Adsense

Ahad, 6 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


ADV: Cara Rawatan Pelangsingan ala Salun

Posted: 06 Feb 2011 04:00 PM PST

Tahukah anda sebenarnya rawatan pelangsingan boleh dibuat sendiri di rumah tanpa ke saloon atau pusat pelangsingan. Entri kali ini mahu memperkenalkan kepada pembaca cara-cara untuk membuat rawatan pelangsingan di rumah mengunakan produk BEAUTEE.

Apa yang anda perlukan ialah:

  1. 1 botol ginger pure dead sea salt cream.
  2. 1 botol cili krim
  3. 1 kotak thermo slimming ampoule (untuk 10 x rawatan pertama)
  4. 1 kotak anti celulite & Firming ampoule (untuk 10 x rawatan seterusnya)
  5. 1 roll home use plastic wrap.

fullset_cili___16296

Fokus utama dalam sesi pelangsingan badan ini ialah pada masalah perut buncit, punggung besar dan peha besar. Jadi, anda dinasihatkan pakai underware yang pakai buang punya, kat supermarket ada jual. :)

Ambil secukupnya ginger salt tadi ikut saiz badan anda, dan scrub di bahagian kita nak buat rawatan ni, luangkan masa lebih kurang 10 minit untuk scrub ajer. Tujuan kita scrub ni untuk membuka pori-pori kulit supaya proses seterusnya berjalan lancar. Selain itu, tempat yang kita scrub ini akan jadi lebih halus dan tegang.

Setelah 10 minit, bilas tubuh anda mengunakan air suam, kalau rumah anda ada air panas senanglah. Sekiranya rumah anda ada tub mandi berendam
lah di dalamnya, pastikan airnya suam-suam suku.

Setelah siap mandi, keringkan angota tersebut, dan kita boleh mulakan dengan menyapu thermo slimming ampoule.sebotol saja sudah cukup, sapukan ke seluruh tempat yang nak dibakar lemaknya. Sekiranya anda mempunyai mesin ultra sonic maka urutan dilakukan mengunakan mesin tapi kalau tidak pakai tangan ajer ler. Lakukan urutan secara membulat sehingga ampoule kering.

Note* sekiranya anda nak buang selulit atau geleber-geleber akibat kesan gemuk dulu, boleh tukar kepada anti celulite & firming ampoule yer.

Setelah itu ambil sedikit cili krim secukupnya dengan saiz badan dan sapu tempat yang sama, buat macam lapisan kedua lah, jangan terlalu basah atau terlalu kering.

Minta bantuan rakan untuk wrap badan anda bermula dari bawah payudara hingga kepunggung dan terus ke peha kanan, putuskan wrap kemudian wrap semula dari punggung terus ke peha kiri dan putuskan wrap.

Biarkan sekurang-kurangnya satu jam untuk mendapat hasil yang memberansangkan.

Anda boleh
-masuk dalam sauna ,
-masuk dalam hot blanket
(sila minum segelas air sebelum masuk dan segelas lagi sebaik keluar)

Anda akan terasa panas (nak kurus kena sabar)
Anda akan terasa gatal sikit (lemak sedang terbakar)

Jika anda tidak tahan dengan cili krim anda boleh tukar dengan cold slimming solution atau ginger nano slimming cream. Kesan sama tapi yang sejuk ni mahal sikit ajer.

Anda nak tukar wrap kepada girdle atau baju slimming pun boleh tapi hasilnya kurang mantop, result tidak seperti memakai wrap.

Peringatan.

  1. Ibu mengandung TIDAK BOLEH.
  2. Ibu baru bersalin sangat-sangat digalakkan.
  3. Menyusukan anak tak ada masalah asalkan jangan kena breast sudahlah, pastikan masa rawatan anda dah stand by susu anak siap-siap sebab nak buat ni makan masa 2-3 jam. So tak elok kalau badan kita ada cili krim nanti kena kat baby kan.
  4. Kepada mereka yang makan produk apa pun tak jalan guna lah cara ni. Oh ya, keberkesanan produk ini bergantung kepada ANDA, bukan kepada BEAUTEE atau kepada saya.
  5. Jika anda malas dan suka skip, produk ini TIDAK akan berkesan. Produk external ini bergantung kepada USAHA dan KONSISTENSI dan Jadual yang tetap juga DISIPLIN.
  6. Pemakanan juga penting, makan kurang lemak, gula, goreng dan makanan ringan. Minum banyak air.

Rawatan water retention

Cara 1: Rendam kaki anda, dalam sebaldi air suam yang telah dicampur dua sudu besar ginger pure dead sea salt cream.
Cara 2: Rendam seluruh tubuh anda dalam tub mandi yang berisi air dan 5 sudu besar ginger pure dead sea salt cream.

Dapatkan set promosi sekarang cuma RM 220
Pos laju RM 8.

Tips ini dibawakan oleh Reamas Beauty Center terletak di no 13, Pusat Beli Belah Pandan Capital, (MPAJ) Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.

Semua produk kecantikan yang dijual dibutik kecantikan ini adalah halal dan bebas dari unsur haiwan.

Semua harga yg ditawarkan adalah sangat berpatutan dan jauh lebih murah dari salun.

Untuk mendapatkan produk ini, sila hubungi Mas: 016-6224506

Email/Ym : langsingdengansiy@yahoo.com

Pembayaran boleh dibuat secara online dan kad kredit sila email untuk payment request.

Layari:
http://masbeautee.blogspot.com
http://www.langsingdengansiy.com

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mulakan Salun Kecantikan Anda Sendiri Dengan NU SKIN
  • Jom Join Seminar Pelangsingan Badan
  • Kini Pelangsingan Anda Bukan Lagi Satu Penyeksaan
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Cara Nak Kurus Dengan Senang, Cubalah Guna SIY
  • Nurul Dilantik Menjadi Duta Pertama Studio Glow and Glamour
  • Azean Irdawaty, Pelakon Datin Diaries Ada Kanser Payu Dara?
  • Jue Aziz Jadi Pengacara Anggun Aromaterapi
  • Open Day AsterSpring Khusus Untuk Pembaca Sensasi Selebriti
  • Hilangkan Lemak di Badan Anda Dengan Slim It Yourself S.I.Y
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

    Posted: 06 Feb 2011 11:15 AM PST

    Budiey BlogJom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

    Di tengah-tengah kerancakan tarian jalanan yang semakin menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa, DynDa mengajak semua bakat tarian di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan menari mereka dengan menyertai pertandingan tarian DynDa Februari ini.

    Memilih nama 'DynDa Hanya Kamu Dance Off', Dynda yang dianggotai oleh Renni, Vega, Elly, Reella menjemput semua penari tempatan dan asing terutamanya bakat-bakat baru yang berkebolehan menari tarian jalanan dan K-Pop untuk hadir ke sesi saringan pada jam 3 petang, 12 Februari ini bertempat di T-Hop, Tingkat 6 Sungei Wang Plaza.

    Sepuluh (10) kumpulan terbaik akan layak ke peringkat akhir pada jam 3 petang 20 Februari 2011 bertempat di Ruang Legar Sungei Wang Plaza.

    Dianjurkan oleh Alibi Music Sdn Bhd, Sungei Wang Plaza sebagai Penaja Lokasi dan Sensasi Selebriti sebagai Portal Rasmi, DynDa Hanya Kamu Dance Off menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang.

    Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan berpeluang untuk muncul dalam video klip DynDa. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai RM1500 dan RM700 masing-masing.

    Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, pertandingan ini dianjurkan sempena single terbaru Dynda Babe… Hanya Kamu yang telah dirilis sekitar penghujung 2010.

    DynDa

    DYNDA

    "Lagu 'Babe … Hanya Kamu' ciptaan Adeep, Francis Cobb dan Aiqa Halim adalah single kedua DynDa selepas 'AMPM'. Liriknya ditulis oleh Adeep dan DynDa sendiri.

    Untuk kelainan, kami anjurkan pertandingan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video muzik DynDa. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim denagn ciri-ciri yang sedia ada pada DynDa.

    Gerak tari mereka mestilah lincah dan koreografi pula kenalah menarik. Di samping itu, bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi, peserta yang stailo mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara" kata Ferhard mengakhiri perbualan.

    DynDa yang ditubuhkan pada Disember 2009 memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari terlihat dalam kumpulan mereka.

    Ditanya kenapa memilih tarian jalanan dan K-Pop, DynDa mengatakan kedua-dua tarian ini adalah trend terbaru yang menjadi kegemaran ramai pengikut tarian seluruh dunia.

    "Tarian jalanan dan K-Pop memang dua fenomena yang menakjubkan. Ia bukan sekadar tarian untuk menghiburkan para penonton. Ia umpama satu budaya yang menggabungkan pelbagai elemen seperti muzik, gaya hidup, fesyen dan banyak lagi.

    Bagi kami, pertandingan ini lebih bersifat peribadi. Selain daripada mengenengahkan bakat tarian, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mendekati peminat-peminat tarian di Malaysia. Banyak yang ingin kami kongsikan dari segi gerak tari, koreografi dan juga fesyen terkini.

    Untuk itu, pertandingan ini kami buka penyertaan kepada semua, tanpa mengira warganegara dan umur mereka" ujar Dynda.

    Teaser – Hanya Kamu Dynda Dance Off Competition

    Peringkat Saringan

    Masa: 3 petang
    Tarikh: 12 Februari 2011
    Tempat: T-Hop, Tingkat 6, Sungei Wang Plaza
    Peringkat Akhir

    Masa: 3 petang
    Tarikh: 20 Februari 2011
    Tempat: Ruang Legar, Sungei Wang Plaza

    DynDa

    Syarat-Syarat Pertandingan

    1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia tanpa mengira had umur.
    2. Penyertaan mestilah secara berkumpulan (minima 2, maksima 5 orang)
    3. Stail tarian terhad kepada Tarian Jalanan dan/atau K-Pop sahaja
    4. Durasi persembahan tidak melebihi 4 minit (2 minit lagu Hanya Kamu (Babe) (sila dapatkan sampel lagu dari http://www.facebook.com/DynDaFanPage dan 2 minit selebihnya dari lagu pilihan anda sendiri)
    5. Setiap kumpulan mestilah membawa sendiri CD yang mengandungi kombinasi lagu seperti yang tertera di atas
    6. Juara akan diberi peluang untuk muncul di dalam muzik video Dynda. Sekiranya Juara tidak dapat muncul tanpa alasan yang munasabah, Naib Juara akan mengambil alih.
    7. Dynda akan menjadi hakim pertandingan dan segala keputusan adalah muktamad.

    Penghakiman

    1. Nilai-nilai Hiburan / Kreativiti 20%
    2. Teknik 20%
    3. Keaslian Persembahan 20%
    4. Koreografi 20%
    5. Koordinasi/Kerjasama Kumpulan 10%
    6. Stail / Penampilan 10%

    Pihak Penganjur

    1. Tidak akan bertanggungjawab diatas segala kecederaan, kehilangan dan kerosakan sepanjang penganjuran pertandingan ini
    2. Berhak untuk menggunakan segala gambar, biodata, rutin tarian, belakang pentas untuk aktiviti promosi
    3. Berhak untuk meminda atau mengubah mana-mana syarat pertandingan tanpa sebarang notis awal
    4. Berhak untuk menolak mana-mana penyertaan kumpulan untuk menyertai pertandingan ini
    5. Berhak untuk menyingkirkan mana-mana kumpulan atas salahlaku semasa penganjuran pertandingan ini

    DynDa

    DynDa

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pertandingan Karaoke Red Box Alibi Music di AEON Tebrau City
  • Sertai Ujibakat Mari Menari Astro
  • The Fabulous Cats & Dynda Gegarkan Esplanade Singapore
  • 10 Single Terhangat Alibi Music
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • BURBERRY THE BEAT TALENT SEARCH CONTEST
  • Sertai Peraduan KENZO The Most Memorable Journey of Love
  • Ujibakat BATTLEGROUND 2010 Loose Joint
  • Sessi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.