Adsense

Khamis, 20 Januari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Empat tempat jadi rebutan

Posted:

Empat tempat jadi rebutan

Empat tempat jadi rebutan

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


Para peserta khusyuk membaca Al-Quran sebagai persiapan untuk bersaing sebagai empat finalis AQ5.


Program realiti televisyen (TV), Akademi al-Quran musim kelima (AQ5) mulai hangat apabila 10 peserta saling bersaing merebut empat tempat terakhir di penghujung episod program itu pada 26 Mac ini.

Diterbitkan dalam 12 episod, dua episod pertama AQ5 telah pun disiarkan pada 8 dan 15 Januari lalu iaitu pada setiap Sabtu di TV9.

Menurut penerbit AQ5, Shukri Ibrahim, kesungguhan para peserta bagi memastikan nama mereka kekal sehingga ke akhir episod dapat dilihat apabila masing-masing mengikuti kelas tarannum, qiraat dan tajwid yang dikendalikan oleh tiga mursyid.

"Mungkin apa yang ditunjukkan oleh para peserta perlu dipertontonkan kepada peminat setia AQ5. Justeru, pihak kami tampil dengan segmen baru, Di Sebalik AQ5,'' katanya ketika ditemui di Sri Pentas, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Katanya, rakaman untuk segmen baru itu telah pun dimulakan sebulan lalu dan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, pukul 6.30 petang.

Jumaat lalu, Hits diundang untuk menemubual tiga antara 10 peserta AQ5 di Penginapan Riyadh Restu di Kuang, Selangor.

Peserta muda, Muhamamd Shamil Shaikhuddin, 17, berasal dari Ketereh, Kelantan merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Maahad Syamsul Maarif Labuh, Machang.

Dalam perbualan dengan anak muda berperwatakan menarik ini, dia bersyukur kerana tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan peserta-peserta lain.

"Agaknya saya sudah biasa dengan suasana di kampung maka apabila ditempatkan di sini ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah.

"Bahkan, kalau rindukan keluarga, saya boleh menghubungi mereka melalui telefon bimbit yang sentiasa ada dalam poket seluar ini,'' katanya.

Anak kepada pasangan guru ini berkata, cabaran penguasaan ilmu tarannum amat dirasai kerana ilmu ini perlu untuk penguasaan dari segi bacaan al-Quran.

Jelasnya, apabila berada di dalam kelas bersama para peserta lain, dia perlu mengingati manhaj dan farsi huruf dalam bacaan.

Oleh itu, kata Shamil yang bercita-cita untuk menjadi seorang ustaz, dia sentiasa berdoa kepada Allah supaya dapat mempersembahkan bacaan yang terbaik di hadapan para mursyid.

Memiliki seraut wajah yang kacak dengan kulit cerah, Shamil tersenyum apabila ditanya, apakah anak kepada pasangan Shaikhuddin Safie, 42 dan Norhaida Abdullah, 41, bersedia untuk dikenali ramai.

"Saya tidak pernah terfikir ke arah itu. Apa yang penting, ibu bapa dan guru-guru di sekolah banyak memberi dorongan.

"Nawaitu saya menyertai program AQ ialah untuk menuntut ilmu agama. Apa yang diajar oleh mursyid, akan saya guna pakai dalam kehidupan hari ini dan masa hadapan,'' katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tema bebas tingkat keyakinan

Posted:

Tema bebas tingkat keyakinan

Tema bebas tingkat keyakinan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar HAFIZH KHOSMAT


SELAMAT TINGGAL...Kumpulan Bobo yang dianggotai oleh GBob (kiri) dan Chi Wan menjadi peserta pertama Raja Lawak Astro 5 yang tersingkir biarpun memberikan persembahan yang baik.


GELANGGANG Raja Lawak Astro musim kelima (RLA5) yang memasuki minggu kedua minggu lalu memperlihatkan peningkatan prestasi beberapa peserta telah memberikan persembahan menarik dan menghiburkan.

Dengan tema bebas yang ditetapkan, nampaknya mereka semakin selesa untuk beraksi di atas pentas meskipun ada ketikanya perasaan gemuruh dan gugup masih lagi menyelubungi diri mereka.

Kumpulan R2 misalnya, yang memilih tema gila pada malam itu merupakan yang paling menyerlah dan berjaya menggeletek penonton dengan persembahan mereka.

Tampil ringkas dan bersahaja, kumpulan yang dianggotai oleh adik-beradik, Rahim dan Ridhzuan Mohd. Ali itu mempersembahkan jenaka mereka tanpa perlu memaksa audiens untuk gelak ketawa menonton persembahan mereka.

Begitu juga dengan Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim yang menceritakan tentang dirinya yang sukar mendapat pekerjaan juga tidak kurang menariknya.

Sehinggakan salah seorang pengkritik tetap, Sathiya memuji persembahan peserta dari Kuala Lumpur itu sambil menyifatkan Man mempunyai potensi yang besar untuk bergelar seorang stand up comedian.

Seorang lagi peserta, Nazmi juga antara yang mencuri perhatian pada malam itu dengan persembahannya yang mencuit hati dan merupakan antara peserta kegemaran untuk musim kelima ini.

Namun begitu, kelihatan juga beberapa peserta yang masih lagi dilihat seolah-olah hilang arah apabila berada di atas pentas terutama daripada peserta berkumpulan seperti Kopi O, Kami, TBO dan Lucky.

Lawak yang ditampilkan langsung tidak lucu dan penceritaan juga lemah sehinggakan ada penonton yang tidak ketawa menonton persembahan mereka.

Bukan itu sahaja, persembahan mereka juga menimbulkan tanda-tanya di kalangan audiens yang tidak faham dengan apa yang mereka cuba sampaikan.

Mereka dilihat seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan di atas pentas meskipun tampil dengan props yang ada kalanya langsung tidak membantu dalam persembahan mereka.

Ini dipersetujui sendiri oleh seorang lagi pengkritik tetap RLA5, Afdlin Shauki yang memberitahu sepatutnya peserta lebih fokus kepada penceritaan berbanding mementingkan props yang tidak memberi apa kesan kepada persembahan mereka.

"Adalah lebih baik untuk peserta mementingkan jalan cerita dan memikirkan bagaimana hendak membuat audiens ketawa dengan jujur serta spontan dengan persembahan mereka.

"Bukan bermakna dengan adanya banyak props di atas pentas, ia dapat membantu persembahan itu menjadi lebih bermakna dan bagus.. Kalau ia tidak memberi sebarang kesan dan kurang menyakinkan, lebih baik usah gunakan.

"Kalau ia benar-benar berguna dan memberi impak dalam penceritaan, memang tidak salah untuk menggunakannya. Bagi saya, adalah lebih baik untuk meminimumkan persembahan agar ia mampu memberi impak kepada audiens.

"Dalam konteks ini, saya memuji kumpulan R2 dan Nazmi yang muncul di atas pentas tanpa sebarang props dan bercerita tentang kisah yang ingin disampaikan," terang Afdlin panjang lebar ketika diminta pandangannya selepas program berakhir yang diadakan di Hulu Kelang, Selangor, minggu lalu.

Mengejutkan

Mengenai minggu kedua secara keseluruhannya, Afdlin memberitahu persembahan peserta dilihat menampakkan sedikit peningkatan berbanding minggu pertama di mana peserta memang kelihatan gementar di atas pentas.

Barangkali juga kata Afdlin, ia ada kaitan dengan tema bebas yang ditetapkan dan memberi keyakinan kepada para peserta untuk beraksi.

Jika minggu lalu, tiada penyingkiran yang dilakukan namun, minggu ini menyaksikan kumpulan Bobo menjadi mangsa apabila menjadi peserta pertama yang disingkirkan.

Penyingkiran Bobo dianggap mengejutkan kerana kumpulan itu memberikan persembahan yang tidak kurang hebatnya sehingga mendapat pujian Sathiya yang mengatakan mereka menunjukkan peningkatan berbanding pada minggu pertama.

Jika diukur kepada prestasi peserta untuk minggu kedua, peserta yang lebih layak untuk meninggalkan gelanggang tersebut ialah Kopi O atau Kami yang juga merupakan dua peserta yang mendapat undian paling rendah.

Namun, itulah yang dikatakan program realiti di mana apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dan itulah yang dapat dilihat pada musim kedua.

"Saya sendiri memang terkejut apabila melihat Bobo berada dalam kelompok tiga peserta dengan undian paling rendah kerana saya merasakan ada peserta yang lebih layak untuk berada di situ berbanding Bobo," ujar Afdlin memberikan pandangannya.

Bagi Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani pula, biarpun Bobo sudah tersingkir, pihaknya sudah mula merencana kerjaya seni mereka dengan memberi peluang membintangi sebarang telemovie terbaru.

Dalam konteks ini kata Nizam, dia memberikan contoh kumpulan Wili dari musim keempat yang juga senasib dengan kumpulan Bobo yang menjadi mangsa pertama disingkirkan.

"Namun, tidak lama selepas mereka keluar, rezeki berpihak kepada mereka apabila diterima untuk membintangi drama bersiri Blues Pasar Tani. Jadi, itulah rancangan yang kami sudah aturkan untuk Bobo dan peserta lain," kata Nizam lagi.

Sementara itu, kumpulan Bobo melahirkan rasa sedih apabila perjuangan mereka hanya setakat pada minggu kedua.

Bagi salah seorang anggotanya, Mohd. Azwan Sabri atau Chi Wan, mereka mengharapkan untuk bertahan lebih lama lagi agar dapat memberi peluang kepada penonton untuk mengenali mereka lagi.

"Minggu kedua, kami sudah mula mendapat keyakinan dan itu kelemahan pertama yang dapat kami atasi daripada minggu pertama. Kami pun memang tidak menyangka akan berada di kedudukan tiga terendah.

"Sedangkan komen juri pun bagus dan peminat pun baru hendak kenal kami. Tetapi, apakan daya. Perjuangan kami hanya setakat ini sahaja," katanya yang mahu meneruskan perjuangan Bobo berdua bersama temannya, Mohd. Hamizi Hashim atau GBob.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.