Adsense

Ahad, 16 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan

Posted: 16 Jan 2011 07:56 PM PST

Kami terbaca aduan seorang pendengar stesen radio Red FM, Nadira Ilana yang tersinggung dengan stesen radio ini yang mempersendakan bahagian sulit wanita dalam temubual video bersama gadis-gadis FHM untuk pertandingan FHM 's Girls Next Door. Rujuk artikel Against FHM and Red FM 's sexualisation of women

Apa pendapat anda apabila seseorang bertanyakan soalan berbunyi, "Ambil sejenis buah-buahan dan beritahu kami, buah yang mana satu boleh memuaskan anda?"

Ya, soalan yang kononnya diajukan sebagai ujian personaliti oleh seorang Dj Red FM kepada gadis-gadis berkenaan telah mendapat perhatian daripada Nadira Illana yang amat prihatin dengan maruah seorang wanita.

Menurut si pengadu, dia cuba menghubungi wakil Red FM dengan meninggalkan komen di Youtube & Facebook, malah menghantar email kepada Red FM. Namun tiada sebarang jawapan daripada pihak terbabit. Sebaliknya, komen di Youtube & Facebok telah dipadam, manakala email tidak diterima oleh Red FM (bounceback).

Antara kandungan email menyebut bahawa si pengadu memang terkejut dengan soalan-soalan berunsurkan seks yang diajukan kepada gadis-gadis tersebut. Bukan itu sahaja, mereka telah dicabar untuk membuat tarian seksi di atas meja, dengan gerak liuk tubuh yang melampau.

Si pengadu berpendapat bahawa Dj Red FM sengaja bertanyakan soalan yang membawa unsur seks secara tersirat, mungkin bertujuan untuk bermain-main. Namun, sebuah radio yang didengari di seluruh Malaysia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat-ayat yang berunsurkan gangguan seksual.

Nadira Ilana, menuntut wakil Red FM untuk meminta maaf kepada semua gadis FHM, pekerja wanita & kesemua pendengar wanita yang tersinggung dengan tingkah laku berunsurkan gangguan seksual itu. Video selepas ini, orang Red FM sudah buang di youtube. Kami sempat rembat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Nabil Raja Lawak Tidak Tersenarai Dalam Konsert Lawak?

Posted: 16 Jan 2011 06:31 PM PST

Stress bekerja & berada di Johor Bahru? Memang kau, dan kau bertuah kerana julung kalinya Astro Warna akan membawa 26 pelawak terkenal tanah air untuk konsert lawak terbesar yang pertama kali diadakan di Malaysia, Konsert Lawak. Konsert ini akan menampilkan gabungan pelawak veteran & baru seperti Dato Aziz Satar, Saiful Apek, Yassin Senario, Bob Kuman, Pi'ee, Maidin, Sathiya, Abon, Os, Radhi Khalid, Sobri AC, Farouk Hussein, Hamid Gurkha, Accapan, Angeline Tan, Enot, Didie Alias, Amyza Aznan, Sharifah Shahora, Syanie, Sepah, Kecik, Idlan, Azrul dan Taukeh.

Dihoskan oleh pasangan Jozan (Johan & Zizan), anda sudah dapat mengagak yang mereka bakal memecahkan perut anda dengan jenaka yang gila-gila. Terutamanya Johan yang terkenal dengan aksi dia meniru gaya selebriti lain seperti Eric Leong, Dr. Fadzilah Kamsah, & Chef Wan. Tonton sahaja babak sengal Johan dalam drama Chapalrela, anda akan faham maksud kami.

Turut membuat penampilan istimewa dalam konsert yang pertama kali seumpamanya diadakan di negara ini adalah lagenda rock Amy Search disamping Adibah Noor, Fabulous Cat dan Rahmat Mega. Konsert ini akan diadakan pada 22 Januari 2011 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) mulai pukul 6 pm. Yang penting, kemasukan adalah percuma!

Namun, ada sedikit kegelisahan di hati kami apabila Nabil Raja Lawak tiada dalam senarai barisan penghibur sempena Konsert Lawak ini. Tak mungkin disebabkan pelbagai kontroversi yang melanda Nabil menyebabkan dia berkecil hati lantas mahu menghilangkan diri, kan?

Agaknya apa'lah sebab Nabil tidak dibawa bersama, ye? Busy dengan awek pramugari ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.