Adsense

Jumaat, 11 Mac 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Belum terdesak

Posted: 10 Mar 2011 04:35 PM PST

Hip

Nana (kiri) dan Wan Sharmila.

Nana (kiri) dan Wan Sharmila.

Nana, Wan Sharmila ligat fikirkan kerjaya daripada pengganti teman hidup

WAN Sharmila dan Siti Nordiana, masing-masing menghadapi nasib yang sama dalam perkahwinan iaitu diakhiri dengan penceraian. Membawa status janda memang kadang-kadang kurang menyenangkan kerana segelintir masyarakat kita yang suka memandang serong.

Namun, kehidupan perlu diteruskan. Tambahan pula, kedua-duanya masih muda. Masih ligat dalam bidang masing-masing. Mereka sangat positif dalam meneruskan kerjaya masing-masing. Siti Nordiana, 27 atau Nana tidak mahu terus terbawa-bawa dengan kenangan pahit dalam hidupnya apabila kini sudah bersiap sedia melancarkan album terbarunya sejak Februari lalu. Daripada album itu, dua lagu menjadi pertaruhannya untuk menggilap semula namanya dalam dunia nyanyian. Lagu itu ialah Tak Tahan dan Makin Jelas.

Album terbaru yang juga keenam daripada Nana ini memuatkan lapan lagu. Enam daripadanya lagu yang sudah dirakamkan sebelum ini.

Percubaannya untuk mempopularkan single pertama, Tak Tahan yang bercorak alternatif rock seperti kurang menjadi. Mungkin gara-gara penampilan yang dianggap agak seksi sehingga memberi kesan kepada singlenya itu.

"Percubaan imej seksi itu sekadar mahu melihat reaksi peminat. Kebanyakan peminat Nana memang tidak gemar dengan perubahan macam itu. Ditambah pula dengan faktor status yang Nana pegang, jadi tidak hairan reaksi yang diterima cukup negatif.
"Selepas ini, Nana harus mempertimbangkan pandangan orang lain dalam soal gaya.
Nana tidak mahu seksi yang melampau. Apa yang lebih penting, harapnya usaha Nana untuk kembali ke persada seni diterima peminat," katanya yang yakin boleh pergi jauh dengan sokongan peminat, media dan syarikat rakamannya, FMC.

Menurut Nana lagi, dia mengakui amat perit bergelar ibu tunggal dan mungkin sudah tiba masanya untuk mencari teman baru dan ayah kepada anaknya.

"Ada yang nak kenal. Tapi pada akhirnya, ada yang berputus asa dengan Nana. Bukan kerana pintu hati Nana sudah tertutup. Mungkin Nana belum bersedia untuk mencari pengganti lagi. Lagipun Nana ada anak. Semestinya lelaki yang nak mendekati Nana perlu mengambil hati anak juga," katanya.

Nan bercerai dengan Faizal Yusup, juga seorang pelakon pada September tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie kini berusia hampir tiga tahun. Faizal yang kemudian berkahwin kali kedua dengan Rosmunira Rashid meninggal dunia secara mengejut pada 1 Januari lalu.

Bagi Nana, sebelum kehilangan bekas suami, dia terlebih dulu dikejutkan pemergian teman rapatnya, Achik Spin akibat kemalangan jalan raya tahun lalu. Impak kehilangan kedua insan itu cukup memberi kesan di dalam hidup Nana.

"Tuhan amat sayangkan mereka. Mereka 'dipanggil' pada usia muda," katanya.

Goyang dek gosip liar

KALAU Nana bertungkus lumus mengukuhkan namanya dalam dunia nyanyian, Wan Sharmila, 29 pula semakin ligat mencari peluang untuk berjaya dalam lakonan.

Dia baru menyelesaikan penggambaran telefilem Kashaf Imani arahan Azma Aizal Yusoof. Menariknya selepas lebih setahun tidak berlakon di bawah Radius One, Kashaf Imani menjadi kerjasama serta kemunculan kembali Wan Sharmila bersama syarikat milik bekas suaminya itu.

Telefilem itu turut dibintangi Sharifah Amani dan Beto Kushairy sebagai teraju utama. Menurutnya, sebelum ini Radius One ada menawarkan watak kepadanya cuma belum rezekinya untuk berlakon sama dengan syarikat yang menaikkan namanya itu.

"Saya terhutang budi dengan Radius One kerana memberi peluang untuk saya memperkenalkan diri di persada seni. Kerjasama saya dengan Radius One menepis dakwaan kononnya saya tidak mahu berlakon di bawah produksi ini kerana ia dimiliki bekas suami.

"Cuma biasalah apabila sudah tidak lagi hidup bersama, perasaan kekok itu pasti ada kalau kami terserempak di set penggambaran bawah Radius One," katanya yang bangga dengan kejayaan Radius One memenangi beberapa kategori di ASK 2010 menerusi drama Antara Garisan.

Wan Sharmila bercerai dengan Fazli Baharom, yang juga pemilik syarikat penerbitan Radius One pada 23 Oktober 2009.

Statusnya sebagai janda muda menyebabkan gerak-gerinya sering saja menjadi bualan hangat. Ini termasuklah dengan gosip kononnya dia bercium dengan bakat muda, Shah Jaszle pada satu acara Disember tahun lalu.

"Saya sudah menerangkan perkara sebenarnya dan memang tiada langsung gambaran seperti 'tuduhan' itu. Kami hanya berlaga pipi. Kami saling mengenali sejak sama-sama berlakon drama Tari Tirana. Selepas lama tak berjumpa, kami terserempak di acara berkenaan.

"Takkan saya nak buat aksi bodoh itu di depan khalayak. Gosip itu memberi tamparan hebat dalam hidup saya. Seolah-olah saya terhegeh-hegeh mahukan Shah. Tambah pula saya berstatus janda," katanya.

Wan Sharmila berkata, dia kini selesa memberi perhatian kepada kerjaya seninya.

"Saya tidak terdesak untuk cari lelaki," tegasnya.

Info Siti Nordiana

* Berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan
* Album: Istimewa Untukmu (duet bersama Achik Spin), Benang Emas (duet terakhir bersama Achik), Gurindam Rindu Berkasih (solo) dan Pelangi (solo)
* Lagu popular: Paling Comel (duet bersama Achik) dan Bakawali (duet bersama Syura)
* Single terbaru: Tak Tahan dan Semakin Jelas
* Lakonan: drama Prahara, Aku Budak Minang 2, Helah dan terbaru, Nenas & Ikanku

INFO Wan Sharmila

* Berasal dari Johor Bahru, Johor
* Dilahirkan 12 Oktober 1981.
* Kerjaya ketika ini sebagai pelakon dan pengacara.
* Pernah terbabit dalam Yayasan Warisan Johor dan bekas penari kepada Noraniza Idris.
* Anak saudara kepada pelakon filem dan drama, Wan Maimunah.
* Antara drama lakonannya Kisah Kaisara 1 & 2, Sindarella, Emil Emilda, Bujang Antik, Sutun, Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Tari Tirana dan Rebab Tak Bertali.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ABPBH 2010: Tetap merendah diri

Posted: 10 Mar 2011 04:29 PM PST

Hip

Zizan akui semakin besar harapan diberikan, bertambah berat beban digalasnya

ZIZAN tetap merendah diri biarpun dirinya kini disebut-sebut menjadi pilihan bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) yang kini borang undian sedang rancak dikira.

Oleh kerana popularitinya yang semakin menonjol, Zizan yang sekarang bergandingan dengan Johan untuk mengendalikan program Raja Lawak musim kelima sudah disahkan untuk menjadi pengacara baru Melodi menggantikan Wahid. Meskipun umum sedia maklum rancangan melodi yang sudah bersiaran selama 18 tahun itu pernah dikendalikan ramai hos seperti Datuk Mahadzir Lokman, Ogy Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali dan Raja Azura sebelum dikendalikan oleh Fara Fauzan dan Wahid Senario, namun bagi anak muda dari Terengganu ini, tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti adalah satu cabaran bagi dirinya.

"Bukan saya nak letakkan nama saya sebaris mereka tetapi ia adalah satu cabaran buat saya untuk mengekalkan populariti dan rating rancangan ini seperti yang pernah dilakukan mereka.

"Saya tidak nafikan memang sukar untuk mengendalikan rancangan yang sudah popular berbanding program baru tetapi ia bergantung kepada cara penyampaian dan persembahan kita, tambahan pula rancangan ini dilakukan secara langsung.

"Bukanlah kerana saya ini hebat atau untuk menunjukkan kehebatan tetapi mungkin disebabkan keupayaan, kredibiliti dan bakat yang ada pada diri saya membuatkan orang nampak, malah saya berasa di hargai," katanya.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak tidak menduga bakatnya itu diangkat sehingga ke tahap yang boleh dianggap membanggakan, malah tugas yang diberikan bukan saja mampu melonjak naik popularitinya, bahkan mampu membuka peluang lain buatnya.

Meskipun namanya melonjak naik selepas keluar dari rancangan realiti TV Raja Lawak, namun Zizan tetap meletakkan bakat yang ada sebagai sumber terpenting untuk dikenali ramai.

"Memang impian saya selama ini untuk menjadi hos rancangan popular seperti Melodi, malah saya tidak menyangka impian saya itu menjadi kenyataan dan saya akan buat yang terbaik untuk peminat setia rancangan itu," katanya.

Malah, pemilihannya sebagai hos rancangan hiburan paling diminati ramai itu adalah satu cabaran buat dirinya memandangkan Zizan belum pernah mengendalikan sebarang rancangan berita hiburan sebelum ini.

Apapun bagi Zizan, kepercayaan yang diberikan kepadanya adalah satu tanggungjawab berat yang perlu digalas dengan sebaik mungkin bagi memuaskan hati penonton setia rancangan itu seperti yang dilakukan oleh hos sebelum ini.

Memang agak sukar untuk menarik perhatian penonton tak kala bergandingan pula dengan hos wanita terbaru Dira Abu Zahar yang menggantikan Fara Fauzana buat pertama kali, tetapi Zizan meletakkan kewibawaan yang ada pada Dira mampu menarik minat penonton.

"Saya tak pernah bergandingan dengan Dira sebelum ini tetapi saya yakin Dira mempunyai kekuatannya tersendiri dan kami akan buat sebaik mungkin seperti hos sebelum ini," katanya.

Bagi Zizan, soal keserasian antaranya dengan Dira akan timbul selepas bersama-sama mengendalikan rancangan itu nanti dan tidak menjadi masalah kalau sudah memahami karektor masing-masing.

Meskipun agak baru dalam mengendalikan program sebegini, namun Zizan beranggapan pemilihannya itu satu peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan, malah ia dapat menumpang populariti rancangan itu.

"Mereka percaya saya boleh buat walaupun pada dasarnya saya sedikit gementar. Tetapi itu bukanlah penghalang bagi diri saya. Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tidak dan saya akan tunjukkan keupayaan dan kebolehan yang saya ada.

"Saya berharap peminat dapat menerima saya dan sebarang komen atau nasihat daripada peminat rancangan itu nanti saya akan ambil sebagai positif untuk memperbaiki mutu penyampaian saya," jelasnya yang tidak melepaskan peluang menyertai siri jelajah promosi ABPBH2010 sekiranya ada kesempatan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.