Adsense

Ahad, 6 Februari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Tiz Zaqyah dan Zizan: Tak peduli gosip

Posted: 06 Feb 2011 12:14 AM PST


Zizan, Tiz tidak kisah jadi sasaran kontroversi

ZIZAN Raja Lawak di sisi Tiz Zaqyah! Apa relevannya, tanya teman mengenai gandingan mereka buat julung kali untuk muka depan B*POP ? Adakah Zizan pula menjadi arjuna yang bertakhta di hati Tiz saat ini? Apakah masing-masing sedang mengisi kekosongan hati?
Jawapannya, selain dicalonkan sebagai finalis dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, mereka juga sinonim dengan cerita sensasi terutama membabitkan soal peribadi. Kononnya, masing-masing menjalinkan dengan si polan itu dan ini.
Zizan, 26, pernah bercinta dengan pelakon, Leez Rosli, namun hubungan itu tidak kesampaian. Ia kemudian diikuti beberapa siri gosip yang mengaitkan pemenang tempat kedua program realiti Raja Lawak musim pertama itu dengan Fida (Pantene), Diana Amir dan terbaru pula dikaitkan dengan pelakon baru, Juliana Evans.

Tiz, 23, pula panas dengan kontroversi yang mengaitkannya dengan beberapa orang lelaki terkenal seperti Fizz Fairuz, Rizal Ashram Ramli (Jejai), Remy Ishak dan anak seorang wakil rakyat dikenali dengan nama Aizat. Hingga kini gosip yang dilalui Tiz dan Zizan masih berbekas.

Secara kebetulan juga, Tiz bakal ke lokasi penggambaran filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios sekitar bulan ini. Zizan juga difahamkan masih dalam peringkat awal untuk memberi maklum balas membintangi filem arahan Nizam Zakaria itu dengan menyumbangkan suaranya saja bagi karakter Kura-Kura.

Kata Tiz yang kini menyerlah menerusi lakonannya dalam drama Gemilang arahan Kabir Bhatia di TV3, kontroversi akan terus datang tanpa diundang. Kontroversi katanya, diibaratkan seperti cili potong atau sambal belacan yang menjadi kemestian sesetengah orang apabila menjamah nasi bersalam ulam-ulaman.
"Saya hanya mampu mengikut aturan perjalanan hidup ini selepas memilih untuk bergelar pelakon sejak 2006. Orang kata gosip dan kontroversi itu asam garam dunia hiburan. Memang benar, kita tidak mampu mengelaknya lagi dan hanya mampu menerimanya dengan tangan dan hati terbuka.

"Ada yang kata gosip dan kontroversi itu mempopularkan diri artis. Ia terpulang. Tapi saya tidak memilih untuk popular cara begitu. Baik atau buruk, natijahnya diri sendiri saja yang tahu. Kadang-kadang tertekan juga kenapa dalam sesetengah gosip hanya satu pihak saja bersuara dan pihak yang lagi satu berdiam saja," katanya yang cukup diingati dengan watak Nur Amina di dalam drama Nur Kasih yang disiarkan di TV3 pada 2009.

Kata Tiz, dia tidak sesekali akan berputus asa atau lemah semangat dengan setiap 'pertuduhan' atau 'hukuman' yang dijatuhkan kepadanya tanpa usul periksa. Sambil berseloroh, Tiz mendendangkan bait lirik lagu Beautiful nyanyian Christina Aguilera berbunyi 'Yes, words can't bring you (Tiz) down'.

"Saya tidak akan sesekali meninggalkan dunia seni ini hanya kerana gosip dan kontroversi yang dihadapi. Tidak semestinya apabila memegang status single, saya akan terus-terusan dikaitkan sewenang-wenangnya dengan lelaki itu dan ini. Dengan Remy pun seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, dia memang antara teman akrab yang saya selesa bersama. Kami banyak berkongsi banyak benda. Ada masa kami selalu melepak dengan teman masing-masing. Ia satu persahabatan yang sihat," kata yang akan melaram rekaan Alia Bustaman untuk malam kemuncak ABPBH 2010 3 April nanti.

Malas jawab soalan remeh

Ditanya mengenai sikapnya yang dikatakan sering menjawab soalan dengan sikap main-main kepada sesetengah pihak media, Tiz melihat perkara itu bukan isu yang perlu diperbesarkan.

"Kalau isu diajukan itu tidak betul dan tidak sahih kebenarannya, mengapa perlu saya menjawabnya dengan serius. Kalau serius, saya akan menjawabnya dengan penuh diplomasi. Cuma saya jadi malas nak menjawab soalan yang sama berulang kali. Ia sekali gus akan memanjangkan isu diperkatakan," katanya yang bakal muncul dengan filem sulung Nur Kasih dijangka 19 Mei ini.

Mengenai Zizan, Tiz berkata, dia sangat meminati lawak dan idea spontan jejaka itu saat berlakon dan mengacara. Katanya lagi, Zizan mempunyai bakat yang cukup semula jadi.

"Tengok sajalah bagaimana perjalanan fotografi ini berlangsung. Dia (Zizan) memang kuat menyakat. Saya pula jenis yang senang gelak apabila ada orang buat lawak. Saya pernah berlakon telefilem Suzana bergenrekan komedi dengan Along Raja Lawak dan disiarkan di TV3 sebelum ini," katanya.

Mengenai pencalonannya tahun ini dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular yang dimenangi tahun lalu, Tiz tidak berharap apa-apa. Tahun lalu pun, kata Tiz, dia tidak meletakkan sebarang harapan, namun tuah menyebelahi dirinya untuk mencatat kejayaan di ABPBH 2009.

Sedia terima artis sebagai jodoh

Sementara itu, Zizan menegaskan bahawa dirinya masih single. Ungkapnya lagi, gosip kebelakangan ini membabitkan dirinya boleh disifatkan liar. Namun menyedari dirinya sebagai figura awam, jejaka kelahiran Dungun, Terengganu ini tidak sesekali melatah dengan apa yang melatari kanvas seninya.

"Saya sedar kalau selalu kisah sebegini, masyarakat akan jadi jelak. Tapi sebagai manusia biasa sekali pun, soal hati ini sering menjadi topik persoalan hidup kita. Ada yang kita harapkan berakhir dengan baik tetapi ia terjadi sebaliknya.

"Jujur ada juga hati saya kepada seseorang (merujuk kepada wanita yang pernah dikaitkan dengannya) tapi apakan daya ia tidak kesampaian. Kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan. Selepas apa yang terjadi, saya lebih suka memilih orang biasa. Tapi kalau datang jodoh dengan artis, saya tak mampu menghalang," katanya yang pernah memenangi trofi Favourite TV Personality Award di Shout! Awards tahun lalu.

Empat tahun melayari arena seni, Zizan boleh berbangga dengan apa yang dicapainya. Tahun ini namanya disenaraikan lagi untuk kali ketiga dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular bersaing dengan semua bakat yang dilahirkan daripada program Raja Lawak iaitu Nabil, Along, Angah dan Johan.

Malah, lebih membanggakan Zizan turut disenaraikan buat pertama kali dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular. Kebangkitan Zizan turut dikatakan sebagai isyarat mengambil tempat Aznil Nawawi yang selama ini cukup kental dalam kategori terbabit.

Melihat kepada populariti yang diraih hos program Raja Lawak musim kelima itu, ada ramalan yang mula bertebaran mengandaikan posisi Bintang Paling Popular itu bakal menjadi miliknya. Selain itu, nama Lisa Surihani dan Shaheizy Sam turut menjadi sebutan.

Zizan berhenti merokok

"Bagi saya Aznil Nawawi masih seorang pengacara yang hebat. Beliau sangat mantap dalam aspek pertuturan, peribadi dan pesona diri. Saya mengikuti perjalanan seninya. Jika saya menang sekali pun dalam kategori itu, Aznil tetap nombor satu di mata saya.

"Soal menang atau tidak, saya hanya mampu berserah. Bagi saya berada di kelompok top 5 itu sebenarnya sudah menjadi kemenangan besar buat diri ini. ABPBH sendiri menjadi anugerah Malaysia kepada bakat orang Malaysia. Saya sendiri diangkat daripada program yang diundi peminat," kata Zizan yang sedang menanti tayangan filem Hantu Bonceng, KL Gangster dan Baik Giler.

Gemerlapan yang dilaluinya kini juga bukan alasan untuk terus mendabik dada, malah Zizan sentiasa terbuka untuk sebarang kritikan, komen dan pandangan membina sekali gus untuk mengukuhkan legasi seninya. Zizan juga bersyukur dia tidak naik mendadak.

"Saya tidak ralat lambat naik. Malah saya bersyukur banyak belajar dengan menimba pelbagai pengalaman selama ini. Ada bagusnya saya meniti perjalanan seni dengan bertatih. Kalau saya naik mendadak dan mengejut, barangkali saya akan menerima kejutan budaya. Siapa tahu, saya mungkin lupa diri.

"Saya masuk dunia seni ini pun untuk mencari glamor sementara. Saya mahu bertahan. Kalau ada kelemahan, tegurlah saya dan saya akan perbaiki. Saya hanya mahu membuat peminat senang dan terhibur dengan kerjaya yang saya pilih," katanya yang aktif berinteraksi dengan peminat menerusi medium Twitter dan Facebook.

Mengakhiri temubual, Zizan turut ditanya mengenai Tiz. Kata Zizan yang sudah setahun lebih berhenti merokok, dia mula meminati wanita putih gebu itu menerusi drama Nur Kasih. Tiz baginya seorang pelakon yang bijak bermain dengan emosi hingga mampu membuat dirinya terpaku di depan TV tanpa mengalih ke saluran lain.

"Oh ya, sebelum terlupa, kalau ada mana-mana pihak ingin mendapatkan kerjasama saya untuk kempen Katakan Tidak Kepada Merokok, saya amat berbesar hati untuk turut serta," ungkapnya bersemangat.


Profil Tiz Zaqyah

NAMA: Tiz Zaqyah Abdul Razak
PANGGILAN KOMERSIAL: Tiz
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
USIA: 23 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
STATUS: Bujang
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Asmaradana, Spa Qistina, Gemilang
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih, Keabadian Cinta, 7 Lagu
FILEM: Nur Kasih dan Cinta Kura-Kura
PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 09)


Profil Zizan

NAMA PENUH: Mohd Razizan Abd Razak
TEMPAT LAHIR: Dungun, Terengganu
TARIKH LAHIR:15 April 1984
PENCAPAIAN: Naib Juara Raja Lawak Astro musim pertama, Favourite TV Personality Award di Shout! Awards
FILEM: Hantu Bonceng, KL Gangster dan Baik Giler.

Diana akui putus cinta

Posted: 06 Feb 2011 12:12 AM PST


Pelakon remaja anggap tiada keserasian dengan Farid Kamil

TANPA berselindung, akhirnya aktres remaja, Diana Danielle, 20, mengakui antara dia dan pengarah serta aktor popular, Farid Kamil, 30, sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi apabila mengesahkan putus cinta dengan pemuda itu akhir bulan lalu, selepas mendapati tiada keserasian dan persefahaman antara mereka. Justeru, kedua-duanya mengambil keputusan untuk menjadi kawan baik saja selepas ini tanpa membabitkan sebarang perasaan dalam perhubungan.
Diana yang kini sibuk menyiapkan baki penggambaran filem terbarunya, Barajiwa arahan Osman Ali di Port Klang, Klang, Selangor juga menegaskan, punca perpisahan antara mereka tiada kena mengena dengan orang ketiga apabila desas-desus sebelum ini menyebut keintimannya dengan bekas kekasih, Syamsul Yusof, 26, yang juga Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang dikatakan kembali terjalin, menjadi punca dia dan Farid putus kasih.
"Syamsul tak ada kena mengena dalam hal ini. Saya dan Farid putus cinta bukan disebabkan sesiapa termasuk Syamsul, sebaliknya membabitkan diri kami.
Sekalipun putus cinta, kami tak pernah bergaduh, sebaliknya masih berhubungan sampai hari ini. Boleh dikatakan, selepas putus cinta, kami masih berbual di telefon setiap hari, cuma tidak lagi sebagai pasangan kekasih, tetapi sebagai kawan baik.

"Saya dan Farid masih cuba memperbaiki perhubungan ini. Sekiranya suatu hari nanti ditakdirkan kami kembali menjalin hubungan cinta, saya reda, tapi jika kami terus selesa sebagai kami baik, saya terima ketentuan itu. Terus-terang, saya masih menyayangi dirinya, kami masih berusaha cuba perbetulkan keadaan," kata Diana sambil mengakui sudah menjalin hubungan cinta bersama Farid hampir dua tahun.

Terdahulu, Diana menerusi sebuah portal hiburan membuat kenyataan: "Saya dah buat keputusan untuk putus dengan Farid (Kamil). Untuk pengetahuan anda, saya tegaskan, tiada orang ketiga, tiada sebab-sebab luar dan terlalu peribadi untuk dibincangkan."
Ketika diajukan soalan, apakah punca perpisahan Diana dan Farid, dia agak keberatan untuk menjelaskan secara terperinci, namun selepas didesak dan dipujuk beberapa kali, akhirnya dia akur apabila menegaskan segala-galanya berpunca kurangnya perhatian daripada Farid terhadap dirinya terutama masa santai untuk mereka berdua seperti kebanyakan pasangan kekasih lain lalui di luar sana.

"Kami masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran yang sentiasa padat. Saya amat memahami situasi berkenaan. Namun, sekiranya ada masa terluang, Farid lebih rela menghabiskan masa santai beliau bersama aktiviti menunggang kuda daripada bertemu dengan saya. Saya faham dengan hobinya itu, tapi jika masa dia dengan aktiviti berkuda lebih banyak diluangkan berbanding masa bertemu saya, saya rasa dia lebih mengutamakan minatnya.

"Jadi, kami mengambil keputusan untuk meletakkan noktah kepada perhubungan ini supaya masing-masing berpeluang menumpukan perhatian kepada minat dan kerjaya. Rasanya kami lebih selesa berkawan baik daripada bergelar pasangan kekasih. Sekalipun tidak lagi menjalin hubungan cinta, tapi kami nampaknya lebih akrab sebagai kawan baik dan saya sendiri tidak tahu bila situasi seperti ini akan berterusan. Sekiranya ada jodoh, insya-Allah kami kembali menjalin hubungan seperti dulu," kata Diana tanpa berselindung.

Mengenai desas-desus Farid memutuskan hubungan dengan Diana disebabkan sikap dirinya yang kebudak-budakan dan sering mencari pasal dan bertekak sekalipun membabitkan hal remeh seperti disiarkan akhbar tabloid minggu lalu, dia menegaskan:

"Saya tak nafikan, usia saya baru 20 tahun, masih muda dan tak keterlaluan umur saya boleh dianggap kebudak-budakan. Namun, tidak bermakna perangai saya juga kebudak-budakan. Saya menafikan dakwaan itu sama sekali kononnya Farid putus cinta dengan saya kerana sikap saya kebudak-budakan. Saya tak faham daripada mana spekulasi itu boleh muncul, tapi biarlah, saya tak mahu layan."

Bagaimana dakwaan disiarkan sebuah portal hiburan baru-baru ini, mendakwa dengan kenyataan: "Farid Kamil dah 'dum' Diana Danielle!"

Dia menafikan tuduhan itu, sekali gus menegaskan, keputusan berpisah adalah atas persetujuan dan kerelaan bersama.

"Tak timbul isu siapa minta putus cinta, sebaliknya kami berdua bersepakat tidak meneruskan perhubungan ini. Saya tak faham, bagaimana dakwaan seperti itu boleh ditimbulkan seolah-olah orang luar lebih tahu apa berlaku dalam perhubungan kami. Sekali lagi ingin saya jelaskan, saya dan Farid tak pernah bergaduh, kami masih cuba memperbaiki perhubungan, selebihnya saya serahkan kepada jodoh," kata Diana.

Ibu bapa Erin bercerai

Posted: 06 Feb 2011 12:11 AM PST


Aktres remaja tak nafi gosip cinta Fiza, jurukamera punca perpisahan

PULANG dari percutian di Bangkok minggu lalu, Zubir teruja menonton filem Thai, The Red Eagle di pawagam selepas memborong beberapa keping DVD filem popular dari negara itu di Chatuchak Weekend Market. Namun, 10 minit sebelum filem bermula, Zubir menerima kiriman BlackBerry Messenger (BBM) daripada aktres remaja, Erin Malek, 16, memaklumkan ibu bapanya sudah bercerai!
"Akhirnya abang, mama dengan papa bercerai. Erin dengan adik-adik duduk dengan mama." Ringkas maklumat yang disampaikan Erin. Dia sebenarnya meleraikan spekulasi yang berterbangan selama ini mendakwa ibu dan bapanya sedang berdepan krisis rumah tangga gara-gara campur tangan pihak ketiga! Memandangkan filem sudah hampir bermula, Zubir meminta Erin menghubungi kembali keesokan hari untuk penjelasan lanjut.
Sebelum ini, Zubir pernah mendedahkan 'siri kecurangan' bekas anggota Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza, 29, yang kini aktif berlakon drama dengan bapa Erin, Malek Marwi, 35, sebagai jurukamera dalam produksi sehingga membawa kepada perceraian bersama suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 30, pada 4 November lalu.

"Fiza menjalin hubungan dengan seorang jurukamera bernama Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka. Fiza pula sanggup jadi driver Malek. Fiza mahupun Malek sering menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana sekadar keluar makan bersama, tapi kalau sudah bercuti bersama, apa cerita?," dedah Farriq dalam B*POP terbitan 3 Oktober lalu yang ketika itu mereka masih bergelar suami isteri.

Tambah Erin, ibu bapanya mula naik turun mahkamah syariah sejak Disember lalu dan hanya bulan lalu, mahkamah mengesahkan perceraian kedua-dua orang tuanya. Katanya lagi, sejak perceraian itu, dia bersama adik-adik, Fieqa, 15, dan Qiela, 10, kini menetap bersama ibu mereka di Pandan Mewah Heights.

"Gosip cinta antara Fiza dan papa (Malek) adalah punca rumah tangga mama dan papa gagal diselamatkan. Nak marah pun tak guna, benda dah jadi, tak ada apa yang perlu dikesalkan, saya reda. Bagi saya, daripada mama 'share' papa dengan orang lain (Fiza), biarlah dia solo," kata Erin dalam nada kesal.
Sepanjang 'siri kecurangan' Fiza dan Malek didedahkan media massa, Erin sentiasa menaruh harapan perkahwinan ibu bapanya mampu diselamatkan. Justeru, apabila Malek menceraikan isterinya, Harryzah Hassan atau Liza, 35, adakah Fiza berpuas hati dapat 'merampas' bapa Erin dan apabila soalan itu diajukan kepada Erin, apakah reaksinya?

"Kita tak tahu apa perasaan dia (Fiza). Nak kata dia kesal, mesti dia tak mahu melihat perceraian ini dan cuba selamatkan, tapi tak ada apa-apa pun," terang Erin lagi.

Pun begitu, daripada risikan yang dijalankan, Zubir mendapat maklumat, kononnya hubungan cinta antara Fiza dan Malek masih berterusan hingga ke hari ini, sampai masing-masing sanggup bercerai berai mempertahankan api cinta mereka. Sementara bekas suami Fiza, Farriq kini bahagia menyulam cinta bersama kekasihnya, Amelia Hassan, 25, Fiza pula dikhabarkan sudah bertemu dengan ibu Malek di Kampung Pandan, Kuala Lumpur meminta restu perkahwinan mereka.

Bagi Zubir, baguslah sekiranya benar perkhabaran itu, jika dulu Fiza dan Malek bergelar 'kekasih gelap', mungkin tak lama lagi mereka bakal disatukan sebagai suami isteri. Cuma satu yang Zubir nak lihat sekarang, siapa yang naik pelamin dulu, Fiza atau Farriq? Kononnya dalam diam-diam, bekas isteri Malek, Liza juga sudah ada pengganti, wah hebat masing-masing sudah berpunya!

Apabila Lisa, Sam menyanyi dalam bas

Posted: 06 Feb 2011 12:10 AM PST

Penyampai radio Hot FM, FBI gamatkan suasana sepanjang berada di Langkawi

DI sebalik kisah kemesraan Shaheizy Sam (Sam) dan Lisa Surihani di Langkawi serta kehadiran Faizal Ismail (FBI) menceriakan suasana ketika berlangsungnya percutian eksklusif meraikan pemenang peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) di Langkawi, sebenarnya terlalu banyak memori indah yang dapat disimpulkan.
Percutian tiga hari dua malam pada 27-30 Januari lalu yang dianjurkan bersama Berita Harian dan POTO Travel & Tours Sdn Bhd (POTO) itu meraikan dua pemenang GBB, Badiuzaman Mohd Noor, 32, dan Marina Mohamed Roslan, 28. Masing-masing berpeluang membawa seorang kawan.
Selain itu, ia turut membuka peluang kepada peminat dan orang awam untuk turut serta. Keseluruhannya, 35 ahli rombongan menaiki bas termasuk dua calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.

Percutian itu juga bukan yang pertama membabitkan kerjasama Berita Harian dengan POTO, sebaliknya sebelum ini Erra Fazira pernah dibawa ke Perth, Bandung, Puncak dan Jakarta (Raja Azura dan Que Haidar), Bali (Fara Fauzana, Saiful Apek dan Dafi) dan tahun lalu ke Singapura bersama Linda Onn, Mawi dan Diana Danielle.

Rombongan menaiki bas bertolak pada malam Khamis minggu lalu dan sampai di Jeti Kuala Perlis pada sebelah pagi keesokan harinya. Biarpun semalaman merasai kepenatan berada dalam bas, rombongan terus di bawa ke Kota Mahsuri (dulunya dikenali Makam Mahsuri) dan menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.

Komitmen tiga artis terbabit wajar dipuji. Contohnya Lisa dan Sam yang cukup bersemangat menyertai atur cara program yang sudah diaturkan sekalipun pada hari pertama rombongan tidak terus mendaftar masuk ke hotel. Rombongan hanya mendaftar masuk sekitar jam 6 petang pada hari pertama tiba. Namun, apa yang lebih menangkap mata wakil B*POP apabila melihat gelagat FBI yang mula membakar semangat Lisa dan Sam untuk merapatkan jurang bersama peminat dalam bas ketika penyampai radio Hot FM itu saat diundang pihak POTO memanfaatkan mikrofon disediakan.
Pengacara Muzik-Muzik itu yang diketahui sangat petah bercakap mula mengusik rombongan dengan mendendangkan lagu. Ibaratnya FBI seperti lepas gian membuat 'konsert' yang turut menampilkan Lisa dan Sam sebagai penyanyi undangan. FBI pernah menghasilkan album duo bersama temannya, Khairil Rashid dengan nama Khafi.

"Saya gembira dapat menyertai acara sebegini buat pertama kali. Saya difahamkan ia juga pengalaman pertama juga buat Lisa dan Sam. Selalunya saya bertemu peminat pun ketika bertembung mereka di tempat awam ataupun ketika turut serta acara membabitkan Hot FM.

Ia cukup menyeronokkan. Cuma saya tak dapat menaiki bas bersama-sama yang lain kerana terikat dengan komitmen kerja di konti radio. Percutian ini juga mendekatkan saya dengan teman wartawan yang selama ini sekadar berjumpa dalam acara hiburan," katanya yang menyandang tiga tahun berturut-turut kategori Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH musim 2007, 2008 dan 2009 itu.

Sementara itu, bagi Lisa, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-23 itu juga sebenarnya mempunyai bakat dan potensi dalam dunia nyanyian. Kalau digilap dengan betul dan kena gaya, mungkin selepas pelakon dan pengacara, Lisa boleh pegang status penyanyi pula.

Akui Lisa, dia pernah menjadi penyanyi latar untuk Anuar Zain ketika membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik beberapa tahun lalu. Begitu juga penyanyi latar untuk Hazami ketika penyanyi itu melancarkan album sulungnya, Tekad Redha Tabah.

"Lisa pernah ditawarkan Cat Farish ketika dia masih bersama Ruffedge. Ketika itu Cat mahu membentuk sebuah kumpulan penyanyi wanita. Tapi saya tidak cenderung ke arah itu. Kalau tanya sekarang pun, saya rasa belum lagi kerana keutamaan saya masih dalam dunia lakonan," katanya yang mengakui sangat gemar berkaraoke dengan kawan pada waktu senggang.

Ditanya mengenai percutian GBB ini, Lisa mengakui pada mulanya dia sedikit kekok dan tidak tahu menjangka apa yang bakal terjadi. Namun akuinya, selepas melihat usaha rakan wartawan yang hadir sama, dia tergerak hati melakukan perkara sama bagi memastikan percutian ini menjadi kenangan terindah buat semua.

"Sejujurnya, Lisa jenis manusia yang akan cuba menyesuaikan keadaan dan situasi sebaik mungkin. Kalau lihat di kalangan anda (merujuk kepada wartawan) pun sangat selamba dan gila-gila, jadi kenapa tidak Lisa melakukan perkara yang sama supaya percutian ini tidak jadi hambar.

"Memang hari pertama itu, Lisa akui agak pendiam. Memang agak penat kerana pada sebelah siang sebelum bertolak, saya terbabit dengan satu penggambaran. Tapi alhamdulillah pada hari kedua, semuanya berubah. Aktiviti Island Hopping di Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah amat menyeronokkan.

"Begitu juga acara Amazing Race GBB yang lebih mendekatkan Lisa dengan peminat dan wartawan. Atur cara yang dibikin POTO juga cukup menarik biarpun hanya untuk percutian yang singkat. Alhamdulillah, Lisa gembira sangat menyertai percutian ini," katanya yang dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular dalam ABPBH 2010.

Sam yang sedang menunggu deretan lima filem cereka tahun ini iaitu 8 Jam, Aku Bukan Tomboy, Sekali Lagi, Kongsi dan Songlap turut mengejutkan rombongan dalam bas dengan menyanyikan beberapa lagu. Boleh tahan suara adik kepada Zizie Ezette itu. Bukan sesuatu yang pelik pun, bidang nyanyian pun asing kepadanya kerana Sam pernah menyertai kumpulan MOB (Members Of Blood) bersama Sein dan Shear.

Kata Sam, menerusi MOB, mereka pernah menghasilkan album kompilasi bergenre R&B dan Hip Hop menampilkan beberapa orang penyanyi termasuk Syafizaz Selamat.

Akui Sam, dia gembira terpilih untuk bersama-sama percutian ini. Cuma akui jejaka yang mula meledak menerusi filem Adnan Sempit itu, dia memang agak pendiam dan pemalu pada hari pertama percutian. Sebagai manusia yang tidak sempurna, Sam mengakui kelemahannya.

"Seperti biasa, saya lebih gemar memantau sesuatu keadaan. Bimbang dan takut juga di awal pertemuan, saya akan bertindak balas secara keterlaluan atau salah cakap. Hari pertama, saya boleh katakan sebagai hari saya mengenal karakter semua yang menaiki bas," katanya yang hanya menunggu keputusan ibu untuk menunaikan umrah tidak lama lagi, iaitu hadiah yang dimenanginya pada Malam Penghargaan MIG baru-baru ini.

Corat-Coret di Langkawi

Sepanjang menaiki bas, Sam memang tak boleh berenggang dengan Ipad miliknya. Begitu juga Lisa yang cukup setia bertemankan telefon Blackberry. Setahu B*POP, Lisa memang cukup aktif melayan peminatnya di laman Twitter. Lisa juga membawa bekal bungkusan makanan rumpai laut dan mempelawa kepada rakan media. Kata Lisa, makanan itu sering diamalkannya kerana ia sangat bagus untuk penjagaan kulit.

Lisa mengakui fobia menaiki bas kerana kerap mendengar mengenai berita kemalangan maut. Namun untuk percutian ini dan selepas diyakinkan POTO pemandu bas akan memandu dengan cermat, Lisa memberanikan dirinya.

Berbanding hari pertama sewaktu tiba di Langkawi, Lisa dan Sam menyerlahkan perangai masing-masing pada hari kedua. Lagipun pelakon utama filem Sekali Lagi terbitan MIG ini memang kepenatan dek komitmen sebagai anak seni. Pada hari kedua, Sam mengakui dirinya sangat pendiam dan pemalu sudah mula menunjukkan warna sebenarnya. Paling kelakar, anak kesayangan pelakon Khaty Fauziah ini berseloroh dan mengusik peminat serta rakan wartawan dengan gaya lelaki lembut. Perkataan 'uolsss' mula meniti di bibirnya.

Faizal Ismail (FBI) tidak menaiki bas kerana terikat dengan komitmen tugasnya sebagai penyampai radio Hot FM sebelah pagi. FBI sampai ke Langkawi menaiki kapal terbang pada petang hari pertama.

Lisa mengakui takutkan monyet. Buktinya sewaktu tiba di Pulau Dayang Bunting, Lisa sudah memberi amaran jangan panggil monyet kerana bimbang binatang itu mendekatinya. Lisa juga agak gementar dan kaku terduduk ketika menaiki kereta kabel. Hal sama turut dirasai FBI yang gayat dan alah dengan faktor ketinggian.

FBI mula menghangatkan suasana di atas bas ketika mengelilingi Langkawi dengan membuat lawak dan aksi spontannya sebagai deejay radio dan pengacara. Ternyata peminat, rakan media, pengurus artis dan pihak POTO Travel & Tours Sdn Bhd (POTO) diwakili Ain, Piko serta Miey terhibur dengan gelagatnya.

Paling melucukan apabila FBI bertukar menjadi Ziana Zain mendendangkan lagu Madah Berhelah. FBI boleh menghafal lirik lagu itu. Barangkali FBI minat Ziana Zain kerana selain lagu itu dia turut menyanyikan lagu duet Awie dan Ziana Zain berjudul Senja Nan Merah. Sesekali Lisa turut mengajuk gaya nyanyian Awie untuk lagu itu.

Lisa juga mendendangkan lagu penyanyi kegemarannya, Awie selain lagu Aerosmith dan Man Bai. Lisa sebenarnya mempunyai bakat nyanyian seperti mana Sam. Sam membangkitkan rasa histeria kecil peminatnya di atas bas apabila mengalunkan lagu Tapi Bukan Aku (Kerispatih) dan Lelaki Ini (Anuar Zain). Lisa turut berduet dengan Sam.

FBI turut mengambil inisiatif menghadiahkan topi bertulis perkataan FBI yang ditempahnya kepada peminat.

Anak buah kesayangan Sam, Mohammad Azrin (anak kepada Samzy Fuzette) menjadi perhatian rakan media dan peminat kerana wajah comelnya. Anak kacukan Mat Salih dan Melayu itu juga tidak sombong dan cepat mesra.

Lisa dan Sam ditemani ibu kesayangan masing-masing, iaitu Siti Amirah Ahmad dan Khaty Fauziah. Kedua-duanya dipanggil dengan panggilan mummy. Ibu masing-masing turut diusik kisah kemesraan anak mereka termasuk usikan untuk berbesan.

Pengurus Pemasaran POTO, Ain Hussin, berkata selepas beberapa kali menjalinkan kerjasama dengan Berita Harian khususnya menerusi acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), POTO Travel & Tours Sdn Bhd (POTO) tidak teragak-agak untuk terus melakukan perkara sama pada masa mendatang.

Air Mata Fran di Istana Budaya

Posted: 06 Feb 2011 12:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Linangan air mata kegembiraan mengiringi persembahan penutup penyanyi veteran Francissca Peter (Fran) pada sesi pratonton Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Istana Budaya, di sini, malam Jumaat.

Menurut Fran yang ditemui pada sidang media selepas itu, kepuasannya beraksi di hadapan penonton yang setia memberikan sokongan telah menyentuh perasaannya sehingga gagal mengawal air mata.

Biarpun persembahan penyanyi lagu Sekadar Di Pinggiran itu dicemari beberapa kesilapan teknikal sepanjang konsert berlangsung, Fran tetap beraksi dengan mutu vokal yang hebat dan menghiburkan.

"Walaupun berlaku beberapa kesilapan teknikal sepanjang konsert ini, tepukan dan sokongan berterusan daripada penonton begitu menyentuh emosi saya.

"Peluang yang diberikan oleh Istana Budaya kepada saya sebagai artis bukan Melayu pertama yang beraksi di sini memberikan kepuasan yang luar biasa," katanya.


Fran memberi persembahan yang mantap sehingga membuatkan para penonton bertepuk tangan tanpa henti.
Dalam konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Fran menyampaikan 33 buah lagu sebagai simbolik kepada 33 tahun penglibatannya dalam bidang nyanyian.

Antara lagu-lagu yang didendangkan termasuklah Kerna Terpaksa, Ku Ke Udara Lagi, Aku Hanya Pendatang, Kau Lilin Cintaku dan banyak lagi.

Tidak hanya tampil berseorangan, penyanyi yang kini berstatus janda itu turut beradu vokal dengan rakan duetnya di era 80an iaitu Royston Sta Maria (Roy) menerusi Bersama Pertemuan Ini, Tak Kenal Maka Tak Cinta dan Siapa Dia Sebelum Aku.

Selain Roy, Fran turut mengundang penyanyi/komposer Imran Ajmain untuk lagu Kehebatan Cinta dan Mirror Mirror On the Wall.

Persembahan Fran diiringi oleh 33 pemuzik orkestra di bawah pimpinan Datuk Haji Ramli MS.

Konsert istimewa itu dipentaskan untuk dua malam sahaja iaitu pada 5 dan 6 Februari ini bermula 8.45 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pada konsert tersebut juga, Eye Design selaku penganjur akan menjual kompilasi kesemua album Fran dalam bentuk 'box set' pada harga istimewa.

google: konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, gambar terbaru konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, video konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, youtube konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, foto konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya terkini terbaru, gambar sekitar konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, berita konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, ulasan konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, vcd konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya, dvd konsert keunggulan 33 tahun francissca peter istana budaya

Ryzal Tak Kisah Kurang Popular

Posted: 06 Feb 2011 12:02 AM PST


BUKIT JALIL: Pelakon Ryzal Jaafar mengakui dirinya kurang meraih populariti walaupun sudah lebih tujuh tahun berada dalam industri seni.

Menurut Ryzal yang memulakan karier lakonannya menerusi drama Dunia Baru, dia sedar bahawa dirinya agak sukar untuk meraih populariti meskipun pelbagai watak utama yang antaranya seperti Hani, Issandra dan Ilusi.

"Memang saya akui sukar untuk naik sebaris dengan nama pelakon-pelakon popular. Tapi itu tidak menjadi masalah. Saya lebih suka jika nama saya dikenali secara perlahan-lahan. Asalkan tawaran lakonan tidak putus, ia sudah memadai.

"Saya percaya, populariti akan datang sendiri dan bila dikenali, tandanya lakonan saya semakin bagus dan ada perubahannya.

"Lagipun, popular itu adalah satu bonus. Lebih-lebih lagi bila diiktiraf meraih sebuah trofi anugerah, ia juga menjadi batu loncatan buat seseorang pelakon itu untuk lebih ke hadapan," katanya yang sibuk dengan penggambaran drama Bola Cinta musim kedua (BC2).


Ryzal dan Aidil menerusi drama Bola Cinta.
Menerusi drama Bola Cinta di bawah terbitan Nafalia Corporation, Ryzal mengambil alih watak utama, Haziq daripada pelakon Shah Jazle yang berlakon pad amusim pertama.

Bagaimanapun, Ryzal berkata, walaupun menggantikan watak Shah, dia anak kelahiran Alor Setar ini yakin, lakonannya tidak sama seperti lakonan Shah pada musim pertama.

"Memang awal-awal lagi Shah telah membentuk watak Haziq dalam drama ini dan risau jika tidak mampu melakonkan watak sepertinya.

"Bagaimanapun, pengarahnya, Anwardi Jamil memberi ruang untuk saya melakonkan watak dengan cara saya sendiri dan allhamdulillah, dia berpuas hati dengan lakonan saya," ujarnya.

Selain Ryzal, drama yang mengisahkan perebutan cinta itu dibintangi oleh Aidil Aziz (Jamal), Memey Suhaiza (Fiza) dan Ainul Aishah (Reena).

google: ryzal jaafar, ryzal jaafar facebook, ryzal jaafar blog, ryzal jaafar twitter, ryzal jaafar myspace, ryzal jaafar wiki, ryzal jaafar bio, ryzal jaafar biodata, ryzal jaafar profile, ryzal jaafar terkini terbaru, gosip ryzal jaafar, awek ryzal jaafar, teman wanita ryzal jaafar, girlfriend ryzal jaafar

TV1 Sediakan Program Menarik Sempena Maulidur Rasul

Posted: 06 Feb 2011 12:00 AM PST


PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 15 Februari akan datang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pelbagai program-program menarik untuk penonton-penonton di rumah menerusi saluran TV1.

Bermula dengan program Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul yang diadakan secar alangsung dari Masjid Putra Jaya ke Masjid Tunku Mizan pada pukul 7.25 pagi, dokumentari Kasih Seorang Rasul akan disiarkan pada pukul 11.30 pagi.

Tiga buah telemovie menarik yang sarat dengan pengajaran berguna turut dipaparkan menerusi telefilem Qun Faya Qun (jam 2.05 petang).


Drama lakonan Maria Farida, Khairil Anwar, Yasmin Hani, Aida Khalida, Azhar Sulaiman dan Mie Raja Lawak mengangkat isu pembuangan bayi yang sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini

Pada 18 Februari pula, drama Bidadari Dari Raudhah mengisahkan keinsafan seorang pemuda bernama Khir yang telah banyak membuat dosa dalam hidupnya. Begitu pun sepanjang hidupnya dia selayaknya bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Raudhah yang banyak bersedekah di luar pengetahuan Khir dengan harta benda mereka.


Drama yang dilakonkan oleh Adi Putra, Elly Mazlein, Dato Jalaluddin Hassan, Roy Azman, Othman Basri dan Ezany Nizariff ini disiarkan pada pukul 10.30 pagi.

Mengisi slot Nurani, drama Aku Bukan Siti Khadijah pada keesokkan harinya iaitu pada 19 Februari 2011, pukul 3.00 petang, memaparkan perbezaan pendapat antara Zulaikha dan Zahir mengenai kedudukan dan peranan seorang isteri dan wanita sehingga menyebabkan Zulaikha mengambil keputusan meletakkan jawatan dan menguruskan rumahtangga meskipun segalanya di luar kemahuannya.

Zahir hanya mahukan seorang isteri yang menurut perintah dan mengikut telunjuknya.

Hakikatnya Zahir sendiri gagal berperanan sebagai suami yang baik kepada Zulaikha. Saksikan drama yang menggandingkan watak utama Betty Benafe dan Esma Danial di samping Kenchana Dewi dan Siti Fazurina ini khas sempena sambutan Maulidur Rasul ini.