Adsense

Selasa, 8 Mac 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Hakim bebas guru dituduh laku seks dengan pelajar

Posted: 07 Mar 2011 04:30 PM PST

nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 07.1 Hakim bebas guru dituduh laku seks dengan pelajar

SARAH PIRIE


PRESTON, Britain – Seorang guru balet, Sarah Pirie, 27 dibebaskan daripada tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajarnya, Reece Washington yang berusia di bawah umur, lapor sebuah akhbar semalam.

Sarah didakwa menjalin hubungan seks dengan Reece semasa dia berumur 15 tahun.

Dia dibebaskan selepas pihak pendakwa raya di sebuah mahkamah di sini menyatakan tiada bukti munasabah bahawa Sarah melakukan hubungan seks dengan Reece.

Pembebasan tersebut dibuat walaupun terdapat gambar yang menunjukkan guru itu berbaring bersama dengan pelajarnya itu.

Reece yang sebelum ini disifatkan sebagai penari berbakat bertemu Sarah di Akademi Tarian Clifton, Lytham St Annes, Lancashire.

Dia mendakwa gurunya itu mengajaknya menaiki keretanya, meminum alkohol dan menjalin hubungan seks dengannya pada tahun lalu.

Guru itu hanya dikenakan hukuman penjara tertangguh selama 35 minggu pada bulan lalu selepas dia mengaku menculik Reece.

Kelmarin, pelajar itu mengemukakan perasaan tidak puas hati kerana pihak pendakwa raya mengabaikan gambar yang menunjukkan dia berbaring di atas katil bersama Sarah.

"Apa yang saya mahu ketahui ialah kenapa mereka (pihak pendakwa raya) tidak membenarkan juri melihat gambar itu dan bukti-bukti lain sebelum membatalkan pertuduhan. Saya bersedia memberikan bukti. Namun, saya diberitahu bahawa bukti itu tidak perlu kerana Sarah telah mengaku bersalah. Saya rasa benar-benar kecewa," kata Reece. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.