAMA: Rahsia Hati, E-Toyol. Com, Kapoww dan Cinta Seorang Seniman PENCAPAIAN: Anugerah Cakera Emas Album Nurul (jualan melebihi 30,000 unit), Cakera Emas Album Sehati Sejiwa (jualan melebihi 25,000 unit), Cakera Emas Album Seiring Sejalan (jualan melebihi 30,000 unit), Artis Baru Wanita Terbaik AIM (1996), Pemenang Lagu Terbaik AIM 1999 (lagu Aku Cinta Aku Rindu), Juara Lagu Kategori Pop Rock, Juara Lagu 2003 (Lagu Keliru) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta - Ning Baizura). |
Posted: 05 Mar 2011 07:37 AM PST Merujuk surat Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2010 dan diterima Lisdawati pada 15 Disember lalu, Nadia diperintahkan membayarnya ganti rugi RM250,000 bersama faedah lapan peratus setahun. Lisdawati, 32, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin sambil ditemani suami, Fauzi Nawawi mengadakan sidang media menjelaskan keputusan mahkamah itu semalam selepas Nadia tidak memberi maklum balas terhadap perintah dikeluarkan. "Saya mahu mempertahankan maruah diri dan keputusan ini membuktikan apa yang dikatakannya ke atas saya dulu adalah fitnah," katanya. Menurutnya, fitnah terhadapnya itu berlaku penghujung 2003 dengan dakwaan kononnya dia meminjam sejumlah wang Nadia tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser atau pengarah untuk mendapat tawaran berlakon. Atas tekanan fitnah yang dihadapi selama setahun, Lisdawati mengambil tindakan mahkamah menerusi peguam, Karpal Singh. "Fitnah ini menjejaskan maruah, pendapatan dan kepercayaan orang lain pada saya hingga ketika itu saya terpaksa ditamatkan kontrak awal sebagai duta satu jenama pakaian terkenal dan digugur selepas menjalani uji bakat berlakon. "Selama ini saya berdiam diri tetapi dengan keputusan mahkamah ini saya perlu bersuara untuk membersihkan nama saya. "Saya tidak pernah pinjam satu sen pun daripadanya. "Saya harap dia berjumpa dengan peguam saya untuk selesaikan perkara ini," katanya. Malah, Lisdawati menyatakan dia pernah melakukan ujian pengesahan dara sebanyak dua kali di hospital swasta untuk membuktikan dirinya menjadi mangsa fitnah. "Saya menunjukkan surat doktor itu sebagai bukti kepada peguam saya. Sebelum memfailkan saman, saya terlebih dulu membuat laporan polis pada pertengahan 2004. "Pada awal 2005, saya mengambil tindakan mahkamah selepas nama saya disebut menerusi media. Bukan saya yang meletakkan harga tuntutan ini tetapi peguam yang tentukan. "Apapun, saya tidak mempunyai masalah dengannya dan apa yang saya lakukan adalah mahu mempertahankan maruah diri," katanya. |
Noryn Aziz: Enggan bicara soal perkahwinan Posted: 05 Mar 2011 07:36 AM PST Desas-desus mengenai perkara tersebut memang sudah agak lama kedengaran dan menjadi tanda tanya ramai pihak, namun masih belum ada jawapan konkrit yang dinyatakan oleh penyanyi berkenaan. Berkesempatan untuk bertemu dengannya ketika majlis Prapelancaran Minggu Setiausaha Divas Las Vegas di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) baru-baru ini, dia terus ditanya mengenai status dirinya ketika ini bagi merungkai segala persoalan yang timbul. Bagaimanapun, agak menghampakan apabila dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan berkaitan peribadi. Apa yang pasti si empunya diri masih tetap berpegang teguh dengan pendiriannya untuk terus menutup mulut. "Buat masa ini saya masih belum mahu mengulas atau memberikan sebarang jawapan sama ada saya sudah berkahwin atau tidak. Pada saya, perkara sebegitu adalah terlalu peribadi untuk diceritakan terutamanya kepada pihak media dan menjadi tatapan umum. "Kalau ada sesiapa yang betul-betul mahu tahu tentang status sebenar saya sekarang ini, saya akan beritahu dengan jujur dan ikhlas kalau mereka sendiri datang berjumpa dengan saya," tegasnya. Meskipun dilihat cukup tenang dan sentiasa melemparkan senyuman ketika menjawab segala pertanyaan yang diajukan, namun Noryn sebenarnya agak kurang selesa apabila kisah peribadinya kerap disentuh. Bukan niat untuk berahsia dan tidak mahu berterus-terang dengan menceritakan perkara sebenar, tetapi jelasnya buat masa ini dia perlu menjaga hati dan perasaan ramai pihak sebelum membuat sebarang kenyataan. Ujarnya lagi, disebabkan itu dia lebih selesa untuk berdiam diri dan enggan mengulas mengenai kisah perkahwinannya yang hangat diperkatakan itu. Cuma apa yang boleh dikatakannya, kini dia bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya. "Pada saya kalau ada yang sudah tahu itu terpulang. Tetapi saya masih tetap dengan pendirian saya untuk tidak berkata apa-apa. Mungkin saya hanya akan berterus-terang sekiranya sudah tiba masa yang sesuai nanti," ujarnya. NORYN mahu dirinya dikenali kerana bakat nyanyiannya, bukan disebabkan kisah peribadi. Ketika ditanya mengapa dia berpendirian untuk berahsia mengenai kisah peribadinya, secara jujurnya Noryn menjelaskan dia mahu para peminat lebih memberi fokus kepada perjalanan kariernya sahaja. "Boleh dikatakan sudah agak lama saya berkecimpung dalam dunia nyanyian dan bukan mudah untuk mencipta nama seperti sekarang. Jadi, saya hanya ingin dikenali sebagai seorang penyanyi dan bukannya popular kerana kisah peribadi," ujarnya. Jaja spekulasi Selain kisah hangat mengenai status dirinya yang masih menjadi pertanyaan ramai pihak, timbul pula cerita kurang enak yang menerjah pemilik nama sebenar Norazmahwati Abd. Aziz itu. Ketika menceritakan mengenai perjalanan karier seninya ketika ini, Noryn sempat meluahkan rasa kecewanya setelah ada individu tidak bertanggungjawab yang telah menjaja spekulasi mengenai dirinya. "Saya dikatakan telah bersara dari dunia nyanyian sedangkan cerita itu memang tidak benar sama sekali. Memang saya sendiri terkejut dan hairan bagaimana cerita itu boleh timbul. "Malah, ada klien yang sering memberi tawaran membuat persembahan selama ini turut percaya dengan cerita berkenaan. Sehingga saya terpaksa menjelaskan kepada mereka perkara sebenar," luahnya. Tambah Noryn, memandangkan punca rezekinya kini banyak bergantung kepada membuat persembahan di majlis korporat, dia akui spekulasi tersebut turut menjejaskan periuk nasinya. Menurutnya, meskipun dia masih tidak tahu individu yang bertanggungjawab mereka-reka dan menyebarkan cerita palsu itu, dia amat berharap dengan kenyataannya ini akan menjawab segala persoalan yang timbul. "Biarpun sudah sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian, tetapi buat masa ini saya belum berhasrat dan tidak pernah terfikir lagi untuk bersara," ujarnya. Ubah penampilan DUA nama hebat di bidang seni suara ini bakal bergabung buat pertama kali untuk berkongsi pentas yang sama bagi menghiburkan peminat. Masih kekal anggun dan cantik pada usia menjangkau 35 tahun, kini para peminatnya tidak akan lagi menyaksikan penampilan Noryn Aziz yang terkenal dengan imej seksi sebelum ini. Selepas menunaikan fardu haji bersama kedua orang tuanya tahun lalu, dia mula nekad untuk melakukan transformasi terhadap penampilan dirinya yang mahu kelihatan lebih sopan. "Alhamdulillah, selepas pulang dari Mekah, saya ambil keputusan nekad untuk ubah sedikit demi sedikit cara berpakaian. Saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya buang terus imej seksi. "Cuma buat masa ini saya tidaklah bertudung sepenuhnya, tetapi dengan memakai turban untuk menutup kepala. Apa yang boleh saya katakan, kini saya dalam proses untuk tampil ke arah imej yang lebih Islamik," ujarnya. Lumrah kepada individu yang sedang berusaha untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif, Noryn turut mengakui berdepan beberapa cabaran yang cukup hebat. Antaranya, terdapat beberapa tawaran persembahan yang terpaksa ditolak apabila pihak penganjur mengenakan syarat kepadanya supaya tampil dengan imej yang lebih mendedahkan. "Jika ada yang meminta saya berbuat demikian, saya akan menerangkan kepada mereka bahawa inilah imej saya sekarang. Tentunya saya tidak akan gadaikan prinsip hidup semata-mata hendak mengikut kehendak mereka. "Biarpun dengan imej baru ini akan menyebabkan saya semakin kurang mendapat tawaran, tetapi saya percaya segala rezeki yang dikurniakan semuanya adalah ketentuan daripada Allah," luahnya. |
Diana Danielle Belajar Berlakon Di Los Angeles April Ini Posted: 05 Mar 2011 07:35 AM PST Menurut Diana yang tidak sabar memulakan pengajiannya di akademi terkenal itu, dia merasakan keputusan itu merupakan idea yang bagus untuk menggilap kemahiran lakonannya. "Walaupun kita sudah menjadi pelakon berbakat, beberapa teknik lakonan mampu membantu untuk meningkatkan penghayatan lakonan kita," kata pelakon cantik berdarah Inggeris ini. Dia baru menyelesaikan pengajian matrikulasi dalam jurusan Biosains di Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor. Diana akan terbang ke Los Angeles pada 5 April ini untuk memulakan kursus intensif selama sebulan sebelum meneruskan kursus lakonan pada jangka masa panjang. "Saya cuba berunding dengan pihak pengurusan untuk mengikuti pengajian mengikut masa yang fleksibel. Jadi, saya boleh pulang ke Malaysia selepas beberapa bulan untuk menyelesaikan kerja di sini. "Saya masih terikat untuk menyelesaikan beberapa penggambaran produk yang menaja saya," kata duta Nano White, Public Gold dan Sunsilk itu. Tambahnya: "Kebanyakan pelakon hebat terlibat dengan latihan lakonan. Saya mahu menjadi seperti mereka. Ia sangat berguna kepada saya apabila mendapat watak yang lebih mencabar. Sekurang-kurangnya saya mendapat beberapa teknik lakonan untuk dibawa pulang ke sana." Menariknya, kelas lakonan di akademi itu hanya mempunyai enam hingga lapan pelajar dalam sebuah kelas. Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, program di akademi itu menyediakan teknik-teknik lakonan kamera moden di samping asas berlakon teater kepada para pelakon. Tenaga pengajar profesional terdiri dari pelakon, penulis, pengarah, penerbit dan individu berpengalaman di Hollywood, filem indie dan televisyen. Semua pelajar akan mendapat latihan peribadi dan disiplin ketat sebelum memulakan karier dalam filem dan televisyen. Bagi pelakon filem Magika itu, pengalaman belajar di Sekolah Filem New York bakal melengkapkan kemahiran lakonannya. "Saya akan terdedah dengan banyak perkara baru dan belajar banyak perbezaan seni lakonan filem, drama dan teater serta peluang bekerja dalam dunia dan produksi filem sebenar. "Saya berharap apabila pulang nanti, saya menjadi pelakon yang lebih bagus kerana itulah yang saya impikan iaitu melakukan yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan," kata pelakon filem Hanyut dan … Dalam Botol ini. Menyentuh tentang peluangnya memenangi anugerah Pelakon Filem Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 di samping pesaingnya iaitu Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Maya Karin dan Scha Alyahya, Diana berkata, "peminat akan membuat keputusan terbaik." "Saya jangka Lisa Surihani tetapi calon lain juga mempunyai peluang besar untuk memenangi anugerah itu. Saya gembira dengan siapa sahaja pilihan peminat untuk menang," kata model dan pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Idola. Diana juga akan memulakan karier nyanyiannya pada tahun ini. Dia bakal menerbitkan single pertamanya bergenre rock balada akustik berjudul Tak Pernah Ada sebelum hujung tahun ini. |
'Asmara 2' Rungkai Rahsia Kematian Zaliya Posted: 05 Mar 2011 07:34 AM PST Segala persoalan pada penghujung drama Asmara lalu bakal dijawab dalam drama Asmara 2 yang bakal ditayangkan sebanyak 13 episod. Drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara terkenal Heykal Hanafiah. Ia masih mengekalkan teraju utama iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen). Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya. Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria. Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya? Jangan ketinggalan untuk menonton Asmara 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa pukul 9 malam mulai 8 Mac 2011, di TV3. Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati. google: asmara 2, preview asmara 2, sinopsis asmara 2, jalan cerita asmara 2, cerita asmara 2, tarikh tayangan asmara 2, pelakon baru asmara 2, pelakon asmara 2, video asmara 2, download asmara 2, pengarah asmara 2, soundtrack asmara 2, jalan cerita asmara 2, penerbit asmara 2 |
Fauzi Nawawi Terima Kejutan Hari Jadi Ke-38 Posted: 05 Mar 2011 07:33 AM PST Kejutan berupa kek hari jadi disertai dengan kehadiran dua anak mereka di restoran itu memberikan suasana bermakna kepada Fauzi yang dalam masa sama menemani isterinya mengadakan sidang media berhubung saman fitnah terhadap pelakon Nadia Mustafar. Kata Lisda, kejutan itu terpaksa dilakukan lebih awal kerana suaminya berada di Pulau Pinang pada 7 Mac ini kerana menjalani penggambaran drama Metafora terbitan RTM bermula 5 hingga 20 Mac. Sempena majlis hari jadinya itu, Fauzi berazam untuk menunaikan haji di Mekah sebagai Rukun Islam kelima yang diwajibkan kepada umat Islam yang mampu. "Saya sudah mempunyai isteri yang cantik, anak-anak yang comel, rumah dan kereta sendiri, jadi sekarang ini saya mahu membuat persiapan untuk menunaikan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji. "Selain itu, saya mahu melangkah ke layar perak. Tetapi disebabkan tawaran berlakon filem agak kurang, jadi saya sedang merangka skrip filem bergenre aksi, komedi dan seram usahasama dengan rakan-rakan dalam industri," katanya yang terkenal dengan lakonan watak antagonis. Bercerita tentang Metafora, drama tersebut turut diterajui oleh Aqasha, Almy Nadia, Wan Raja, Datuk Jalaluddin Hassan dan Mahmud Ali Basha. Walaupun watak pembantu, dia masih menerima tawaran drama tersebut kerana Fauzi tidak terlalu selektif biarpun baru memenangi dua anugerah Pelakon Lelaki Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 pada tahun ini. "Saya mahu buktikan yang saya masih sama seperti dulu dan menerima tawaran lakonan yang dirasakan berbaloi. Malah saya tidak pernah mengubah harga yang perlu dibayar untuk setiap kerja yang saya lakukan. "Alhamdulillah, saya sentiasa menerima tawaran berlakon termasuk melakonkan watak komedi. Antara drama komedi yang belum ditayangkan adalah Hantu Gigi pada 9 April ini dan Pucuk Muda Kerabu Tauge," ujarnya. Cerita pelakon drama Sebelum Akhirat ini, dia lebih berminat melakonkan drama komedi kerana tidak mahu stres di lokasi penggambaran. "Saya tak mahu stereotaip dengan watak ganas dan jahat. Jika melakonkan watak jahat selepas ini, saya mahu tampil dengan imej kemas dan bergaya," katanya yang turut ditawarkan sebagai duta produk kopi kesihatan di samping isterinya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |