Harian Metro: Rap |
Posted: 30 Jan 2011 07:39 AM PST SEJAK menjadi artis, ada-ada saja gosip tempias ke arah Tiz Zaqyah Abdul Razak. Dulu, gambar aksi hangatnya bersosial dengan rakan di kelab malam tersebar di Internet dan kemudian dituduh menggoda bekas kekasih Fasha Sandha, Jejai, pada awal pagi. Terbaru, Tiz dikaitkan bercinta dengan aktor kacak Remy Ishak yang sama-sama berlakon dengannya dalam siri dan filem Nur Kasih. Satu demi satu cerita mereka dipaparkan namun Tiz tetap dengan penafiannya.
"Saya memang suka sikap Remy terhadap saya. Setakat ini, saya memang tidak bercinta dengan sesiapa kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier. Saya teringin juga mengumpul harta daripada hasil titik peluh sendiri sebelum saya bercinta dengan serius dan berkahwin.
Kata pemenang Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH09) ini, dia tidak pernah menyalahkan masyarakat apabila memperkatakan mengenai dirinya.
"Seperti yang selalu saya katakan, soal jodoh adalah perkara yang sangat subjektif dan ia kerja Tuhan. Bagaimanapun, sama seperti gadis lain, saya juga selalu mendoakan yang terbaik," katanya.
"Malah ingin dijelaskan, saya menceburi bidang seni tanah air kerana memang mahu dikenali sebagai pelakon yang berjaya. Bukan hendak mencari peluang menjaja kisah peribadi. Saya lebih suka kalau karier saya lebih diberi keutamaan," katanya. Anak emas Khabir? Setakat ini, Tiz sudah menghasilkan empat projek drama dan filem bersama Khabir serta satu filem cereka.
"Saya anggap kerjasama saya dengan Khabir adalah rezeki. Ini kerana setiap kali Kabir memberikan tawaran, kebetulan ia tidak bertindan dengan jadual lakonan saya dengan produksi lain.
Katanya, dia bukan hendak menjadi cerewet tetapi sebagai pelakon, dia sentiasa mahukan karakter yang terbaik.
>PROFIL |
Posted: 30 Jan 2011 07:36 AM PST SELEPAS dua hari ditahan di wad Hospital Gleneagles Intan Medical Centre, Ampang kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya, produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa dibenarkan pulang ke rumahnya pada pagi Jumaat, 28 Januari lalu. Penerbit Spa Q yang juga kakak ipar penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin itu dimasukkan ke hospital selepas cedera apabila Mercedes-Benz S280 dinaikinya dan suami, Datuk Ramli Musa terbabas di Kilometer 404.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat Ulu Bernam di sini, kira-kira jam 6.15 petang, Rabu (26 Januari) lalu.
Sebagai anak sulung, Zetty Alia, 28, yang juga Produser Eksekutif Global Station, paling gembira kerana ibunya sudah kembali ke pangkuan keluarga di rumah.
Akui Alia, dia sekeluarga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sanak-saudara dan rakan yang tidak putus menziarahi dan mendoakan kesihatan ibunya itu.
"Saya dan keluarga sangat bersyukur kepada Tuhan kerana mama tidak mengalami kecederaan yang teruk membabitkan bahagian dalaman dan kini dibenarkan pulang ke rumah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |