Celebrity News |
- Yusry KRU Bakal Menjadi Pensyarah Uitm !!
- Harga Minyak RON97 Naik Lagi ke RM2.50 Malam ini !!!?
- Ariel Peterpan Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun 6 Bulan !
- Gossip Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Hutan !!!
- Majlis Pernikahan Shahriza Mahmud dan Saddiq Abang Ana Raffali
Yusry KRU Bakal Menjadi Pensyarah Uitm !! Posted: 31 Jan 2011 07:33 AM PST Entah betul ke tak sebab ini cuma cerita yang ZoOm dapat daripada seorang penulis blog yang bercerita dan mendapat info mengatakan Yusry KRU menerima tawaran menjadi pensyarah di Uitm. Walaupun tidak mempunyai kelulusan yang melayakkan beliau menjadi pensyarah tetapi kalau di ambil kira dengan pengalaman beliau memang layak. ZoOm pun tak arif sangat mengenai cerita ni cukuplah sekadar berkongsi dengan anda di ZoOmartis kisah yang belum diketahui mengenai artis kita di Malaysia Khasnya. Berikut gambar yang ZoOm sempat copy dan crop untuk anda. ZoOm : APa Kata Anda pula ? |
Harga Minyak RON97 Naik Lagi ke RM2.50 Malam ini !!!? Posted: 31 Jan 2011 05:04 AM PST |
Ariel Peterpan Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun 6 Bulan ! Posted: 31 Jan 2011 04:53 AM PST Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari. Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. ZoOm : Tetapi ZoOm Tahu ramai rakyat Indonesia yang tidak bersetuju dengan hukuman ringan yang diterima oleh Ariel yang hanya dikenakan hukuman penjara 3 Tahun 6 Bulan. Kalau ini terjadi di Malaysia berapakah tahunkan hukuman yang sesuai bagi si pesalah dan si PELAKU !! |
Gossip Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Hutan !!! Posted: 31 Jan 2011 04:41 AM PST Kalau sebelum ini ZoOm pernah terbaca mengenai kisah Farid Kamil dikatakan mempunyai paras rupa yang sama dengan lakaran gambar suspek pembunuhan anak gadis yang tidak bersalah. Dan kini timbul pula cerita daripada akhbar utama yang mengatakan "Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan, ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminatnya. Dan berikut jawapan Farid Kamil mengenai Gossip yang DENGAN ORANG HUTAN NI !!! "Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia "Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis. ZoOm : Apa Kata Anda Mengenai Gossip Ini !!? |
Majlis Pernikahan Shahriza Mahmud dan Saddiq Abang Ana Raffali Posted: 31 Jan 2011 04:28 AM PST Alhamdulillah akhirnya hari bahagia Shahriza Mahmud dan Saddiq abang Ana Raffali akan melangsungkan pernikahan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini. Jika sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai Saddiq yang melamar Shariza semasa majlis perkahwinan Wafa, dan berikut bait-bait kata insan berdua ini yang sudah pasti tersenyum dan berdebar-debar. "Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya. "Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa," katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu. Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: "Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak." Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga."Kita kahwin tahun ini ya," lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu. Majlis pernikahan akan berlangsung pada 5 Februari ini, pukul 11 pagi di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah. Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar. Pelakon Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu bakal menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki termasuk wang hantaran RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11 ZoOm : Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat..Apa kata anda !!? |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |