Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Bapa Youk Bunkface Meninggal Dunia Posted: 06 Mar 2011 09:18 PM PST Berita mengejutkan dan menyedihkan yang baru sahaja Budiey terima, bapa kepada pemuzik dari kumpulan Bunkface, Youk telah meninggal dunia pada jam 1 tenghari tadi di KPJ Shah Alam, Seksyen 18. Diberitakan, ayah Youk telah dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan False Alarm dan keadaan pada masa tu memang dalam kritikal. Berita ini disahkan oleh Youk sendiri melalui akaun Twitternya: @Youk_Jaafar: Abah saya telah selamat kembali ke rahmatullah.alfatihah.smoga beliau ditempatkn org yg beriman.amin. Alfatihah. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin. Sesiapa yang ingin menziarah jenazah ayah @Youk_Jaafar alamatnya, No.70, Jalan Lengkongan, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Selangor. Gambar di bawah: Youk berdiri di sebelah kanan. Gambar ini Budiey ambil semasa Youk bersama Paan menyertai rombongan ke Pulau Perhentian untuk menjayakan Malam Santai Media dan Pelancaran Xpresi Kembara musim terbaru di sana. Tags: alfatihah, Amin, bapa, Berita, Budiey, bunkface, false alarm, kpj, masa, pagi, roh, sahaja, shah alam Tags: Berita, BunkfaceClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gossip Pelakon Balas Dendam di Teater Terima Kasih Cinta Posted: 06 Mar 2011 08:40 PM PST Budiey baru habis baca satu gossip di Portal GUA. Gossip tentang pelakon teater yang baru sahaja menutup tirai persembahannya di Istana Budaya, Terima Kasih Cinta. Nah korang baca sendiri. Budiey rasa dah dapat teka siapa yang dimaksudkan. Sila Hormati Panggung Tempat Anda Mencari Rezeki! Semalam berakhir sudah pementasan teater Terima Kasih Cinta yang berlangsung selama lebih dua minggu di Istana Budaya. Diadaptasi dari filem Cinta, kisah lima pasangan itu dibawa ke pentas teater yang dibarisi 12 pelakon ternama pelbagai bidang seni. Walaupun naskhah teater itu didasari kisah cinta, namun GUA ada menerima cerita yang kurang enak di telinga. Hubungan GUA dengan teater memang agak rapat. Maka apabila berlakunya sesuatu yang jelek pada dunia teater, GUA harus sampaikan. Apa yang ingin GUA paparkan bukanlah dengan niat untuk menjatuhkan atau pun memalukan, tetapi sebagai pengajaran untuk masa depan. Kisahnya agak panjang kerana ia berlaku pada hari Sabtu lalu yang mana ada dua pementasan, iaut petang dan malam. Drama belakang tabir ini bukan hanya berhenti setelah pementasan sebelah petang tamat sebaliknya berlarutan hingga ke pementasan sebelah malam. Begitu hebatnya drama tersebut sehingga ada yang mengatakan drama tersebut lebih menarik dari jalan cerita teater itu sendiri. Kisahnya bermula apabila pelakon yang GUA namakan sebagai "M" telah memesan jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada pelakon utama teater tersebut sewaktu "curtain call" pementasan petang. Walaupun terdapat 12 pelakon utama untuk teater itu, namun hanya 10 jambangan bunga sahaja yang disiapkan oleh "M". Rupa-rupanya, "M" telah merangka rancangan itu tanpa pengetahuan pelakon utama lain untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada semua pelakon kecuali dua orang pelakon iaitu "K" dan "A". Apakah motif sebenar "M" sukar untuk GUA tafsirkan, mungkin ada sejarah lama yang masih kekal mencalar hati "M". Apa yang GUA dengar, niat untuk memalukan pelakon "K" dan "A" di hadapan penonton adalah salah satu faktor mengapa perancangan itu dilakukan. Bayangkan wajah pelakon "K" dan "A" yang tidak menerima jambangan bunga di hadapan penonton. Tentulah apa yang dilakukan akan sedikit sebanyak akan menjatuhkan air muka pelakon-pelakon itu di hadapan penonton. Dah lah pelakon perempuan pulak tu, takkan tak dapat bunga kan! Sewaktu "curtain call", mujurlah pelakon "E" dan pelakon "S" yang merupakan pasangan pelakon "K" dan pelakon "A" telah bersikap "gentleman" dengan menyerahkan jambangan bunga mereka kepada pasangan masing-masing. Sekurang-kurangnya terjaga sikit air muka pelakon "K" dan "A" dari termalu kerana tidak mendapat bunga. Persoalan yang masih belum terjawab di benak GUA adalah mengapa perancangan busuk sedemikian perlu dilakukan di hadapan penonton? Di manakah letaknya sikap profesional pada diri seorang artis yang boleh dianggap berpengalaman lama dalam industri hiburan? Bukankah sebagai seorang pelakon, "M" sepatutnya bersikap profesional dengan meletakkan masalah peribadinya di luar pentas dan bukannya membawa ke hadapan pentas. Hilang rasa hormat GUA pada "M" bila perkara itu berlaku di hadapan penonton kerana bagi GUA, "M" bersikap amat tidak profesional dan tidak menghormati panggung, tempat dia mencari rezeki. Seorang artis yang tidak menghormati kerjayanya ialah seorang yang tidak patut GUA hormati, itu pandangan GUA sendiri. Rupa-rupanya ada susulan dari kejadian pemberian bunga tersebut. Menyedari perancangan busuknya itu gagal, "M" telah mengarahkan pelakon "E" dan pelakon "S" agar mengambil semula bunga-bunga itu dari pasangan masing-masing yang sepatutnya tidak mendapat jambangan tersebut, iaitu pelakon "K" dan "A". Di bilik rehat sementara menantikan pementasan malam, barulah terbongkar cerita di sebaliknya, yang perancangan pemberian bunga itu sebenarnya adalah perancangan pelakon "M" sendiri yang sebelum ini tidak diketahui pelakon lain. Bila pelakon "K" dan "A" tahu bahawa mereka mahu dijadikan mangsa dalam episod drama bunga tersebut, pelakon "A" telah meluahkan perasaannya di laman Twitter miliknya. Berapi juga api kemarahannya di laman media sosial itu. Kalau GUA yang terkena pun, GUA akan marah, apatah lagi tuan punya badan. Kemarahan pelakon "A" di laman Twitter itu telah disampaikan kepada "M" oleh pengurusnya. Maka bermulalah lagi satu episod drama. Mereka tidak bergaduh tarik-tarik rambut atau hayun kasut tumit tinggi, mereka bergaduh cara baru dengan menggunakan "sound-check" sebagai platform untuk memaki hamun sesama sendiri. Yang pelakon "M" "tag-team" dengan pelakon "Y", manakala pelakon "A" bersama pelakon "K". Masing-masing berbalas caci nista secara terbuka. Jadi keliru jurutera audio dibuatnya dek kerenah pelakon-pelakon tersebut! Sedar tak pelakon-pelakon itu yang sesi "sound-check" mereka itu dapat ditonton oleh semua pelakon lain menerusi "internal broadcast" ke setiap bilik pelakon? Tidak terdetikkah rasa malu pada pelakon-pelakon lain yang lebih junior? Mereka sedar tak yang apa yang mereka lakukan itu akan menjadi contoh yang tidak baik kepada pelakon junior? Sepatutnya sebagai artis berpengalaman, baik pelakon "M", "K", "Y" atau pun "A" wajar menunjukkan contoh yang baik kepada pelakon generasi baru. Bukannya menunjuk kelakuan yang tidak senonoh kepada mereka. Menjelang pementasan sebelah malam… Api kemarahan pelakon "M" sebenarnya masih belum reda rupanya. Yang terkena tempias adalah pelakon "E" dan "S" yang telah merosakkan perancangan busuknya petang tadi. Dalam satu adegan bersama, pelakon "M" telah mensabotaj pelakon "E" dan "S" dengan dialog tambahan yang bukan-bukan. Angkara "ad-lib" tersebut, adegan yang sepatutnya penuh dengan kesedihan menjadi lucu apabila dialog yang ditambah tidak kena dengan jalan cerita. Maka berderailah ketawa penonton mentertawakan ke"bijak"kan pelakon "M". Lagi satu isu profesionalisme perlu diterangkan secara jelas di sini. Jangan di bawa masalah belakang pentas ke hadapan pentas. Penonton yang datang menyaksikan pementasan itu membayar ratusan ringgit untuk menonton kerja profesional mereka. Setiap sen duit mereka itu perlu dibalas dengan mutu kerja yang cemerlang dan bukannya dibalas dengan perlu menyaksikan kemarahan anda yang di bawa ke hadapan pentas. Nasihat GUA cuma satu. Belajarlah menjadi seorang yang profesional terhadap kerjaya masing-masing. Di bahu andalah terletaknya tanggungjawab untuk menjadikan kerjaya sebagai seorang artis itu terus dihormati. Andalah yang telah merosakkan nama baik kerjaya anda sendiri jika perangai-perangai sedemikian diteruskan. Anda sedar tak dengan berperangai sedemikian telah sedikit sebanyak mengorbankan nama baik anda? Maka tidak hairanlah sekiranya nama itu nanti terus lenyap, mungkin lima tahun, mungkin dua tahun, mungkin satu tahun yang akan datang. Fikir-fikirkan lah! GUA tidak terkejut sekiranya nama-nama pelakon "M", "Y", "K" dan "A" tidak tersenarai untuk pementasan yang akan datang. Jangan salahkan sesiapa, salahkan lah diri sendiri. Tags: bunga, filem cinta, iaut, Istana Budaya, jelek, kekal, kisah, namakan, panggung, pasangan, pengetahuan, pentas, rapat, rezeki, sahaja, sampaikan, sukar, telinga, terima kasih, tirai Tags: GossipClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |