Adsense

Isnin, 31 Januari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Aznil mahu tubuh akademi

Posted:

Aznil mahu tubuh akademi

Aznil mahu tubuh akademi

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN


RAMAI yang mengharapkan Aznil akan kembali mengacarakan Akademi Fantasia musim kesembilan yang merupakan musim terakhir.


KETIKA isu pemilihan Pengetua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) menjadi perdebatan hangat, posisi pengacaranya juga tidak kurang hebatnya apabila ia turut menjadi topik perbualan utama bagi peminat setia rancangan realiti popular itu.

Sudah pasti, nama yang paling disebut-sebut dan menduduki carta tertinggi ketika ini adalah pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi yang dikatakan akan kembali mengemudikan AF9 yang merupakan musim terakhir itu.

Pihak Astro sendiri juga sudah memberi gambaran bahawa AF9 bagaikan dengan mudah menjadi milik Aznil untuk kali keenam selepas meninggalkan program itu pada tahun 2007.

Sememangnya khidmat Aznil sebagai pengacara unggul memang cukup diperlukan untuk menggerakkan AF9 dan barangkali kehadiran personaliti popular itu memang cukup dinanti-nantikan.

Sementelah pula AF9 merupakan yang terakhir, jadi, mengapa tidak Aznil menggalas sahaja tanggungjawab itu dan menghidupkan kembali rancangan yang semakin pudar sirnanya.

Ketika ditanya pendapat Aznil tentang kebenaran di sebalik desas-desus itu, jawapan yang diberikan bagaikan mengesahkan kedudukan itu hampir pasti menjadi miliknya.

"Saya mengakui cukup teruja apabila nama saya kembali disebut-sebut sebagai pengacara AF9 di samping beberapa nama lain. Buat masa ini, saya harus katakan memang tiada sebarang tawaran rasmi daripada pihak Astro.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, saya tidak akan menolak seandainya peluang itu diberikan kepada saya untuk kali terakhir sebelum AF melabuhkan tirainya.

"Pernah sekali saya diarahkan oleh Astro untuk mengacarakan sebuah program baru iaitu Kring! Kring! hanya dalam tempoh dua minggu sahaja sebelum ia mula bersiaran.

"Jadi, apakah perkara itu akan terjadi sekali lagi untuk AF9? Hanya masa dan takdir yang akan menentukan," ujar Aznil ketika menjawab pertanyaan media berhubung isu tersebut.

Pengacara berusia 48 tahun itu ditemui pada sidang akhbar Konsert Hore! Hore! Bersama Aznil Nawawi yang diadakan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kenangan manis

Menyambung perbualan, duda beranak dua itu memberitahu AF menyimpan terlalu banyak kenangan manis yang amat sukar untuk dilupakan sehingga merobah kehidupannya secara total.

Tambahnya juga, penglibatan sebagai pengacara AF selama lima musim dari tahun 2003 hingga 2007 telah membuka mata ramai pihak akan kredibilitinya sebagai seorang pengacara unggul sehingga peminat membawa namanya ke mercu kejayaan.

"Bermulanya siaran AF pada tahun 2003, itulah juga detik terindah buat saya apabila sejarah manis mula terlakar dalam diari hidup saya sebagai seorang anak seni.

"Mana tidaknya. Kerana AF jugalah, ia telah melayakkan saya dinobatkan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular selama tujuh tahun berturut-turut.

"Bukan itu sahaja, selepas meninggalkan AF juga, kerjaya saya berkembang dengan baik dan diberi peluang mengacarakan rancangan-rancangan yang mempunyai konsep yang pelbagai sehingga diiktiraf di peringkat Asia.

"Semuanya ini hanya bermula selepas 13 tahun saya melibatkan diri dalam dunia seni. Jadi, kalau selepas ini, ada pengacara lain yang akan meraih gelaran itu, saya reda dan terima," kata anak jati Kuala Lumpur itu penuh rendah diri.

Bagi Aznil, dia mahu melihat pengacara baru dipilih sebagai pemenang dan memberi laluan kepada mereka untuk merasai nikmat kejayaan seperti mana yang dirasainya dulu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

KRU kembali aktif menyanyi?

Posted:

KRU kembali aktif menyanyi?

KRU kembali aktif menyanyi?

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


KRU yang bakal menginjak ke angka 20 tahun penglibatan seni mereka pada tahun depan merancang untuk mengadakan konsert khas buat peminat yang setia menyokong perjuangan seni mereka.


SELEPAS lima tahun, inilah single terbaru yang dilahirkan oleh kumpulan adik-beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry yang cukup sinonim dengan gelaran KRU.

Barangkali, ada percaturan yang bakal dipertaruhkan oleh KRU menerusi lagu yang berlatarkan elemen rancak dan cukup segar didengar, Ganas ini.

Lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi lagu-lagu ciptaan Edry, Hitman itu baru-baru ini menjalani sesi pengambaran klip video Ganas di kompleks pengurusan mereka, KRU Studio, Cyberjaya.

Biarpun tiga tahun lalu KRU pernah menghasilkan lagu Sujud berkolaborasi dengan Mawi namun Ganas merupakan penampilan istimewa KRU yang dianggap sebagai single mutlak mereka.

Mengambil masa pengambaran selama dua hari, klip video yang menelan belanja sebanyak RM40,000 itu menampilkan elemen persembahan ala Korea yang dilihat semakin menjadi kegilaan anak muda dewasa ini.

Mewakili dua adiknya, Norman memberitahu, Ganas merupakan single yang dipertaruhkan oleh KRU sendiri bagaimanapun bukanlah kerana ingin kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Kata Norman, penghasilan single itu sebenarnya lebih kepada persediaan mereka untuk menyambut ulang tahun ke-20 penglibatan seni KRU pada tahun depan.

"Melihat kepada kecenderungan peminat sekarang, rata-rata lebih suka menonton klip video dari Korea maka kami cuba menyelitkan elemen tersebut dalam klip video Ganas ini.

"Ganas ada elemen sedikit K-pop dan dengan susunan muzik rancak ia sebenarnya tidak lari daripada identiti KRU sendiri," katanya.

Kumpulan yang memulakan penglibatan seni mereka sejak 19 Mei 1992 itu seboleh mungkin tidak mahu peminat berasa kekok dengan kelainan yang cuba ditampilkan oleh mereka.

Jelas Norman, Ganas sebenarnya menceritakan bagaimana seorang ketua gangster menjalankan tugas hariannya namun dalam masa yang sama dia diperhatikan oleh geng-geng gangster yang lain.

Mengarahkan klip video tersebut, kata Yusry, ia banyak dilatari dengan konsep anime yang cuba diadaptasi ke dalam bentuk klip video.

Turut menerapkan penggunaan teknik janaan komputer (CGI), kesan tersebut pastinya mampu memberi impak yang lebih menarik terhadap klip video tersebut.

Edry ketika mengulas tentang lagu tersebut memberitahu, cita rasa pendengar yang sentiasa berubah-ubah kadang-kala memberi kekangan buat dirinya dalam merealisasikan pelbagai idea yang menarik.

"Kalau nak kata dari sudut ciptaan lagu rasa-rasanya KRU sekarang sudah boleh ada sampai 50 buah album tetapi biasalah pendengar ini mempunyai cita rasa yang tidak menentu.

"Dahulu mungkin genre lagu seperti Untukmu dilihat bersesuaian dengan kami tetapi peredaran zaman rasanya konsep sebegitu sudah tidak berapa sesuai.

"Saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai untuk kami tampil dengan lagu rancak semula," katanya yang menyelitkan elemen muzik elektro-pop dalam lagu tersebut.

Tambah Edry, biarpun pernah suatu masa dahulu khalayak mengkritik lagu-lagu yang disampaikan oleh KRU hampir sama tetapi jelasnya, kini ramai yang sudah mula membuka mata dengan mengatakan lagu-lagu KRU sebenarnya mempunyai identiti KRU yang tersendiri.

Rancang buat konsert

Kemunculan Ganas bagaikan memberi gambaran awal kemunculan semula KRU dalam aliran nyanyian. Namun, bagi Norman ia sebenarnya sebagai persediaan bagi sambutan ulang tahun penglibatan mereka yang mencecah ke angka 20 pada tahun depan.

Selain Ganas, menyusul ialah beberapa lagi single terbaru yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Tidak merancang untuk membuat sebarang konsert bergerak, kata Norman, kemungkinan besar mereka bakal mengadakan konsert satu malam khas buat peminat-peminat yang setia menyokong kerjaya mereka sepanjang dua dekad ini.

Bukan hanya KRU, kata Norman lagi, kemungkinan besar konsert tersebut juga turut dimeriahkan oleh artis-artis yang bernaung dan menyanyikan lagu ciptaan mereka sebelum ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.