Adsense

Jumaat, 18 Februari 2011

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Inilah Masjid Dato’ Siti Nurhaliza Dan Datuk K, Masjid Al-Khalidiah

Posted: 18 Feb 2011 07:25 AM PST

GAMBAR MASJID DATO' SITI NURHALIZA DAN DATUK K

Sedar tak sedar, siap sudah masjid yang dibina atas 'pelaburan' Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, siapa lagi kalau bukan Datuk Khalid atau lebih familiar dengan gelaran Datuk K.

Masjid yang dibina di Kampung Permatang Pasir, Kedah ini dibari nama Masjid Al-Khalidiah. Berdasarkan nama tersebut, rasanya anda semua tahu ianya sempena nama siapa.

Lagi gambar Masjid Al-Khalidiah kat bawah ni.

GAMBAR MASJID DATO' SITI NURHALIZA DAN DATUK K

GAMBAR MASJID DATO' SITI NURHALIZA DAN DATUK K

Semoga ramai yang akan mengimarahkan Masjid Al-Khalidiah ini nanti.

Oh ya, Masjid ini akan dirasmikan pada esok hari (19 Februari 2011). Sape-sape yang free tu, pergilah datang. Tok Ti jemput.

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Tahniah!) Farish Aziz Sudah Bergelar Suami

Posted: 18 Feb 2011 04:25 AM PST

GAMBAR PERNIKAHAN FARISH AZIZ DAN ZAHRAH FOWZI
Pic credit to @BonzieyShah

Seperti yang pernah diberitahu oleh Farish Aziz sendiri, hari ini (18 Februari 2011), dia telahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita yang dicintainya sejak dari bangku sekolah lagi iaitu Zahrah Fowzi. Dengarnya, Farish Aziz sah menjadi suami kepada Zahrah dengan hanya sekali lafaz. Hebat la kau bro.

GAMBAR PERNIKAHAN FARISH AZIZ DAN ZAHRAH FOWZI

So, tahniah kami ucapkan kepada Farish Aziz dan juga Zahrah kerana telah sah menjadi suami isteri. Kami doakan agar jodoh anda berpanjangan sehingga ke akhir hayat dan selamat berbahagia.

P/s: Memandangkan kami belum lagi mendapat info lanjut mengenai pernikahan Farish Aziz ini, maka kami akan update entri ini dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan gambar. Stay tuned ya!

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.