Nuffnang

Harian Metro: Rap

sumber :-

Harian Metro: Rap


Rezeki semakin murah

Posted: 03 Mar 2011 07:22 AM PST

SEBELUM ini sewaktu sidang media memperkenalkan barisan pengacara baru rancangan bual bicara pagi, Nasi Lemak Kopi O terbitan TV9, Farah Diana Anuar atau, 25, enggan bergambar dengan rakan setugas lelaki. Walaupun dipujuk jurugambar, dia tetap menolak dengan baik.

Bagaimanapun perkara itu memberikan kejutan kepada media yang hadir membuat liputan kerana tidak mengetahui bahawa gadis yang baru saja mengikat tali pertunangan awal tahun ini tidak mahu gambarnya dirakam bersama mana-mana lelaki.

Sebelum ini, Farah tidak pernah menolak apabila diminta bergambar dengan mana-mana artis lelaki. Bagaimanapun, syarat berubah sebaik saja dia bergelar tunangan orang.

Perkara sama turut berlaku apabila Rap mahu menggandingkannya dengan pengacara popular, Ally Iskandar, baru-baru ini dalam sesi fotografi khas. Bagaimanapun, apabila sampai di lokasi, dia memberitahu mulai sekarang tidak mahu lagi bergambar dengan artis lelaki.


Keengganan Farah itu turut datang dengan alasan kukuh. Ternyata dia lakukan atas rasa tanggungjawab sebagai seorang muslimah sejati. Menghormati permintaan penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi rancangan realiti TV, Akademi Fantasi (AF) itu, akhirnya sesi fotografi yang dijalankan di Sri Pentas, Damansara dibuat berasingan.


Menjelaskan mengenai pendiriannya itu, Farah berkata, apa yang dilakukan ini adalah sebahagian usahanya untuk mengelak daripada fitnah, apatah lagi sebelum ini perkara yang ditakuti itu pernah berlaku.

"Sebaik keluar daripada AF, saya selalu digandingkan dengan artis lelaki apabila ada sesi fotografi. Selepas gambar tersiar, pelbagai cerita kurang enak timbul. Sehinggakan apabila pulang ke kampung, nenek dan datuk turut menegur mengenai perkara itu. Namun memikirkan soal tanggungjawab terhadap kerjaya, saya cuba tidak membesar-besarkan perkara itu," katanya.

Selepas bertudung, jelas Farah, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga tatatertib sebagai muslimah. Tidak bersalaman dan bergambar dengan lelaki bukan mahram adalah satu perkara yang diharuskan. Bagaimanapun, ramai pihak faham dan menghormati pendiriannya itu.

"Saya juga pernah terbaca bahawa seorang wanita itu tidak seharusnya mengejutkan fitnah daripada tidur. Ia membawa maksud, sebagai individu, kita sendiri sebenarnya boleh mengelak daripada melakukan perkara tidak baik termasuk fitnah. Sebelum membuat keputusan ini, saya turut merujuk kepada ustaz mahupun pakar membabitkan hukum Islam," katanya.

Selain itu, jelas Farah, dia tidak mempunyai halangan untuk bergambar dengan lelaki sekiranya ada muslimah lain bersama sewaktu sesi fotografi dijalankan. Lebih daripada itu, pemenang anugerah Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 ini turut menjelaskan, keputusan dibuat tidak dipengaruhi sesiapa, apatah lagi tunangnya. Ia datang daripada hatinya sendiri.

Bercerita mengenai kerjaya, jelas Farah, walaupun dia kini sudah bertudung, ia bukan halangan untuk mengembangkan bakat. Malah, rezekinya semakin murah dengan menerima banyak tawaran untuk mengacara. Terbaru, selain mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O, dia baru saja selesai menjalani rakaman mengacarakan rancangan kanak-kanak dan bakal disiarkan TV Al-Hijrah.

"Kerana sibuk dalam bidang pengacaraan dan selalu ke luar negara kerana mengendalikan rancangan Rasa Halal Orient menyebabkan aktiviti nyanyian terpaksa dihentikan buat seketika. Begitupun, saya tidak pernah terlintas untuk meninggalkan bidang itu," katanya.

Jelas Farah lagi, dia merancang untuk menghasilkan single buat permulaan. Bagaimanapun, baginya sesuai dengan penampilan sekarang, sudah tentu pengisian lagu bakal didendangkan akan mengalami sedikit perubahan.

"Pada saya, rentak lagu yang bakal saya nyanyikan selepas ini sudah tentu masih kekal dengan pop kerana ia lebih sesuai dengan saya, cuma liriknya nanti tidaklah seperti dulu. Sudah tentu saya akan mendendangkan lagu yang temanya ketuhanan dan atau kerohanian," katanya.

Bercerita lanjut mengenai tugasnya sebagai pengacara Nasi Lemak Kopi O, jelas Farah, dia bersyukur apabila pihak TV9 menyambung kontraknya setahun lagi dan kepercayaan diberikan itu tidak mahu disia-siakan.

"Saya bertuah kerana sepanjang mengendalikan rancangan ini, banyak perkara baru saya belajar, apatah lagi digandingkan dengan pengacara berpengalaman seperti Aziz Desa. Persediaan untuk mengacarakan rancangan ini juga agak mencabar kerana ia banyak menyentuh mengenai isu semasa. Secara tidak langsung, ia mendidik saya untuk menjadi lebih matang di samping membaca lebih banyak bahan berkaitan," katanya.

Menyentuh mengenai tunangnya yang digelar Jay itu, jelas Farah, dia berasal dari Pulau Pinang dan tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif dalam bidang seni, malah memahami apa yang dilakukannya.

"Dia sendiri mahu saya bekerja kerana bimbang kalau saya tidak bekerja kelak selepas kami mendirikan rumah tangga, saya akan terasa bosan di rumah. Yang jelas, perubahan yang saya lakukan ini juga bukan atas desakan tunang saya itu, sebaliknya datang daripada diri saya sendiri," katanya.

PROFIL

NAMA PENUH: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
USIA: 25 Tahun
ZODIAK: Aquarius
TINGGI: 158cm
BERAT: 45kg
HOBI: Menyanyi, membaca majalah, dan beriadah
MAKANAN/MINUMAN KEGEMARAN: Masakan ibu/ jus oren, jus mangga panas
PENYANYI KEGEMARAN: Ziana Zain
PELAKON KEGEMARAN: Rosyam Nor, Erra Fazira
PROFESION: Penyanyi, pelakon, pengacara dan jurucakap produk
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah
PROGRAM TV: Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Rasa Halal Orient di Astro Oasis Musim 1 hingga 5, Generasi Asli @ 1Malaysia, Nasi Lemak Kopi O di TV9
ALBUM: Antara Dua, Fantasia
DRAMA: Akademi
FILEM: Man Laksa
PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia-Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH2005.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semuanya salah faham: Ana & Fazli

Posted: 03 Mar 2011 06:06 AM PST

TIDAK pernah terlintas langsung di hati juara Anugerah Juara Lagu (AJL25), Ana Raffali untuk mengecewakan permintaan peminat setiap kali diminta untuk bergambar dan mengambil autograf sebagai kenangan.

Malah penyanyi yang popular menerusi lagu Kalau Berpacaran dendangan bersama Suhaimi Meor Hassan dan rapper Altimet cukup menghargai peminatnya kerana sedar mereka penting dalam hidupnya.

Jadi apabila timbul gosip Ana dituduh bermulut lancang menerusi ruangan gosip
sisipan Bi-Pop siaran 27

Februari lalu, ia terus menyebabkan Ana begitu kecewa dan terkejut.

Katanya, dia sendiri hairan dan tidak mengerti apa motif pihak berkenaan menyebarkan fitnah kepada pihak media.

Laporan gosip itu antara lain menyebut insiden berlaku ketika dia menyertai program Jelajah 20 Tahun Harian Metro ke Kuantan pada 20 Februari lalu.

Selepas persembahan di Kuala Terengganu, rombongan termasuk dia singgah di Pusat Karaoke Xanax di Kompleks Teruntum, Kuantan.

Ketika di sana, Ana dikatakan dibawa masuk ke bilik VVIP untuk diperkenalkan kepada beberapa tetamu VIP namun dia lekas-lekas mahu keluar dari bilik itu.

"Come on... Saya dah letih nak layan semua ni. Dengan panasnya kat sini. Jomlah kita blah!" Begitu antara ayat-ayat yang kononnya keluar daripada mulut Ana kepada seseorang yang bersamanya.

Lalu apabila bertemu Ana pada siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) di Kuantan Parade, hujung minggu lalu, Ana memberi penjelasan kepada wakil Rap.

"Saya tidak tahu agenda dan motif individu terbabit yang dikatakan peminat saya.

Sebagai seorang wanita dan artis, saya sentiasa cuba menjaga tingkah laku di majlis orang.

"Tak pernah pun saya mengeluarkan kata-kata sedemikian. Apabila timbul isu ini, keluarga turut menghubungi saya untuk mendapat penjelasan. Begitupun selepas memaklumkan keadaan sebenarnya keluarga memahami dan memberi kata semangat kepada saya.

"Sebenarnya, saya dibawa masuk ke sebuah bilik yang penuh dengan asap rokok. Untuk tidak menghampakan permintaan orang, saya cuba juga masuk ke situ. Begitupun, saya tidak dapat duduk di dalam bilik itu lama-lama kerana sesak nafas. Saya ada asma. Kerana berasa sangat tidak selesa, saya terpaksa keluar daripada bilik berkenaan," katanya.

Pegawai Perhubungannya, Izwan Mohammad Dan yang sering bersama Ana turut mendakwa kenyataan itu tidak berasas sama sekali. Sebagai individu yang sentiasa bersama Ana di mana jua, dia kesal Ana dituduh sebegitu.

"Peluang berkunjung ke Kuantan sekali lagi minggu lepas memberi kesempatan kepada Ana untuk mendapat penjelasan daripada pihak yang mendakwa mengenai kenyataan. Begitupun kenyataan yang disampaikan sumber berkenaan ternyata bercanggah. Kami meminta individu berkenaan untuk mengemukakan bukti.

"Malah sumber berkenaan memaklumkan dia hanya mendengar keluhan itu daripada seorang peminat yang tidak dikenali. Sedangkan menurut laporan dalam Bi-Pop, kenyataan itu datang daripada dirinya.

"Kami tidaklah mahu mengeruhkan keadaan atau menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi majlis ini membabitkan pihak akhbar dan penaja. Bagi kami itu semua adalah salah faham semata-mata," katanya.

Sementara itu Fazli turut menafikan dakwaan dia melenting pada majlis itu. Begitupun katanya jika tidak suka, dia akan memaklumkan secara baik.

"Ketika itu semua orang termasuk pihak penganjur tahu saya demam dan batuk dengan teruk. Dalam keadaan tidak sihat adalah tidak sesuai saya berada dekat dengan tetamu VIP. Mungkin individu berkenaan terasa hati apabila saya menolak pelawaannya untuk duduk di meja depan.

"Kalah saya ada salah dan silap kepada sesiapa, saya mohon maaf. Namun untuk bersikap melenting bukanlah cara saya. Saya harap ia dapat menjelaskan salah faham yang berlaku," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen