Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Hidup pencetus kuasa emosiHIDUP! Inilah perkataannya dan itulah pencetus kepada siapa Mary J Blige pada hari ini. "Muzik saya meraih inspirasi daripada pengalaman hidup saya dan orang-orang di sekeliling saya. Perkataan mempunyai kuasa untuk menggerakkan emosi anda," ujarnya menjawab persoalan Kosmo! mengenai 'life' (hidup) - perkataan yang cukup sinonim dengan perjalanan karier seninya. Album keduanya berjudul, My Life, album keenamnya pula diberi judul, Love and Life, manakala pewanginya yang terjual laris di pasaran juga dikenali dengan jenama My Life. Malah penyanyi, penerbit, komposer dan aktres yang meraih pengiktirafan sembilan anugerah Grammy itu bakal membuat kemunculan sulungnya di Malaysia pada pukul 9 malam, 8 Februari ini di Plenary Hall, KL Convention Centre, Kuala Lumpur untuk konsert jelajahnya yang dikenali sebagai Music Saved My Life! Betapa bermakna sekali perkataan itu buat Mary J Blige. Peluang 'menemu bual' figura yang popular dengan lagu-lagu seperti No More Drama, No Gon'Cry, Real Love dan banyak lagi itu diraih hasil dengan bantuan PR Worldwide Sdn. Bhd., syarikat tempatan yang membawanya ke Malaysia untuk konsert tersebut. Menerusi jawapan yang diberikan Mary J untuk pelbagai soalan yang disenaraikan Kosmo! khusus buatnya, ia ternyata berjaya mencungkil serba sedikit tentang keperibadian dirinya untuk dikongsi bersama. Memulakan konsert jelajahnya itu pada 2 Oktober tahun lepas di Atlanta, Amerika Syarikat sebelum berehat seketika selepas konsertnya yang sukses dari segi penjualan tiket pada 5 November lalu di Manchester, United Kingdom, ia diteruskan pada tahun ini bermula di Seoul, Korea Selatan pada 16 Januari sebelum ke Jepun dan Australia, dan Kuala Lumpur menjadi destinasi terakhir perjalanan konsert tersebut. "Saya berada dalam keadaan yang sangat baik buat masa ini. Konsert jelajah saya juga berlangsung dengan baik dan saya sangat gembira kerana para peminat saya begitu menikmati persembahan saya setakat ini," tuturnya yang turut menitipkan jawapan terhadap persoalan mengenai makna di sebalik judul konsert jelajahnya itu. Katanya: "Semua maknanya sudah termaktub dalam judul Music Saved My Life itu. Ia sangat berterus terang." Jelajah dunia Menurut Mary J, 40, konsert jelajahnya itu merupakan sesuatu yang sangat mengujakan. "Ini kerana saya berpeluang mengembara ke seluruh dunia untuk bertemu dengan peminat saya. "Saya akui prosesnya sangat memenatkan tetapi muzik adalah keterujaan saya dan saya sangat gemar terbabit dengan konsert jelajah. Setiap momen ketika konsert jelajah sangat bernilai," ungkapnya.
Bercerita secara ringkas mengenai konsertnya di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini, Mary J memberitahu ia merupakan konsert buat julung-julung kalinya di Asia. "Saya sangat teruja dapat bertemu peminat saya di Asia," tuturnya lagi. Berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk konsertnya di Kuala Lumpur nanti kata Mary J: "Mengenai konsert saya di Kuala Lumpur pada 8 Februari ini, saya berjanji akan menjadikan ia sebuah persembahan yang menyeronokkan. Ia sebuah persembahan tanpa henti dan penuh bertenaga." Tambahnya: "Saya tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan peminat saya di Malaysia dan merasakan aliran tenaga mereka sepanjang persembahan konsert saya itu nanti." Dalam pada itu, merujuk kepada graf pencapaian dalam kerjaya seninya, Mary J ternyata antara yang paling sukses di dunia. Melodies by MJB Sehingga tahun 2010, penjualan keseluruhan sembilan album yang dihasilkan sepanjang karier nyanyiannya di seluruh dunia kini mencecah 50 juta unit, manakala keseluruhan singlenya pula terjual sehingga 15 juta unit. Lapan buah album Mary J pula meraih pengiktirafan multi-platinum yang bermakna setiap album itu terjual mencecah dua juta unit atau lebih. Bukan itu sahaja. Muncul dengan minyak wangi jenamanya, My Life yang dilancarkan pada Julai tahun lepas telah mencipta rekod apabila apabila menurut laporan HipHopWired pada 2 Ogos lepas, minyak wangi yang dijual dengan harga AS$50 (RM160) sebotol itu terjual sebanyak 60,000 botol hanya dalam tempoh sehari menerusi talian, Home Shopping Network. Kejayaan minyak wangi My Life segera disusuli dengan kemunculan Melodies by MJB iaitu jenama kaca matanya pula pada Oktober tahun lepas. Justeru, apakah perasaan menjadi seorang yang bukan sahaja sukses dalam bidang seni tetapi juga bisnes seperti Mary J? "Semua pencapaian dan anugerah yang diraih sepanjang karier muzik saya menjadi inspirasi buat diri saya. "Ia merupakan suatu perasaan yang hebat apabila hasil kerja anda dinilai baik oleh semua pihak," jelas Mary J lagi. Bicara penamatnya berbunyi: "Perancangan saya untuk masa depan ialah menghabiskan projek rakaman album kesepuluh dan terbaru saya, di samping bekerja keras untuk menaikkan lagi jualan kaca mata jenama saya, Melodies by MJB, selain meneruskan promosi pewangi, My Life." | ||
Posted: Maia menang hak jaga anakZURIAT hasil perkongsian hidup Ahmad Dhani dan Maia (dari kiri) Dul, Al dan El. BERSAMAAN ulang tahun ke-36, bekas isteri Ahmad Dhani, Maia, menerima hadiah paling bermakna dalam hidupnya. Dia memenangi hak penjagaan tiga anak lelakinya, Al, El dan Dul yang kini masih di tangan mantan suaminya, Ahmad Dhani. "Alhamdulillah, keputusan hak penjagaan anak-anak jatuh ke tangan saya. Walaupun Dhani belum memberikan mereka kepada saya, tapi ini adalah kepercayaan yang Allah beri kepada saya untuk mengasuh mereka," ujarnya penuh syukur. Malah sewaktu Maia membuat majlis ulang tahunnya itu, ketiga-tiga anaknya seperti tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut. Maia juga mendakwa, anak-anaknya seperti diugut oleh Dhani jika datang meraikan majlis hari jadinya itu. Menurut Maia, ugutan tersebut dibaca menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim Dhani kepada El yang berbunyi: "Bismilahirohmanirohim, besok yang datang ke ultah (ulang tahun) bunda, ayah anggap kalian mahu diasuh bunda dan tidak pulang lagi ke rumah ayah. Dan kalian sudah besar, sudah boleh menentukan pilihan masing-masing. Ayah selalu cinta kalian." Bagi Maia, SMS itu sebuah ancaman terhadap anak-anak yang seharusnya tidak terjadi selain dianggap satu dalih agar anak-anaknya menolak untuk diasuh olehnya. | ||
Rosyam bengang dengan pengkritik Posted: Rosyam bengang dengan pengkritik
MALAM Pentas Pilih Kasih musim kedua minggu kelapan pada malam Sabtu lepas kecoh dengan komen hangat yang disifatkan agak melampau daripada pengkritik tetap program itu iaitu Prof. Madya Dr. Abu Hassan yang seakan-akan berada dalam dunianya sendiri. Abu Hassan dilihat seringkali mengeluarkan komen-komen yang agak keras dan penuh puitis sehingga sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan olehnya seperti: "Kamu seperti tiang lampu yang hanya tahu melakukan tiga reaksi sahaja" atau "Anda seperti bot yang akan karam bila-bila masa sahaja." Komen pedas daripada Abu Hassan itu dilihat kurang membina dan dikhuatiri akan menjatuhkan lagi semangat para artis Pilih Kasih yang masih mentah dan memerlukan bimbingan. Paling terbaru, dia dilihat seringkali membandingkan antara peserta Pilih Kasih sebagai contohnya: "Jay, monolog awak ini jika diberikan kepada Raffamie Karama sudah pasti beliau dapat melakukannya dengan lebih baik." Sebelum ini Abu Hassan juga pernah membandingkan Jay dengan Sofian Bujang, peserta Pilih Kasih dari musim pertama mengenai watak yang dibawakannya sebagai penagih dadah dalam teater pada minggu lalu. Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan Rosyam Nor bangun untuk menegur Abu Hassan pada malam Sabtu lalu atas komennya yang agak tidak diperlukan itu. Wajah tidak puas hati jelas terpancar di wajah Rosyam Nor semasa menegur beliau menandakan tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat Abu Hassan itu. Namun begitu setelah seketika, isu tersebut berjaya diselesaikan dan persembahan diteruskan pula dengan teater yang menghiburkan dari kesemua peserta Pilih Kasih yang berjudul, Dilema Hantu. Menurut Rosyam, dia melihat komen Abu Hassan tersebut sebagai pembakar semangat para peserta Pilih Kasih musim kali ini, tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu mereka sering diberikan komen yang terlalu pedas dan bersifat menghentam dan bukan membina, kerana dikhuatiri ia boleh menyebabkan bakat dan semangat mereka akan terpadam begitu sahaja. Ada apa dengan Erma Fatima? Masuk minggu ini sudah masuk enam minggu berturut-turut kerusi pengarah teater tidak diisi oleh Erma Fatima semasa Pentas Pilih Kasih sedang berlangsung. Nampaknya ada yang tidak kena dengan pengarah terkenal itu. Dia dilihat lebih gemar bersendirian di tempat duduk lain berbanding duduk berdekatan dengan Rosyam Nor seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Perkara ini merungsingkan banyak pihak yang memikirkan adakah kemungkinan Rosyam Nor dan Erma Fatima bertelagah? Walau apapun diharapkan segala permasalahan dapat diselesaikan secepat mungkin kerana industri hiburan kita ini tidaklah sebesar mana dan kita pasti akan bertemu antara satu sama lain walau bagaimana cuba dielak sekalipun. Masing-masing perlu memainkan peranan dan bertolak-ansur untuk memahami antara satu sama lain agar segala yang keruh dapat dijernihkan semula. Minggu demi minggu kita tidak pernah lekang dengan kejutan yang ingin diberikan oleh Rosyam selaku penerbit Pilih Kasih. Pada minggu kelapan ini, kejutannya ialah apabila berlaku penyingkiran dua peserta serentak - mengulangi penyingkiran serentak Leyla Krisya dan Afiq Meadin yang juga disingkirkan serentak pada minggu ketiga yang lalu. 'Mangsa' kali ini ialah Bil Azali dan Kris Cempaka. Bil dan Kris yang disenaraikan sebagai tiga peserta yang meraih undian paling rendah pada minggu kelapan bersama seorang lagi peserta iaitu Nur Jannah. Bila dan Kris dilihat semakin menyinar melalui lakonan drama dan teater yang disampaikan setiap minggu, namun, ia nampaknya tidak memadai untuk memastikan mereka terus kekal berada dalam pertandingan ini apabila malam 29 Januari 2011 yang lalu menjadi tarikh terakhir mereka bersama Pilih Kasih. "Jika diberikan pilihan, saya tidak mahu menyingkirkan mana-mana dari anda pada malam ini kerana ketiga-tiga anda adalah di antara yang terbaik," kata Rosyam Nor yang bagaimanapun masih mengekalkan Nur Jannah untuk terus berasa dalam Pilih Kasih. Setelah dua lagi tersingkir, tinggal lapan sahaja lagi peserta Pilih Kasih yang akan berentap mempertaruhkan lakonan mereka untuk minggu ini. Nampaknya Pilih Kasih musim kedua sudah hampir ke kemuncaknya. Tanggal 20 Februari depan yang hanya tinggal lebih kurang tiga minggu lagi. Tarikh itu sudah pastinya dinanti-nantikan buat semua peminat Pilih Kasih untuk mengetahui siapa yang bakal menggondol gelaran pelakon pilihan Rosyam Nor untuk musim yang kedua ini, selepas Pilih Kasih musim pertama dimenangi oleh Iqbal Mazlan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |