Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Mimpi Maya

Posted: 03 Mar 2011 01:22 PM PST

Hip

Beri tumpuan dunia nyanyian selepas cemerlang dalam lakonan

SELEPAS tujuh tahun tidak muncul dengan album, itu bukan alasan mengatakan bahawa kerjaya nyanyian penyanyi bermata cantik, Maya Karin ini sudah berkubur. Malah penantian pelakon, model dan pengacara jelita itu dijangka berakhir sekitar tahun ini.

Pada mulanya lagu Terbang yang dicadangkan untuk dijadikan single pertama. Namun selepas dibincang semula, pihak syarikat pengurusan, Satu Muzik dan Maya sendiri memilih untuk mengetengahkan lagu Mimpimu. Album berkonsep pop itu menggunakan khidmat komposer antaranya seperti Audi Mok dan Azlan Abu Hassan.

"Saya tahu ada yang memandang rendah usaha saya dalam bidang nyanyian. Sejujurnya, sekali sekala, tipulah kalau saya tidak terpengaruh dengan cakap negatif orang yang tidak mahu saya serius sebagai penyanyi. Tapi saya percaya dengan bakat yang ada.

"Ia tidak sesekali akan melunturkan minat saya. Dunia lakonan, saya sudah buktikan kepada diri sendiri hingga sampai ke satu tahap yang saya banggakan. Kini tiba masanya, untuk saya memastikan kerjaya nyanyian pun datang seiring dengan dunia lakonan.

"Saya juga melihat survival diri saya dalam dunia seni dalam jangka masa yang panjang. Ia tidak akan berakhir. Lihat saja bagaimana aktres tersohor dari Indonesia, Christine Hakim yang masih kekal di persada seni dengan prestij di dalam kelasnya yang tersendiri," kata Maya yang ditemui Hip baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, nama Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 ini, sekali lagi dipilih oleh peminat untuk berada dalam senarai akhir atau Top 5 Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010).

Maya berentap dengan empat lagi wajah dan bakat pelapis yang tidak kurang juga hebatnya iaitu Liyana Jasmay, Scha Alyahya, Lisa Surihani dan Diana Danielle.

"Tahun lalu, hanya filem Magika saja dibintangi saya. Watak saya dalam filem itu sebagai Puteri Bunian hanya muncul selama tiga minit, tapi tak sangka peminat masih menyedari kewujudan saya. Terima kasih kepada peminat dan pembaca Berita Harian yang sudi mengundi saya.

"Boleh dikatakan ABPBH 2009 juga menyaksikan senarai pesaing yang sama seperti tahun ini yang mana ia memberi tuah dan rezeki kepada Liyana Jasmay.

"Melihat kepada senarai akhir kategori Pelakon Filem Wanita, saya tidak terlalu mengharap lebih kali ini. Dicalonkan sudah memadai buat saya," katanya yang menanti filem Cun dan Ombak Rindu ditayangkan pada tahun ini.

Mengembara agenda kemestian

Pertemuan dengan wanita berusia 31 tahun ini juga bertujuan berkongsi gambar percutiannya selama 10 hari ke Jepun akhir Januari lalu. Duta alat solek terkemuka dan juga produk makanan untuk penjagaan kesihatan dalaman ini ke sana tidak keseorangan, sebaliknya atas ajakan teman baiknya, Jeslina Hashim bersama suaminya.

Kalau ada yang masih ingat, Maya pernah bergandingan dengan Jeslina Hashim menerusi filem Seri Dewi Malam. Ketika itu, Maya masih baru dalam dunia seni. Selepas berkahwin, Jeslina memilih untuk tidak lagi aktif dalam dunia seni.

"Saya banyak menghabiskan masa bermain ski di sana di atas salji tebal. Sejak remaja lagi, bapa saya sudah mula mengajar saya bermain ski. Saya nak kata mahir bermain ski itu bolehlah. Kebanyakan peluang bermain ski lebih banyak di atas air berbanding atas salji.

"Dari Tokyo saya ada mengambil kereta api bawah tanah untuk ke Hakuba, Nagano. Hakuba antara lokasi menarik untuk bermain ski. Menghabiskan masa bermain ski atas salji selama empat ke lima jam pun tak kisah. Saya boleh leka bermain ski tanpa memikirkan perkara lain," katanya yang ketika ini dalam fasa berehat daripada sebarang penggambaran atau komitmen seni.

Agenda bercuti ini boleh dianggap sebagai kemestian dalam diari hidup Maya. Tahun lalu saja, dia bercuti ke Vietnam dan China bersama keluarga tersayang. Pelakon ini juga merancang untuk bercuti ke Peru sambil melawat adik lelakinya yang bekerja di sana.

"Saya memang dibesarkan dalam keluarga yang gemar mengembara. Orang kata waktu bercuti ini seperti mencuri peluang untuk menghirup udara baru. Saya boleh katakan acara kembara dan bercuti ini hadir bersama pakej dua dalam satu.

"Pertamanya, saya dapat melihat dan merasai perkara baru dari sesebuah negara dan keduanya, menghargai waktu senggang sebagai manusia biasa. Bila bercuti, saya hanyalah Maya dan bukan Maya Karin yang dikenali ramai," katanya yang tidak lepas ditegur rakyat Malaysia yang menghuni atau bercuti di lokasi percutian seperti London dan Vietnam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shaheizy Sam, Remy muncul di The Mall

Posted: 03 Mar 2011 01:21 PM PST

Hip

Hamir 20 artis dan personaliti popular meriahkan lokasi ketiga jelajah promosi ABPBH2010

JIKA anda peminat Aaron Aziz, Remy Ishak, Diana Daniella dan Cheryl Samad, buat julung kali selebriti kesayangan ramai itu akan bergabung dengan ramai lagi artis serta personaliti lain yang berada dalam senarai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 memeriahkan siri jelajah ketiga di The Mall, Kuala Lumpur, Ahad ini bermula jam 2.30 petang.

Tentu dapat dibayangkan kegamatan daripada Aznil Nawawi, Faizal Ismail, Fara Fauzana dan Cheryl selain telatah Didie Alias dan Angah. Wajah popular lain yang bakal menghangatkan promosi bergerak ABPBH edisi ke-24 ialahMaya Karin, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Aizat, Rabbani, Mirwana, Alyah, Shahir, Daus, Awal Ashaari, Mirwana dan dua penyampai HotFM, Suraya dan Ikhwan. Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH 2010 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar berkata, dijangka kehadiran peminat adalah di luar jangkaan melihatkan penyertaan ramai personaliti popular termasuk mereka yang menyertai jelajah ini pertama kali.

"Lokasi pertama jelajah ABPBH di Shah Alam dan kami jangka mereka yang tidak berkesempatan ke sana tempoh hari akan membanjiri The Mall. Tambahan pula untuk lokasi ini artis yang julung kali menyertainya cukup dikenali seisi keluarga seperti Aaron, Remy, Diana dan Cheryl.

"Selaku penganjur, kami terharu dengan komitmen artis yang kerana sanggup memperuntukkan masa memeriahkan konsert jelajah dan ABPBH 2010. Walaupun punya jadual padat dan hal keluarga, masing-masing memberikan sepenuh kerjasama," katanya.

Sesi kemunculan bintang kesayangan ramai itu bermula jam 2 petang hingga 7 malam, manakala sehari sebelumnya pelbagai aktiviti disusun terutama pencarian bakat baru, Bintang Idola Berita Harian (BIBH).
BIBH dijangka dapat sambutan

Mengenai pencarian BIBH, Zainuri berkata, uji bakat dibuka kepada 120 calon terawal untuk merebut tempat sebagai juara peringkat pusat membeli belah atau Mall seterusnya bersaing bagi mewakili zon masing-masing bagi mengungguli gelaran.

"Kita harap peserta dapat datang awal kerana daripada tiga lokasi terdahulu, ramai pulang kecewa apabila hanya 120 calon diuji bakat untuk ke saringan seterusnya iaitu ke akhir yang akan diadakan keesokan harinya sebelum sesi kemunculan artis," katanya.

Pencarian bakat nyanyian BIBH bermula di peringkat saringan seawal jam 10 pagi pada Sabtu ini dengan dan daripada jumlah itu, penganjur akan menyenarai pendek 10 hingga 12 peserta berbakat sebelum menobatkan salah seorang sebagai juara peringkat Mall keesokan harinya.

Mereka yang berhasrat menyertai uji bakat BIBH disyaratkan membawa sekeping gambar berukuran pasport, CD lagu minus one dan 15 keping kepala akhbar Berita Harian 2011.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen