borak kosong |
- [NGERI] Proses membelah perut buaya yang telah memakan seorang budak
- Emak sibuk main World Cafe di Facebook ,anak mati kelemasan pun tak sedar
- [Hot] Seorang kanak-kanak kelihatan melayang di kawasan hutan Russia
- Ditangkap kerana letakkan gambar hubungan seks dengan seorang remaja di Facebook
- [Berita Gila] “Ibu suruh abang merogol saya "
- [Hebat] Ada masjid yang boleh bergerak di kawasan Artik
- Patung-patung yang mirip betul dengan manusia
- Lelaki ini boleh makan 20kg sayur sehari yang dicuri dari ladang jiran
- Siapa yang nak bergambar dengan seniman bogel ini kena bayaran $250
- Percaya tak kos cari ular yang hilang 100,000 euro
- Mari kita tengok produk ciplak dari China ,pasti korang gelak
- Aiks!!! Dalam majlis pengkebumian pun masih sempat nak kilat kasut
- Adoi! mak sakitnya
- Kejadian aneh di depan mesin ATM
- Kanak-kanak jumpa nenek di syurga hidup kembali
- [Pelik] Beer untuk anjing pun ada
- AJAIB !!.. Perajurit Buta Melihat Kembali dengan Lidahnya..
- Singa kerjakan buaya yang cuba makan anaknya
- Ada orang sanggup beratur untuk disengat lebah
[NGERI] Proses membelah perut buaya yang telah memakan seorang budak Posted: 16 Jan 2011 09:00 PM PST Dikatakan ada seorang remaja berusia 11 tahun yang hilang pada ketika dia bersama kawan-kawannya berenang di Sungai Sarawak dekat dengan desa Bako Ulu . Ini wajah kanak-kanak yang hilang tersebut Kanak-kanak tersebut hilang kerana ada sebuah benda yang bergerak dengan cepat dan melenyapkan'nya. Seramai lebih kurang lebih 200 penduduk desa melakukan pencarian di sungai tersebut dan menemukan seekor buaya yang sangat besar. Setelah berunding, seluruh penduduk desa akhirnya sepakat memeriksa buaya tersebut dan membelah perut buaya tersebut. buaya yang ditangkap pasukan polis turut membantu mencari buaya dibawa naik kedarat orang ramai yang menyaksikan kejadian bapa kepada kanak-kanak tersebut dan gambar dibawah proses membelah perut buaya wajah kanak-kanak yang ditemukan didalam perut buaya buaya itu kemudiannya di lapah kulitnya dan dicincang serta dibakar |
Emak sibuk main World Cafe di Facebook ,anak mati kelemasan pun tak sedar Posted: 16 Jan 2011 08:35 PM PST Semoga kisah memilukan dari Denver, Colorado, Amerika Syarikat, ini menjadi pelajaran bagi ibu yang ketagih Facebook di seluruh dunia. Seorang anak berusia 13 bulan mati lemas setelah dibiarkan mandi berendam sendirian oleh ibunya yang leka membuka jejaring sosial Facebook di bilik sebelah.Pihak polis mengatakan Shannon Johnson sibuk bermain permainan World Cafe yang terdapat di Facebook. Shannon Johnson (34), kini ditahan dan mungkin di hukuman penjara maksima 48 tahun atas tuduhan penganiayaan anak. Johnson mengaku kepada polis, dia sering meninggalkan anaknya mandi di bathtub sendirian kerana dia merasa anaknya itu sudah boleh melakukannya sendiri dan dia tidak mahu anaknya menjadi "anak mama". Ketika ditanya, mengapa dia nekad meninggalkan anaknyas endirian di bath tub itu. Johnson hanya menjawab, "Itu memang tindakan yang sangat bodoh.".Bacaan selanjutnya klik link |
[Hot] Seorang kanak-kanak kelihatan melayang di kawasan hutan Russia Posted: 16 Jan 2011 07:36 PM PST Kanak-kanak yang terlihat melayang di kawasan hutan Rusia Sebuah tayangan video seorang gadis kecil melayang di hutan menarik banyak perhatian di internet. Video tersebut dirakamkan di Russia. Video, berjudul 'Flying girl in Russian wood' ini, telah diposting pengguna You Tube, Jevgenij2000, 2 March 2009 lalu. Tayangan ini telah menarik ramai pengunjung menyaksikannya. "Saya merakam video ini ketika sedang berjalan-jalan dengan anjing saya. Saya tidak boleh menjelaskan sendiri apa yang sedang terjadi di sana," tulis Jevgenij2000 dalam deskripsi video tersebut. Video berdurasi 44 saat tersebut, awalnya hanya menayangkan dia yang sedang bermain-main dengan anjingnya. Kemudian di sebelah kanan muncul seorang gadis kecil sedang melayang di udara, pada posisi horisontal dengan bahagian atas tubuhnya sedikit terangkat. Terlihat pula seorang wanita sedang berdiri disebelah gadis itu mengawasinya. Ketika anjingnya menggonggong, gadis itu segera turun dan pergi dengan wanita tersebut. |
Ditangkap kerana letakkan gambar hubungan seks dengan seorang remaja di Facebook Posted: 16 Jan 2011 06:40 PM PST Semuanya kerana seronok dan akhirnya tertangkap.... saya petik dari kosmo online CHICAGO - Seorang lelaki, Leroy Stephenson (gambar), 24, ditangkap selepas satu gambar yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan seorang gadis remaja disiarkan di Facebook, lapor sebuah akhbar semalam. Dia ditangkap selepas seorang ibu membuat laporan bahawa satu imej anak perempuannya yang melakukan perlakuan seks disiarkan di laman Facebook. Stephenson memberitahu beberapa penyiasat polis bahawa dia menjalin hubungan seks dengan gadis itu pada Februari 2010. Ketika itu, gadis tersebut berumur 15 tahun. Dia turut mengaku merakamkan gambar aksi seks mereka dengan menggunakan telefon bimbit pada Disember 2010. Gambar itu disiarkan di Facebook selepas ia tersebar dalam kalangan sepuluh orang. Facebook menarik semula gambar tersebut daripada disiarkan selepas keluarga gadis tersebut membuat aduan kepada pihak pengurusan laman sosial itu. - Agensi |
[Berita Gila] “Ibu suruh abang merogol saya " Posted: 16 Jan 2011 05:45 PM PST Sedih bila membaca kisah wanita ini disuruh rogol oleh ibunya sendiri danyang merogolnya abang kandung sendiri kemudian diserahkan pula pada orang lain....saya petik dari myMetro KUALA TERENGGANU: "Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26. Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan. "Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya," katanya. Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan. "Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir. "Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain. SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya. "Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu," katanya. Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin. Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun. Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh. "Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya. "Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis," katanya. Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya. "Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang," katanya yang mempunyai 10 adik-beradik. Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia. "Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan," katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya. bk-gelaran apa yang nak di bagi pada ibu yang jenis macam ni???? |
[Hebat] Ada masjid yang boleh bergerak di kawasan Artik Posted: 16 Jan 2011 04:35 PM PST Sebuah masjid kecil bergerak tiba di kawasan Artik untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin ramai di bahagian paling utara Kanada selepas diangkut sejauh 4,000 kilometer mengikut jalan darat dan sungai. Ketua projek masjid pasang siap itu, Hussain Guisti berkata, masyarakat Islam di Inuvik berada di limbungan untuk menyambut ketibaan masjid itu petang semalam. Bilangan penduduk Islam di Inuvik, sebuah pekan 4,000 penduduk di Northwest Territories, Kanada bertambah sejak beberapa tahun lalu kepada kira-kira 80 orang dan sebuah rumah bergerak seluas 21 meter persegi yang digunakan untuk solat tidak lagi dapat menampung keperluan mereka. Jemaah tidak mampu membina sebuah masjid baru kerana kos bahan binaan dan upah kerja jauh lebih tinggi berbanding di selatan Kanada, kata penyeleras projek, Ahmad Alkhalaf pada bulan lepas. Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf. Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories. Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik. Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan pada 5 November ini. ~~AFP sumber : http://mran3238.wordpress.com |
Patung-patung yang mirip betul dengan manusia Posted: 16 Jan 2011 10:30 AM PST |
Lelaki ini boleh makan 20kg sayur sehari yang dicuri dari ladang jiran Posted: 16 Jan 2011 09:45 AM PST NEW DELHI: Seorang lelaki India, Nazim Baig, 32 tahun, dari Lucknow, mempunyai selera luar biasa berbanding lelaki lain di negara itu. Setiap hari Nazim makan kira-kira 20 kilogram sayur-sayuran yang dipetik terus dari ladang. Bagaimanapun, amalan beliau tidak direstui jiran-jirannya. Ini kerana Nazim sering mencuri sayur-sayuran itu daripada ladang-ladang mereka pada setiap malam dan kerap menghabiskannya sebelum matahari terbit. Akhbar Asian Age semalam melaporkan bahawa Nazim, yang tinggal di kampung Maulaganj, kira-kira 90 kilometer dari Lucknow, di Uttar Pradesh, memakan kira-kira 15 hingga 20 kilogram sayur mentah setiap hari, ketika semua orang sedang nyenyak tidur. Seorang doktor tempatan yang ditemu bual oleh akhbar itu menyifatkan tabiat pemakanan Nazim sebagai satu 'gangguan psikologi' yang perlu dirawat. Namun, Nazim berkata, ia adalah satu 'ketagihan' dan beliau makan untuk hidup. 'Sejak saya kanak-kanak saya gemar makanan yang tidak dimasak, terutamanya sayur-sayuran. Saya juga boleh makan daging mentah dan telur mentah, tetapi saya lebih suka sayursayuran,' kata beliau kepada Asian Age. Nazim juga mengakui bahawa memandangkan beliau tidak mampu membeli sayur-sayuran begitu banyak setiap hari, beliau memutuskan untuk mencurinya pada waktu malam dari ladang-ladang jirannya. Pada mulanya, penduduk tempatan melaporkan insiden itu kepada polis tetapi pihak berkuasa enggan mendaftarkan kes tersebut terhadap Nazim dan tidak mengendahkannya. Ini kerana mereka tidak dapat menemui semula sayur-sayuran yang dicuri itu. Sekarang para petani terpaksa berdepan dengan sikap aneh Nazim yang tidak membahayakan itu. Dia hanya mencuri sayur-sayuran segar untuk memuaskan nafsu laparnya, kata laporan akhbar tersebut. — Bernama. |
Siapa yang nak bergambar dengan seniman bogel ini kena bayaran $250 Posted: 16 Jan 2011 08:46 AM PST AsiaOne melaporkan seniman bogel T. Venkanna berasal dari Hyderabad India mengadakan pertunjukkan seni Art Stage Singapore di Marina Bay Sands Convention Centre. Pengunjung yang menghadiri pameran ini boleh memegang tangannya (bukan yang "tut"), berbual atau bergambar dengannya dengan kadar bayaran $250. Pertunjukkan yang dilabelkan oleh Venkanna sebagai suatu seni ini telah menarik ribuan pengunjung. Yang menariknya, Shin Min Daily melaporkan bahawa 70 peratus daripada pengunjung yang mengambil gambar dengannya ialah kaum wanita. Menurut Venkanna, sebahagian besar daripada pengunjung tidak berani merenung matanya, malu, dan tidak banyak bercakap dengannya. Namun, mereka melayannya dengan hormat dan tidak mengganggu atau menyoal niat artistiknya. Pameran seni ini berakhir pada hari ini, 16 Januari. sumber : www.duniacacamarba.blogspot.com |
Percaya tak kos cari ular yang hilang 100,000 euro Posted: 16 Jan 2011 07:45 AM PST Kealpaan itu harus dibayar mahal. Pihak berkuasa di Kota Muelheim, Jerman, menghabiskan kos sebanyak 100.000 euro untuk mencari seekor ular yang hilang. Ketika ditemukan pun, ular itu sudah mati. "Kami mesti berbuat apa pun untuk menemukan ular cobra itu," ujar Volkter Wiebels, juru cakap di pejabat datuk bandar. Setelah ular berbisa itu lepas dari kandangnya,bomba memeriksa seluruh apartment. Mereka juga memindahkan seluruh macam perabot dari apartment pemilik ular tersebut. Tidak hanya itu, mereka juga menutup semua jalan yang mungkin akan dilalui ular itu Akhirnya, setelah pencarian selama beberapa minggu, ular itu ditemukan mati di atap apartment pemiliknya. Ketika itu, biaya operasi pencarian ular telah mencapai 100.000 euro. Nampaknya kos 40.000 euro akan diambil dari dana kota kerana ular yang lepas dianggap membahayakan keselamatan umum dan yang selebihnya akan ditanggung oleh pemilik ular. Padahal, si pemilik yang berusia 19 tahun itu membeli ular tersebut hanya dengan harga 70 euro. Belum jelas lagi apakah pemilik ular itu akan membayar sebahagian kos tersebut kerana saat ini dia tengah menganggur. Wah…. sumber: http://internasional.kompas.com |
Mari kita tengok produk ciplak dari China ,pasti korang gelak Posted: 16 Jan 2011 06:26 AM PST Seperti yang kita ketahui, hampir semua barang sekarang ini kebanyakan Made in China, dan beberapa produk atau bahkan nama suatu kedai juga diciplak , cuba lihat beberapa produk ciplak terlucu Made in China berikut ini : Starbucks Coffee dibuat menjadi Lucky Coffee, nama memang beda, tapi warna dan bentuk logo terlihat serupa. Playboy diciplak menjadi Paperboy Giorgio Armani ditukar menjadi Georgi Amoni Bahkan KFC diubah menjadi KFG, apa kepanjangannya KFG? Rolls Royce yang terkenal dengan produk keretanya diubah menjadi nama kedai RollsRoyre Playstation di tukar menjadi PolyStation Filem pun ditukar jugak..... |
Aiks!!! Dalam majlis pengkebumian pun masih sempat nak kilat kasut Posted: 16 Jan 2011 05:45 AM PST |
Posted: 16 Jan 2011 04:25 AM PST |
Kejadian aneh di depan mesin ATM Posted: 16 Jan 2011 03:00 AM PST |
Kanak-kanak jumpa nenek di syurga hidup kembali Posted: 16 Jan 2011 02:00 AM PST Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun secara ajaib hidup kembali setelah dinyatakan meninggal selama lebih dari tiga jam. Kanak-kanak itu mengaku bertemu neneknya di syurga ketika dirinya sedang kritikal. Kanak-kanak bernama Paul dibawa melalui udara ke hospital di Berlin, Jerman, setelah dirinya terjatuh ke dalam gaung di rumah neneknya di Lychen, sebelah Utara Berlin. Doktor yang itu menangani kes, sempat menyerah untuk menyelamatkannya. Namun setelah tiga jam dan 18 minit, jantung Paul kembali berdetik dan dia pun hidup kembali. Seorang doktor yang menyaksikan kejadian itu mengaku takjub dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu. "Saya tidak pernah mengalami hal seperti ini," menurut doktor yang menangani kes anak ajaib itu, Lothar Schweigerer. "Normalnya ketika anak kecil tenggelam di dalam air selama beberapa menit, tipis kemungkinannya untuk selamat,"kata doktor itu. Sementara kanak-kanak tersebut mengaku dirinya bertemu dengan neneknya yang sudah lama meninggal, ketika ditanya oleh kedua orang tuanya. "Aku bertemu dengan nenek Emmi di syurga. Dia menyuruhku kembali secepatnya," kata anak tersebut.(link) |
[Pelik] Beer untuk anjing pun ada Posted: 16 Jan 2011 01:00 AM PST Kwispelbier adalah beer khusus untuk anjing yang diciptakan oleh perusahaan Belanda. Tentu saja beer ini tidak mengandungi alkohol yang boleh membuat anjing anda mabuk tetapi setidaknya beer ini akan memberikan si anjing sebuah sensasi yang sama pada ketika minum beer dengan ditemani. anjing: Kandungan di dalam beer ini adalah air dan daging lembu yang telah diekstrak sehingga beer ini menyihatkan. sumber: ceriwis.us |
AJAIB !!.. Perajurit Buta Melihat Kembali dengan Lidahnya.. Posted: 16 Jan 2011 12:30 AM PST AJAIB !!.. Perajurit Buta Melihat Kembali dengan Lidahnya.. Seorang perajurit yang buta kerana letupan granat di Iraq hidupnya telah diubah oleh satu teknologi yang memungkinkan dirinya untuk 'melihat' dengan lidahnya. Lance Koperal Craig Lundberg, 24, dari Walton, Liverpool, kehilangan penglihatan ketika bertugas di Bascra pada tahun 2007. Hari ini dia dapat mengidentifikasi bentuk, berjalan jalan tanpa bantuan dan bahkan membaca berkat teknologi itu. [WOW!!] AJAIB !!.. Perajurit Buta Melihat Kembali dengan Lidahnya.. Peminat pasukan Liverpool, yang bermain bola sepak untuk orang buta ini biasanya mengunakan anjing pemandu setelah dia buta. Tapi dia dipilih oleh Kementerian Pertahanan (MoD) untuk menjadi orang pertama di cubakan untuk memakai BrainPort, yang boleh merevolusi perawatan untuk orang buta. The BrainPort mengubah citra visual menjadi serangkaian kuasa elektrik yang dikirim ke lidah. Kekuatan yang berbeza dari penerimaan dapat dibaca atau ditafsirkan sehingga pengguna dapat membayangkan lingkungan mereka secara mental dan menavigasi di sekitar objek. Gadget ini terdiri dari kamera video kecil yang melekat pada sepasang kacamata hitam yang dihubungkan dengan plastik 'lilin pop' yang ditempatkan di lidah mereka untuk membaca kuasa elektrik. Kopral Lundberg menjelaskan: "Rasanya seperti gula-gula pop. Kamera mengirim singnal turun ke lilin pop dan ke lidah Anda, Kemudian anda dapat memperkirakan apa yang dimaksudkan dan di transfer ke bentuk. "Anda mendapatkan garis dan bentuk benda, terlihat hitam dan putih sehingga Anda mendapatkan dua dimensi gambar di lidah Anda.. "Ini hanya prototipe, namun ini adalah kesempatan untuk mengubah hidup saya dan menimbulkan potensi kemajuan bagi orang buta. 'Salah satu hal itu telah mungkin saya lakukan adalah memungut benda langsung, tanpa meraba-raba lagi. " BrainPort ini diciptakan di AS. Koperal Lundberg menambahkan: "Saya tidak akan menyingkirkan anjing pemandu saya Hugo, Aku cinta dia. Ini adalah gadget dan bukan segalanya serta mengakhiri semua kecacatan saya '. MoD mengatakan, pihaknya akan membayar US sekitar £ 18.000 untuk gadget dan latihan untuk menggunakan alat ini. Cubaan menggunakan BrainPort di markas MoD di Whitehall, AS telah mengirimkan informasi ke sambungan lidah sebanyak 400 poin. Pereka alat ini merancang untuk meningkatkannya hingga 4.000 poin yang akan sangat meningkatkan kejelasan gambar. Pengguna tidak dapat bercakap atau makan sambil menggunakan BrainPort sehingga dia berharap untuk menciptakan sebuah perangkat kecil yang dapat secara tetap di pasang di belakang gigi atau ke langit-langit mulut. 'The BrainPort adalah sebuah alat yang efektif memungkinkan orang-orang buta melihat melalui lidah mereka. Dimana menggunakan elektro stimulasi taktil sebagai substitusi untuk indera penglihatan. 'Sebuah gambar yang ditangkap oleh kamera terpasang pada kacamata dan gambar diterjemahkan ke array dari elektrode yang ditempatkan pada lidah dan sensasi di lidah sesuai imaginasi individu dan mereka harus mempelajari benda apa sebenarnya imaginasi itu. sumber: unic77.blogspot.com |
Singa kerjakan buaya yang cuba makan anaknya Posted: 15 Jan 2011 11:47 PM PST Kejadian yang jarang sekali dapat diabadikan oleh kamera.Haiwan seperti buaya yang kulitnya keras dan buas mati dikerjakan oleh singa kerana cuba memakan anak singa. Adegan ini berjaya ditangkap oleh Tony Goldman ketika perjalanan safari ke Duba Plains, di Botswana. Kejadian yang berlaku selama 15 minit. Tony yang seorang kardioloig menyaksikan kejadian ini bersama dengan anaknya di kawasan Taman Safari Afrika. |
Ada orang sanggup beratur untuk disengat lebah Posted: 15 Jan 2011 10:30 PM PST Siapa yang mahu disengat lebah? Banyak orang akan menghindarinya, kecuali di Beijing, tempat orang beramai-ramai beraturs untuk disengat lebah. Namun, alasannya adalah demi kesihatan. Terapi sengat lebah dilakukan dengan menaruh lebah hidupdi titik tekanan tertentu pada tubuh pesakit. Terapi itu telah dilakukan 3.000 tahun lalu di China dan dillesenkan pada 2007. Sengat lebah itu mirip akupunkture, tetapi sengatan lebah, yang menurut doktor mengandung ubat semulajadi, berguna untuk pengubatan mirip dengan suntikan. Para doktor di klinik Kang Tai Bee mengatakan, terapi itu terbukti efektif menyembuhkan penyakit radang sendi, dan penyakit lain. Ada yang tertarik mencubanya? |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |