Adsense

Ahad, 16 Januari 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


MAHER ZAIN - INSHA ALLAH MALAY VERSION

Posted: 16 Jan 2011 12:20 AM PST




lirik......
Ada ketika, hadir perasaan hampa
Kehilangan dalam diri sendiri
Bagai malam yang penuh kegelapan
Sendu, pilu, tiada jalan yang terang

Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya

Ada ketika
Kesilapan sering berulang
Hingga terasa lewat untuk berubah
Penuh keliru dan tersalah keputusan
Membelenggu penyesalan dalam minda

Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya

Kembalilah,
Kepada Ilahi
Yakin pada-Nya
Pohonkan doa, bertawakkallah

Oh ya Allah
Pimpinlah hamba dari kesesatan
Kau Yang Maha Esa
Maka tunjukkan nur kebenaran
Nur kebenaran
Di jalan yang terang
Di jalan yang terang

Aznil Bengang Dengan Lawak Zizan Yang Persenda Nama Arwah Ayahnya

Posted: 16 Jan 2011 12:18 AM PST

paknil
Semalam semasa Gelanggang Raja Lawak minggu kedua, Zizan telah terlepas membuat lawak yang mempersendakan nama ayah Paknil. Instead of menyebut "Aznil Haji Nawawi", Zizan telah melawak dengan menyebut "Aznil Haji Nawawa". Akibatnya, Paknil mengamuk kebengangan di Twitter.

paknil
Walaupun cuba dipujuk oleh peminat-peminatnya, Paknil masih terasa hati dengan lawak Zizan yang dianggap tidak sensitif. Kalau kami pun mungkin agak bengang orang mempersendakan nama ayah kami. Lagi-lagi bila ayah Paknil sudah pun meninggal dunia.
paknil
Tapi kami tabik spring dan respek kepada Zizan kerana mengakui kesilapannya. Zizan dah pun memintak maaf melalui Twitter kepada Paknil.
paknil
Untuk keberkesanan yang lebih mendalam, kami cadangkan Zizan pergi berjumpa face to face dengan Paknil untuk memohon maaf.
paknil
Semoga Paknil sudi memaafkan Zizan yang telah terbuat lawak tersebut secara tak sengaja. Follow Twitter Paknildan Twitter Zizan untuk info selebihnya.

Rabecca Nur Islam selamat dinikahkan

Posted: 16 Jan 2011 12:07 AM PST



Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43, pada 14 Januari 2010 di kediaman mereka di Ukay Perdana, kira-kira pukul 9.40 malam.


Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan. Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad. -mStar