OHBULAN! |
“Tuhan Sahaja Yang Layak Judge Saya” – Miera Liyana Posted: 22 Mar 2011 09:33 PM PDT Tergelak Ai apabila membaca kenyataan artis kontroversi ini memberikan kenyataannya kepada pihak media. Bukan apa, terlampau banyak sangat kenyataan bersifat perangkap diri sendiri, sampai satu masa boleh disalah tafsir oleh pembaca-pembaca yang lain. Apabila Ai membaca kenyataan Miera Liyana di Murai, Ai tak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh artis ini. Memang benar, Miera Liyana sudah pun meminta maaf atas keterlanjuran berpakaian tempoh hari. Kebiasaannya, artis-artis lain akan mengambil sikap mendiamkan diri selepas meminta maaf. Tapi, Ai lihat, rutin itu tidak ada pada Miera. Ai agak tersentak apabila Miera berkata, "Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya." Atas tiket apakah yang Miera boleh berkata-kata sedemikian? Logik akalnya, Ai mendapati Miera yang masih belum terbuka untuk menerima kritikan serta cemuhan orang ramai. Biasalah, banyak artis-artis baru yang belum bersedia dengan kritikan orang ramai sudah tentu cepat mengelabah apabila satu-satu isu dipanaskan. Ai pun, bukan sekali dua pernah diserang oleh artis-artis baru di laman twitter, banyak kali juga. Tapi, Ai mengambil sikap profesional, tak perlu cerita panjang lebar. Mungkin, artis baru seperti Miera ini perlu belajar dengan artis senior berkenaan teknik-teknik menjawab soalan. Kan? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
(Gambar) Pertunangan Danny X- Factor & Leen. Posted: 22 Mar 2011 08:52 PM PDT (Gambar) Pertunangan Danny X- Factor & Leen. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |