Pelakon kanak-kanak merupakan sebahagian daripada industri seni hiburan. Lakonan diorang banyak membantu dan memberi impak besar dalam satu-satu drama dan filem.

Mat Kepoh rasa dekat Malaysia ni pun dah ramai pelakon kanak-kanak. Tapi siapa yang menguruskan segala perjalanan karier diorang? Mestilah ahli keluarga diorang jugak kan.

Ada satu kisah ni, sorang pelakon kanak-kanak yang bersinar-sinar sekarang ni harganya lebih kurang macam harga pelakon dewasa.

Seorang produser daripada syarikat terkenal dikatakan nak ambil kanak-kanak ni berlakon, tetapi dia terkejut dengan bayaran yang disyaratkan oleh ahli keluarga kanak-kanak ini.

Hmmm.. Entahlahh.. Memang setiap pekerjaan tu ada harganya, tapi biarlah berpada-pada. Jangan gunakan anak sebab nak cari duit saja.

Cakaplah jadual padat ke, tapi janganlah offer harga yang melampau kan. Renung-renungkanlah…

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,