Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Top 10 Selebriti Lelaki Paling Meletop di AJL25 Posted: 09 Jan 2011 09:18 PM PST Ditampilkan senarai 10 teratas selebriti lelaki kacak bergaya dengan pakaian meletop di Anugerah Juara Lagu ke-25 semalam. Sayugia diingatkan, senarai ini sekadar pendapat dari pengamatan Budiey sahaja. Senarai 10 orang selebriti yang dipilih untuk dinobatkan pakaian paling anggun di Anugerah Juara Lagu 25 mengikut susunan. Tempat ke-10: Sederhana tapi Fizo Omar nampak lebih kacak jika tuck in Tempat ke-9: Black dengan gaya rugged dan trendy serba hitam Tempat ke-8 Hafiz Hamidun. Sangat simple. Imej komposer & penyanyi ni seakan Maher Zain. Tempat ke-7 Dior & Jojo, mengenakan koleksi William Liew. Kini Dior sibuk dgn pengurusan Diovulus Entertainment. Tempat ke-6: Zahiril Adzim. Kemas tapi masih stylo. Tempat ke-5 Fazli Zainal menggayakan rekaan Rafi Nasir Tempat ke-4: Bagi Ashraf Muslim, less is more. Tempat ke-3 Joey. Nice dan elegan sebab warna kelabu mencipta keunikan tersendiri Tempat ke-2: IZ OIAM serba putih. Tempat Pertama: Tomok dengan rekaan futuristik dari Rafi Nasir Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Posted: 09 Jan 2011 06:30 PM PST Akhirnya pada malam tadi, debaran untuk mengetahui lagu terbaik untuk tahun 2010 diketahui juga menerusi satu pertandingan yang begitu ditunggu oleh semua… Anugerah Juara Lagu yang ke-25 berlangsung dengan penuh dramatik dan magikal di mana kesemua finalis memberikan persembahan terbaik. Sebanyak 14 buah lagu dengan hasil nukilan dan garapan komposer serta penulis lirik terhebat dengan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair. Semua lagu bagi Budiey ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sebenarnya, semua lagu boleh diangkat untuk bergelar. Cuma perlu diingatkan, segalanyat terletak di pena semua juri profesional yang dilantik oleh pihak TV3. SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-25 Naib Juara Lagu ke-25: Tempat Ketiga Juara Lagu ke-25: Persembahan Terbaik: Vokal Terbaik: Tahniah kepada semua pemenang! Acara tahunan ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dan dibawa secara langsung menerusi TV3 pada jam 9 malam hingga 11.30 malam. Dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Budiey rasa ada sesuatu yang tak kena pada skrip AJL kali ini yang membuatkan penonton merasa bosan. Namun, dari pengamatan Budiey, ramai juga bersetuju sudah tiba masanya pihak penganjuran AJL menukar pengacara. Setidaknya selain kelancaran, apa yang kita mahu adalah tumpuan penonton tidak berganjak. Sekiranya ada skrip dan lawak yang sama diulang-ulang, ia seakan membuat tumpuan penonton jadi terpesong. Berbagai spekulasi dan ramalan telah kita baca dan dengar di media massa dan di social network Twitter dan Facebook, namun segalanya terletak di tangan juri profesional. AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri. Kesemua 14 lagu yang bertanding pada malam tadi telah diadili berdasarkan jumlah markah sebanyak 70% yang dibuat sebelum pertandingan dan 30% menerusi persembahan malam kemuncak. Dengan konsep berlainan saban tahun, AJL25 kali ini menampilkan konsep Music Mapping. Ia dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan dan kemuncak acara femilang ini. Konsep ini nampak jelas sesuai semasa persembahan pembukaan yang disampaikan oleh bekas pengalun lagu-lagu yang pernah dinobatkan sebagai juara iaitu Francissca Peter dengan lagu Sekadar di Pinggiran, Nash dengan lagu Ada Syurga di Pinggiran dan M. Nasir dengan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud. Konsep Music Mapping ini diharapkan bukan setakat konsep yang unik semata-mata kerana pada malam ini AJL25 sebenarnya mahu mengajak penonton untuk mengimbas kembali arus transformasi muzik pelbagai genre dan era dulu hinggalah sekarang. Dengarnya perkarangan Stadium Bukit Jalil riuh seawal jam 3 petang dipenuhi oleh para peminat yang tak sabar menantikan acara langsung dengan meluangkan masa mengambil bahagian di aktiviti anjuran HotFM, selaku radio rasmi. KEPUTUSAN PEMENANG DIPROTES? Biar apa pun keputusan dan kutukan yang melontarkan rasa tak puas hati, pihak juri tetap mempertahankan kredibiliti lagu ini. Harus diingatkan keputusan adalah muktamad dan Budiey rasa korang patut hormati keputusan itu kerana mereka ni semuanya profesional dan sudah tentu bijak menilai muzik. Keputusan dibuat secara demokrasi. Semasa sidang media, ketua juri iaitu M.Nasir telah memberikan sebab mengapa semua juri bersetuju memilih lagu Tolong Ingatkan Aku sebagai juara. Menurut M.Nasir, lagu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Ana Raffali ini mempunyai keistimewaan tersendiri di mana liriknya sangat unik, sangat personal, simple dan itu yang membuatkan juri mengangkat lagu ini sebagai juara. Ini satu gaya muzik yang ada pembaharuan dan ada citarasa yang berlainan. Lagu ini memang dalam kategori yang terbaik dalam senarai top 3 juri. Menurut M.Nasir lagi, kebanyakan lagu finalis AJL tak mempunyai kekuatan pada lirik di mana lirik lagu sangat lemah. Namun lagu Tolong Ingatkan Aku ini mempunyai kekuatan setara iaitu 50-50. jadi, lagu ini nampak seimbang. Lirik dan melodi pada lagu ini mencipta satu pembaharuan. Juri melakukan penilaian bukan dari segi persembahan pada malam AJL tapi juri menilainya dari CD yang diberikan. Semasa mendengar lagu ini, ramai juri bersependapat, lagu Tolong Ingatkan Aku ini sangat mendalam, rasa serta mesej yang mahu disampaikan memang 'sampai' ke dalam hati juri. Jadi, lagu ini jujur dan ia lebih jujur dari lagu lain. Apa yang penonton perlu tahu, juara lagu bukannya satu pertandingan lagu yang popular tapi satu pertandingan lagu terbaik.
Selepas keputusan pemenang diumumkan, Budiey sempat membaca komen-komen dari penonton yang melontar komen di Twitter. Kata mereka, lagu kemenangan AJL25 adalah sampah dan sebagainya. Namun, menurut Ana Raffali, bagi beliau, takkanlah nak tolak rezeki. Mendapat peluang untuk ke pentas AJL pun satu kelebihan tersendiri. Beliau tak kecewa dengan suara-suara yang mengatakan lagu beliau tak layak kerana itu hak masing-masing. Bahkan, sekiranya penonton rasa begitu, bolehlah mengajukan kepada ketua juri. Persembahan magik penuh drama dari Faizal Tahir menggondol anugerah persembahan terbaik AJL25 Persembahan 3 Diva membuatkan sorakan dan jeritaan penonton semakin kuat mengegarkan stadium. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |