Utusan Online - Hiburan |
Posted: Rozita tak jadi bersara
Awal minggu ini, Joyah dengar khabar pelakon cantik molek Rozita Che Wan kita tu telah pun menerima tawaran Astro sebagai artis residen stesen televisyen itu. Wah, kalau betul, ini bermakna si jelita ini akan bergelar wajah eksklusif Astro lah nampaknya. Sama taraf macam Erra Fazira, Farid Kamil dan Aaron Aziz. Tetapi setakat ini, Rozita katanya masih belum memberi kata putus berhubung perkara itu. Puncanya, sebab pihak Astro tak lampirkan tawaran secara hitam putih. Tapi, bagi Joyah, kalau betul Rozita terima tawaran itu, apa salahnya bukan? Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Lagipun, kalau betul Rozita tak jadi bersara dari dunia lakonan, itu sebenarnya memberi petunjuk positif. Maknanya, peminat masih lagi belum rela melepaskan persaraan Rozita dan masih mahu tengok bakat yang ada pada Rozita. Sekurang-kurangnya, tak ada lah lagi mulut-mulut longkang yang kata Rozita ni hanya pandai pose cantik saja, tapi lakonan hampeh. Kadang-kadang kita tak tahu, Tuhan nak bagi rezeki apa pada kita betul tak? | ||
Posted: Watie hampir kena strokBARU-baru ini, jiran depan meja Syed, Amirah berkesempatan berjumpa dengan Watie Elite dalam satu sesi fotografi. Selama ini ingatkan dia macam mengelak bertemu dengan media selepas tersebar dakwaan seorang anak remaja bernama Angel Lina yang mendakwa dirinya adalah anak kandung Watie. Masa Syed temuramah bakal suaminya, Joey tentang perkara tersebut, Joey minta Syed jangan ganggu Watie sebab dia sakit. Ingatkan itu hanya auta untuk elak daripada media, rupanya mereka tidak berbohong. Kata Amirah, Watie tak buat-buat sakit sebaliknya dia memang kurang sihat. "Dia sakit sebab terlalu banyak tekanan. Mata belah kiri dia ada bekas herot. Dan separuh badan selalu kebas-kebas. Doktor cakap dia hampir kena strok," kata Amirah. Bagaimanapun Watie tak selesa bila gambarnya mahu dirakamkan. Cerita Amirah lagi, Watie sedang menjalani rawatan perubatan akupunktur untuk mengelakkan rasa kebas itu. Sakitnya tak terkata, nak-nak bila menyerang bahagian sendi terutama di kepala, tangan dan kaki. Watie tak nak merawat guna kaedah biasa sebaliknya memilih rawatan tradisional cina. Katanya, hanya dengan tusukan jarum buat Watie hilang pening kepala dan kurangkan kebas yang berbisa. Bagaimanapun Syed kagum juga dengan Watie sebab masih bekerja walaupun tak sihat. Yalah, dia pun cari makan melalui lakonan, kalau dia tak bekerja, macam mana nak sara anak dan belanja harian? Syed doakan agar Watie tabah dengan dugaan ini. Lagi satu, jangan terlalu banyak berahsia tau, lebih baik berterus terang, supaya diri sendiri tidak tertekan. Syed: Kebas tangan menulis. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |