Adsense

Jumaat, 4 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Ummi serap roh Embuk

Posted:

Ummi serap roh Embuk

Ummi serap roh Embuk



TINGGAL beberapa hari sahaja lagi filem epik Hikayat Merong Mahawangsa yang dihasilkan oleh KRU Studios bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara.

Kehebatan filem yang menelan kos sebanyak RM8 juta itu mempunyai aura tersendiri setelah pihak terbabit berjaya memasarkannya ke 72 buah negara dan dianggap pencapaian terbaik kepada industri filem Malaysia.

Tidak hairanlah Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios baru-baru ini mengakui filem berdurasi 110 minit itu adalah karya terhebat yang pernah dihasilkan pihaknya. Malah beliau yakin para peminat akan memberikan sambutan hangat.

Filem tersebut menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Stephen Rahman-Hunges, Ummi Nazeera, Datuk Rahim Razali, Gavin Stenhouse, Jing Liu dan ramai lagi.

Ummi Nazeera, Gavin, Stephen dan Jing Liu yang ditemui di pejabat KRU Studios, Cyberjaya berkongsi cerita tentang filem tersebut.

Bagi gadis manis yang berasal dari Kuala Lumpur itu, kali pertama berlakon di bawah arahan Yusry cukup memberikan kepuasan.

Sisi pengarahan Yusry dilihatnya begitu memahami setiap pelakon yang membintangi filem tersebut. Malah Ummi mengklasifikasikan pengarah muda itu sebagai 'senang cerita' walaupun kadangkala serius.

Lebih manis apabila filem bergenre epik merupakan antara filem kegemarannya dan sudah lama menanti peluang berlakon dalam filem sebegitu.

Salah satu filem epik yang diminatinya adalah Red Cliff yang mengisahkan tentang sejarah China dan tidak ketinggalan filem Puteri Gunung Ledang (PGL).

Menceritakan lebih lanjut mengenai filem lakonannya itu, terdapat dua babak yang dirasakannya paling sukar semasa menjayakan watak Embuk iaitu saat bergaduh dengan Merong dan dipukul serta babak ucapan selamat tinggal kepada Merong.

"Sebenarnya, babak kedua itu agak susah kerana Ummi banyak bermain mimik muka dan tidak banyak melontarkan dialog.

"Selain itu, benda lain yang dikira susah apabila pakaian purba yang Ummi pakai jenis bergulung-gulung. Bayangkan dengan baju yang hanya menggunakan pin itu Ummi terpaksa berlari," luahnya.

Terang Ummi, perasaan benci Embuk kepada Merong yang merupakan orang asing begitu ketara kerana dia tidak dapat menerima kenyataan dirogol oleh Kamawas dari puak Geruda.

"Babak dirogol oleh Khir Rahman sebagai Kamawas pada usia 16 tahun bagi saya cukup menyeramkan," tuturnya.

Walaupun sedar dia merupakan pelakon baru, namun, Ummi yang kini berusia 21 tahun cukup menghargai nasihat pelakon berpengalaman.

"Apabila berlakon dengan orang yang sudah lama dalam bidang ini, mereka banyak menolong pelakon baru. Untuk itu, Datuk Rahim banyak membantu saya.

"Cikgu Fatimah Abu Bakar juga banyak memberi tunjuk ajar kepada kami selain bantuan daripada pengarah sebelum memulakan pengambaran. Dari situ saya masukkan roh Embuk ke dalam diri saya," ujarnya.

Tambahnya, watak Embuk seorang gadis kampung yang keras kepala dan pada masa sama perlu menunjukkan yang dia seorang yang lembut.

Bagaimanapun, terang Ummi, jika dibandingkan dengan gadis kampung yang lain Embuk agak berbeza kerana dia adalah anak angkat kepada Penghulu Kesum lakonan Datuk Rahim Razali.

Tambah Ummi, kebencian terhadap Merong disebabkan ibu bapa kandungnya dibunuh oleh orang luar.

"Di sebalik perasaan benci itu sebenarnya hati kecil Embuk suka kepada Merong," jelasnya.

Stephen puji Ummi


CINTA dan kebencian bersatu antara Merong (lakonan Stephen) dan Embok (Ummi Nazeera).


Justeru siapakah gerangan Merong yang disukai Embuk? Merealisasikan watak Merong ialah tidak lain dan tidak bukan, pelakon watak Hang Tuah menerusi teater muzikal PGL lima tahun lalu iaitu Stephen Rahman-Hughes.

Memegang tonggak utama dan juga adiwira bagi filem bergenre sejarah, aksi dan peperangan ini, Stephen seakan-akan tidak percaya usahanya selama 52 hari penggambaran di beberapa lokasi di negara ini kini menjadi kenyataan.

Jejaka kacukan Melayu-Inggeris itu mengakui mempunyai keserasian berlakon bersama Ummi Nazeera walaupun gadis berkulit sawo matang itu merupakan pendatang baru dunia lakonan.

"Saya tidak melihat Ummi sebagai pendatang baru dalam industri filem kerana saya merasakan dia seperti sudah lama berlakon.

"Bukan itu sahaja, dia mempunyai semangat yang cukup kuat dan seorang pelakon yang hebat," katanya.

Menurutnya lagi, walaupun digandingkan buat pertama kali, Ummi sebenarnya mempunyai kualiti dan amat bersesuaian dengan watak Embuk iaitu sebagai kekasih dan isteri kepada Merong Mahawangsa.

Dalam pada itu, Stephen agak bertuah kerana dia dapat bergandingan dengan beberapa pelakon terkenal tanah air. Salah seorang daripadanya ialah Datuk Rahim.

Melihat personaliti pelakon yang pernah membintangi filem Abang 92 itu cukup memberi inspirasi kepadanya untuk melakukan yang terbaik menerusi filem pertamanya di negara ini.

"Ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan Datuk Rahim dan kami mempunyai hubungan yang istimewa secara langsung kerana beliau merupakan guru kepada Merong.

"Malah, beliau juga merupakan guru dalam dunia sebenar saya disebabkan pengalamannya yang luas dalam bidang lakonan," dedahnya.

Bercerita mengenai Hikayat Merong Mahawangsa, aktor berbadan tegap yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama seorang koreografer itu memberitahu, filem tersebut merupakan projek yang mengambil masa agak panjang.

Tiga bulan sebelum memulakan penggambaran, dia dan beberapa pelakon lain bekerja keras mengadakan latihan bersama agar timbul keserasian antara satu sama lain selain bagi tujuan menjiwai watak masing-masing.

Antara cabaran yang perlu dihadapinya dalam tempoh tersebut adalah saat mencari watak sebenar Merong seperti sifatnya, penglibatannya serta kesan kepada dirinya.

"Jadi, agak sukar kepada saya untuk berhadapan dengan aspek sejarah kerana penerangan mengenai Merong agak terhad disebabkan ia lebih kepada mitos.

"Bagi memudahkan saya memahami watak, saya meminta Yusry mengubah beberapa skrip dan saya lihat Yusry boleh menerima pendapat tersebut," akuinya yang selesa bekerja dengan pengarah filem berkenaan.

Kemunculan pertama Stephen dalam filem Melayu menguji cabaran buat dia menguasai bahasa Melayu.

"Ini merupakan peluang terbaik untuk memperbaiki tatabahasa Melayu saya. Semua orang tahu sebelum ini saya berlakon sebagai Hang Tuah dalam teater PGL dan saya tidak fasih berbahasa Melayu.

"Tetapi, sekurang-kurangnya saya berterima kasih kepada PGL kerana memberi peluang untuk mula bertutur dalam bahasa Melayu baku dan apabila mendapat skrip Merong saya agak memahami perkataannya," akuinya.

Gavin cedera


DARI kiri: Jing Liu, Gavin Stenhouse, Stephen Rahman-Hunges dan Ummi Nazeera.


Jejaka kelahiran Hong Kong, Gavin Stenhouse sangat teruja saat diberi peluang membintangi filem arahan Yusry walaupun pada mulanya dia tidak mengetahui kisah Merong Mahawangsa.

Berpengalaman secara profesional selama tujuh tahun dalam lakonan teater sedikit mudah baginya menyerap watak dengan cepat.

Ujarnya, selepas mendapat tawaran itu, Gavin mula membuat pencarian mengenai Melayu dan Merong Mahawangsa dan dia mendapati cerita berkenaan sangat menarik.

"Bagaimanapun, ketika babak pertarungan, saya mengalami kecederaan di lutut. Namun segalanya baik selepas itu," katanya.

Jing Liu suka durian

Gadis kecil molek kelahiran Shanghai China, Jing Liu sebelum ini tidak pernah mengetahui tentang Malaysia dan menganggap peluang yang diberikan Yusry sebagai batu loncatan buatnya untuk terus maju dalam bidang lakonan.

"Ketika itu, uji bakat diadakan secara rawak semasa saya menghadiri kelas lakonan di London. Pada waktu itu juga saya bertemu Stephen dan dia mengesyorkan saya ke uji bakat filem ini dan akhirnya saya diterima.

Biarpun cuaca di Malaysia agak panas, tetapi makanan yang paling disukainya adalah durian. Walaupun bau kurang menyenangkan tetapi rasanya cukup sedap.

"Selain itu, apabila datang sahaja ke Kuala Lumpur saya perlu belajar banyak perkara. Lebih terperanjat setelah mengetahui saya perlu berbahasa Melayu lama dalam filem ini," tuturnya yang juga merupakan seorang pelakon di London.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti 'tiru'J.Lo dan Beyonce

Posted:

Siti 'tiru'J.Lo dan Beyonce

Siti 'tiru'J.Lo dan Beyonce

Oleh AQMAR ALLADAD


SITI mendapatkan khidmat komposer daripada Australia untuk menggubah lagu dalam album Inggeris sulungnya.


TIDAK pernah sunyi dengan agenda terkini, perjalanan seni penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza selalu mengujakan peminatnya.

Bahkan, peminat figura berpengaruh ini bagaikan tidak senang duduk sekiranya tidak mengetahui perkembangan terbaru wanita itu terutama soal kerjaya.

Begitu juga dengan empunya diri yang sentiasa memikirkan buah tangan istimewa untuk ditampilkan. Arena seni hiburan Siti patut dipuji dan dijadikan contoh kerana dia merupakan selebriti yang bukannya berskala mendatar.

Jika dinilai, Siti tidak sesekali ralit dengan kejayaan yang dibolosnya sebelum ini. Bagaimanapun, dengan peribadi yang merendah diri, Siti tidak putus mencuba sesuatu pembaharuan untuk melebarkan sayap kerjayanya.

Seronok untuk berkongsi perkembangan seninya, Siti memberitahu, dia kini dalam proses menyiapkan sebuah album Inggeris.

Masih menganggap terlalu awal untuk diumumkan tetapi disebabkan terlalu gembira kerana sudah lama mengidamkan album Inggeris, Siti tidak keberatan untuk berkongsi serba sedikit.

"Tajuknya masih belum ditentukan lagi. Tapi Siti sudah menyiapkan rakaman untuk enam lagu dan tinggal empat lagu yang belum dirakam. Rakaman telah dimulakan sejak hujung Januari lalu dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun ini," katanya sambil tersenyum manis.

Tuah penyanyi yang mempunyai suara emas itu, dia telah menarik minat komposer dari Australia iaitu Bryan dan artis pop terkenal, Christian Alexander untuk berkolaborasi sebagai tenaga penting dalam memberi tunjuk ajar.

Akui Siti, tidak dinafikan terdapat beberapa kesukaran ketika proses rakaman dijalankan terutama sebutan setiap patah perkataan lirik lagu yang disediakan.

"Bila bekerja dengan orang luar, cara yang mereka tekankan ialah sebutan kerana ada beberapa perkataan perlu sebut dengan loghat mereka. Tetapi disebabkan Bryan dan Christian ada di sini sepanjang proses rakaman, mereka akan betulkan cara sebutan Siti," ceritanya yang memilih genre moden pop untuk album itu.

Rancak bersembang, album yang diterbitkan oleh Wassup Entertainment merupakan projek istimewa syarikat rakaman milik Adib iaitu anak suaminya, Datuk Khalid Mohamed Jiwa (Datuk K).

Selain itu, posisi kreatif Christian turut ditampilkan apabila terdapat lagu yang menonjolkan gabungan tenaga kedua-dua penyanyi itu.

"Siti turut berduet dengan Christian manakala sebuah lagi lagu, Christian akan rapping untuk Siti," ungkapnya yang menyifatkan lagu-lagu yang dimuatkan mempunyai persamaan seperti penyanyi terkenal iaitu Beyonce Knowles dan Jennifer Lopez yang juga dikenali sebagai J.Lo.

Nostalgia Siti

Menantikan detik bulan depan yang sinonim dengan Minggu Setiausaha, Siti sekali lagi diberi penghormatan oleh Hotel Quality, Kuala Lumpur untuk menghiburkan audiens di Matrade Exhibition & Convention Center, Jalan Duta pada 5 April ini.

Disebabkan tahun ini merupakan kali ketujuh bersama hotel terbabit, mereka memilih tema Nostalgia Datuk Siti Nurhaliza.

Janji Siti kali ini ialah, ingin menghadiahkan tetamu dengan alunan lagu popularnya bermula daripada album pertama sehingga terkini.

"Tapi bukan bermakna Siti akan menyanyikan kesemua lagu lama. Namun, bagi menambahkan sedikit kemeriahan, kelainan yang akan dilakukan dengan penukaran susunan muzik yang baru," katanya.

Teruja dengan jemputan Hotel Quality, Siti seronok apabila tetamu yang hadir sering kali memberi reaksi membanggakan sehinggakan sukar untuk menamatkan persembahan selama 45 minit.

"Biasanya persembahan sebelum ini akan meleret sehingga satu jam. Siti tidak berkira tetapi bila tengok audiens seronok dan terhibur dengan spontan Siti akan tambah lagu," jelasnya yang bakal diiringi komposer terkenal, Aubrey Suwito.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Megan Fox dan model lelaki bogel

Posted:

Megan Fox dan model lelaki bogel

Megan Fox dan model lelaki bogel


MEGAN FOX


MEGAN FOX dengan rasminya baru sahaja dipilih sebagai wajah jenama mewah Armani Code. Tugas pertamanya, Fox harus menjalani sesi pemotretan dengan seorang model lelaki. Apa yang membuat sesi tersebut menjadi luar biasa adalah model lelaki itu telanjang!

Dalam iklan yang akan dikeluarkan bulan ini, Fox juga tampil dengan penampilan yang menggiurkan - berambut pendek fesyen bob yang menampakkan wajahnya lebih segar.

Dalam foto pertama, Fox mengenakan gaun hitam yang memperlihatkan tatu pada bahagian belakang badannya sementara model lelaki mengenakan tuksedo, dengan latar belakang lampu kota.

Yang unik, dalam foto kedua, masih dengan rambut pendeknya, Fox membelakangi kamera dan menunjukkan bahagian belakangnya, menghadap model lelaki itu yang dalam keadaan berbogel.

Ini bukanlah kali pertama bintang Transformer itu menjalin kerjasama dengan jenama tersebut. Sebaliknya dia pernah menjalankan kempen fesyen bersama Giorgio Armani untuk Emporio Armani Underwear dan Armani Jeans, menggantikan Victoria Beckham.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.