Utusan Online - Hiburan |
Posted: Lagu terakhir ShamrinTurut dimuatkan sebuah lagu terakhir nyanyian Allahyarham yang meninggal dunia pada 11 November tahun lalu berjudul Sesekali Rindu Datang. Lagu yang berentak sentimental, pop dan slow rock itu ciptaan Nik Nizam dan liriknya tulisan Siti Zaleha M. Hashim. Lagu itu meneruskan kesinambungan lagu-lagu pop rock yang dibawakan Shamrin sejak era kemuncak popularitinya bersama Fotograf pada tahun 1990-an. Kebanyakan lagu dalam album ini berentak balada dan sedikit pop rock. Dua genre muzik itu cukup sesuai dengan gaya suara Allahyarham yang lantang dan sedikit serak-serak basah dalam alunan lagu-lagu nyanyiannya. Banyak lagu-lagu popular Fotograf seperti Luka Seribu Rindu, Ke Pintu Kasihmu dan Terlena Dalam Jaga yang dimuatkan dalam album ini. Tambah menarik apabila diselitkan sebuah lagu duet dengan Datuk Sharifah Aini bertajuk Di Alam Fana yang digubah semula dengan nafas lebih segar. Album ini harus dimiliki bukan sahaja kerana memuatkan lagu-lagu hit Fotograf tetapi gaya suara Shamrin yang tersendiri juga sukar lekang ditelan peredaran zaman. Judul Album: The Best of Shamrin & Fotograf Artis: Shamrin dan Fotograf Konsep Muzik: Pop Rock Terbitan: Warner Music Malaysia KOMEN: Album kompilasi dengan dua cakera padat ini mengandungi 23 lagu popular Allahyarham Shamrin dan Fotograf. Bintang: ***** |
Posted: Taruhkan slow rockLagu bertemakan kisah cinta itu seakan-akan kedengaran lahir pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an seperti yang pernah dibawakan kumpulan seperti Iklim dan UK's. Melodi lagu ini sedap dan mampu membuai perasaan. Tambah menguatkan lagi lagu ini ialah gaya suara vokalis Fair iaitu Azul yang agak lantang dan tersendiri. Suara Azul sesuai untuk lagu-lagu sebegitu. Tiada banyak kelainan daripada segi bunyi yang diutarakan selain struktur lagu seperti adanya solo gitar yang agak meleret-leret pada korus lagu di mana ia adalah kelaziman lagu-lagu pada era tersebut. Mungkin daripada segi bunyi terutama gitar yang terkeluar daripada lagu ini ada sedikit pengaruh muzik kumpulan tempatan, Crossfire yang pernah popular pada tahun 1990-an. Kebetulan mungkin kerana Burn (gitaris) Crossfire merupakan pengadun bunyi dalam lagu ini. Apa pun album single ini suatu permulaan dan Fair mempunyai kekuatan tersendiri terutama daripada segi kekuatan serta tarikan vokalis mereka. Jika ada lagu-lagu balada dan slow rock yang kuat melodinya tidak sukar Fair diterima para peminat. Judul Album: Seindah Bahasa Semanis Bicara Artis: Fair Konsep Muzik: Slow Roc Terbitan: SMC Studio & Production KOMEN: Cuma terdapat sebuah lagu berentak slow rock dalam album single ini berjudul Seindah Bahasa Semanis Bicara ciptaan Rosli Ahmad. ***** |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |