Adsense

Sabtu, 5 Februari 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Jurujual wanita guna taktik pikat jutawan jadi suami

Posted: 04 Feb 2011 05:00 PM PST

du 03.1 Jurujual wanita guna taktik pikat jutawan jadi suami

KIM PEREZ dan suaminya, David yang merupakan jutawan dari New York, Amerika Syarikat.


NEW YORK – Seorang jurujual dari Britain, Kim Perez sanggup melakukan apa sahaja bagi menggoda seorang jutawan untuk dijadikan suaminya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menceritakan pengalamannya yang berjaya mengahwini seorang jutawan dari Amerika Syarikat (AS) kepada media, wanita berusia 43 tahun itu berkata, dia tidak berpelajaran tinggi tetapi bercita-cita tinggi untuk hidup mewah.

Bagi merealisasikan impiannya, Perez memberitahu, dia meluangkan masa beberapa bulan untuk menukar penampilan diri agar kelihatan lebih kemas dan anggun malah, dia turut membayar £600 (RM2,959) bagi mempelajari pertuturan bahasa Inggeris yang lebih baik berbanding loghat bahasa pasar yang sering digunakannya ketika berbual.

Semua itu dilakukan oleh Perez semata-mata untuk menggoda jutawan untuk dijadikan suami.

Perez sanggup untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi restoran yang menjadi tumpuan orang kaya dengan membaca majalah.

Dia juga meminjam buku dari perpustakaan untuk membaca mengenai etika semasa makan dan peradaban diri.

Perez mengenali jutawan berkenaan menerusi sebuah laman web khusus yang mempertemukan warga AS dengan Britain dengan tujuan untuk mencari jodoh.

"Dia (David) menjadi sasaran saya bukan sahaja kerana dia tampan tetapi apa yang lebih penting, dia memiliki banyak wang," katanya.

Usaha tekun wanita itu membuahkan hasil selepas David terpikat dengannya ketika pertemuan pertama mereka di New York, AS.

Perez berkahwin dengan jutawan tersebut di Florida, AS pada Ogos tahun lalu dan dia kini hidup mewah sebagai isteri seorang jutawan.

Sebelum berkahwin dengan jutawan itu, dia berkahwin dengan seorang mekanik, Steven, selepas menamatkan persekolahan.

Semasa berumur 20 tahun, wanita itu sudah melahirkan anak perempuan sebelum dia bercerai dengan suami pertamanya. – Agensi

// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.