Adsense

Selasa, 8 Mac 2011

Sensasi

Sensasi


Emma Watson berhenti Blajar di Universiti

Posted: 08 Mar 2011 09:53 PM PST

Emma kelihatan begitu sempoi,simple dan ala-ala tomboy semasa di Campusnya di Brown University..



Bintang filem Harry Potter iaitu emma Watson baru-baru nie dilaporkan berhenti belajar dari Brown University dan meneruskan amalan sihirnya..tapi main sihir nie dalam movie jer lah.bukan cerita khurafat.

Walaubagaimanapun sebenarnya emma taklah berhasrat untuk terus berhenti belajar sampai bila-bila.cuma menurutnya dia terpaksa mengambil masa daripada belajar di University tersebut bagi menghabiskan penggambaran filem terakhir Harry Potter.

Chapter terakhir Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 2 bakal ditayangkan pada bulan July nie...
entahla sensasi tengok part 1 hari tue tak berapa best lah..agak bosan,agak dragging dan asyik2 nak berlawan dengan voldemort tak habis-habis. walaupun dah beberapa siri Harry Potter yang sensasi tengok agak bosan tapi tetap jugak nak pergi tgk bila ada movie terbarunya,..

Kata emma "Saya sangat suka belajar di Brown,dan sy suka belajar lebih dari apapun tetapi kebelakangan nie terlalu banyak benda yang harus di lakukan dalam satu masa,dan itu agak mustahil..jadi saya membuat keputusan untuk berhenti belajar dan menghabiskan penggamkbaran filem terakhir Harry Potter dan kemudian saya akan fokus untuk menghabiskan ijazah"

Emma tak lama lagi akan menginjak umur 21 tahun pada bulan depan.


Fazura Meluahkan kesedihan hati difitnah guna silikon

Posted: 08 Mar 2011 09:36 PM PST



Fazura adalah antara artis wanita yang Jelita di Malaysia.Walaupun kadang kala nama Fazura tenggelam namun Fazura sering dikaitkan dengan kontroversi.Tebaru Fazura telah dilantik menjadi Duta Produk Lux.

Mungkin kerana Fazura dulu adalah seorang yang dilihat agak sosial,banyak gambar di kelab-kelab malam,gambar percutian yang menjolok mata,kisah bergaduh dengan perempuan mengandung sampai naik turun mahkamah,kisah percintaan dengan kerabat diraja membuatkan fazura adalah artis yang sedikit sebanyak mudah dihinggap kontroversi.

Tapi itu cerita lama,Fazura kini semakin matang dalam kehidupan dan berhati-hati ketika berbicara.Kontroversi terbaru,Fazura difitnah memakai silikon,dan dimasukkan ke hospital apabila silikon yang dipakainya dikatakan pecah.

Siapa yang tak rasa malu apabila dikatakan palsu mcm tue kan.memang teruk la siapa yang cuba menfitnah Fazura nie..kesian dia..sensasi rasa Faz nie ori ..

Faz meluahkan rasa sedih dan emosinya pagi-pagi buta khas buat peminat Fazura yang sentiasa menyokongnya


Nota dari Fazura

SYUKUR ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH YA ALLAH Diatas Segala Limpah Kurnia RezekiMU. Faz terlalu BERSYUKUR Atas SEMUA Keistimewaan, Kebahagiaan, Lindungan serta Rezeki melimpah ruah yang ALLAH kurniakan pada faz. Sayu hati ini bila memikirkan Kasih dan SayangNYA. Apa saja yang kita minta ALLAH kurniakan dan selalunya semua yang TERBAIK. Sorry kalau faz emotional sikit,

Faz agak sedih dan kesian pada diri sendiri sebenarnya. Kenapa orang sentiasa nak fitnah faz.. Sedangkan faz ni kawan pun tak ramai, buat hal sendiri je rasanya, duduk rumah je. Bertambah paranoid nak keluar skrg sebab faz perhatikan, setiap kali ada benda baik yang jadi kat faz, yang faz buat, ada saja orang yg tak boleh terima, ada saja yang kepanasan.

Mereka sentiasa memerhati gerak geri faz dan mencari salah silap untuk dijadikan cerita dan bahan fitnah untuk memburukkan faz, supaya faz nampak jahat dan berdusta. Kalau berdiam diri pun macam-macam cerita orang buat, apa lagi kalau faz ni jenis yang selalu lepak di mamak dan sebagainya. Apa pulak cerita yang direka?

Faz rasa orang sekarang sudah tidak ada hati.. Kerana hasad dengki dan kepentingan diri mampu buat apa saja, tidak kira dosa asalkan puas hati. Kebanyakan orang sekarang juga sudah tidak bertuhankan ALLAH, tapi banyak yang sudah lalai dan lupa diri, taksub dan bertuhankan DUIT, HARTA, PANGKAT dan GLAMOUR.

Berkejar-kejar, Berlumba-lumba, Tapi silapnya mereka ialah mereka juga fikir kita begitu, maka macam-macam lah tuduhan yang dilemparkan sesuka hati. Tapi cukuplah, takde guna faz nak melatah. Faz juga dah maafkan mereka setulus hati. Mudah2an mereka akan diberikan petunjuk oleh ALLAH SWT. ALLAH MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI, MAHA MENGASIHANI DAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA tiada Dua.

Faz berdoa dijauhkan oleh manusia-manusia yang berniat durjana, segala perbuatan fitnah serta niat yang jahat dan faz percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya dan hikmahnya pasti sesuatu yang sangat Baik dan Positive. Hanya masa yang akan menjawab. Mudah2an. Sorry again, kalau faz tiba-tiba emotional.

Going to sleep now. Tomorrow will be a HAPPY DAY for all of us!!! THANK YOU for listening and always being there for faz. Semoga ALLAH memberi segala balasan Kebaikan di dalam dunia sampai akhirat buat semua darling faz yang Prihatin, Caring dan Positive. Faz takkan lupa. THANK YOU for your Unconditional Love and Support.

Again, TERIMA KASIH kerana mendengar luahan hati faz yang emotional di pagi pagi buta ini hehe.. LOVE LOVE LOVE YOU.. Assalamualaikum :)

Benjy Lafaz talak kepada Isteri dan rujuk semula selepas 13 jam

Posted: 08 Mar 2011 09:18 PM PST



Perceraian nie bukanlah sesuatu yang baru berlaku.Sebenarnya Benjy telah melafazkan talak terhadap isterinya pada 3 tahun lepas.

Cuma pada baru-baru ini,isteri Benjy iaitu Safiya Stephanie Kar-Leng Lee memohon di mahkamah rendah syariah untuk pengesahan cerai dan rujuk mereka.


Berdasarkan permohonan tersebut, Safiya mendakwa Benjy, 33, melafazkan talak pada pukul 9 malam, 7 Julai 2008 di rumah kelamin mereka di Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.

Lafaz tersebut berbunyi "aku ceraikan dengan talak satu" sebelum rujuk kembali pada pukul 10 malam dengan lafaz "I'm rujuk-ing".

Selepas mendengar permohonan itu, Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor mengesahkan bahawa jatuh talak rajie dengan berjumlah satu talak.

Beliau juga memutuskan bahawa lafaz rujuk tersebut sebagai sah dan pasangan itu masih lagi sebagai suami isteri..

Sebab apa mereka bercerai tidak dinyatakan bahkan Safiya memohon agar perbicaraan dibuat di dalam kamar .

Safiya yang merupakan seorang penyambut tetamu pula hadir bersendirian manakala Azean dan suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi hadir pada pukul 8.45 pagi.

Perbicaraan akan disambung semula pada 18 April 2011 nanti.

Sensasi kesian jugak dengan wife Benjy,sebelum nie ada kisah dimana Safiya diberhentikan kerja sebagai guru tadika tak silap sensasi,dan dihalau dari rumah sewa berikutan kes penangkapan Benjy,Tambahan pula,semasa Benjy ditangkap dia dikatakan ada dengan kekasihnya,

Jadi Benjy ada kekasih muda yang berumur awal 20-an.

Nampaknya Benjy dan Isterinya masih sah suami isteri ,sekurang2nya dapatlah dia bertemu isteri dan ibunya Azean Irdawaty setelah lama terpisah




Baby Gaga ,Ice Cream yang diperbuat dari susu badan

Posted: 08 Mar 2011 09:06 PM PST

Pernah dengar tak pasal Baby Gaga?


Baby Gaga adalah produk Ice Cream pertama yang diperbuat daripada susu badan.
Fasa pertama produk itu - dihasilkan menggunakan susu diperah daripada 15 wanita yang menyahut tawaran The Icecreamists Limited dalam iklan - dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa hari saja.Susu itu dijual pada harga 14Pound(RM69) dan dihidangkan pelayan wanita menggunakan pakaian menjolok mata - sesuai dengan imej Lady Gaga.

Nama Baby Gaga hampir sinonim dengan Lady Gaga,menyebabkan Lady Gaga mengambil langkah untuk menyaman Restorant di convent Garden di London,Britain iaiti Restoran The Icecreamist Limited.

Lady Gaga memberi tempuh sehingga 12 March untuk menukar penjenamaan Baby Gaga kepada nama lain.

Lady Gaga menyifatkan produk ice cream tersebut amat menjijikan.Aik reti rasa jijik ke Gaga nie...bukan kah dia pakai dress diperbuat drpd daging mentah yang kemudiannya membusuk.

Menurut pemilik Icecreamist Limited Matt O'Connor, Nama Baby Gaga ,atau perkataan Gaga itu sendiri bukan hak milik Lady Gaga. bahkan katanya perkataan pertama yang keluar dari mulut bayi adala Ga-Ga.Dia juga berkata yang seni makanan yang dihasilkaj oleh syarikatnya tidak membahayakan kesihatan .

Bagaimanapun, penjualan Baby Gaga digantung sementara selepas pihak berkuasa tempatan merampas ais krim berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keselamatan.

Anda berani ke cuba ice cream susu badan entah dari siapa2 nie...?sensasi tak sanggup rasanya,.lebih rela minum susu lembu








Bagaimanapun, penjualan Baby Gaga digantung sementara selepas pihak berkuasa tempatan merampas ais krim berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keselamatan.