Adsense

Ahad, 9 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Publisiti murah Shah Jaszle

Posted: 08 Jan 2011 07:01 PM PST


Joyah sebenarnya bukanlah kenal sangat dengan pelakon baru bernama Shah Jaszle ni. Adalah sekali dua pernah terbaca cerita dia keluar di surat khabar.

Kononnya bercinta dengan aktres janda seksi, Maria Farida. Tapi bila ditanya, dua-dua tak mengaku walaupun ada bukti gambar berpeluk sakan dan ucapan sayang Shah Jaszle buat Maria dalam laman sosial Twitter.

Tapi Joyah tak kisah pun dengan cerita skrip ulang tayang dalam dunia hiburan tu. Alih-alih sejak seminggu dua ni, nama Shah Jaszle makin panas pula macam pisang goreng.

Shah Jaszle dikatakan sudah putus cinta dengan Maria. Siap kedua-duanya isytihar perang di Twitter. Semuanya gara-gara Shah Jaszle bercium dengan seorang lagi dramatis janda masa post-parti Anugerah Skrin 2010 baru-baru ni.

Apa lagi, benganglah Maria apabila dapat tau Shah Jaszle curang di belakang. Tak habis dengan cerita curang tu, timbul pula kisah lampau kononnya Shah Jaszle pernah bercinta dengan salah seorang finalis sebuah pertandingan. Anzalna kot namanya. Dah pula gambar peluk mesra mereka tersebar di internet sekarang.

Joyah sebenarnya tak kisah pun kalau macam ni gayanya Shah Jaszle nak mencari glamor dalam dunia hiburan. Tetapi tolonglah, kalau bakat tak ke mana dan belum terbukti, tak macholah bro.

Setakat nak cari publisiti murah dengan dok jaja kisah peribadi di Internet, Joyah nak bagi gelaran 'pelakon terbaik' buat Shah Jaszle pada masa kini. Kasihan Joyah dengan Bront Palarae dan Shaheizy Sam.

Memey cabar saya – Abby

Posted: 08 Jan 2011 07:00 PM PST

Abby berani tulis status di facebook dakwa Memey tinggal serumah dengan Norman? Ada bukti?

Saya tak kata tinggal serumah, tapi persoalkan kenapa dia angkat telefon waktu tu pukul 7.15 pagi? Sebenarnya Danish yang nak cakap dengan ayah dia kenapa lambat sangat nak datang ambil, maklumlah hari pertama sekolah. Danish guna loud-speaker. Alih-alih dia (Memey) angkat terus jawab, "Kejap, abang tengah siap ni". Danish terkejut dan tanya saya, kenapa dia yang angkat. Kemudian saya tanya dia, kenapa awak yang angkat? Dia boleh jawab, "Biarlah kenapa awak sibuk". Dari situ awak boleh nilai jawapan dia sama ada mereka tinggal serumah ke tak? Dia buat apa pagi-pagi Subuh di sana. Sebenarnya ada lagi beberapa insiden dialog yang berlaku sebelum ni. Tapi saya malas nak panjangkan. Dia sangat tidak hormat saya walaupun saya bukan minta dia sujud dengan saya. Tapi dia boleh bercerita dengan orang yang dia dah minta maaf dengan saya. Padahal lepas saya bercerai, tak pernah pun kami berjumpa. Jauh sekali nak minta maaf.

Abby pun sindir Memey sebagai perempuan gatal, dakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah. Komen sikit?

Lagi sekali, kalau dia tak ada di situ pagi-pagi Subuh, kenapa dia boleh jawab telefon? Benda ni tak timbul isu kalau dia tak jawab telefon anak saya. Saya malas nak cakap lagi dah. Dah berapa kali saya kena dengan dia. Salahkah anak-anak nak cakap telefon dengan ayah mereka?

Kenapa Abby tak buat laporan kepada pihak berkuasa je masa tu?

Saya tak sampai nak buat laporan. Orang sekeliling yang berhak dan bertanggungjawab buat laporan. Sebelum ni pun dalam suratkhabar dan dari mulut orang, kisah mereka tinggal serumah ni dah jadi percakapan ramai. Ada juga yang kata JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) tak boleh buat tangkapan kedua kerana kes khalwat pertama belum selesai di mahkamah. Saya pun tak faham. Saya tak peduli pun dia nak tinggal serumah tapi pagi tu dia memang cabar saya. Lagi pun, saya telefon bekas suami nak cakap pasal hal anak. Dah berapa kali dia suka masuk campur hal saya dan bekas suami yang masih tak selesai. Dia tak tahu apa-apa pun. Apa pandangan anak-anak bila macam tu?

Maksudnya banyak lagilah kes yang tak selesai dengan bekas suami?

Ingat tau, saya telefon bekas suami bukannya saya nak dia balik. Ni pasal hutang saya dan jumlah hantaran kahwin dulu. Hutang saya baru sikit dia bayar. Jumlah hantaran belum selesai lagi. Tanggungjawab saya pula besar nak besarkan anak-anak. Dia kahwin dan cerai saya, tinggalkan saya, macam tu je. Rumah dan kereta apa pun saya tak dapat. Tapi tak kan belanja harian anak pun saya nak tanggung semua.

Sekarang orang nampak Abby macam tak rasional, sikit-sikit nak luah di facebook. Sangat emosi, betul tak?

Benda ni dah lama berlaku. Berapa insiden dialog yang keluar dari mulut dia sebelum ni, Tuhan saja yang tahu. Kalau saya jahat, dah lama saya buat hal. Ni pula pagi-pagi dia dah cabar saya, dah tu pasal isu anak-anak pula.

Masuk tahun baru, kalau boleh semua orang nak azam baru yang ke arah kehidupan positif? Tapi Abby dan Memey tak sudah-sudah cetus perang?

Masuk tahun baru, masalah lama tak payah selesai ke? Saya bukan tak rasional tetapi saya yang menanggung semua ini. Banyak benda yang tak betul selama ni tapi orang tak tahu. Bukan boleh terus buka buku baru sahaja kalau masuk tahun baru. Habis buku lama macam mana?

Tak kan tak nak berdamai demi anak-anak?

Saya dengan Norman memang baik. Malah dia selalu datang rumah tengok anak-anak. Tetapi dengan dia, untuk apa saya nak berbaik? Awak cakap dengan saya untuk apa? Anak-anak saya tak perlukan dia pun dan anak-anak saya lebih perlukan ayah mereka. Dalam kamus hidup anak-anak saya, nama dia tak pernah ada pun.

Eja: Bukan eksklusif tapi cerewet

Posted: 08 Jan 2011 06:59 PM PST


Berkecimpung selama 14 tahun dalam dunia seni, pelakon Siti Shahrizah Saifuddin, 39, boleh dikatakan antara selebriti yang tergolong dalam kelompok 'berharga' itu.

Membintangi puluhan drama termasuk filem, jelitawan yang mesra disapa Eja ini layak digelar primadona tanah air. Pun begitu, kebelakangan ini, kelibat Eja semakin sukar dilihat di kaca televisyen. Tak seperti dahulu.

Dek kerana itu, maka timbul pula suara-suara sumbang yang mendakwa Eja sudah mula demand dengan produksi selain dilabel sebagai pelakon eksklusif.

Tegas menafikan tuduhan itu, kata Eja, eksklusif bukanlah perkataan yang sesuai untuk dilemparkan kepadanya. Malah, berdiri untuk mempertahankan hak, kata Eja dia punya alasan sendiri mengenainya.

"Saya tak pernah mengkelaskan diri saya sebegitu. Ya, saya cerewet tetapi bukan eksklusif. Saya tak tahulah pelakon lain, tetapi biasanya setiap kali saya terima tawaran, perkara pertama yang akan saya lakukan ialah meneliti skrip itu terlebih dahulu.

"Saya akan pastikan skripnya bagus dan jalan cerita yang menarik. Saya tak akan sewenang-wenangnya terima satu-satu tawaran tanpa menyemaknya. Ini prinsip saya sejak dulu," katanya.

Jelas Eja, dia juga akan memastikan watak yang ditawarkan kena dengan jiwa dan karakternya.

Malah, kata pelakon yang popular dalam drama bersiri Seputeh Qaseh Ramadhan ini lagi, dia lebih suka jika hasil lakonannya diingati peminat selain mahu mengekalkan kualiti dalam setiap hasil kerjanya.

"Seperti yang saya katakan, saya cerewet bersebab. Saya tak mahu peminat bosan kalau balik-balik muka saya yang keluar televisyen.

"Kalau sekali-sekala orang pasti akan rindu nak tengok lakonan saya. Di situ kita boleh lihat sedikit sebanyak akan ada perubahan positif dalam setiap watak yang saya bawa.

"Saya pun tak mahu kalau peminat kata lakonan saya asyik sama sahaja. Sekali-sekala saya juga perlu bawa perubahan.

"Sebab itu, kalau anda perasan, watak yang saya pegang juga sudah dipelbagaikan. Semuanya ikut kesesuaian," ujar anak kelahiran Kuala Kubu, Selangor ini lagi.

Penangan drama seram

Membintangi drama berunsur seram bukanlah sesuatu yang baru buat aktres berbakat besar ini. Sebelum ini, dia pernah mewarnai dunia seram menerusi lakonan mengesankan dalam drama arahan Ahmad Idham, Durja Ningsun untuk siaran TV3.

Kini, Eja kembali memenuhi selera penonton menerusi filem seram pertamanya yang berjudul Janin.

Menurut ibu kepada Nur Eishal Mohd Silahuddin yang kini sudah berusia setahun, filem arahan Hitler Yeop tersebut mungkin adalah lakonan seramnya yang pertama dan terakhir.

Eh, hairan juga ya. Pantas menyelitkan alasan, kata wanita berbintang Capricorn ini, baginya sama ada drama mahupun filem, seram merupakan sebuah naskah berat berbanding yang lain.

Malah, seram juga banyak menguji kesabaran Eja sebagai seorang pelakon terutama apabila terpaksa berhadapan dengan kemungkinan diganggu makhluk-makhluk ghaib.

Apalagi sejak bergelar ibu, Eja mengaku begitu mengambil berat terhadap perkara ini meski ada yang menganggap ia merupakan kepercayaan karut.

"Tak kiralah kita pada zaman moden atau apa, tetapi sebagai manusia yang berpegang pada ajaran Islam, kita wajib percaya bahawa makhluk-makhluk itu juga menumpang di bumi ciptaan Allah S.W.T ini.

"Tambah-tambah lagi, bila berlakon dalam drama atau filem begini, sedar atau tidak, kita sebenarnya seolah-olah 'memanggil' makhluk mistik terutama menerusi babak membabitkan jampi dan mentera," katanya.

Mungkin ada yang jelik atau melihat amalan ini sebagai sesuatu yang kolot, tetapi percaya atau tidak, Eja banyak mengamalkan petua-petua orang lama khusus untuk menghindari diri daripada membawa pulang 'teman' yang tak dikenali.

"Paling utama adalah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Itu memang menjadi pegangan Eja setiap kali berada di set penggambaran atau apabila rasa ada yang tak kena.

"Selain itu, Eja juga akan meludah sebanyak tiga kali dan berjalan mengundur membelakangkan pintu sebelum memasuki rumah.

"Bunyinya kolot bukan? Tapi itulah amalan saya. Satu lagi, kalau penggambaran dijalankan di kawasan yang 'keras', saya biasanya tidak akan pulang ke rumah terus.

"Sebaliknya saya akan melepak di mana-mana tempat dahulu contohnya di kedai mamak bagi memastikan tidak ada yang 'menumpang'.

"Lagipun saya bimbang kalau-kalau makhluk itu datang mengganggu Eishal. Iyalah, orang tua-tua selalu cakap, budak kecil biasanya boleh nampak benda-benda ghaib ini," katanya.

Sayang si Esah

Menerusi filem Janin, Eja memegang watak utama, iaitu seorang nelayan dan juga seorang ibu bernama Sutera. Digandingkan bersama barisan pelakon hebat lain seperti Sherry Merlis, Zami Ismail, Kismah Johar, Zulkifli Md Zain, Kuswadinata dan Datuk Rahim Razali, kata Eja, filem ini punya elemen lain dari yang lain.

Menurut duta produk kecantikan Bio Essence ini, selain seram, Janin cukup sarat dengan elemen kekeluargaan dan kasih sayang.

"Ia bukan filem hantu semata-mata. Fokus utama filem ini adalah penerapan sifat kasih sayang, kerinduan seorang anak kepada ibunya. Pendek kata, ia banyak menyentuh realiti kehidupan antara ibu dan anak.

"Sutera dalam cerita ini sebenarnya sangat menyayangi Esah, anaknya yang meninggal dunia gara-gara kesilapannya sendiri.

"Filem ini adalah mengenai emosi seorang ibu dan seorang isteri. Tak seperti filem seram lain, " tegasnya.

Syor Raja Azmi ubah selera

Posted: 08 Jan 2011 06:59 PM PST

PENERBIT filem, Raja Azmi agak kontroversi didalam penerbitan filemnya yang dikatakan banyak menayangkan unsur-unsur seks yang keterlaluan.

Adalah lebih wajar lagi jika beliau mengubah haluan penerbitan filemnya di masa akan datang kepada sama ada filem bercorak komedi atau pun filem seram kerana trend sekarang ini, peminat filem Melayu ramai yang sukakan filem bercorak sedemikian daripada filem ranjang.

Berkemungkinan kerana filem yang keterlaluan ranjangnya sudah ada didalam filem-filem Barat lagi pun VCD filem sedemikian banyak dijual di mana-mana sekarang ini.

Selalunya penerbit filem bercorak seram dan komedi yang bersahaja itu mendapat tempat di hati peminat malahan ada di antaranya mencapai ke tahap box office dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Untuk Raja Azmi saya syorkan terbitkan filem-filem bercorak seram dan komedi tetapi dengan satu syarat pilihlah pengarah yang berpotensi dan terbukti telah berjaya. Peminat filem Melayu sudah tahu menilai filem dengan hanya ingin tahu siapa pengarahnya.

Pengarah dan siapa pelakon-pelakonnya perlu menepati selera dan sokongan daripada penonton kerana ia adalah tunjang yang memainkan peranan penting untuk tarikan peminat datang ke pawagam.

Ako: Lupakan kisah ''hitam'' itu

Posted: 08 Jan 2011 06:58 PM PST


DAHULU saya pernah melakukan kesilapan. Sudah pasti saya tidak mungkin melakukannya semula. Saya enjoy puas-puas pada usia muda saya, dan berkahwin walaupun agak lambat. Bagaimanapun, kehidupan saya berubah 100 peratus selepas bergelar suami kepada Kartina Abdullah dan bapa kepada Merissa Tempawan yang baru berusia setahun pada 31 Disember lalu.

''Anak kecil itu telah mengubah seluruh kehidupan saya. Jadi lebih bertanggungjawab dan memikirkan tentang keluarga semata-mata. Kehadiran Merissa ke bumi ini cukup bertuah, membawa masuk rezeki kepada kedua-dua belah keluarga termasuk keluarga mentua.

''Tidak keterlaluan kalau saya cakap bahawa saya sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku di keliling saya. Sebab saya sudah punya Merissa dan isteri yang cukup memahami keadaan saya selama ini,'' jujur Ako Mustapha tatkala berbicara mengenai kehidupannya masa kini.

Pelakon drama Halimah Jongang di Astro juga bertuah kerana suri hatinya yang berusia 31 itu bertindak menyokong dan penasihat atas apa sahaja yang diingini.

Wanita yang senang disapa Tina itu juga bertindak sebagai pembantu peribadi, mengingatkan skrip sebelum berlakon dan menyediakan keperluan peribadi suaminya sebelum ke set lokasi.

Sebab itu, pelakon yang bakal menginjak usia 40 tahun pada Februari depan amat memerlukan kehadiran Kartina pada setiap saat.

Baginya, wanita kelahiran Sandakan, Sabah itu juga sangat mustahak untuk sebarang perbincangan, perkongsian pendapat atau apa sahaja demi masa depan keluarga.

Pada masa yang sama, pemilik nama sebenar Muhaizad Ahmad Mustapha ini juga tidak peduli dengan pandangan serong pihak yang masih tak boleh menerima kehadirannya dalam industri dek peristiwa hitam kira-kira tiga tahun lalu.

Tatkala dia terlibat dalam satu kes khalwat dengan seorang jurusolek bukan Islam yang memberi kesan keseluruhan buat suratan hidupnya.

''Manusia selalunya terkeliru dengan apa yang mereka ingini dan begitu juga dengan saya. Selama berada dalam industri 15 tahun ini, saya belajar banyak benda. Mengenali hati sebenar orang bukan satu perkara yang mudah. Sebab itu, saya terima kekhilafan diri ini dan berazam tidak mengulanginya.

''Saya juga tidak hairan kalau ada orang tidak suka dengan saya. Itu adalah hak mereka dan saya tidak punya kuasa untuk menghalang mereka,'' bicaranya dalam nada cukup berhati-hati pada setiap soalan yang dilontarkan.

Dihimpit persoalan sama ada pelakon drama kanak-kanak, Bius Batang Pisang di RTM ini menyesal menjadi figura awam, Ako menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia memilih bidang seni kerana itu adalah minatnya sendiri dan tidak ada sesiapa yang menghalangnya.

Sementelah sudah lama berada dalam industri memungkinkan Ako berpatah semula ke kehidupan orang biasa sebelum ini. Apa yang dilakukan kini adalah membiarkan dirinya 'hanyut' mengikuti peredaran waktu.

Saat ditanya tentang rancangan Ako masa kini setelah mendiamkan diri seketika dari panahan lensa kamera media, lelaki ini memberitahu dia bakal menjadi ahli perniagaan tidak lama lagi.

''Ia masih dalam peringkat perbincangan. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini. Cukuplah untuk mengatakan bahawa ia sudah cukup untuk menjamin kehidupan kami sekeluarga,'' katanya jujur.

Nadia Mustafa sakit?

Posted: 08 Jan 2011 06:57 PM PST


SYED pasti ramai yang tak tahu cerita tentang Nadia Mustafar yang sedang mengandung anak kedua ni. Wah, dalam diam-diam rupanya pelakon yang cukup popular dengan filem Zombi Kampung Pisang ni dah mengandung lapan bulan.

Kalau ikut ceritanya, sama ada hujung bulan ni atau awal Februari depan, dia akan melahirkan anak keduanya itu.

Tapi apa yang tak sedap didengar, ada kisah tak berapa nak sedap berlaku pada pelakon yang cukup hebat ni. Dia rupa-rupanya ada menghadapi masalah kesihatan yang melibatkan organ peranakan. Rahim Nadia tak berada pada kedudukan yang betul mengikut cerita yang disampaikan.

Bila Syed telefon Nadia baru-baru ini, dia memang mengakui masalah tersebut. Katanya, rahimnya senget sedikit sehingga menjejaskan kesihatan diri.

"Memang betul saya ada masalah tu. Tak tahu macam mana boleh terjadi tapi memang menderita bila sakit tu datang.

"Bila kedudukan rahim tak betul, sakitnya tu cukup menangkap dari pinggang sampai ke kaki. Sampai saya tak boleh berjalan dan hanya berbaring dalam rumah sahaja.

"Kandungan pula dah masuk lapan bulan dan doktor kata bayi dalam perut memang besar. Itu memang menambahkan lagi sakit yang saya tanggung.

"Alhamdulillah, bila dah berehat panjang, sakit pun beransur pulih. Tapi sekarang belakang betis sampai hujung jari kaki pula menangkap sampai saya lemah satu badan. Semua ini memang ujian. Saya reda terima apa sahaja asalkan kandungan saya selamat.

"Cuma dalam situasi begini, saya masih beruntung sebab masih ada keluarga yang sudi menjaga saya sepanjang berbaring kat rumah hampir sebulan dulu. Banyak benda yang tak boleh saya buat sebab penyakit yang datang," kata ibu kepada Sara (anak angkat) dan Qalif ini.

Sabarlah Nadia. Syed harap semuanya akan selamat bila Nadia bersalin nanti. Tengah ada masa ni baik berehat betul-betul. Jangan difikirkan sangat pasal hal yang lain. Rasanya itu lebih baik.

Syed: Tahniah kepada Diddy Hirdy yang dah jadi bapa.

google: nadia mustafa, nadia mustafa facebook, nadia mustafa blog, nadia mustafa twitter, nadia mustafa myspace, nadia mustafa seksi, nadia mustafa hot, nadia mustafa dan suami, nadia mustafa dan anak, gambar nadia mustafa dan suami, foto nadia mustafa dan anak, nadia mustafa wiki, nadia mustafa bio, nadia mustafa biografi, nadia mustafa sakit, nadia mustafa masuk hospital,

Kenapa Rozita menipu?

Posted: 08 Jan 2011 06:54 PM PST


Masa timbul cerita Rozita Che Wan nak bersara dari dunia seni hujung tahun lalu, Joyah sikit tak percaya pun. Malah sempat lagi Joyah ketawa terbahak-bahak sampai nak terputus usus perut Joyah ni.

Bagi Joyah, pelakon "kurang siuman" saja yang nak bersara kalau nama tengah popular, dah tu cantik dan bergetah pula. Waktu tengah hotlah mesti orang berebut-rebut nakkan kita. Betul kan?

Bukan sahaja penerbit drama atau filem, lelaki mata keranjang jangan cakaplah. Cepat sahaja mata gatal mereka menjeling kalau tengok pelakon yang berdahi licin macam Rozita.

Cuma yang Joyah sedih apabila ramai dok percaya dengan cerita Rozita nak bersara tu. Tengok sekarang, seperti Joyah agak Rozita memang tak jadi bersara pun.

Ibu tunggal beranak dua tu khabarnya telah menerima tawaran menjadi heroin menerusi drama Iparku Diva.

Penggambaran drama terbitan Zeel Production itu akan diadakan selama 20 hari bermula 15 Januari ini.

Joyah kasihan apabila rakan-rakan Joyah kena tipu hidup-hidup dengan Rozita. Apa sahaja yang keluar dari mulut wanita kelahiran Kedah tu, cepat-cepat mereka nak tulis. Takut kena scoop katakan.

Nah sekarang, mereka dipermainkan oleh Rozita. Kalau Joyahlah jumpa Rozita tu, nak je Joyah cili mulut dia yang cakap tak serupa bikin tu.

Sebelum ni bukan Rozita tak pernah bercakap bohong. Macam cerita dia nak kahwin dengan pengarah urusan bank dari Singapura. Heboh satu negara. Tapi kemudian tak mengaku pulak, padahal dia juga beria-ia bercerita.

Ingat Rozita, jangan sampai wartawan hilang percaya dengan apa yang awak cakap selepas ni. Sekali kena tipu, orang akan ingat sampai bila-bila dan berjaga-jaga kemudian hari.

Sekarang baru Joyah ingat pesanan nenek Joyah di kampung. Biar buruk rupa paras tapi hati bersih dan jangan bercakap bohong!

Tiz Zaqyah: Berkahwin dengan anak VVIP

Posted: 08 Jan 2011 06:53 PM PST


KESIMPULANNYA, 2010 yang baru seminggu berlalu merupakan tahun cukup sukar bagi diri pelakon Tiz Zaqyah. Tahun eksperimen selepas bergelar anak seni yang penuh laluan berduri, akhirnya berjaya ditempuhi selepas drama Nur Kasih, lakonannya diterima baik sekali.

Impak jangka pendek, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini dilimpahi populariti.

Bagaimanapun, ada pihak yang mengatakan, nama Tiz lekas dikenali dek kerana kontroversi ciptaannya sendiri. Antara yang dirancang adalah hubungan istimewa dengan pelakon kacak Remy Ishak dan kekasih gelap kepada duda jutawan, Rizal Ashram atau Jejai.

Kecenderungan masyarakat setempat yang mahu mengetahui warna sebenar Tiz mendapat perhatian seluruh masyarakat. Soal cinta menjadi topik utama bagi menafsirkan peribadi sebenar wanita yang menginjak usia 22 tahun pada Oktober depan. Siapa sebenarnya lelaki yang bertakhta di hati pelakon berbintang Scorpio terus menjadi perhatian. Lama kelamaan, masyarakat mula menghidu hubungan cinta Tiz dengan golongan kenamaan (VVIP) pula.

Terbaru, Tiz dikatakan sudah berkahwin dengan anak ahli Parlimen yang berasal dari Pantai Timur. Mereka dikatakan punya hubungan istimewa dan sering keluar bersama termasuk ke luar negara.

Orang terdekat pernah melihat pasangan itu makan malam bersama di beberapa restoran eksklusif di ibu kota bersama dua lagi anak Parlimen dari negeri yang sama.

Menurut mata-mata sekeliling yang melihat pasangan tersebut, mereka tiba ke lokasi pertemuan menaiki dua kereta yang berasingan

Sejauh mana kebenaran khabar berita tersebut, pertemuan di Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) yang terletak di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur baru-baru ini menguraikan segala-galanya.

Sesi fotografi seawal pukul 8.30 pagi buat artis berkulit putih gebu itu dilakukan selepas Tiz siap didandan rapi oleh jurusolek Wawa. Cuaca sejuk di kala itu bertukar kepada 'terik' apabila menyentuh perkara tersebut.

''Saya bingung sungguh, macam mana cerita berkahwin ini boleh timbul. Saya masih single, belum bertunang atau pun berkahwin seperti mana yang dihebahkan itu. Malah saya tidak kenal sama sekali siapa anak Parlimen yang dimaksudkan itu.

''Lagi satu, masakan orang boleh tuduh saya sedemikian, sedangkan teman lelaki pun saya tak punya lagi. Dari mana ia tersebar, saya tak tahu menahu.

''Sedangkan hakikatnya, saya bertungkus-lumus siang dan malam bekerja. Setiap hari pergi penggambaran, kadang kala tak pedulikan waktu. Tak sangka keluar pula cerita sebegini,'' reaksi awal Tiz saat persoalan status dirinya dibangkitkan.

Katanya, gosip melibatkan air mukanya itu diketahui menerusi teman-teman sekolah yang mengkhabarkan perkara tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

''Saya akui, memang pernah saya dihimpit dengan beberapa VVIP. Ada yang beralasan mahu berkawan dengan saya. Ada juga yang murah hati, nak menaja saya pun ada, tapi saya tolak baik-baik. Sebabnya, saya bukan semurah itu. Mudah meminta-minta, itu bukan saya.

''Lagi pun saya masih muda untuk menggapai apa sahaja yang saya idamkan. Juga masih ada ibu bapa yang perlu didahulukan bila soal jodoh diutarakan. Mereka lebih arif dengan kehidupan peribadi anak mereka,'' katanya berterus-terang.

Berhubung tentang isu perkahwinan, bapa Tiz yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Zak, 69, disifatkan sebagai insan paling prihatin dengan apa sahaja gosip melanda anak bongsunya itu.

Ceritanya, setiap kali keluar sahaja cerita kurang baik tentang Tiz, pelakon tele filem Gadis Semasa ini pasti akan bersoal siasat dengan bapanya. Kadangkala sampai berjam-jam lamanya.

''Daddy adalah seorang yang sangat tegas dalam soal cinta. Saya tidak dibenarkan sama sekali membuat hubungan dengan mana-mana lelaki. Jadi kalau keluar cerita mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki, habislah saya kalau balik rumah.

''Mesti saya kena menghadap daddy. Menjawab semua soalan-soalan dia sehinggalah dia berpuas hati. Tidak kurang dari itu, saya mesti mendengar nasihat dia, nak-nak dah bergelar artis. Daddy takut saya lupa diri. Sebagai anak, perlu akur sebab saya memang duduk dengan mereka,'' cerita anak bongsu dua beradik ini membuka sedikit lembaran kisah keluarganya itu.

Mengenai soal 'perkahwinan' rekaan, pelakon drama Gol & Gincu ini memberitahu bahawa dia terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan menyebabkan dia kerap geleng kepala.

''Saya cakap dengan daddy, mungkin wanita tersebut mirip muka saya. Sebab saya sama sekali tidak kenal dengan anak ahli Parlimen berkenaan. Dan bila masanya pula saya bercuti ke Switzerland sebab kebanyakan masa di tanah air sahaja.

''Memang nak marah juga sebab secara tiba-tiba sahaja nama saya dikaitkan dengan anak ahli Parlimen tersebut. Orang pula sibuk cerita tentang skandal saya di sini, sana, sedangkan ia belum dibuktikan lagi,'' katanya yang masih tidak berpuas hati dengan tuduhan tidak berasas itu.

Elak rakam gambar keluarga

Pada masa yang sama, Tiz juga berpendirian untuk tidak terlalu mendedahkan tentang keluarganya kepada khalayak. Termasuk menyembunyikan nama penuh ahli keluarga. Tiz punya alasan sendiri mengapa dia sengaja menyembunyikan perkara tersebut.

''Saya sudah berjanji untuk tidak melibatkan keluarga saya. Saya kena hormati permintaan mereka, tidak mahu terlalu terdedah dengan lensa kamera media. Biarlah anak dia yang seorang ini sahaja yang terlibat dalam dunia glamor.

''Sebab itu, saya angkat tangan awal-awal lagi kalau ada pihak yang mahu merakam gambar bersama. Bukan saya mahu mengelak tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab itu adalah kehendak mereka,'' katanya.

Prinsip Tiz juga mudah, mahu memperbanyakkan cerita tentang karier dirinya kepada khalayak. Kurangkan segala kontroversi atau sebarang perkara yang boleh mendedahkan dirinya dari terkena tempias cerita hangat.

Katanya, cukuplah cerita-cerita 'kurang elok' daripadanya pada tahun lepas. Sebab fokusnya kini mahu kepada cerita kejayaannya.

''Tahun ini saya berharap dapat menambah baik mutu lakonan saya. Nak tak nak, saya akan paksa diri memberi lebih banyak sentuhan dan warna pada setiap persembahan.

''Tidak bermakna menjadi lebih selektif kerana selepas ini saya mahu sedikit kelainan. Tidak mahu bergelar stereotaip atau pelakon kayu. Jadi, sebab itu, proses pembelajaran saya sentiasa berjalan dengan pengarah yang menjadi guru lakonan saya,'' kata pelakon tele filem Suzana di TV3 dan Tujuh Lagu (Astro) ini.

google: tiz zaqyah, tiz zaqyah vvip, gambar tiz zaqyah dan vvip, gosip tiz zaqyah dan vvip, kontroversi tiz zaqyah dan vvip, tiz zaqyah, gambar tiz zaqyah dan vvip, foto tiz zaqyah dan vvip, terkini tiz zaqyah dan vvip, terbaru tiz zaqyah dan vvip, berita cerita tiz zaqyah dan vvip

"Usah gusar, terus berjuang"

Posted: 08 Jan 2011 06:51 PM PST

KHAMIS lalu, keluarga besar Kumpulan Utusan meraikan kunjungan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah ke Sri Utusan, di Bangi, Selangor.

Seperti acara formal syarikat yang sebelum ini, kali ini juga saya dipertanggungjawabkan sebagai juru acara majlis.

Pun mengacara kali ini, saya akui, ia satu pengalaman yang sangat berbeza walaupun sudah berpuluh tahun saya memilih kerjaya 'sampingan' sebagai pengacara majlis formal dan juga di televisyen.

Kenapa ya? Apa hendak takut?

Majlis membabitkan Yang Dipertuan Agong ataupun sultan-sultan dan pemimpin negeri yang lain, Alhamdulillah saya sudah ada beberapa pengalaman itu.

Banyak yang tidak tahu, apabila berhadapan dengan seorang Raja, debarannya menjadi begitu beza. Haaa, itulah yang dikatakan 'daulat'.

Pesan seorang teman, "setiap Raja mempunya 'daulat' yang tersendiri. Jangan tersalah cakap, jangan tersalah tingkah, buruk padah."

Apatah lagi mengenangkan majlis kali ini bukan dibuat ditempat yang besar dan tidak ramai orang akan berada di dalam bilik kecil yang boleh memuatkan tidak sampai 50 tetamu itu.

Sudah tentu apa juga kekurangan dan kesilapan walaupun hanya kecil akan terlihat dengan mudah.

Minit terawal, ketika saya mengumumkan 'Ketibaan masuk Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan......" ada getaran yang tidak tertanggung.

Aduh emak, tolonglah anakmu ini. Segala 'jampi serapah' yang dikirimkan oleh rakan-rakan saya sudah hilang. Al-Fatihah sahajalah yang ingat!

Terasa seluruh kaki dan badan lemah dan lelah, tetapi sebaik saja melihat Baginda mengangguk-anggukan kepala memberi responsif yang ikhlas, saya lantas penuh bersemangat memulakan majlis. Dua rangkap pantun menjadi salam sembah takzim dan senyuman yang tidak pernah lekang sepanjang majlis, membuatkan kami selesa.

Sesungguhnya sifat merendah diri dan sentiasa tersenyum Baginda membuatkan saya terfikir, kalaulah semua pemimpin kita mengambil aura yang sama seperti Baginda.....tidak akan timbul istilah pemimpin berlagak, cakap besar, sombong dan riak.

Jika Baginda, seorang putera raja yang dimahsyurkan dalam serba kemewahan dan kegemilangan di istana boleh merendah diri dan tersenyum kepada setiap orang yang ditemui pada majlis itu, seorang pemimpin yang menagih undi rakyat perlu jauh lebih mesra dari itu. Hmm... Ke situ pula perginya fikiran saya.

Akan tetapi, satu titah Baginda paling membekas di sanubari saya.

"Jangan takut, teruskan berjuang selagi kita merasakan kita berada di landasan yang betul. Utusan perlu teruskan, perjuangan."

Tuanku, ambar kasturi paling mewangi daripada patik-patik sekalian, ia akan menjadi kata-kata azimat yang akan kekal dalam darah perjuangan setiap warga Utusan.

Seperti kata Ketua Pengarang kami, Datuk Aziz Ishak di majlis itu yang sempat saya tangkap di fikiran.

"Ketika kami (Utusan) berada dalam susah dan payah, kami hampir rebah , kami kembali bersemangat dan kuat.

"Ini kerana kami yakin bersama-sama dengan kami ada individu seperti Tuanku dan baginda-baginda Sultan yang lain, yang sayangkan bangsanya."

Itu kata Datuk Aziz yang pada pengamatan saya, ketika mengungkapkan kata-kata itu dalam nada sebak dan penuh terharu mengenangkan perjalanan Utusan yang penuh liku selain kesudian Baginda mencemar duli ke 'rumah' kami.

Sesungguhnya, biar pun barangkali suatu hari nanti Utusan menjadi sebagai 'satu-satunya' institusi yang memperjuangkan bangsa Melayu, kami tidak akan pernah takut. Ini kerana di belakang Utusan, ada raja cendikiawan berjiwa besar yang sentiasa mementingkan rakyat jelata melebihi segala-galanya.

Menjunjung kasih Tuanku!

Produser kurang cerdik

Posted: 08 Jan 2011 06:50 PM PST

Baru-baru ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum menasihatkan produser mendapat nasihat Jakim sebelum membuat filem atau drama bercorak tahyul. Ini satu nasihat yang baik supaya lambakan filem-filem seram dan hantu tidak meninggalkan kesan kepada penonton.

Lambakan filem-filem hantu bukanlah satu perkembangan yang sihat. Biarlah kutipan berapa juta sekali pun, ia bukan suatu yang sihat kepada penonton. Ini hanya sihat kepada produser kerana boleh kaut banyak untung.

Apakah penonton kita cukup cerdik apabila mengeluarkan sejumlah wang semata-mata untuk membeli "ketakutan" atau "keseraman"? Kemudian fikiran mereka pun dikuasai oleh ketakutan itu seolah-olah hantu ada di merata-rata tempat.

Ada pula produser yang bagi kenyataan tidak berapa cerdik. Katanya, kalau nak banteras masalah sosial atau akidah, tutuplah Internet. Lepas itu baru boleh sekat filem tahyul. Siti anggap ini adalah kenyataan yang paling bodoh.

Jadi, kalau begitu bolehlah kita bawa parang pergi merompak orang. Kalau polis tangkap, cakaplah banyak lagi orang merompak. Pergi tangkap perompak lain dulu. Bolehkah begitu? Polis pun kata, "Sana balai cakaplah."

Kita sama-samalah kena banteras yang tak baik. Lagi pun mana ada melarang filem tahyul menyekat kreativiti? Lu bohonglah. Kalau dah kreatif, sekat macam mana sekalipun boleh buat filem yang baik. Hanya orang tak kreatif bagi alasan begitu.

SITI JARUM: Kalau diharamkan filem tahyul, mesti ada yang terjun lombong. Ha.. ha.. ha..

Aida saman Sheera?

Posted: 08 Jan 2011 06:50 PM PST

DESAS-DESUS seorang penerbit ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pelakon di bawah produksinya ternyata benar apabila SELEBRITI menghubungi pemilik A Aida Productions, A Aida yang mengesahkan perkara itu.

Aida yang juga penulis skrip Halimah Jongang dikatakan marah dengan tindakan pelakon utama siri itu, Sheera Iskandar yang didakwa mencalarkan imej watak dibawanya.
Biarpun penggambaran blok kedua (episod 14 hingga 26) dan ketiga (episod 27 hingga 39) siri itu sudah tamat, kekecewaan Aida masih berbekas kerana selama ini dia bertungkus-lumus 'mencantikkan' watak jongang di kalangan penonton.

Menurut Aida ketika ditemui SELEBRITI Isnin lalu, selama ini dia puas menjawab kritikan segelintir masyarakat yang menentang usahanya menampilkan watak wanita jongang.


"Macam-macam orang kata mengenai Halimah Jongang kononnya saya mempergunakan dan mentertawakan kekurangan manusia lain, tetapi saya sebenarnya cuba menyampaikan yang di sebalik kekurangan itu ada kelebihannya.


"Penampilan Halimah begitu baik hati dan sesuai perwatakan gadis Melayu yang penuh ketrampilan sopan. Bagaimanapun imej ini dicalar oleh Sheera apabila Halimah menjadi tidak seperti yang saya ingin gambarkan," katanya.

Aida berkata, ketika majlis pelancaran blok kedua dan ketiga, Sheera muncul dengan imej blok pertama. Bagaimanapun pada hari pertama penggambaran blok kedua, dia dikatakan hadir dengan potongan rambut paras bahu yang diwarnakan perang. Lalu pihak Astro Prima menyuruh produksi menggesa Sheera warnakan semula kepada hitam.

"Saya malu dengan pihak Astro apabila seorang orang kanan bahagian drama 'marahkan' saya sebab Sheera tukar penampilan.

"Mana tidaknya sebab kesinambungan sudah tersasar. Saya pula yang perlu ubah dialog untuk sesuaikan perubahan imejnya. Tidakkah ini menyusahkan orang?" jelasnya.

Malah ketika itu, Aida terpaksa ubah skrip dan dialog untuk sesuaikan dengan imej baru Sheera. Bagaimanapun, kemarahan Aida memuncak apabila Sheera sekali lagi tampil dengan potongan rambut lebih pendek seperti lelaki untuk disesuaikan dengan filem Aku Bukan Tomboy terbitan Skop Productions.

"Sedangkan ketika itu dia dalam penggambaran Halimah Jongang. Sekali lagi dia langgar kontrak dengan mengambil tawaran lain sebelum penggambaran siri itu selesai. Sebelum ini ketika penggambaran blok pertama, dia buat hal dengan 'meninggalkan lokasi' Halimah Jongang untuk ke lokasi sebuah filem di Langkawi.

"Walaupun salah, saya maafkan sebab imejnya masih lagi kekal untuk watak Halimah. Namun kali ini dia mencabar kesabaran saya. Saya dan pihak produksi terkejut dengan imej tomboy ditonjolkannya.

"Jurusolek kami bertanyakan kepadanya soal konti tetapi Sheera menyarankan supaya Halimah memakai topi. Bayangkan hampir 200 babak nak dipakaikan topi sepanjang masa. Logik?

"Tidak cukup itu, dia suruh produksi menyediakan rambut palsu. Memang itu pilihan terakhir, namun rambut palsu tidak mampu menjelmakan imej Halimah yang saya inginkan ketika pertama kali idea ini dikembangkan," kata Aida dengan nada geram.

Bagi Aida, imej Halimah sudah tercalar. Menurut Aida, peminat boleh menyaksikan perubahan imej Halimah pada episod 27 hingga 39. Siri arahan TS Jeffrey ini hangat ditayangkan di Astro Prima setiap Rabu, jam 9 malam.

Aida mengakui tidak pernah menghubungi atau bercakap dengan anak Aznah Hamid itu sejak perubahan imej tomboy.

"Saya pun tidak faham kenapa dia pandai-pandai memotong rambut tanpa berbincang dengan pihak produksi. Dia bukan baru di dalam industri lakonan.

"Kenapa tidak fikirkan produksi dan ini menyusahkan orang lain. Tak pernah saya jumpa pelakon macam ini lagi," katanya yang serik untuk mengambil Sheera berlakon di bawah produksinya.

Bekas pelakon ini mengakui kini berbincang dengan peguamnya untuk ketengahkan kes berkenaan sebagai pengajaran buat semua orang produksi di Malaysia.

Semoga Nabil bahagia

Posted: 08 Jan 2011 06:49 PM PST

SELEPAS kecoh mengenai perpisahannya dengan pelakon Irma Hasmie serta tersebarnya gambar tidak bermoral, juara Raja Lawak musim ke-3, Nabil cuba mendiamkan diri daripada terus menjawab isu hangat berkenaan.

Malah Nabil cuba menjauhkan soalan berkaitan hubungannya dengan pelakon baru Uqasha yang juga teman yang terbabit dalam gambar lucahnya.


Walaupun cuba berdiam diri sebagai selebriti, apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian. Baru-baru ini teman CAK terlihat kelibat Nabil dan pasangannya ketika membeli-belah di sebuah pusat IT terkemuka di ibu kota.

Menurut teman CAK, mereka nampak sangat mesra dan mencari-cari sesuatu di pusat beli-belah berkenaan.


Apapun CAK doakan semoga percintaan Nabil kali ini berkekalan. Harapnya, jangan cuba mencari publisiti dengan kisah peribadi yang boleh menjatuhkan.


Selagi anda masih diperlukan dalam industri ini, gunakan ia dengan sebaik-baiknya, jangan kerana masalah begini kepercayaan orang terhadap anda akan hilang dan tidak mustahil zaman kegemilangan anda akan pudar sehingga peminat mula tidak berminat melihat anda di kaca televisyen.

Semoga hubungan mereka kali ini berkekalan dan jika ada masalah sekali pun, berbincanglah baik-baik.