Utusan Online - Hiburan |
Posted: Orang kita tak patriotik?ISU Pengetua Akademi Fantasia belum diputuskan. Siapa-siapa sahaja boleh duduk di kerusi panas tersebut asalkan layak. Terbaru khabarnya, Astro sudah beri tawaran semula kepada Amy Search sebagai pengetua AF9. Kalau betul, Joyahlah orang paling gembira sebab 'perjuangan' Joyah dan teman-teman 'menolak' Ahmad Dhani berjaya. Nampaknya orang kita cukup sensitif bila Astro nak ambil anggota Dewa itu sebelum ini. Dan dalam 100 peratus tu, adalah 2 peratus yang sokong. Alah, kita sendiri tahu manusia jenis yang macam mana yang menyokong tu, orang 'sana' jugaklah tu. Kalau orang kita, Joyah percaya mereka tak akan selesa kalau AF ambil orang Indonesia jadi pengetua. Ada yang kata bila Joyah tak sokong Ahmad Dhani, Joyah bukan terbuka, pemikiran Joyah kolot, tak ke depan. Bagi Joyah, nak kata Joyah kolot pun, katalah. Nak kata Joyah emosi ke, apa ke, lantaklah. Bagi Joyah mesejnya mudah, di sebalik kemasukan Ahmad Dhani, ia menghantar banyak mesej buruk tentang industri kita. Itu yang orang kita kena tengok. Sebenarnya kita dah terlalu baik untuk bagi orang luar, tiap-tiap tahun datang Malaysia bawa produk baru dan kita beli, walaupun mereka taklah sehebar mana pun. Kepada orang Astro, Joyah fikir dalam isu ini kita kenalah lebih patriotik. Jangan hanya fikir untung saja, banyak lagi benda lain yang juga kita kena fikir. |
Posted: Siapa Mohsen Namjoo?SitiJarum PADA 18 Februari ini penyanyi Iran Mohsen Namjoo akan mengadakan konsert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kerajaan masih ada lima hari lagi untuk menunjukkan ketegasan dan kewarasan menghalang penyanyi biadap ini daripada membuat persembahan. Kalau tidak ada tindakan tegas iaitu menarik permit konsert ini, nampaknya Malaysia sudah mencapai taraf "dunia" dalam kelompok negara yang mengizinkan penyanyi yang mempermain-mainkan al Quran ini mengadakan konsertnya. Negara-negara bukan Islam dan sekular mengalu-alukan kehadiran Mohsen Namjoo. Lagu-lagu penyanyi yang menjadi kebanggaan Barat ini penuh dengan elemen cabul, seks, mengejek Islam dan mempermain-mainkan al Quran. Kerajaan Iran pernah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada penyanyi biadap ini kerana menghina Islam dan al Quran. Bagaimanapun dibebaskan selepas dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perangai buruk itu. Bagaimanapun dalam konsertnya di Berlin selepas itu, dia mengulangi kecenderungan mengejek Islam dan melontarkan kata-kata kasar, biadap dan seks. Barat menerima ini sebagai tamadun baru yang wajar dipertahankan. Kenapa kita mengundang dia? Ah, itu bukan soalannya. Sebaliknya soalan yang baik adalah kenapa kita yakni Kementerian Dalam Negeri membenarkannya? Siti fikir bahagian yang bertanggungjawab atas kemasukan artis luar patut mengenali siapa Mohsen Namjoo. Seperti biasa tentu ada pihak yang mempertahankan kehadiran penyanyi ini. Salah satu alasannya Mohsen Namjoo seorang yang kreatif mengadunkan muzik dan bijak menghasilkan lirik. Itu adalah dari sudut pandangan Barat yang sekular untuk mewajarkan segala kebiadapan kepada Islam. Orang yang macam Siti yang menentang konsert ini tentu dianggap kolot dan tidak faham seni. Biarlah apa pun anggapan mereka. Tak perlulah Siti menjadi orang yang kononnya berfikiran terbuka sedangkan Siti tahu yang kita nak buka itu adalah makhluk perosak. Mungkin ada yang mempertikaikan Siti, kenapa Siti tak menentang penyanyi Barat yang rosak akhlak membuat konsert di negara ini. Hujah Siti senang saja, penyanyi-penyanyi itu kita sudah tahu dia rosak dan menjadi perosak. Tapi penyanyi Iran ini membawa label Islam kononnya pembangun ummah. Bagaimanapun di sebalik label Islam itu dia menyelitkan ejekan kepada Islam. Barat menganggap Mohsen Namjoo hebat kerana melanggar dan menembusi lingkaran tabu dalam masyarakat Iran. Sebenarnya bukan tabu di Iran tapi melanggar tata susila yang berkaitan dengan Islam. Sekali lagi Kementerian Dalam Negeri masih mempunyai masa lima hari untuk membuat keputusan. Kerajaan tidak akan rugi apa-apa kalau membatalkan konsert ini. Begitu juga tidak akan untung apa-apa kalau membenarkannya. Yang untung adalah mereka yang membawa anasir pembudayaan untuk meruntuhkan tunggak bangsa dan agama di negara ini. Buatlah keputusan yang bijak ketika sampan dan pendayung di tangan kita. Sekali lagi, kita bukan kolot kerana kita tahu apa yang kita buat. Mesti tunjuk yang kita kenal siapa dia. SITI JARUM: Nak kumpul Maher Zain, Anuar Zain dan Wazata Zain buat konsert. Meryl Streep jadi Thatche Siti antara peminat tegar pelakon Meryl Streep. Dia pelakon hebat yang tak memperemehkan dengan kisah cinta, kahwin cerai atau menonjolkan diri sebagai objek seks seperti kebanyakan artis wanita kita. Lihatlah lakonan Meryl Streep dan Harrison Ford dalam Out of Africa. Berkesan sangat kepada penonton. Berita terbaru Meryl Streep akan berlakon sebagai bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher dalam filem biopic, Margaret Thatcher: The Iron Lady. Bagi Siti pemulihannya adalah tepat. Watak Thatcher sebagai pemimpin Britain suatu wantu dulu memukau dunia. Dia wanita yang disayangi oleh sekelian warga di negaranya. Dia tidak dicerca oleh rakyat, sama ada penyokong atau pembangkang. Orang tak mengata yang tak baik di belakangnya. Thatcher antara pemimpin yang bertanggungjawab dan juga tahu bawa diri. Ketika Britain bawah pimpinannya, nama Thatcher menonjol bukan kerana jawatan bapanya atau sanak saudaranya. Memang tepat sekali digelar The Iron Lady. SITI JARUM: Berbakat jadi Tea Lady. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |