Nuffnang

Celebrity News

sumber :-

Celebrity News


[STORY] Suamiku ahli politik

Posted: 20 Jan 2011 09:14 AM PST

Seorang "Janda" yang sudah 3 kali kawin-cerai sedang berjumpa doktor. Waktu dokter hendak memeriksanya, terjadi percakapan.

Janda : "Hati-hati periksanya ya dok, saya masih 'perawan'  ...!"

Dokter: "hah? Katanya puan sudah kawin-cerai 3 kali, mana boleh masih perawan ...?"

Janda : "Gini lah dok, sebenarnya suami saya yang pertama ternyata mati pucuk."

Dokter: "Oh gitu, tapi suami puan yang ke-2 tak mati pucuk kan?"

Janda : "Betul dok, cuma dia gay, jadi saya tak diapa-apakan dia."

Dokter: "Lalu suami puan yang ke-3 bukan mati pucuk dan bukan gay kan?"

Janda : "Betul dok, tapi ternyata dia itu orang 'parti politik'...."

Dokter: "Lalu apa hubungannya dengan keperawanan puan ...?"


Janda : "Dia cuma janji-janji saja dok, 'tak pernah direalisasikan!!!"

Dokter: "?!?!?!?!????"

Lagi Gambar Seksi Azie Yahaya Pelakon Drama Awan Dania 3 di Majalah

Posted: 20 Jan 2011 08:02 AM PST

Entahlah mungkin tema dan gaya yang wajib mesti nampak ni kot, malas nak komen sebab bukan bidang kuasa ZoOM. Sekadar berkongsi dengan pembaca di ZoOmartis mengenai pakaian dan gambar yang menjadi perhatian jejaka-jejaka dan pakcik-pakcik diluar sana yang sudah pasti mata terbuka besar seketika.


ZoOm : Apa kata anda pula ?

Gambar Marsha Seksi Di Majalah Mangga !!?

Posted: 20 Jan 2011 07:57 AM PST

Pada mulanya ZoOm terlihat sekujur tubuh seksi di Majalah Mangga di atas meja rumah ZoOM, entah saper lah yang beli majalah seksi ni.kalau tak ada tubuh seksi bukan majalah mempelam la namanya ops salah Mangga :). Gambar ni hanya satu daripada beberapa gambar yang menampakan B**S yakni saham paling tinggi wanita.



Lagi Gambar dibawah 





ZoOm : Apa Kata Anda ?

Posted: 20 Jan 2011 07:39 AM PST


ZOom suka bila Azrul menyanyi semasa Program Raja Lawak sebelum ini, namun tak sangka pula Azrul memang sudah mempunyai pakej yang telah lama beliau ketahui dan kini ingin mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

Semoga beliau berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang penyanyi dan pelawak yang disegani. Berikut "Statement" beliau apabila ditanya mengenai cita-cita dan pengalaman beliau sebelum ini.

"Sejujurnya, saya menjadikan program Raja Lawak sebagai lesen untuk dikenali sebagai penyanyi. Sebelum ini, saya banyak menyanyi di tapak pesta Pulau Pinang.
"Sebelum menyertai Raja Lawak musim kedua, saya pernah menubuhkan kumpulan muzik dan menjadi finalis pertandingan Asia Bagus 1995. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu.
"Selain itu, saya turut memasuki pertandingan Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan utara pada 1996 dan dipilih sebagai naib juara," katanya kepada mStar Online.
Azrul bukan sahaja meminati bidang nyanyian, malah dia turut menceburi bidang penciptaan lagu.
"Saya telah bergelar komposer sejak tahun 2009 dan dalam diam-diam berjaya mengumpul 10 buah lagu. Saya mendapatkan bantuan Along (Exist) sebagai penyusun lagu.
"Saya baru sahaja menghasilkan single terbaru berjudul Cerita Kita sejak Disember lalu," katanya yang menggunakan modal sebanyak RM4,000 untuk menerbitkan sebuah lagu.
Bercerita tentang perkembangan lain, Azrul juga merupakan pengacara di Astro Mustika dan membintangi sitkom berjudul TakuTV di Astro Warna (saluran 132) serta sitkomFaSoLaTiDo di RTM.

Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha 21 Januari Ini

Posted: 19 Jan 2011 08:02 PM PST

Pasangan sehati dan sejoli ini akan berkahwin hari ini, gambar masih dalam proses pencarian untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis. Tapi yang ada cuma kad jemputan kahwin Ayu Raudhah dan Zaquan ini.


Gambar ada di bawah :)

Kamal Adli Tangguh Kahwin Dengan Intan Ladyana

Posted: 19 Jan 2011 07:51 PM PST



Maklum sajalah saham tengah naik dan tawaran daripada pengarah dan penerbit melimpah ruah, namun bagi ZoOm keputusan yang Kamal Adli ambil untuk mencari bekalan sebelum menempuh alam perkahwinan adalah yang terbaik dan betul. 


Sebelum menempuh alam perkahwinan kita perlu bersiap sedia dari segi mental dan zahir selain daripada bekalan yang mesti ada yakni duit untuk kemudian hari.


Bagi anda yang sudah mendirikan rumahtangga sudah pasti akan bersetuju dengan pandangan dan pendapat ZoOm ini. Setiap bulan bagi yang telah berkeluarga perlu merancang dan mencari duit bagi memastikan semua keperluan dapat dipenuhi apatah lah jika sudah mempunyai anak.


Dan berikut "Statement" Kamal mengenai cerita dia dan kekasihnya :



"Saya memang nak kahwin tetapi buat masa ini saya tak fikirkan sangat perkara itu. Bukan apa, saya mahu berikan tumpuan terhadap kerjaya seni saya yang sedang meningkat naik pada tahun ini," katanya kepada mStar Online.
"Syukurlah kami berdua masing-masing memahami tanggungjawab dan keperluam. Jadi, soal berumah tangga ini bukanlah satu masalah buat kami berdua," katanya yang bakal muncul menerusi filem arahan Farid Kamil, Pertiga tidak lama lagi.
ZoOM  : APa pula Kata anda ? 

Fazura Berniat Nak Pakai Tudung

Posted: 19 Jan 2011 07:35 PM PST

 Kalau niat dah ada buat saja la dik, tak salah pun sebab sekarang ni kalau pakai tudung pun tawaran berlakon mesti ada. Tapi kenalah kuatkan semangat dan mental sebab sekarang ni ZoOm perasaan daripada hujung rambut ke hujung kaki menjadi saham yang penting jika ingin menjadi artis. Malas nak komen panjang-panjang mengenai bab ni sebab ZoOm belum khatam mengenai kriteria yang perlu jika ingin berjaya dalam dunia hiburan terutamanya dalam bidang lakonan.


Berikut jawapan Fazura apabila ditanya oleh wartawan :
"Saya memang ada niat untuk bertudung tetapi bukan masa terdekat, kalau ia terjadi biarlah perubahan itu berlaku secara semula jadi dengan niat yang ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak," luah anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.


Ucapnya lagi, tahun 2011 hanya ingin difokus kepada dirinya dan bukannya untuk orang lain. Hatinya juga semakin tenang kerana tidak perlu memikirkan apa kata orang terhadapnya.



"Sebelum ini saya ambil pusing apa pandangan orang kepada saya, secara tidak langsung ia membuatkan saya tertekan dan sentiasa berfikiran negatif. Tetapi sekarang saya tidak kisah orang mahu bercakap apa sekalipun, asalkan saya bahagia dan gembira dengan kehidupan saya. Saya hanya mahu fikir tentang diri sendiri sahaja," bicaranya.
Bersama kekasih

Biodata Miera Leyana Pelakon Baru

Posted: 19 Jan 2011 07:27 PM PST

PROFIL

NAMA: Miera Leyana Kasmi
PANGGILAN KOMERSIAL: Miera Leyana
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993
USIA: 18 tahun
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KARIER: Pelakon dan model
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Membeli-belah, berenang dan menari
CITA-CITA: Ahli perniagaan
DRAMA: Antaranya Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun dan Nana Naruto
FILEM: Apokalips (arahan Mamat Khalid)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan